Thursday, April 28, 2011

Doa Mawar buat Nafastari

Sayang, sudah 60 hari kamu meninggalkan kami.... Sejujurnya Nur masih rasa seperti ianya satu mimpi... bagaikan semalam kejadian itu berlaku.. bagaikan semalam kita bersama2 di dalam kereta putih itu...

Nur masih tidak percaya kejadian itu berlaku.. hanya dengan sekelip mata kamu pergi meninggalkan kami.. Ayat terakhir yang Nur dengar dari mulut kamu adalah "ALLAH".. Alhamdulillah sayang, kamu sempat menyebut nama Tuhan sebelum kamu pergi buat selama2nya..

Ahmad, tahukah kamu Embun dan Kekwa baik2 saja, Embun semakin bijak, dia sudah mulai ikut Nur solat. Setiap kali azan berkumandang, Embun akan berkata, "ummi, wash., nak olat." maksudnya, ummi jom pergi amik wuduk, nak solat.. Sejuknya hati bila memandang wajah comel Embun mengajak Nur solat... Kalaulah sayang ada, tentu saja perkataan "MashaAllah anak ayah!" akan keluar dari mulut kamu...

Kekwa semakin cantik sayangku.. dan semakin comel... Rupanya lebih menyerupai nur. Dia lebih lembut dan manja berbanding Embun. Mulutnya yang comel dan suaranya yang manja membuatkan Nur rasa bahagia sekali. Lebih bahagia dapat melahirkan anak kamu sayang...Merekalah tanda kasih sayang kita. Nur sentiasa berdoa agar mereka membesar jadi anak yang solehah. Yang sentiasa mendoakan kamu sayang..

Sayang, jauh di sudut hati Nur amat takut sekali untuk membesarkan mereka berdua.. amat berat tanggungjawab ini, Apatah lagi di zaman sekarang yang terlalu banyak pendedahan. Nur takut sekali, tiap kali rasa takut itu hadir, tiap kali itulah Nur doakan agar mereka berpegang teguh dengan ajaran Islam. Agar mereka memahami al-Quran dan hadith. Agar mereka mengamalkannya juga.. Allah.. Allah sajalah Yang Maha Mengetahui hati ini... Semoga Allah terus melindungi kami bertiga...dan memberi petunjuk pada Nur untuk mendidik anak2 kita menjadi anak yang solehah dan berguna. Semoga Allah jadikan mereka pejuang2 Islam di zaman ini.

Kadang pernah juga terfikir, kenapa kami tidak ikut sekali kamu 'pergi'?... Namun Allah jua lah Yang Maha Mengetahui.. Dahulu Nur pernah berkata yang Nur sangat cemburu dengan orang yang meninggal cepat kerana dia tidak perlu lagi melalui hidup yang penuh tipu daya ini.
"Ya Allah,jika mati itu baik untukku, maka matikanlah aku, jika hidup itu baik untukku, maka hidupkanlah aku"...

Sayang, tiap malam pasti sukar untuk nur tidur.. walau seletih mana pun nur, tidur tetap tak boleh lena. Nur rindukan ahmad, rindu sangat... Rindu berborak2 dan berbalas pantun sebelum tidur dengan kamu..
Tiap kali terjaga tengah malam, pasti hati ini sayu, dan terus saja berdoa agar kamu di sana tidak apa-apa. Tidak henti2 nur memikirkan bagaimana kamu di sana..

" Ya Allah, tempatkanlah dia di kalangan orang yang beriman, Kau selamatkanlah dia dari siksaan kubur, jadikanlah kuburnya antara taman2 syurga, Kau lapangkanlah kuburnya dan terangilah kuburnya...dan Kau satukanlah kembali keluarga kami di akhirat nanti, sungguh dengan izin-Mu aku hanya ingin menjadi isterinya dunia akhirat...."

Sukar Lelap

Sejak pemergiannya.. saya agak sukar untuk tidur.. setiap malam pasti terjaga teringatkannya....dan tiap kali itulah aku tidak henti2 mendoakannya...

