Thursday, July 31, 2008

Kenapa nama aku 'A'

HELLO...

kali ni aku nak kongsi citer skit... tentang kenapa nama aku dimulakan dgn huruf 'A'... ok, buat yang tak tahu, nama sebenar aku 'Aini Nurbaya Abd Rashid'.

kata ayah aku, dia mahukan kesemua nama anaknya dimulakan dengan huruf 'A'.. jadi, dari abang sulung sampailah yang bongsu, semuanya bermula dengan huruf 'A'

aku selalu mengadu dekat ayah aku kenapalah nama aku mesti start dengan huruf 'A'. aku paling benci nama aku start dengan 'A' sebabnya kalau apa-apa presentation or exam mesti aku lah orang pertama yang kena ke depan.

aku ingat lagi, masa tu aku kena amik suntikan BCG darjah 6, cikgu kata, student perempuan yang kena suntik dulu, jadi perempuan yang 1st skali@ 1st student yang kena suntikan BCG kat sekolah tu, AKU lah orangnya.. sebab NAMA AKU START DGN 'A'.

kalau dekat universiti pula, nama aku juga yang pertama lecturer akan panggil untuk buat presentation. sebabnya nama aku start dgn'A'. adoila...

mengikut teori ayahku, dia merasakan bahawa orang yang namanya huruf 'A' akan jadi pandai.. sebabnya masa dia sekolah dahulu, ada seorang kawan dia yang mula nama dgn huruf 'A', dia sentiasa dapat no1, ayah aku pula no2..

sebab itu juga lah ayah aku ingin anak-anaknya mengikut jejak dia dan kawannya.. katanya lagi, orang yang bernama 'A' akan lebih cepat maju ke depan dan berani sebab merekalah yang biasanya memulakan langkah pertama.. konon-konon macam leader la...

sekurang-kurangnya aku dapat merasakan pengalaman menjadi orang yang berani.. haha.. sebenarnya 'terpaksa berani' dan kena sentiasa bersedia apabila nama aku dipanggil...

okayla, siapa-siapa yang namanya bermula dengan huruf 'A', u should be proud of your name... sebab kita dilahirkan untuk menjadi orang yang sentiasa kena 'volunteer by force'(ada ke?)... dan itu mengajar kita untuk sentiasa bersedia...

;)

Sunday, July 27, 2008

Aduhai Lelaki...

baru- baru ini aku baru mengetahui yang ayah kawanku ingin berkahwin lain...

aduhai lelaki...

kenapa ingin berkahwin dua, tiga atau empat?...

apalah salah mak kawan aku itu??, setahu aku.. mak kawan aku tu sangat cantik, pandai memasak, bergaya, loving...

tapi kenapa ayah dia mahu kahwin lain??

kata kawan aku itu, ayahnya ingin meminta tandatangan mak dia... dan alasan ayahnya...

em, nak tahu apa alasan dia??

alasannya = " TAK ADA ORANG JAGA MAKAN MINUM SAYA... "

well, for about more than 20 years, pengorbanan seorang isteri yang setia dilupakan begitu sahaja??

it's totally UNFAIR!!!!
maaf kaum lelaki yang diluar sana, kami perempuan sangat tidak faham.. kalaulah alasan sang suami nak kan zuriat, mungkin boleh dipertimbangkan.. tapi kenapa kasi alasan " TAK ADA ORANG JAGA MAKAN MINUM SAYA... "

confuse!!!!!

Wednesday, July 16, 2008

BACA

Ola!

Semester baru dah bermula.... and it is my FINAL semester in UIAM.. huhu... hopefully dapat graduate bulan november with 'flying colors' la.. Semester ni saya ambil 4 subjek.. 'quantitative'nya memang nampak sikit, tapi keempat- empat subjek ni sangat la memerlukan kesabaran.. nak tahu kenapa? em.. sebabnya = Kena banyak, banyak, banyak dan banyak MEMBACA!!.. Haha.. dah tabiat budak accounting tak suka nak membace2 ni kan, tapi bila dah final year ni kena banyak habiskan masa dengan membaca.. calculator dah kena tolak tepi dah.. dah tak ada subjek yang kira-kira. huhu.. MISS my CALCULATOR!!!..

okayla.. sambung later... nak pergi kelas yang kena MEMBACA!