Tuesday, May 31, 2011

Kita dan Ujian

Terima kasih buat semua yang membaca blog Mawar dan Nafastari, terima kasih juga kepada sahabat2 yang memberi kata2 semangat kepada saya.. Terima kasih juga kepada sahabat2 baru yang kenal dengan Mawar dan sekali gus berkongsi kisah duka mereka dengan Mawar.

Manusia takkan pernah lari dengan ujian.. Mula2 lahir pun ada ujian.. Malah sebelum kita lahir pun dah ada ujian..

ujian untuk ibu mengandung- ujian darah, ujian air kencing.. ;p
dah lahir pula- ujian jaundice ke tidak...

lepas dah besar sikit, pergi sekolah pun ada ujian lagi...
lepas dah sekolah, masuk pula universiti.. ujian lagi!....
dah habis universiti, ujian lagi nak mintak kerja...
tak habis2 ujian kan?? :)

dah kerja pun kadang kena pergi ujian jugak nak naik pangkat!
ha, ujian lagi...
bila masanya takde ujian dalam hidup ni kan?

Sebab apa ada ujian???



Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta
Surah Al-Ankaboot ayat 2-3

Dan bila kita didatangkan ujian,

Ayat 45 surah al-Baqarah,
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk

Kalau dekat sekolah, kita ambil peperiksaan untuk menentukan grade kita, macam tu juga Allah beri kita peperiksaan hidup untuk menentukan grade kita di akhirat nanti...

Semoga berjaya dengan ujian Allah beri kawan2 semua! :)
Semoga kita peroleh grade yang terbaik dari-Nya

AMIN!

* esok saya ada ujian komputer kelas memandu! doakan saya lulus lagi ye!

Monday, May 30, 2011

Oh Capri



Untuk Embun dan Kekwa

Lagu ini ummi dan ayah selalu menyanyikan ketika kamu berdua belum lahir lagi.. lagu ini boleh membuatkan kami berdua menjerit bersama2.. haha... terasa indah bila teringatkan saat2 itu anak-anakku..

Sewaktu itu, ummi masih lagi menuntut di universiti, dan ayah kamu bekerja di Kuala Terengganu. Selama hampir setahun kami tinggal berjauhan. Hujung minggu kadang2 ummi akan ke Kuala Terengganu dan kadangkala ayah pula akan ke Shah Alam. Mulanya ummi risau jika mengandung awal sebelum habis belajar. Kebetulan lagu ini sentiasa bermain2 di kereta ayah..Bila lagu ini kedengaran, kami akan sama2 menjerit, "oh tak mungkin! baby's inside??" dan kami sama2 ketawa... :)

Sudahnya ummi mengandungkan Embun di akhir semester pengajian ummi. Lagu ini masih menjadi kegemaran ummi dan ayah. Dan kami akan sama2 menyanyikan lagu ini sewaktu di dalam perjalanan pulang ke kg nenek dan tokki.

Ayah kamu memang membahagiakan! Dia sangat penyayang.. Dia sangat sayangkan kamu sebelum kamu lahir lagi. :)

Dan Kekwa...

tahukah kamu, beberapa bulan sebelum kamu dilahirkan, ayah kamu mendengar semula lagu ini. Kamu boleh baca di entri ayah -Lagu dan Kisah

:)

Oh, Capri..
kamu berdua adalah Capri ummi dan ayah!

Sunday, May 29, 2011

Allah tahu kalau pun kita tak bagitahu

Saya sayangkan dia........... sayang dia sampai bila2...
Saya rindu sgt dekat dia..... rindu yang tak pasti sampai padanya?...

Tiap hari saya mengadu dekat Allah, yang saya rindukan dia..
saya tak mengadu pun saya tahu Allah tahu saya rindu dia...
Saya cuba untuk sibukkan diri saya..
tapi dia tetap dalam hati saya...
walau saya sibuk mana pun, saya tetap ingat dia...

