Sunday, September 27, 2009

Rumah Terbuka

Alhamdulillah, berjaya jugak buat majlis kat rumah.. Raya ketiga yang lepas, 23hb September, rumah kami buat rumah terbuka. Mula2, aku agak teragak2 jugak nak masak untuk lebih 50 org. Maklumla, baru setahun jagung dalam dunia masakan, tetiba nak kasik org ramai makan pula. Tapi atas desakan kawan2 kat sini asyik duk tanya, "bila nak buat majlis kat rumah?" membuatkan aku rasa cam 'em, tak bestla pula ni, org dah tanya, lagi plak dah hampir 4 bulan lebih duk pakistan ni, takde lagi buat house warming panggil kaum kerabat malaya di sini..'

Jadinya, aku memberanikan diri jugaklah meng'offer' diri nak masak sendiri untuk majlis open house rumah aku tu. Huhu.. berdebar sangat, ntah sedap ke tak la masakan aku tu. 5 hari sebelum majlis tu aku dah mula buat preparation sikit2. Maklumla, 1st time nak handle majlis, nak masak sendri plus ada anak kecil. Adventure jugak bila ada baby, sambil tu nak kena masak. Sekejap bila Embun menangis, kena berhenti buat keje, nyanyi2 sikit lullaby kat dia, menyusu, bila dia dah diam, sambung plak buat keje.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan smooth.. Menu pada hari tu, Nasi Ayam, Bihun goreng, Keropok, Nasi Impit, Kuah Kacang, Serunding, Air oren, Air teh dan Jus Epal nectar( ready made). Memang pengalaman yang tak boleh dilupakan lah.. :) Macam tak percaya pula aku berjaya masak semua tu. Wahaha.. Pada hari majlis tu, kami upah pembantu tolong basuh2 pinggan mangkuk dan gelas. So, tak la kalut sangat time nak layan tetamu tu. Syukur semua orang pun gembira.. :)



inilah dia hasilnya... :)


Niyaz Ali(drebar), menolong kami menggoreng ayam


Ayah dan anak pun tolong goreng..


Proses pembikinan sup ayam



Potong daun bawang sikit..


Nasi impit nona segera..


:)

Thursday, September 17, 2009

Hanya Untuk Perempuan Berkahwin

Merancang keluarga adalah penting lagi2 dalam dunia yang serba demanding sekarang ni. There's lot of ways to prevent from being pregnant and one of the ways is calculate our ovulation period. At first i was really confused and tak paham plus pening nak calculate the ovulation period till i found the usefull website and guidelines.

Thanks to
  • http://497storymory.blogspot.com/2009/08/mengira-waktu-subur.html
  • http://www.babycenter.com/ovulation-calculator


;)




Wednesday, September 16, 2009

Raya!

Buat pertama kalinya aku akan beraya di luar negara dan juga berjauhan dari family aku.. sob sob sob.. sedih sbb

Bulleted List
  • tak dapat makan makanan raya yang mama aku buat :(
  • tak merasa kuih raya yang pelbagai
  • tak dapat nak berkumpul bersama2 famili yang ramai
  • tak rasa suasana raya di sini.. lagu ape ntah dorg pasang kat pusat membeli belah, aku pun tak paham. mungkin lagu raya mereka, tapi tak feel la! ;p
  • tak beriya2 pun nak raya.. wpun first raya with my cute little baby Embun..
  • Embun belum ada baju kurung.
  • Tak de buat cookies tahun ni..
  • takde anak buah yang riuh rendah..paling rindu sama kakak nurah!
Apa yang aku tahu, aku tak sabar nak balik Malaysia 2hb Oct nanti dan attend convocation aku! yay! boleh jumpe kawan2 tercinta dan paling penting, impian aku untuk pakaikan topi graduation tu kat baby Embun akan tercapai! :)
(dulu2 aku berangan nak konvo bawak anak, dan pakaikan topi tu kat dia)

Selamat Hari Raya buat semua.. Maaf Zahir dan Batin.
Kalau sudi, posla kuih raya kat sini.. huahua