Isteri... sudah lumrah seorang isteri sentiasa menunggu suami...
Dahulu menunggunya pulang dari kerja,
menunggunya bermain facebook tgh2 malam, (heh, sindrom jeles dgn FB pun ada),
menunggu untuk berceloteh dengannya..

Sekarang, menunggu utk bertemunya 'di sana' kelak...
Dan sentiasa mengharapkan dia hadir dalam mimpiku...
agar terubat rindu ini...

Wednesday, April 27, 2011

Embun & Baju ayah

Orang tua2 selalu kata, kalau si ayah meninggal, selimutkan anak2 dengan kain pelikat atau baju yang belum dibasuh milik arwah ayahnya..Begitulah yang dibuat oleh saya.. Sebenarnya, mungkin saya yang lebih selimut daripada si anak.. hehe..

Baunya masih melekat, setiap hari saya tidur beralaskan baju kemeja yang dipakainya sebelum kami berangkat pulang ke Malaysia. Rasa rindu yang sukar diungkapkan, hanya linangan air mata yang mengubati rindu itu..

Suatu hari, Embun terlihat baju kemeja itu lalu terus sahaja dia menyebut, "ayah!" .. bijaknya kamu Embun, kamu masih kenal itu baju ayah.. Ummi sangat terharu dan sebak bila kamu menyebut Ayah sambil mencium baju itu.. Mungkinkah kamu mengerti ayah kamu sudah pergi Embun ? Siapa tahu hati dan fikiran anak kecil bernama Embun ini.. dia menyaksikan kejadian itu, dia juga menyaksikan ayahnya berlumuran darah, dikafankan dan dikebumikan.. Mungkinkah dia sudah mengerti? Lagi pula, selepas kematian ayahnya, Embun tidak pula demam rindu.

Embun dapat membezakan antara ayah dan kembar. Semasa kembar mengambil Embun merasa selesa, namun tidaklah dia seriang sepertimana dia dengan ayahnya. Dan dia langsung tidak menyebut ayah bila melihat kembar.

Saya selalu memberi Embun melihat gambar ayahnya.. saya meletak gambar kahwin saya di atas meja bersebelahan katil kami tidur. Setiap pagi, bila embun terlihat gambar itu, pasti dia akan menyebut "ayah!"...

Embun.... ummi tahu kamu seorang yang kuat...
Kita semua rindukan ayah...
Membesarlah menjadi anak yang solehah..
yang selalu mendoakan ayah..

Amin...


Tuesday, April 26, 2011

Seperti kehilangan dompet

Siapa pernah kehilangan dompet atau beg tangan? angkat tangan! huhu..
Memang rasa susah sangat kan bila kehilangan dompet..
Rumit pulak tu proses selepas kehilangan dompet tu...
Mula2 kena buat report polis, lepas tu kena buat ic baru, lesen baru, freezekan kad bank...yang mana dah kawin, ada pula mykad kahwin skg.. hm.. mcm2 kena buat..

ha, itu baru dompet... kalau "kehilangan" orang pun akan melalui macam2 proses...
1. urusan pengebumian - kebumi, daftar kematian dsb
2. urusan polis
3. urusan bank
4. urusan harta - rumah dan kereta
5. urusan pinjaman
6. urusan insuran
7. urusan pencen, gaji dan sebagainya
8. urusan hospital

Setiap urusan akan memakan masa juga...
Mujur ada perkataan sabar dalam dunia ni.. :)




Islamabad in memory


Hm, mulanya saya dah taip entri ni macam nak buat karangan journey saya di sana.. sampai perenggan ke tiga, terus delete semula sebab TAK SAMPAI HATI nak cerita....

Apa pun kesimpulannya, Islamabad ni full of memory with my love one. Sedih sangat bila hari tu balik untuk packing barang2 balik semula ke Malaysia. Nasib baik ada Kak ida (sepupu encik suami) yang temankan saya ke sana. Seminggu kat sana, seminggu jugakla menahan sebak. Kak Ida lah yang banyak bantu dari segi support moral dan tenaga kerja kemas2 umah.

