Sunday, May 30, 2010

Cotton lagi!

Atas permintaan ramai sekali lagi cotton ditawarkan, anda boleh menempahnya secara online sekarang! Walaubagaimana pun, tawaran ini hanya dibuka kepada rakan-rakan dan saudara-mara kepada Mawar Nafastari & Nafastari sahaja. Harap maklum.

Tempahan boleh dibuat di ruangan comment di bawah. Siapa cepat, dia dapat! Tempahan dijangka akan tiba di Malaysia pada pertengahan JUNE 2010. Fabrik yang telah ditempah akan disahkan oleh kami dan akan segera ditandakan sebagai booked (instead of available). Bayaran boleh dijelaskan semasa barang diterima nanti.

Kurta = baju tradisional Pakistan, juga boleh dibuat baju kurung.
Syarwal = seluar, juga boleh dibuat kain untuk baju kurung.
Dupatta = selendang besar, ukurannya sama besar dengan fabrik bahagian Kurta.


COTTON PAKISTAN

040 (booked- sofiah)
3 pcs (Kurta + syarwal+ dupatta) RM55.00


041 (available)
3 pcs (Kurta + syarwal+ dupatta) RM95.00


042 ( booked- sofiah and aifa)
3 pcs (Kurta + syarwal+ dupatta) RM50.00


043 (available)
3 pcs (Kurta + syarwal+ dupatta) RM50.00


044 (booked- sofiah)
3 pcs (Kurta + syarwal+ dupatta) RM50.00

Terima kasih, selamat menempah! ;-)

Tuesday, May 25, 2010

Tempah Cotton & Chiffon Sekarang!!!

Cotton kembali dan kali ini bersama-sama dengan chiffon, anda boleh menempahnya secara online sekarang! Walaubagaimana pun, tawaran ini hanya dibuka kepada rakan-rakan dan saudara-mara kepada Mawar Nafastari & Nafastari sahaja. Harap maklum.

Tempahan boleh dibuat di ruangan comment di bawah. Siapa cepat, dia dapat! Tempahan akan tiba di Malaysia pada pertengahan JUNE 2010. Fabrik yang telah ditempah akan disahkan oleh kami dan akan segera ditandakan sebagai booked (instead of available). Bayaran boleh dijelaskan semasa barang diterima nanti. Terima kasih, selamat menempah! ;-)

Kurta = baju tradisional Pakistan, juga boleh dibuat baju kurung.
Syarwal = seluar, juga boleh dibuat kain untuk baju kurung.
Dupatta = selendang besar, ukurannya sama besar dengan fabrik bahagian Kurta.


COTTON PAKISTAN

020 (booked by Emma)
3 pcs (Kurta + syarwal+ dupatta) RM75.00



021 (available)
2 pcs (Kurta + syarwal) RM40.00



022 (available)
2 pcs (Kurta + syarwal) RM40.00



023 (booked by Sofiah)
2 pcs (Kurta + syarwal) RM40.00


024 (available)
2 pcs (Kurta + syarwal) RM45.00


025 (available)
2 pcs (Kurta + syarwal) RM45.00


026 (available)
2 pcs (Kurta + syarwal) RM35.00


027 (booked by Aliah)
2 pcs (Kurta + syarwal) RM35.00


028 (booked by Emma)
2 pcs (Kurta + syarwal) RM45.00



029 (available)
3pcs (Kurta + syarwal + dupatta) RM110.00


030 (booked by Alina)
2 pcs (Kurta + syarwal) RM45.00


031 (booked by Syaz)
2 pcs (Kurta + syarwal) RM45.00




CHIFFON with Lining
104 inci (panjang) x 59 inci (lebar)
2.64 meter x 1.4 meter
Nota: Fabrik ini adalah cukup untuk 2 helai baju kurta Pakistan

032 (booked by Fadh)
RM70.00


033 (booked by Emma)
RM70.00


034 (booked by Emma)
RM70.00


035 ( booked by Emma , one more available)
RM70.00


036 (available)
RM70.00


037 (available)
RM70.00


038 (available)
RM70.00


039 (booked by Aliah)
RM70.00

Thursday, May 20, 2010

Facebook, Youtube khatam!

Pakistan telah block laman web Facebook, Youtube ..
sila lihat ini

Hm, nampaknya makin rajinlah saya update blog!
takde keje lain dah...

Monday, May 17, 2010

Breastfeeding comes naturally

Entri khas buat kawan2 yang bakal bersalin dan yang sudah berkahwin dan akan punyai anak nanti.. :)


Alhamduillah hampir setahun sebulan umur Embun dan Embun masih menyusu badan..
Pada mulanya, atau lebih tepat untuk saya katakan, sebelum bersalin, saya tidak punyai apa2 idea macam mana nak menyusukan anak, macam2 dalam fikiran saya..
"sakit ke?"
"malu la.."
"ada banyak ke susu?"
"macam mana kalau dia tak nak minum?"
"macam mana cara yang betul?"
"berapa lama harus saya menyusukannya?"
"bila baby ada gigi dia gigit ke?"