Monday, September 7, 2009

Catur

Aku masih ingat lagi waktu sekolah menengah dulu aku suka sangat pada satu ayat ni;

"if u fail to plan, then u plan to fail"

Dan sejak tu, aku amik tagline ni sbg aku nyer motivasi hidup. Chewah!, masa skolah dulu ambitious, ada perancangan sendiri.. aku tulis dalam kertas dan tampal kat board meja study dulu. Konon2 sbg sumber inspirasi nak hadapi masa depan.. But actually it works! Masa tu aku tingkatan 4. Keadaan ekonomi famili aku kurang stabil masa tu, buat aku fikir utk lebih berusaha nak masuk universiti. Lalu, aku pegang pada beberapa prinsip dan plan.

Plan aku:
  1. Score SPM biar dapat masuk Universiti
  2. Dapatkan kerja yang bagus $$$$ & halal (of course!)
  3. Baru fikir pasal kahwin.
Dan..
  1. Alhamdulillah, aku dapat ke Universiti yang aku idamkan.. :)
  2. Kerja?- belum dapat fulfill lagi impian ini.. :(
  3. Bertemu jodoh lebih awal dari yang disangka.. ;p
Aku juga ada beberapa prinsip masa aku sekolah dan belajar di univeristi dulu..

Prinsip aku masa tu :
  1. no couple
  2. no touching with non muhrim
  3. no movie with boys
Dan sebab2 prinsip aku tu,
  1. akan mengganggu concentration aku pada study je, sbb lg pun bagi aku couple2 ni leceh, buang masa dan segalanya lah..
  2. sbb aku percaya yang Islam agama yang suci, ada sebabnya kenapa perempuan dan lelaki tak boleh bersentuhan. Walau hanya dengan bersalaman. Bagi aku, dengan memulakan bersalam dengan orang yang bukan muhrim, akan adanya persepsi orang itu terhadap kita bahawa 'oh, dia ni senang je kena pegang2, tepuk tampar pun takpe'.. Dari small2 thing gonna be big2 thing. Mula2, mungkin salam, pastu pegang, pastu ntahape2 lagi.Mencegah lebih baik bukan?..
  3. oh movie bersama lelaki? lagilah sangat bahaya! no way.. bagi aku walaupun pergi berkumpulan, dgn tunang or wateva.. big NO! (dengan suami or abang takpela,)sbbnya obvious, akan create fitnah.. orang akan anggap kita ni sosial etc. Well, aku takdela close minded seperti orang sekarang duk kata, (tak socialize tu, maknanya close minded?) hello! i think the one who said so is the close minded people. wahaha..dear readers, pls define me what is the meaning of socialize??.. ;p
Apa pun, plan dan prinsip tu ada yang masih relevan utk aku sekarang dan ada juga yang tak relevan lagi. Kadang2 kita ni merancang je, tapi berbalik kepada Tuan Punya Bumi ini. Dialah yang merancang segalanya untuk kita. Tak salah untuk kita rancang hidup kita, tapi bila mana ianya tersasar sedikit dari rancangan sebenar yang kita harapkan, just come back to the real Creator, He Knows Best!

Walaupun aku tak dapat capai impian aku nak dapat kerja yang best buat masa sekarang ni, walaupun aku sangatlah jeles dengan kawan2 yang sudah bekerjaya- (PwC, EY, Deloitte,KFC, RHB.. ah, aku cemburu tau!) tapi aku sentiasa pujuk diri dan ingatkan diri aku yang Allah ada perancangan yang mungkin lebih baik untuk aku. Dan aku harus ingat, tagline aku dulu haruslah ditambah ayatnya menjadi;

"If u fail to plan, then u plan to fail,
but after all, it is He the One who make plan for u!"

Wednesday, September 2, 2009

Tempah Cotton Sekarang!!!

Buat julung-julung kalinya tempahan kain cotton Pakistan kini dibuka! Terdapat pelbagai pilihan cotton bermutu tinggi dengan harga yang sangat berpatutan. Dah tentu lerr... Hehee... Sebab aku bukan nak berniaga sangat... Saje suka2 je sbenarnya buat benda ni disebabkan permintaan yang sangat tinggi. Sekiranya berkenan, anda boleh menempahnya secara online sekarang! Walaubagaimana pun, tawaran ini hanya dibuka kepada rakan-rakan dan saudara-mara kepada Mawar Nafastari & Nafastari sahaja. Harap maklum.