Tak nangis ke sampai sana hari tu? tipu sgt kalau saya kata tak nangis kan!! meraung jugakla.. pastu kak ida marah.. hahaaa... terus kawal diri balik.. Lepas tu tengok kak ida nangis, tak pe pulak! hahaha.. kak ida, kak ida... apa pun nur sangat2 berterima kasih kat kak ida sebab sanggup temankan saya dan amik cuti bekerja untuk tolong saya uruskan hal2 kat sana.Moga Allah sajalah membalas jasa kamu.( if u read this entry, i wanted to say how much i appreciate your help. )

Tak lupa juga untuk keluarga Erick&Esther, thank you sooo much for letting me and my kids to stay at your house dan semua urusan perpindahan.. Erick and Esther, budi baik kalian amatlah saya hargai dan takkan saya lupa sampai bila2..

Untuk keluarga Malaysia yang lain, pun saya ucapkan ribuan terima kasih.... Anda semua memang best! i love u all.. and miss u all... Especially Datin Norzelah, ambassodar's wife yang banyakkkkk bagi moral support kat family sy sebelum arwah meninggal lagi.

To all Pakistani yang kenal arwah pun saya amat2 terharu dengan anda semua yang mendoakan encik suami saya. Satu perkara yang menarik tentang Pakistani ni, apabila mereka datang mengucapkan takziah , mereka akan mengambil masa lebih kurang beberapa minit menadah tangan dan berdoa bersama2. Itulah budaya mereka yang patut kita contohi. Memang amat menyenangkan.

Pendek kata, alhamdulillah, urusan saya di sana berjalan dengan lancar dengan bantuan semua orang.. tak kira siapa, dari pembantu rumah, pemandu, staff, malaysian, other diplomats dan orang besar di parlimen Islamabad sendiri turun untuk membantu kami sekeluarga.. Hanya Allah dapat membalas budi kalian..




Sunday, April 24, 2011

Bawa baby pegi umrah




Saya tujukan entri ni khas buat Kak Yatt, (senior sekolah menengah) dan untuk family yang teringin buat umrah&ziarah sambil nak bawak baby pegi skali.

Melalui pengalaman saya dulu, Mac 2010, saya dan arwah tanpa rasa ragu2 membawa Embun pergi umrah bersama2 kami. Cerita Embun pergi umrah, boleh click di SINI
Kami ke sana dari Islamabad, jadi mana mungkin kami tinggalkan si kecil Embun di Islamabad. Lagi plak bila fikir2 pun, orang kat negara Arab tu selamba je bawak anak2 pegi, takde apa pun.. dan bukankah environment di masjid itu adalah baik untuk anak2?.. :)
oleh itu, beberapa persiapan telah kami buat sebelum menunaikan umrah buat si kecil, antaranya:

  • solat berjemaah - biasakan baby tu tengok kita solat berjemaah di rumah, jadi mereka akan biasa dengan suasana jemaah semasa membuat umrah nanti.
  • baby carier - untuk memudahkan membawa baby di dalam keadaan yang sesak dan ramai orang
  • baby stroller- amat berguna bila baby nak tido, kita pula nak solat jemaah
  • botol air minuman serta makanan bayi (cth: yogurt atau buah - mudah didapati di sana)
  • mainan - kasi dia ralit main
  • ubat2 - stand by kalau demam ke apa
  • cream - utk dry skin.. memang akan dry punya.. kesian baby..
  • vaseline - utk bibir
semasa umrah&ziarah pula,

