Friday, December 31, 2010

sy & pantang bersalin

26 hari yang lalu saya telah selamat melahirkan puteri yang kedua,Marwa..
Bermakna saya sudah 26 hari dalam pantang..

Oh bercerita tentang pantang, saya harus menyusun sepuluh jari saya kepada orang2 tua kerana saya amatlah tidak patuh adab2 berpantang ni.. Saya ni memang agak degil dan suka mempersoalkan sesuatu..kalau saya rasa tak logik, saya takkan ikut.. Haha, sungguh keras kepala saya ni..

Soal makanan dlm pantang, seminggu pertama mungkin boleh kata saya memang agak particular.. Hanya makan lauk singgang, ikan bakar, sambal lada hitam bilis dan kadang sup ikan. Semua dimasak oleh encik suami yg baik hati lagi hensem.. Terima kasih ye sayang ;).. Mama sakit lutut pula sbb cuaca sejuk kot! Jadinya dia tak dpt nak tolong di minggu pertama.. Pagi2 pula hanya minum kopi dan cicah biskut cream cracker (jenama hup seng the best!).. Malam pun sama juga, minum kopi dan biskut.. Makan nasi cuma sekali.. Haha, memang sah2 tak kenyang, tapi nak jaga makan lah kononnya..

Seminggu pertama memang tak keluar rumah cuma ke hospital bila ada appointment doktor.. Kebetulan waktu appointment tu malam.. Memanglah amat pantang bagi org tua untuk membawa bayi baru lahir keluar waktu malam.. Tapi apa boleh buat, doktor set kan appointment tu malam.. InshaAllah takde apa2..

Masuk minggu kedua, oh saya sudah mula makan makanan bergoreng dan berminyak skit2.. Mcm keropok dan ikan goreng.. Muak juga makan sup dan ikan bakar je.. Hari yang ke 19,siap keluar temankan ibu mertua ke kedai untuk membeli beberapa keperluan. Dan hari ke 21 pula, keluar jalan ke Lahore ( 4jam perjalanan dr islamabad ke lahore). Hoho.. Jangan marah ye, bukan saya tak sayang badan saya, cuma saya lebih sayangkan ibu dan mertua saya yang dtg jauh2 untuk menemani saya, apalah salahnya sy membawa mereka jalan2 Pakistan..

Bertungku, barut perut, menyalai dan mengurut ada juga saya lakukan sepanjang pantang ni.. Tungku buat kadang2 je bila ingat..hihi.. menyalai pun kadang2 bila nak, hihi.. tapi yg bestnye menyalai guna heather.. senang pun senang.. baring je depan heather, kira menyalai la tu! ;p
Barut itu penting utk shape up semula.. Haha.. Tapi belum benar2 berjaya kempis pun! Dan saya diurut oleh pembantu rumah di sini yang kebetulan sebelum ni dia adalah nurse bidan.. dia mengurut hampir seminggu smp sy letih kena urut je.. Hehee.. Itu pun dia kata kena urut 15 hari.. Saya bertahan utk mengurut seminggu je..

Tinggal lg lebih kurang dua minggu sahaja lagi pantang akan berakhir..huhu.. Tp sbnrnye sy tak rasa mcm org berpantang pun! ;p

Thursday, December 16, 2010

Bersalin di perantauan..


Alhamdulillah... hari ini genap 11 hari aku berpantang, bermakna 11 hari jugaklah umur Marwa. Setakat ini semuanya baik2 je,terasa cepat sungguh masa berlalu. Perasaan risau, takut dan fobia seakan2 hilang bila tiba masa bersalin..

Aku masih ingat, pagi Ahad, 5 December 2010, selepas aku bangun solat Subuh, terasa seperti katil basah dengan air. Kemudian aku ke tandas, air jernih masih mengalir. Oh, mungkinkah air ketuban sudah bocor? Aku duduk di dalam tandas agak lama, air masih mengalir sedikit demi sedikit. Terus aku kejut encik suami dan bersiap2 untuk ke hospital. Sebelum ke hospital aku mandi dahulu supaya segar dan bertenaga nak bersalin nanti. Kemudian aku berjalan membuat 25 pusingan di laman rumahku dengan harapan supaya bukaan nak bersalin lebih cepat.

Sesampai di hospital, doktor kata bukaan hanya 3 cm, dan aku harus tunggu supaya sakit bersalin (contraction) lebih kerap. Semasa 3 cm aku tak rasa apa2 sakit pun lagi, air ketuban masih mengalir dan aku terpaksa memakai pad. Pukul 10 pagi, doktor memasukkan ubat supaya lebih cepat proses bukaan nak bersalin. Lagi pula air ketuban aku tidak henti2 keluar. Doktor kuatir jangkitan kuman akan berlaku dan kemungkinan bayi akan lemas bila kekurangan air ketuban.

Pukul 12 tghari, bukaan menjadi 4.5 cm.. saat itu sakit datang dengan kerap. 5 minit sekali sakit itu datang. Sakit perut mengeras dan rasa macam sesuatu menekan2 di bawah. Susah untuk tulis dengan perkataan rasa sakit itu. Sakit yang amat sampai kadang aku terpaksa menggenggam tangan encik suami sekuat2nya. Pada saat itu, doktor datang bertanya samada aku perlukan suktikan "epidural" atau tidak. Lalu aku jawab tidak perlu kerana aku rasa masih mampu menahan kesakitan itu. Lagi pula masa melahirkan Embun dahulu pun aku tidak pernah ambil suntikan itu dan aku pernah terbaca di ruangan forum ibu mengandung, suntikan itu membuatkan kita tidak rasa sakit, maka agak sukar untuk kita meneran kerana kita tidak merasa sakit. Mungkin ada benarnya kata orang di forum itu.