Saya harap Allah berikan saya ketabahan dan kecekalan hati supaya saya terus bersabar dan terus sayangkan dia..kerana dia ayah kepada anak2 saya... kerana dia... cinta pertama dan akhir saya...

mawar sayang nafastari sepenuh hati

Friday, May 27, 2011

I pray we're together in Jannah


Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. 'wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir
From: HERE



TENTANG IDDAH KEMATIAN SUAMI
Wanita yang kematian suami hendaklah beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika dia mengandung, maka hendaklah dia beriddah sehingga bersalin. Tempoh ini digunakan untuk memastikan rahim kosong (bersih) dan digunakan oleh wanita untuk menyatakan kesedihan atas kematian suami. Ia juga merupakan fasa perubahan yang sukar dan perlu disokong oleh kaum keluarga, rakan-taulan dan jiran tetangga.
Terdapat LIMA larangan yang dikenakan ke atas wanita yang kematian suami:
1. bertunang (secara berterus-terang)
2. berkahwin
3. berhias pada diri atau pakaian
4. tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami
5. keluar dari rumah
tanpa ada tujuan penting yang tertentu


PERTAMA: BERTUNANG SECARA BERTERUS-TERANG
Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang ataupun dipinang dengan cara berterus-terang. Namun jika mahu dipinang dengan berkias, maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Tiada larangan ke atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang wanita”.



KEDUA: BERKAHWIN
Sebagaimana yang telah disebutkan di awal tadi, tujuan iddah iaitu untuk memastikan rahim bersih dari benih suami. Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Dan janganlah melakukan ikatan pernikahan hinggalah sampai tempoh tangguhnya (iddahnya)”. Ayat ini menjelaskan bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bernikah sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut.



KETIGA: BERHIAS DAN BERWANGI-WANGIAN PADA DIRI ATAU PAKAIAN
Wanita dalam iddah wajib menjauhkan diri daripada perhiasan atau berhias-hias sama ada pada tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya wanita ini menyatakan kesedihan atas kematian suami dan mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah. Ini dapat mengelakkannya daripada perkara-perkara terlarang serta menghindari fitnah.
Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan bahawa tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung lebih dari 3 hari kecuali kerana (kematian) suami. Baginda seterusnya menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami tidak boleh memakai celak, tidak boleh memakai pakaian yang berhias-hias dan tidak boleh menggunakan pewangi (perfume), kecuali jika dia membersihkan diri iaitu dengan sedikit haruman sahaja. [Lihat penjelasan lanjut dalam Fath al-Bari, jld 9, hlm. 491].
Hadis sahih ini jelas menyatakan bahawa wanita yang kematian suami dilarang memakai wangi-wangian, berhias pada diri atau pakaian termasuk memakai barang kemas pada badan. Dalam hal ini, dianjurkan supaya wanita ini menjauhkan diri daripada memakai pakaian yang menarik perhatian seperti berwarna terang kerana dikhuatiri akan membawa fitnah dan keinginan pada lelaki sedangkan dia masih dalam tempoh larangan berkahwin.
Walau bagaimanapun, tidak semestinya wanita dikehendaki memakai pakaian berwarna hitam. Hitam ialah lambang berkabung bagi seluruh penduduk dunia. Harus wanita dalam iddah berpakaian hitam tetapi tiada larangan untuk dia memakai pakaian berwarna lain.
Diharuskan juga menggunakan pewangi sekadar untuk menghilangkan bau yang busuk pada badan seperti semasa mandi wajib selepas habis haidh iaitu digunakan pada faraj.
Diharuskan pula memakai celak untuk perubatan, tetapi jika mahu dipakai untuk kecantikan, maka ia dilarang.
Diwajibkan ke atas wanita untuk tetap menjaga kebersihan seperti mandi, bersyampu, menyabun badan dll tetapi hendaklah mengelakkan daripada menggunakan peralatan yang mempunyai wangian atau sekurang-kurangnya wangiannya sangat sedikit.