  • di Madinah - bawa stroller, boleh masuk dalam kawasan masjid, ambil port paling tepi atau paling depan supaya mudah keluar dan parking stroller. letak stroller baby tepi or depan kita semasa solat jemaah. untuk alih perhatian baby or bagi baby duduk diam, mungkin boleh beri dia snack atau mainan. Kalau anak tido lagi senang! bagi dia makan kenyang2, pastu tido je dalam stroller..
  • kalau teringin nak masuk Raudhah,bergilir lah dengan suami, sorang masuk dulu, sorang tolong jaga anak. Raudhah tempatnya selalunya sesak. Tak sesuai bawa anak walaupun guna carrier. Lagi pun tempat melawat raudhah untuk lelaki dan perempuan berbeza waktunya.
  • di Makkah - semasa melakukan umrah, lebih baik gunakan carrier. Mudah nak lakukan tawaf dan saie. Untuk solat jemaah di Makkah, tak boleh masuk stroller dalam masjid, jadi kena lah pandai2 cari tempat yang paling tepi supaya mudah nak keluar jika anak meragam.
Paling penting.
  • doa dengan Allah supaya segalanya dipermudahkan.. :)

**Apa pun, latih dulu kat rumah solat berjemaah, dan selalulah ke masjid untuk membiasakan anak2 dengan keadaan jemaah. Jika anak meragam atau tak duduk diam, tu biasalah... mungkin boleh guna kaedah gilir2 buat umrah dengan pasangan.

** atau boleh guna kaedah ini juga

Friday, April 22, 2011

Rahsia masa lalu

Alhamdulillah, ramai yang datang menziarah dan memberi kata2 semangat buat saya dan keluarga selepas pemergiannya.. terima kasih yang tak terhingga buat semua yang peduli, yang mengambil berat dan mendoakan...kerana doa kalian semua, saya masih bertahan dan terus berjuang demi anak2.. Terima kasih Allah kerana mengabulkan doa semua buat saya dan keluarga.. mudah2an doa mereka buat arwah juga dimakbulkan olehMu..


Sahabat2 arwah, sahabat2 saya, kaum keluarga ramai yang datang menziarah.. tidak putus2 kunjungan tetamu di rumah mertua serta di rumah ibubapa saya. Terima kasih kerana sudi menjenguk kami.. Kepada yang pernah datang berkunjung, janganlah serik berkunjung lagi. :)
Hati dan emosi saya ketika ini tidaklah sestabil dulu, mungkin masa akan mengubat semuanya, InshaAllah. tapi saya bersyukur kerana masih diberikan akal fikiran yang waras untuk meneruskan hidup. Namun, saya juga manusia biasa, yang mudah terguris dan tercalar hatinya apabila sesetengah yang berkunjung itu menceritakan kisah lama arwah yang tak pernah saya tahu.


Beberapa orang yang datang menziarah memnceritakan bahawa dahulunya arwah pernah mahu berkahwin dengannya. Betapa hancur dan luluhnya hati saya mendengarnya. Dalam hati saya berasa amat pelik sekali mengapa ada orang yang sanggup meluahkan@menceritakan masa lalunya di saat pemergiannya?.. tidakkah dia memikirkan perasaan saya?
Arwah tidak pernah sekali membuka rahsia lamanya. Setelah kami berkahwin, segalanya diceritakan kepada saya. Kadangkala saya pernah bertanyakan masa lalunya, lalu dia berkata,"tak penting"..


Tindakan arwah merahsiakan masa lalunya adalah amat tepat sekali. Kerana, untuk sesebuah perkahwinan itu, haruslah pandang ke depan dan melupakan segala masa lalu demi menjaga hati pasangan. Setelah diijab qabulkan, tiada lagi yang harus kita ingat selain suami kita. Tumpuan dan hati itu haruslah pada suami yang sah. Begitu juga dengan suami. Hati dan perasaan isteri haruslah dijaga sebaiknya.