Kurta = baju tradisional Pakistan, juga boleh dibuat baju kurung.
Syarwal = seluar, juga boleh dibuat kain untuk baju kurung.
Dupatta = selendang besar, ukurannya sama besar dengan fabrik bahagian Kurta.


001 (booked by aifa)
2 pieces (kurta + syarwal) RM25.00


002 (booked by Aifa)
2 pieces (Kurta + syarwal) RM25.00


003 (booked by Aifa)
2 pieces (Kurta + syarwal) RM25.00


004 (booked by Aifa)
2 pieces (kurta + syarwal) RM25.00


005 (booked by Dee)
2 pieces (kurta + syarwal) RM25.00


006 (booked by Dee)
2 pieces (kurta + syarwal) RM 25.00


007 (booked by Zati)
2 pieces (kurta + syarwal) RM25.00


008 (booked by Maklong)
2 pieces (kurta + syarwal) RM25.00


009 (booked by Dee)
2 pieces (kurta + syarwal) RM25.00


010 (booked by Dee)
2 pieces (kurta + syarwal) RM25.00


011 (booked by Tasha)
3 pcs (kurta + syarwal + dupatta) RM30.00


012 (booked by Aifa)
3 pcs (kurta + syarwal + dupatta) RM30.00


013 (booked by Zati)
3 pcs (kurta + syarwal + dupatta) RM30.00


014 (booked by Tasha)
3 pcs (kurta + syarwal + dupatta) RM30.00


015 (booked by Nurra)
3 pcs (kurta + syarwal + dupatta) RM30.00


016 (booked by Aifa)
3 pcs (kurta + syarwal + dupatta) RM50.00


017 (booked by Emma)
3 pcs (kurta + syarwal + dupatta) RM50.00


018 (booked by Tumpangberteduh)
3 pcs (kurta + syarwal + dupatta) RM50.00

019 (booked by Dee)
3 pcs (kurta + syarwal + dupatta) RM60.00

Tempahan boleh dibuat di ruangan comment di bawah. Tempahan akan tiba di Malaysia pada 4hb October 2009. Fabrik yang telah ditempah akan disahkan oleh kami dan akan segera ditandakan sebagai booked (instead of available). Bayaran boleh dijelaskan semasa barang diterima nanti. Terima kasih, selamat menempah! ;-)

Self Reminder

Panduan Menyimpan Susu Ibu EBM

Click!

Roti di dalam peti


Sudah menjadi kebiasaan bagi orang Malaysia yang duduk di Pakistan akan membawa buah tangan 'roti Gardenia' buat rakan2 setelah pulang bercuti ke Malaysia. Dan kami tidak ketinggalan mendapat buah tangan roti gardenia itu! boleh dikatakan sudah 4 kali kami menerima roti gardenia dari orang yang baru pulang dari Malaysia.

Kenapa roti? kenapa bukan teh atau keropok atau yang lain2? huhu.. Sebabnya kata orang kita di sini, roti kat Pakistan ni tak sama dengan roti di Malaysia. Nak dapat yang lembut sedap macam Gardenia tu susah. Sebab tu kami di sini sangatlah menghargai pemberian roti tu. Sampaikan ada kakak malaysian pesan kat aku supaya letakkan roti itu dalam peti jadi lambatla nak expired roti tu. Boleh bakar dan makan bila2 nak. haha.. Desprate sungguh kami di sini kan? sampaikan roti pun letak dalam peti. punya sayangnye pada roti buatan Malaysia. hehe...

Tumbs up kepada rakyat Malaysia yang duduk kat Pakistan ni yg sangat menghargai buatan Malysia. Yay! Malaysia Boleh, Gardenia boleh!

*** em, ada 3 bungkus roti lagi dalam peti rumah aku tak terhabis... sapa nak tolong makan ni? ;p