KEEMPAT: TIDUR DI RUMAH LAIN
Larangan ini terpakai untuk wanita yang berada dalam iddah kematian suami dan juga iddah perceraian biasa.
Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi kebiasaannya tidur semasa masih dalam ikatan perkahwinan.
Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mengikut masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan takutilah Allah tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas.” [Surah al-Talaq: ayat 1].
Perempuan yang sedang iddah kerana kematian suami dibenarkan berpindah rumah sekiranya dia khuatir akan kebinasaan diri, anak atau hartanya.
Dalil ini terpakai ke atas semua wanita yang berada dalam iddah bahawa mereka dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini. Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika ‘datang kebinasaan yang jelas’ seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman yang lain.
Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat wanita bernama Furai’ah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah s.a.w. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah s.a.w. memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga habis iddah iaitu 4 bulan 10 hari. Sabda baginda s.a.w. maksudnya: “Tinggallah tetap di rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah)”.



KELIMA: KELUAR DARI RUMAH TANPA TUJUAN (KEPERLUAN TERTENTU)
Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu tidak dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang penting. Hal ini disepakati oleh majoriti fuqaha.
Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya: “Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya (daripada keluar memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah s.a.w., maka baginda bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik.”
Para fuqaha mengqiyaskan hadis ini dengan wanita yang dalam iddah kematian suami bahawa lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah terutamanya untuk mencari nafkah kerana tidak ada orang yang menanggung nafkah mereka. [Sila ambil perhatian bahawa wanita yang diceraikan, nafkahnya semasa dalam iddah masih ditanggung oleh suami yang menceraikan. Jika suami engkar, buatlah aduan dan tuntutan di Mahkamah Syariah].
Dalam satu hadis yang lain, isteri-isteri para syuhada Perang Uhud yang tinggal berjiran bertemu Rasulullah s.a.w. dan bertanya, maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berasa gusar di malam hari, bolehkah kami tidur di rumah jiran kami? Apabila siang kami akan pulang ke rumah kami.” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bercakaplah sesama kamu tetapi apabila kamu mahu tidur maka kembali setiap wanita ke rumah masing-masing.”
Dalam kitab-kitab fiqh banyak disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah kematian suami untuk keluar dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat terdapat tujuan tertentu dan penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut ialah seperti untuk mencari nafkah dan membeli barang keperluan rumah. Dalam mazhab Maliki pula ditambah penjelasan bahawa perempuan yang berada dalam iddah dilarang keluar untuk ziarah menziarahi, dilarang keluar berdagang (berniaga) (kecuali jika itu sumber nafkahnya), dilarang keluar untuk mengucapkan tahniah (seperti menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan kelahiran bayi), dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi orang sakit atau kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri. Majoriti fuqaha juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang mengerjakan haji atau umrah.


Menurut Dr Yusof al-Qardhawi:
"Namun bukanlah bererti dia (perempuan yg sedang iddah kematian suami) tidak boleh keluar rumah langsung. Jika ada keperluan, dia dibenarkan keluar rumah. Keperluan tersebut seperti berubat atau membeli keperluan yang tidak ada orang lain yang membelikannya, atau pergi ke tempat kerja sesuai dengan profesionnya seperti guru, doktor, jururawat, atau sebagainya.."

Thursday, May 26, 2011

Kenali Kekwa






  • Kekwa sekarang dah nak masuk 6 bulan.. bulan depan genap la 6 bulan...
  • Kekwa character dia berbeza betul dengan kakak dia..
  • Kekwa ni manja dan tembam..
  • Dua tiga hari ni dia asyik meragam je.. suka sangat nangis kuat2.. pastu bila orang dukung baru senyap...
  • Kulit Kekwa dah makin cerah.. mungkin sebab pipinya yang tembam .. rasa nak gigit2 je.. dah la bila menangis tu buat mulut manja.. isk,isk.. geram sungguh rasa...
  • Si Embun tak habis2 cium adik dia.. rasanya lebih 10 kali kot dalam sehari dia cium adik dia.. kadang pukul jugak adik dia.. hm... sabar je la.. kakak membuli, adik mengadu(nangisla)
  • Kekwa dah pandai meniarap, tapi dia jarang buat aksi meniarap sebab dia suka menangis, pastu tok mama dia suka nak ambil dukung, jadi tak sempatla wawa nak explore dunia meniarap dia tu.
  • Susu ibu pastilah menjadi pilihan Kekwa sejak dia lahir sampaila sekarang.. mudah-mudahan sampai genap umurnya 2 tahun... amin...
Sekarang Kekwa tengah tidur, jadi ummi boleh la main2 fb sambil update blog.. :)