Bagi saya, seseorang yang pernah meminati atau diminati,haruslah simpan perasaan itu sendiri. Tidak haruslah dia menceritakan hal itu kepada orang lain kerana biarlah itu menjadi rahsia diri anda. Saya amat tertarik dengan kata2 seorang blogger yang menyinggah di laman nafastari,


"Walaupun aku seakan-akan Ahmad Fathi(Ayat2 cinta), tidak sesekali aku menceritakan perihal sang gadis-gadis yang meminatiku
.
Sesekali tidak! Aku menjaga aibnya.


dan aku menjaga perasaan isteriku"





Wednesday, April 20, 2011

Detik perkenalan mawar dan nafastari- Khas buat anakandaku Embun dan Kekwa

Embun dan Kekwa,

Kalau nanti kamu tertanya2 bagaimana mulanya ayah dan ummi berkenalan,
kamu bolehlah membaca cerita ummi tentang dia. Dan dibawah ini antara mesej2 ayah kepada ummi di laman Friendster..

Bacalah puteriku,
moga kamu terhibur...

:)


From:
03/25/2005 2:16 pm
Subject:Salam..
Message:
I think u're the one that i'm lookin for!
Tell me if I'm right..
Long time no see.
Pls write something to me.
Would u be my fren?
I'd appreciate tht!


From:
03/25/2005 2:18 pm
Subject:pls
Message:
add me as ur fren pls..
nafastari@yahoo.com- Ahmad WM
I'd appreciate that, TQ.

From:
03/26/2005 7:09 am
Subject:Re: hu??Message:
sy pun tak tau nak explain mcmana.. tp cuba awak
tgk profile sy.. kalo awk tak penah knal sy itu
makna nya sy dah silap org.. sorry..
Sy budak AIKOL, final year..
Aini-Nurbaya wrote:
> who r u actually??may i know?

From:
03/26/2005 7:15 am
Subject:hiMessage:
TQ sbb sudi add saya.. we're fren now, at least
in
frenster!
Nak tanya, awak ada kena diarrhea tak mase
taaruf week? pastu ada sorag committee bwk
awk
n d geng pegi clinic...
may it reminds u to me..
hehee..
From:
03/26/2005 7:17 am
Subject:slmMessage:
maaf la kalo sy dah silap org..
sb sy pun tak sure ni..

From:
03/27/2005 6:56 pm
Subject:Re: slmMessage:
this's miracle!
sy tgh tersenyum sorang2 dpn comp skang!! hehee..
sronok dah jumpa awak, lama dah tak nampak...
awk tau, sy kdg pegi lagi kat cafe tu nak cari awk
(nak tgk je sbenarnye).. tp tak nampak pun.. sedih
tak..
Sy ada sorg kwn dlm frenster ni, econ girl jgk..
so dia yg tlg sy cari awk.. sy cuma describe pasal
awk kat dia, pastu dia kata mgkn awakla orgnya..
dia yg bagi nickname awk dlm frenster ni. sy pun
cuba laa.. skang dah jumpa pun.... I'm so happy, u
know..
yes, we're fren now!
how's ur xm? ada brape paper lg?
Sy ada 4 lagi! esok pg ada lg satu.. pray for me ya..
eh org trg jgk ek? parents asal kat mana?
okla.. lain kali sy tulis lagi..
ni hp numb sy, 0193910912. nama penuh saya Wan
Ahmad Fadzil W Mohd.
take care. c u..
Aini-Nurbaya wrote:
> e eh..awak abg senior yg duk slalu terserempak
> ngan saya kat cafe econs ek??wow...suprizing
> me...tak sangka sgt...awak leh cari saya kat fs ni??
> haha...serius terkejut sgt...mestila ingat
> awak...that cute guy..wakaka...so...mcm mane
> awak leh tau saya?awak tau nama saya ke?oh ur
> name ahmad??from trg ek??eh..tu kg saya tu..but i
> live in shah alam..hehe..nice to meet you... at
last
> we gonna be frens rite?? :)
From:
03/27/2005 7:09 pm
Subject:Re: hahaMessage:
awak kot yg nyorok,..?
sbenarnya sy slalu nak tegur n bckp dgn awk, tp
tuhan tak bagi kekuatan.. bila dah takde pluang
baru rasa ada kekuatan.. rupanya manusia lbh
menghargai sesuatu bila benda tu dah hilang...
tuhan yg tak beri kekuatan atau kita yg tak bina
kekuatan....?
so, nama awk aini nurbaya? sgt melayu.. pompuan
melayu terakhir laa.. hahaaa...
nice name!
Aini-Nurbaya wrote:
> dunia ni kecik...frenster lagi kecik kan?so..lame
> tak nampak??nyorok ke??hehe
From:
03/31/2005 7:42 am
Subject:Re: haha
Message:
ha nanti jmpa sy cuba la tegur..
budak tu clsmate awk. tp dia tak penah bcakap
dgn awk. nanti saya tanya dia bleh bgtau psl dia kt
awk tak..
ok, see u
Aini-Nurbaya wrote:
>
> oho..la ye ke...patutla...tapi memang sgtla lame
> tak nampak awak kat cafe...so..sape kawan
awak
> yg bdk econs tue?dia kenal saya??
> uhu..wow...kecik sungguh uia ni...describe the
> way i look je leh kenal dah?
> wah..hebatnye...ehehe...so i got another 1
> paper..bm komunikase this 2nd april...then dah
> cuti..so awak mmg final year final sem ke??
> so...bile leh tersempak lagi ni??ahhaa...oh
> ye..saya ni jrg online...in case lamabt reply sorry
> la ye...tapi i'll reply ur msg...as soon as possible
la
> yek... :) so..papepun all the best kay...for ur
> undertaking future etc..nanti leh la jadik lawyer
> saya..hah..lagi satu..kalau dah jumpe tu tegur je
> saya...saya ni akan tegur bile ditegur je..malu
nak
> wat first move...biasela pompuan...eh...pjg lak
> saya tulih ..k k...la...nenanti msg lagi
yek...da...~!
From:
04/02/2005 6:54 pm
Subject:salamMessage:
tak online ke?
esok my last paper, pastu i pegi camping kat
besut, 4 hari dalam hutan.. doakn saya slamat ye..
hey tak balik trg ke?
ok la, u take care.


