Monday, October 26, 2009

Telah aku buktikannya!



Alhamdulillah, syukur dapat balik ke Malaysia dan meraikan majlis konvo di UIAM 11 Oktober yang lepas.. Tercapai hasrat papa dan mama nak ke majlis konvo anak bongsu dia ni.Terima kasih yang tak terhingga buat encik suami kerana telah belanja tiket penerbangan yang mahal itu semata2 untuk penuhi hasrat isterinya dan mertuanya. :)

dan yang paling penting, aku telah buktikan bahawa walaupun kahwin waktu belajar, ianya tak langsung menghalang aku untuk terus belajar dan tamatkan pengajian di universiti. Alhamdulillah, nama aku tersenarai satu bintang dalam buku konvo itu! yay!! Tahniah buat kawan2 yang dapat bintang juga, kita sama2 berjaya! :)

Aku masih ingat lagi, bila aku buat keputusan untuk kahwin masa belajar, ramai juga yang takut aku tak concentrate study dan ada juga yang takut pointer jatuh la, yang to the worst ada yang boleh fikir aku akan quit study. Semua itu sebenarnya terpulang pada individu, kalau pandai manage time, inshaAllah, semua kerja jadi mudah. Aku anggap mereka yang berfikiran negatif itu cuma menduga dan mencabar aku. Alhamdulillah, pointer aku masih maintain walaupun setelah berkahwin, malah mungkin boleh dikatakan lebih baik. Apa pun, semuanya milik Allah, Dia yang Maha Pemberi ilmu dan rezeki, kita cuma berusaha dan barangsiapa yang berusaha, dialah yang akan mendapat ganjarannya. Allah knows best!

Untuk kawan2, Terima Kasih atas segalanya, aku akan miss korang sangat2.. kenangan study group, lepaking, ronda2, makan2, gossiping, squatting etc.. memang akan sentiasa jadi kenangan manis sampai bila2.

Untuk abamie,aeh dan akak, Terima kasih atas sokongan dan nasihat selama ni, terima kasih juga tolong ambik dan anta ke UIA, banyak habis duit minyak n tol ek!! dan terima kasih juga untuk duit belanja masa kat univeristi dulu. Untuk akak, terima kasih kasik pinjam laptop, berjasa sungguh laptop zaman jepun tu. Em,nanti nur dah kerja, nur belanja korang pula ek! :p

Untuk mama dan papa, terima kasih atas sokongan dan dorongan selama ni, terima kasih juga kerana percayakan nur. Without support from both of u, i will not succeed. Thank you for your prayer mama, and thank you for your guidance papa.

Untuk Encik Suami- nafastari, terima kasih sangat atas segala pengorbanan dan semangat yang diberi sepanjang saya study. Terima kasih sangat2, awaklah suami yang terbaik dalam 13 orang suami yang saya ada. hahaa! ;p

Untuk Embun, kita sama2 berjaya! :) 4 bulan embun dalam perut ummi, dan kita sama2 amik exam masa ummi finan final sem. Terima kasih teman ummi dalam perut. U deserve to grad also my dear.. :)