Wednesday, May 25, 2011

Without you


Baru browse tru posting2 ku yg lama dulu, terbaca entry tentang Celebration

dan dia pernah komen di bawah tu..

"I might not be romantic and quite ignorance but I do love my wife for she is my life and my soul, I just can't live without her. People have their own way of doing thing and we belive in many different way, we view things according to our perpective. People have different way of lifestyle, they have different way of upbringing, they read different books and attend different schools, taught by different teachers. But we share the universal values such as love, trust, loyalty & etc."

hmm... u r my life and my soul too dear hubby... i also can't live without you .. :'(


Embun & Baju Kurung


Embun sangat gemar memakai baju kurung, selepas mandi, Embun akan ambil sendiri baju dia. Dan pilihannya selalu mesti baju kurung!

Kata alangnya(kakak saya); "dia ni mcm okid! suka pakai baju kurung, tapi perangai macam boy, nakal!!!" hihihihi...

Lihatlah aksi anak dara saya cik embun ni memakai baju kurung

waktu hari Aqiqah Kekwa di Islamabad, si kakak ni sibuk nak try tilam adik.. hihi

Eidulfitri 2010 yang lepas..

Baju kurung pertama yang dijahit oleh ayah

Monday, May 23, 2011

Madinah menyenangkan

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْمَدِينَةَ كَحُبِّنَا مَكَّةَ أَوْ أَشَدَّ
(صحيح البخاري)
Wahai Allah, jadikan kami mencintai Madinah, seperti kami mencintai Makkah atau lebih dari mencintai Makkah.” ( Shahih Al Bukhari)


Baru jumpa hadith ni..
Dulu, sewaktu arwah pulang dari mengerjakan umrah dan ziarah pada tahun 2009, dia berkata,
"saya sukakan Madinah berbanding Makkah.. Makkah suka juga, tapi entahlah, di Madinah lebih tenang, mungkin kerana tak banyak construction.."
"nanti kita pergi ya nur.. i nak bawa u pergi umrah nanti"
syukur, alhamdulillah, Tahun 2010 yang lepas, kami sekeluarga sempat melakukan umrah dan ziarah bersama2..
dan memang benar dan fahamlah saya kenapa dia menyukai Madinah.. kerana saya pun begitu.. sukar untuk diceritakan mengapa, tapi siapa yang pernah ke sana, mungkin mereka sependapat dengan kami, mungkin juga tidak..
tapi, Madinah itu memang sungguh menyenangkan!

** jom!, ziarahlah ke tempat Rasulullah.. dan buatlah umrah di Makkah dengan sepenuh hati (bukan byk kali) ;p

"Semua akan indah pada akhirnya, inshaAllah"

p/s : Thanks azie_kz untuk lagu ni,

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam a€˜kan berakhir, hari a€˜kan berganti
Takdir hidup a€˜kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam a€˜kan berakhir, hari a€˜kan berganti
Takdir hidup a€˜kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini


Friday, May 20, 2011

Tidur selepas waktu Asar

Dua tiga hari ini, kepalaku agak sakit dan berdenyut2... mgkin kerana selsema yang sudah seminggu tak baik2...

dan..

aku teringatkan dia...

masa itu,-1 Mac 2011, Selepas waktu asar
Kami singgah di rumah Mok Teh di Kuala Terengganu...arwah solat jama' takhir dan lepas itu dia pun tidur. Mukanya nampak letih dan lesu.. lalu aku biarkan dia tidur, dan aku mandikan Embun dan Kekwa serta aku menukar pakaian dengan harapan untuk balik tidur terus bila sampai di Kg Bari nanti.