From:
04/09/2005 12:05 pm
Subject:Re: salam
Message:
hah! nak balik trg ke? hey dtg le bertandang ke
pondok buruk kite kat setiu. give me a call ya! trg
kat mana? I think u shud write again to me.. on ths
14th I'm goin to Kuala Krai Klantan for a program
under Kelantanese students, saje join diorang.
sebenarnya nak berjalan2.. ada community
service.. u take care too!
Aini-Nurbaya wrote:
> sorry saya jarang online la...
> oh ye ke..camping anjuran ape???take care ya...
> balik trg...12hb april ni...
> hehe
>

From:
07/18/2005 7:53 am
Subject:salamMessage:
please check my 'who i want to meet'
huhuhu

From:
07/19/2005 7:49 pm
Subject:Re: heheMessage:
mmg ler serupa..
sbb sy copy-paste awak punya
hahaha
eh bila plak nak tsrempak dgn awk lg ek?
Aini-Nurbaya wrote:
> e eh..mcm kenal je ayat kat "who i want to
meet"
> tu..oho...nampaknye serupe ye.....lalalla







Entri untuk mawarnya





Lemah

Bila malam, bila sunyi, bila puteri2ku lena dibuai mimpi, saat itulah yang mengujiku.. Datang rindu yg amat dalam.. Sukar untuk digambarkan, hati menangis kerinduan.. Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini...

Monday, April 18, 2011

dunia di bawah dagu, akhirat depan mata

aku masih rindukan dia.. smp bila2 pun aku akan tetap rindukan dia..
dia lelaki yang paling baik pernah aku kenal, dan paling rapat denganku..
(mestilah kan, laki aku! hihi...)

kadang2 aku akan mengingati saat2 manis kami untuk aku tersenyum kembali...

oh, segalanya terlalu indah.. smpkan aku terlupa..
lupa dunia ini sementara...

Allah, terima kasih menyedarkan aku tentang kelalaian dan kealpaan aku bahawa bahagia dunia ini sementara...

benar2 sementara..

**usia tidak membawa apa2 erti jika amalan kita tidak sebanyak usia kita..



Selamat Hari Raya 2023