Semasa saya di hospital kerana Placenta Previa, kadangkala kakak2 yang sebilik dengan saya akan menasihatkan saya supaya nanti bagilah susu badan, banyak khasiatnya dan tak perlu takut2 sebab ianya datang dengan sendirinya..


Apa yang penting, sebelum nak menyusukan anak,
1. pastikan kita cukup makan dan minum air masak banyak
2. amalam memakan kurma semasa mengandung dan selepas bersalin amat membantu penghasilan susu.
3. jangan 'stress'
4. relax
5. enjoy the bonding between u and the baby
6. make sure tak berbunyi bila dia menyusu tu coz bila berbunyi tu maknanya tak betul cara latch on.


Semasa menyusu
1. kalau boleh jangan makan atau minum
2. enjoy
3. relax
4. jangan stress
5. usap bayi
6. tengok mata baby tu.. comellll sangat!!! :)
7. pastikan hidung bayi tak tertutup dan ada udara untuk dia bernafas


Selepas bersalin pastikan baby kite dapat minum susu badan walaupun kalau tetibe dia kena admit kat hospital sebab kuning ke, demam tinggi ke.. make sure perah dan bagi kat nurse kat hospital tu bg kat baby kite. Susu ibu yang mula2 tu lah paling banyak khasiatnya.


antara kelebihan menyusu badan
1. jimat sangat!! tak perlu beli susu tepung yang sangat mahal.. dan botol2 segala2
2. senang, bila tgh malam tak perlu pegi dapur buat susu anak!.. baring sebelah dia dan bagi je! :)
3. ada connection yang sukar diungkapkan.. cewah!
4. berat badan kita menurun! seriusly.. i was 70kg masa pregnantkan Embun..
Now, kembali normal.. 49kg.. :)
5. senang bila travel tak perlu angkut air panas, susu formula or wat so eva..
6. baby akan jarang dapat penyakit. Alhamdulillah, Embun tak pernah demam bila kena injection. berkat susu ibu yang Allah cipta.. :)


oh yea, jangan takut kalau masa mula2 bersalin tu tak banyak susu keluar sebab,
baby masih kecil, jadi Allah cipta susu tu sikit2 sesuai dengan keperluan bayi tu,
contoh kalau yg minum botol, mesti puting susu botol dia mula2, SS, pastu S, pastu M...
makin besar nanti dan bila dia kerap menyusu inshaAllah makin banyaklah nanti. Kalau kurang bagi tu yang kurang susu. Allah knows best! :)


ok for now,
later...

Tuesday, May 4, 2010

Kesayangan baru

Salam all..

Lama sudah aku tak merapu dalam blog ni.. dan lama jugak aku tak menekan keyboard laptop ni.. Sejak laptop ni buat hal.. (erk, sbnrnya dh lama)... aku jadi malas nak update blog dan upload gambar... Laptop ni kepunyaan encik suami.. tapi most of the time kat rumah akulah yang guna.. hihi.. tapinya laptop ni dh nazak.. kadang2 tengah surf tetiba dia boleh mati dengan sendiri.. memang sangatlah menguji kesabaran.. huk...

Sudah lama jugak lah aku tak ber'Skype' or video cam - YM dengan famili di Malaysia di atas sebab laptop ini nazak.. Perancangannya kami nak ganti dengan laptop baru bila balik bercuti kat Malaysia nanti.. erk, bila la nak balik ek?? .. emmmm....

Disebabkan aku dh tak sabar dengan laptop ni.. aku pun beriya2 membodek encik suami yang hensem (haha,masih membodek!) untuk belikan aku laptop yang lebih portable atau lebih dikenali sebagai 'ipod touch'.. hehe.. akhirnya impian aku mempunyai 'ipod touch' tercapai jugak... memang user frenly betul benda alah tu.. memang aku suka sangat2.. sambil baring boleh layan FB, baca blog.. nak tulis blog pun boleh.. cuma aku tak pandai nak upload gambar thru ipod tu.. macam mana ek? anyone know how??..


Tapi ada jugakla limitation dia.. macam tak sesedap keyboard laptop la bila nak taip apa2.. lebih puas nak update blog dari laptop jugak la.. jadi setelah sekian lama aku tak buka laptop ni.. aku buka hari ni dan update blog! :)

sebenarnya, masih sayang jugakla dengan laptop ni walaupun dia nazak, dan walaupun dah jmp 'cinta' baru..

laptop ni masih boleh digunakan.. cuma jangan la mati2 selalu ye wahai laptop ini!!..

Bohot Syukria! :)


Terima kasih kepada Ummi Anas
diatas pemberian AWARD ini
:)
*wink* wink*

Dan

AWARD di bawah ini diberi oleh Puan Wahida

Terima kasih ya kamu ber dua!

Terharu saya..


So i passed this award to:

  • Nafastari
  • Shila
  • Jeli
  • Aliah
  • Areej
  • Makcu
  • Afzan
  • Azrina
  • Syahin
  • Hanees

7 Things about myself:

  1. i love chocolate
  2. addicted to 'Nescafe'
  3. ketam will always be my favourite food
  4. employed by mr husband.. LOL
  5. expecting for another baby.. :)
  6. like to travel
  7. very garang 'ummi' hehee