Selepas Maghrib
Dia pun bangun dan berkata,
"Kepala i sakit la, rasa berdenyut2.. mungkin sebab tidur lepas Asar"..
dan kami bersiap2 untuk pulang ke rumahnya di Kg Bari, Setiu. Walaupun dia keletihan, dia nampak riang untuk pulang berjumpa che dan ayah.

Selepas Isya'
Kejadian itu berlaku....
Di saat dia merasakan sakit kepala yang berdenyut2, seperti mana aku merasakannya sekarang, kemudian kepalanya dihempap pula dengan kuda yang beratnya aku sendiri tidak pasti... Allah, Tuhan saja yang tahu...


* tak tergambar sakitnya mati..... ;'(





Thursday, May 19, 2011

Kisah Mawar Nafastari


Nafastari & Mawar

mawar nafastari dilahirkan pada 28 disember 2007...
mawar dijaga oleh matahari..
sekarang sudah hampir 5 bulan mawar dilahirkan...
matahari menjaga mawar dgn baik sekali...
sesekali matahari menyinari mawar dgn sinarnya..
dgn sinar matahari, mawar dpt berkembang dgn gembiranya...
adakala apabila matahari pergi, lalu mawar kucup layu tak bermaya...
kerana.. matahari adalah seperti nafas mawar utk hidup..
dengan itu mawar menggelarnya 'nafastari'

walaupun matahari dan mawar adalah dari dunia yg berbeza...
matahari dan mawar sentiasa berkawan...
biar ada perbezaan di antara matahari dan mawar...
namun perbezaan itulah yang melengkapkan kehidupan mereka..
matahari kelihatan cantik apabila dapat menyinari mawar..
dan mawar kelihatan indah apabila disinari matahari...

disitulah lahirnya mawar nafastari...
;p


Inilah kisah kami


Dari awal pernikahan,




lahirnya anak sulung, Embun


dan seterusnya anak kedua- Kekwa


Kemudian berEmpat


28 December 2007 - 1 Mac 2011

1 Mac 2011, Nafastari pulang ke rahmatullah.
inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya).

"Perkahwinan yang singkat tapi sangat menyenangkan, sangat membahagiakan..Nafastari sentiasa menceriakan mawar, embun dan Kekwa. Selamanya kamu tetap di hati kami,
Mawar sayang Nafastari sepenuh hati"


Embun dan Kekwa, banggalah kamu punyai NAFASTARI sebagai ayah kamu
:)



Wednesday, May 18, 2011

Kayuh Pelan2

Biras aku kata, "if u can ride a bicycle,u can surely drive a car"
is it possible uh???....

Aku pernah bawak kereta...

1- sewaktu tingkatan 4, saje2 ngada2 nak cuba bawak, papa kat sebelah, aku drive kereta auto. Pusing2 kawasan rumah je.. tp takut...lepas tu tak berani dah bawa.

2- masa belajar kereta selepas SPM.. masa tu instructor tu suke membebel, terus aku tekan minyak kuat2 dan lepas tu terus stop tak mahu belajar kereta dah.. (hahaha, punyalah manja dan tak penyabar aku masa tu..) sekarang, menyesal!!!!

3- final year study, aku amik lagi lesen L, blaja memandu,dah mula confident sikit je, tapi tibe dah habis study, sarat ngandung, instructor suruh sambung blaja dan amik P lepas bersalin.. lepas bersalinkan nadaa, pergi Pakistan, sampai la bulan 10 tahun lepas lesen L itu tersimpan dalam beg duit aku.. isk isk isk....

4- Kat kg Rhu Sepuluh, memandu myvi putih itu... arwah ada kat sebelah... dia punya la takut aku drive, smp sudah tak kasi aku drive.... hmmm...

