Kenapa nama aku 'A'

HELLO...

kali ni aku nak kongsi citer skit... tentang kenapa nama aku dimulakan dgn huruf 'A'... ok, buat yang tak tahu, nama sebenar aku 'Aini Nurbaya Abd Rashid'.

kata ayah aku, dia mahukan kesemua nama anaknya dimulakan dengan huruf 'A'.. jadi, dari abang sulung sampailah yang bongsu, semuanya bermula dengan huruf 'A'

aku selalu mengadu dekat ayah aku kenapalah nama aku mesti start dengan huruf 'A'. aku paling benci nama aku start dengan 'A' sebabnya kalau apa-apa presentation or exam mesti aku lah orang pertama yang kena ke depan.

aku ingat lagi, masa tu aku kena amik suntikan BCG darjah 6, cikgu kata, student perempuan yang kena suntik dulu, jadi perempuan yang 1st skali@ 1st student yang kena suntikan BCG kat sekolah tu, AKU lah orangnya.. sebab NAMA AKU START DGN 'A'.

kalau dekat universiti pula, nama aku juga yang pertama lecturer akan panggil untuk buat presentation. sebabnya nama aku start dgn'A'. adoila...

mengikut teori ayahku, dia merasakan bahawa orang yang namanya huruf 'A' akan jadi pandai.. sebabnya masa dia sekolah dahulu, ada seorang kawan dia yang mula nama dgn huruf 'A', dia sentiasa dapat no1, ayah aku pula no2..

sebab itu juga lah ayah aku ingin anak-anaknya mengikut jejak dia dan kawannya.. katanya lagi, orang yang bernama 'A' akan lebih cepat maju ke depan dan berani sebab merekalah yang biasanya memulakan langkah pertama.. konon-konon macam leader la...

sekurang-kurangnya aku dapat merasakan pengalaman menjadi orang yang berani.. haha.. sebenarnya 'terpaksa berani' dan kena sentiasa bersedia apabila nama aku dipanggil...

okayla, siapa-siapa yang namanya bermula dengan huruf 'A', u should be proud of your name... sebab kita dilahirkan untuk menjadi orang yang sentiasa kena 'volunteer by force'(ada ke?)... dan itu mengajar kita untuk sentiasa bersedia...

;)

Comments

  1. Mawar,
    nama saya bermula dengan 'D', semua adik-beradik ada D iaitu Daing di depan, gelaran keluarga.Semasa SPM, saya candidate pertama.
    Sememangnya, saya setuju dengan Mawar, menjadi orang terawal agak tension tapi mengajar erti keberanian dan sentiada bersedia!
    Hola!

    ReplyDelete
  2. My name start with 'w'. means im the last one in everything . on exam time at the back is were i sit . Boo hoo :(

    ReplyDelete
  3. Hmm... Saya pun bermula dengan W dan saya sukakannya! Dan yang pasti semua anak-anak saya pun nanti akan bermula dengan W.

    Mawar, anak kamu nanti macammana?

    ReplyDelete
  4. SO mcmana lak kalu nama org tuu bermula dgn Z.. adakah langkah dia tak seperti org yg bernama A? huhuhu

    ReplyDelete
  5. Nama saya bermula dengan w, sama dengan hanees, kalau exm duduk kat belakang, tapi kira ok la sebab kadang-kadang tu ada la jugak peluang untuk pssst..pssst dengan member..

    ReplyDelete
  6. Saya bangga nama saya A.

    Walaupun kadang2 keadaan mencuakkan. Contohnye...sama spt yg anda nyatakan.

    Apepon saya bangga nama saya A.
    Ada anak nanti taruk pangkal A depan..wpon bakal suami nanti nak letak nama len.. contohnye... suami nak "Kimura"...maka saya akan letak "A Kimura"

    haha! ngarut je...tp yang A tu btol. :p

    ReplyDelete
  7. nama sy mula dgn A tp takde ciri2 leader langsung hehee :P

    ReplyDelete
  8. apalah yg ada pada nama..
    seperti kata pepatah "harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama"
    jadi fikir2lah sendiri..wassalam

    ReplyDelete
  9. Nama Akak bermula dengan 'A'. Akak memang nakkan semua nama anak akak bermula dengan huruf 'A'. Tapi sudahnya kena gak letak W kat depan tu. He..he..

    ReplyDelete
  10. yess yesss mmg aku pandaiii ... hauahauhau.. bangga..bangga n riakkk pun adaaaaa hauahauahauhaauahu..sbb nama aku ula dr A hahahahah

    ReplyDelete
  11. aduh setelah berbulan2..baru bisa aku meninggalkan komen di bloq kamu wahai kawanku~~ sumi-mase

    namaku mmg bermula dgn A n apa yg di tulis oleh saudari mmg btul..time dr tadika sampai U mmg slalu nama kena panggil dulu..but then im proud with it...

    ReplyDelete
  12. aku dan seluruh adik beradik lelakiku bermula A untuk Abdul.. namun kami adalah abdul2 yang lebih utama sebab ejaan nama kami ABD dan terus nama kretif kami yang semuanya bermula huruf R... (ikut ayah Abd Razak), since nama Abdul yang berejaan penuh ialah ABD-U, kamilah mendahului mereka sbb kami ABD-R, so, kamilah yang mengepalai segala Abdul2 di dunia!!!! haha, di sekolah rendah,menengah, mahupun di universiti, exam kat depan ngadap pentas, satu grup usrah mase matriks semuaaaaanya name abdul! Betul, mmg xde apa pada nama, malah setakat hidupku, dak2 bermasalah semua name sedap2 yang very islamic sounding, tak tau nape... walaupun nama abdul kami "SALAH" sbb xde yang guna asmaul husna, namun kami semua berjaya ke menara gading, dan masih bersolat walaupun jarang2 membaca Alquran...

    aku ingin meneruskan kraetiviti mak bapak aku, namun kali ini aku nak yang ada maksud la, aku nak name anak aku berima dgn nama aku supaya bila disebut namanya dengan nama bapaknye ketika die mengambil hadiah atau diumumkan pemenang royal award, kedengaran matching dan sedap pula..
    cth: Khairurraihan binti Abd R...an atau Habiburrahman bin Abd R...an, kan berima tuh?
    dan ejaan mesti penuh, mesti Abdurrahman bukan Abdul Rahman, kan salah tu hukum alif lam syamsiahnyer hehe

    juz mengutara idea

    -joe-

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wish list 2013 - part ii

Moon sand DIY

Ceritera Mawar :Busy umi, busy year, Hello 2017.. its already April!