Pukul 3 petang, sakit semakin kerap dan aku disuruh berjalan ke bilik bersalin. Saat itu nak berjalan pun rasa payah, macam terasa mahu merangkak sahaja. Tapi aku gagahkan juga untuk berjalan supaya bukaan lebih cepat. Sesampai di bilik bersalin, aku dipantau doktor pembantu. Sakit datang lebih kerap, terasa benar2 lemah dan tak bermaya. Sejam kemudian, aku benar2 terasa ingin meneran dan doktor memeriksa bukaanku sudah 8-9cm, doktor menyuruh aku meneran. Tiba2, berbau busuk, erk, aku terberak da.... hihi.. malu btul rasanya, tapi doktor menenangkan aku dan berkata" it's okay, u can push now"... dan aku meneran sekuat hati. Kemudian doktor mengajar aku untuk meneran bila terasa sakit kontraksi. Bila mana sakit itu tak ada, aku tidak dibenarkan meneran. Nasihat doktor itu amat berguna sekali. Ianya benar2 membantu proses nak bersalin. Hanya dengan 2 kali teran, lahirlah Marwa ke dunia ini.
Alhamdulillah, syukur....



Monday, December 13, 2010

Adiknya Embun

Alhamdulillah....
5 December 2010, 4.29 pm waktu Islamabad, Pakistan
di Medicsi hospital, aku telah selamat melahirkan bayi perempuan
dan Embun kini benar2 menjadi yang sulung.. :)

l
Aku dan encik suami menamakan puteri yang kedua ini

WAN MARWA ;)

Setelah 7 hari Marwa dilahirkan, kami meraikan kedatangannya dengan mengadakan kenduri "aqiqah dan cukur rambut" . Masa Embun dulu kami tak berkesempatan buat kenduri, hanya sempat mewakilkan aqiqah kepada saudara di Malaysia untuk membuat kenduri aqiqah..
Alhamdulillah kenduri berjalan dengan lancar. Kebetulan ayah mertua ada di sini, dia lah yang memasak daging biri2 yang di aqiqahkan.. mama aku pula memasak lauk ayam merah dan nasi minyak.

ummi dan Marwa di hari kenduri

Kasih seorang kakak :)

menyiapkan tuan puteri sebelum dicukur

Marwa si tembam


Alhamdulillah, sekarang i'm a mother of two!
;)

Wednesday, December 1, 2010

Tentang Dia - Part 2

Sambung balik citer tentang dia..

***


Nak tahu apa jadi lepas dia mesej aku tu? hu.. aku memang sedikit terkejut, tapi aku rasional,aku berhasrat untuk kawan dulu, kenal hati budi dulu....dia pun setuju..

Tak sampai setahun kami kenal, kami bertunang dan 6 bulan lepas tu nikah... :)

Terus terang aku katakan, aku tak berapa tahu tentang dia dan keluarganya, malah kegemaran dia pun aku tak berapa tahu sepanjang kami berkenalan.. yang aku pasti, dia budak yang baik. Walaupun aku masih di tahun akhir study, aku tekad untuk bernikah dengan dia, sebab aku percaya, dia memang calon yang sesuai. Bila mana kita dah jumpa orang yang kita yakin dia baik dan boleh jadi suami kita, tak perlu ragu2 lagi untuk terimanya.

Tahun pertama perkahwinan kami memang mencabar.. seperti pasangan lain, aku pasti memang sukar mencari titik persamaan antara dua pihak yang berbeza latar belakang keluarga. Aku dibesarkan di kota, dia pula dengan cara konservatif di daerah persisiran pantai. Budaya keluarga kami memang sangat berbeza. Aku ingat lagi, pertama kali aku masak mee goreng untuk dia, dia memberitahuku "mee ni pedas, bawang mcm tak masak" dan sambal belacan aku dikatanya, "banyak belacan, rasa belacan".. kadang cara aku membasuh pakaian dan melipat pakaian juga dikomennya. Semua komen2 dia membuatkan aku tertekan dan dengan senangnya aku menangis.

Terasa lucu pula bila teringat kisah tahun pertama perkahwinan kami. Terlalu banyak salah faham hanya kerana cara dan budaya berbeza. Tapi alhamdulillah, semakin lama, aku semakin mula menerima teguran dan komen2 dia dengan senang hati. Tanpa rasa tertekan, dan air mata aku tak mengalir lagi. Dah kebal kot! haha... Dahulunya aku sering kecewa dengan sikapnya yang tidak pedulikan tentang hari2 istimewa seperti ulangtahun perkahwinan atau birthday.. Sekarang cara aku berbeza,aku akan memaksa dia keluar makan di hari istimewa, walaupun dia tidak beria2. Aku tidak lagi mengharapkan sesuatu yang istimewa di hari istimewa.. cukuplah sekadar dia melayan karenah aku ingin berjalan2 keluar di hari itu.

Alhamdulillah, 18 zulhijjah yang lepas, genaplah 3 tahun usia perkahwinan aku dan dia.Kebtulan tarikh yang sama dengan tarikh perkahwinan mama dan papa aku. Aku mengajak dia ke restoran untuk meraikannya. Kami tidak bertukar hadiah, tidak mengapalah, yang penting, aku bahagia dengan dia. Terima kasih Allah kerana kurniakan aku seorang suami yang baik, dilimpahi dengan rezeki seorang anak perempuan yang berusia 1 tahun 8 bulan, dan sekarang aku sedang menunggu masa untuk melahirkan anak yang kedua. Alhamdulillah... sungguh aku benar2 bahagia dengan rezeki ini...segalanya keranaMu, aku benar2 bersyukur....