Kesimpulannya, buat yang tak tahu, sebenarnya, aku dah amik lesen L sebelum ni sebanyak 2 kali.. dan dua2 tu expired!( ahahahaha.. padan muke aku yang manja lagi mengada2, membazir duit je kan.. isk isk isk...) Sudahnye, terpaksalah memulakan balik sesi ceramah 8 jam itu, exam komputer L itu lagi dan belajar memandu lagi.. kuang kuang kuang....

takpe2, dulu pun aku kayuh basikal lambat skit dari adik beradik yang lain.. makanya tak mustahil kalau kali ni pun aku boleh!

ya, yakin boleh!!! ;p


*bacalah kisah aku dan basikal di sini :)


MAwaR punya Blog la ni

yess.. new layout.. saje je, boring layout lama..


Tuesday, May 17, 2011

Kita Esok

macam mana la keadaan kita esok bila kita mati ek.. mampu ke kita jawab soalan2 malaikat nanti dalam kubur?...

sejak dia meninggal.. aku banyak memikirkan tentang kematian... sangat...rasanya setiap hari .. pasti terfikir, mcm mana la dia kat dalam sana... apa yg akan berlaku kalau kita pun sama kat dalam tu.. banyakkah amalan kita di dunia ni?.. hmm..

dulu, arwah sepupu aku meninggal semasa dia 17 tahun.. belum sempat pun ambil spm.. dia perempuan, setahun lebih muda daripada aku.. mula2 dengar dia sakit telinga je.. lepas tu dia masuk hospital, katanya sakit tu berjangkit ke otak pula.. tak lama lepas tu dia meninggal... masa tu aku rasa mcm tak percaya, dia terlalu muda untuk pergi.. dia pula seorang yang pendiam.. tak ramai kawan, tapi seorang anak yg baik. Sejak tu aku dah mula terima hakikat yang kita ni bila2 masa je Tuhan akan ambil nyawa.. tak kira usia, tua atau muda, bila dah sampai masa, kita akan dijemputNya.

berbalik kepada cerita aku duk memikirkan bagaimana alam kubur itu, aku pun baca buku tajuk "alam barzakh".. bila baca, mesti mengalir air mata, teringatkan keadaan dia.. teringatkan keadaan aku nanti.. teringatkan keadaan saudara mara yang telah pergi...

Semasa aku belajar di uiam, pernah lecturer aku berkata, "bila solat, cuba kita bayangkan kita sedang memakai pakaian kain kafan, serba putih, dan bayangkan kita sudah mati, kita sedang berhadapan dengan Tuhan dan bacaan di dalam solat itu hendaklah kita memahami maksudnya"

Benar, jika kita berbuat demikian, akan timbul rasa takut, rasa penuh pengharapan pada Tuhan supaya kita tergolong dalam golongan orang yang beriman. Bayangkanlah, setiap solat itu mungkin solat kita yang terakhir... bayangkanlah bacaan di dalam solat itu adalah pahala amalan kita.. setiap bacaan di dalam solat itu adalah penyelamat kita di alam barzakh itu..

Mudah-mudahan bacaan fatihah daripada ku, keluarga dan sahabat semua untuk arwah menjadi penyelamat dia di alam sana...

Wallahua'lam...

Saturday, May 14, 2011

Friday, May 13, 2011

Sudut Pandang sekarang

Selepas kejadian malam itu... aku sangat2 terkejut.. masih terbayang2 keadaan malam itu setiap kali aku nak lelapkan mata.. aku masih teringat2 keadaan dia.. bagaimana aku cuba mengeluarkan dia.. dia tersepit.. aku tak dapat nak bantu... anak2 menangis.. oh, Tuhan saja yang tahu.. aku terlalu panik... aku tak tahu apa yang harus aku lakukan... semuanya KehendakNya.. apa yang aku lakukan malam itu.. tindakan tiba2 aku membuka pintu kereta, mengeluarkan anak2.. mencuba untuk menolong dia... memanggil orang untuk membantu.. semuanya di luar kawalanku.. semuanya berlaku tiba2... sekelip mata... semua atas Kuasa Yang Maha Esa...

Belum lagi air mata ini habis mengalir, aku harus terus cekalkan hati aku... aku ada anak kecil yang masih menyusu badan, aku harus makan.. aku tidak boleh mengikut perasaan ku, aku memang tak pernah tinggal makan walaupun hati aku tak selera.. aku ingat, aku seorang ibu, anak aku mahukan susu ibu.. aku akan berusaha menyusukannya selagi air susu ibu ini masih ada... inshaAllah Kekwa...

Tidak pernah terlintas dalam hati aku benda ini akan berlaku pada keluarga kecil kami.. Alhamdulillah,sepanjang perkahwinan aku dan dia, aku dicurahkan kasih sayang.. aku bersyukur, walaupun sekejap, tapi aku amat bahagia dengan dia.. Terima Kasih Allah.. memberi aku bahagia.. Sekarang aku hidup dengan kenangan dia yang membahagiakan...

Aku tak terfikir, rupanya lepas kematian, banyak rupanya urusan harus dilakukan.. tak sempat untuk aku termenung memikirkan nasib, kerana banyak lagi urusan yang harus aku fikirkan.. kami tidak menetap di Malaysia.. aku harus fikirkan barang2 peribadi kami di Islamabad... Segala dokumen2 penting ada di Islamabad, tempat yang sepatutnya kami tinggal selama 3 tahun.. namun, dengan izinNya, kami menetap di sana hanya 2 tahun...

Aku kembali ke sana (islamabad) sebulan selepas kematiannya.. Seminggu aku di sana, menguruskan barang2 untuk dibawa pulang ke Malaysia.. pakaian, perabot,peralatan rumah dan kereta milik arwah dibawa pulang melalui kapal. Dokumen2 penting, aku bawa bersama aku.Minggu lepas barang2 itu alhamdulillah telah selamat sampai di rumah apartment yang kami beli di Kajang. InshaAllah, hujung minggu aku dan keluarga akan ke sana untuk berehat. Buat masa sekarang, aku menetap di rumah ibu ku di Shah Alam. Mungkin sampai Embun dan Kekwa besar, dah sekolah, kami akan berpindah sendiri di Kajang.

Aku masih ingat lagi, tiga hari selepas kejadian itu, aku disuruh membuat report di IPD berdekatan. Terasa berat sungguh mulut untuk bercerita keadaan sebenar, namum bagi memudahkan urusan yang lain, aku kuatkan juga semangatku untuk bercerita dan memaklumkan kejadian itu pada pihak polis. Kereta myvi itu kami memang tidak mahu apa2 ganti rugi dan baiki lagi. Kami berhasrat membuat 'total-loss'..InshaAllah, urusan itu akan selesai tak lama lagi.tak sanggup rasanya melihat myvi itu. Berderau darahku bila melihat kereta myvi, masih terketar2 lutut bila aku menaiki kereta jenis myvi.

Apa pula jadi kepada pemilik kuda itu??

oh, dia tidak langsung meminta maaf apa lagi datang berjumpa kami sekeluarga. Semoga Tuhan memberi dia petunjuk supaya bertaubat dan tidak lagi mensia2 kuda peliharaan atau apa2 saja binatang peliharaannya. Adalah amat tidak patut dibiarkan haiwan peliharaan berkeliaran di tempat awam tanpa pemilik, apa lagi di waktu malam. Ya, mungkin sudah tiba masa suami saya pergi dengan cara begitu, namun tidaklah boleh pemilik kuda itu mengabaikan tanggungjawab dia terhadap peliharaannya itu.

Sejujurnya aku rasa seolah2 separuh daripada semangatku telah hilang setelah kehilangannya. Separuh lagi semangatku ada pada Embun dan Kekwa. Merekalah semangatku yang tinggal sekarang. Apa yang akan aku lakukan seterusnya dalam hidup aku, hanya kerana Embun dan Kekwa. Dan aku juga tidak lupa, aku masih punya keluarga yang lain. Alhamdulillah,. aku masih punya mama dan papa. Aku juga punya Che' dan Ayah. InshaAllah, selagi aku masih hidup, aku akan terus berjuang untuk mereka.

Segala urusan bank, pencen, epf, insuran, loan2 telah diuruskan.. alhamdulillah.. terima kasih pada pihak yang telah membantu secara langsung dan juga tidak langsung. Sekarang cuma tinggal urusan kereta import daripada islamabad sahaja. Mudah2an segalanya berjalan dengan lancar. Dan setelah selesai semuanya, barulah lega untuk aku memulakan langkah yang seterusnya.. Aku harus mencari rezeki buat anak2 ku.. Sebelum itu, aku harus belajar memandu dahulu. InshaAllah, minggu depan aku akan mula mendaftarkan diri untuk belajar memandu.. dan sambil itu akan aku cuba mencari kerja.

Moga2 Allah mempermudahkan dan murahkan rezeki kami sekeluarga..
Sesungguhnya hidup ini adalah pinjaman dari Mu..

"separuh dari hatiku tinggal di kuburan itu, dan aku hidup di dunia ini dengan hati yang separuh lagi"- meminjam kata2 hamka.

Tuesday, May 10, 2011

Mata berkaca kaca

Lipat sehelai kain, teringat dia...
walhal baju anak-anak je...
lipat lagi sehelai teringat lagi dia...
walhal baju aku je...

sebab apa?
baju anak2, kadang2 dia yang pakaikan...
dia juga yang belikan...

baju aku,
dia yang pilih,
dan dia juga yang belikan..

masih teringat2 bagaimana reaksi wajahnya memakaikan baju pada Embun dan Kekwa..

masih terbayang2 wajahnya yang ceria membelikan aku baju dan kadang2 dia tidak sabar mahu lihat aku memakai baju yg dibelinya....

oh, semuanya tinggal kenangan.....


Sunday, May 8, 2011

Bahagianya dia

"nur... i rasa bahagia sangat hari ni... tak tahu kenapa..., u rasa tak?"

em... "i biasa2 je.. ntahla.. kenapa u happy sgt ni??....

"i pun tak tahu kenapa.. tapi i rasa happy je hari ni..." dan dia tersenyum puas..


(seminggu sebelum kami berangkat ke Malaysia, 2 minggu sebelum dia meninggal... dia sudah merasai kebahagian yang dia sendiri tidak mengerti kenapa perasaan bahagia itu datang...
'mungkin itulah kebahagian untuk menemui Sang Pencipta,...'
sayang, moga kamu di sana baik2 saja dan bahagia selalu...)


Wednesday, May 4, 2011

takde tajuk

kata2 disekat, tersekat dan menyekat di kerongkong..
menahan sebak dan hiba
hati sedih dan air mata bertakung
tak boleh lagi menitis
serabut sungguh di kepala
memikirkan itu dan ini

titik!

Monday, May 2, 2011

Aku harus berani dan berdikari

Aku bukanlah seorang yang berdikari sebelum ini...
Kereta pun tak pandai bawa, apa tah lagi lesen memandu pun tak ada!
Ke mana2 saja harapkan encik suami..
Dialah tempat bergantung..
nak tukar air mineral di rumah pun harapkan dia..
nak buang sampah yang banyak2 pun harapkan dia..
nak beli topup, beli baju, beli keperluan rumah... semuanya tunggu dia..
apa yang aku tak harapkan dia???..
semuanya dia....

Tapi seminggu sebelum dia pergi..
Aku tiba2 jadi lain...
dia pun lain...
dia mahu belikan apa saja yang aku mahu tanpa mengira mahal atau murah...
aku pula seboleh2nya tidak mahu menyusahkan nya..
segalanya aku mahu buat sendiri..
aku tukar air mineral sendri di rumah itu..
aku mengangkat barang2 berat dengan sendiri...
hm, pendek kata, cuma dalam hatiku mahu "berdikari"..
sebab dia juga selalu megeluh.. " u ni tak independent!"..
macam mana nak independent jika dia melayan aku seperti puteri??..:)

oh, sekaranglah masanya..
aku harus lebih berani dan berdikari..

** segala2nya dikawal olehNya.. apa yang kita lakukan di dunia ni atas kemahuanNya..atas diri kita mahu atau tidak mahu mengikutNya.