Sunday, July 31, 2011

Keajaiban 1 Ramadhan

Saya ingin memanggilnya keajaiban!

Subuh ini, saya menyambung bacaan quran.. terkena pula surah Al-Baqarah ayat 182-186


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com
Terjemahan Bahasa Melayu


{182} فَمَنْ خَافَ مِنْ مُوصٍ جَنَفًا أَوْ إِثْمًا فَأَصْلَحَ بَيْنَهُمْ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
(Akan tetapi) barang siapa khawatir terhadap orang yang berwasiat itu, berlaku berat sebelah atau berbuat dosa, lalu ia mendamaikan antara mereka, maka tidaklah ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

{183} يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

{184} أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebaikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

{185} شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

{186} وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Saya memanggil ini keajaiban, bukan kebetulan! :)
di awal Ramadhan, dibaca pula ayat ini,
MashaAllah.. sungguh isi Quran itu benar bagi orang yang mempercayainya..

Kenal sifat 20




Nak kenal lagi baca di artikel ini atau google saja, sifat 20!
dan lebih baik lagi, tanya ustaz/ah... hadiri kelas untuk lebih kenal siapa Tuhan kita..

*sama2 ingat! tugas kita - Kenal Tuhan, dan cari bekal! ;)

Friday, July 29, 2011

Plan baru

Oh saya ada plan baru

Plan apa?

RAHSIA! hahahaha...

nantilah saya bagitau kalau saya sudah buat dan tahu keputusannya.. hihihihi
tak sabar nak tunggu hari Isnin ni untuk buat plan baru itu...
moga2 berjaya..
moga2 berjaya..
eh.. moga2 berjaya lah!


*sentiasa ada plan sendIri.. tapi sentiasa juga plan itu tak menjadi..HUHU..
.tapi  tak kisah la,

IF U FAIL TO PLAN, THEN U PLAN TO FAIL!
 AFTER ALL, HE IS THE BEST PLANNER!

Alunan yang mendamaikan

bacaan quran itu sungguh sayu, menusuk ke hati ini, terasa tenang yang sukar diceritakan dengan perkataan..

1 Mac 2011, 9 pagi - Shah Alam

Nafastari : Allah, Allah, Allah.....
Mawar: Kenapa sayang?.. ada yang tak kena ke?
Nafastari: bukan, sedap sungguh bacaan quran qari ni...Allah!..
Mawar : (diam)

Kami memulakan perjalanan pulang... dari Shah alam hendak menuju ke Kg. Bari,Setiu

CD Qari Malaysia vs Arab Saudi itu sentiasa dipasang semasa perjalanan pulang itu.. terasa kedamaian yang sukar digambarkan.. ketenangan... dan sesekali Nafastari mengikut sekali alunan bacaan quran itu.. sungguh sedap sekali bacaannya hari itu..  sedangkan selalu2nya aku rasa biasa2 saja.. sampai meremang bulu roma mendengar alunan bacaannya itu..

siapa sangka kan, itulah alunan yang terakhir aku dengar daripada dia..

*lepas ni takde lagi orang yang nak betulkan tajwid bacaan quranku setiap hari.. dulu dia selalu saja betulkan.. tengah2 tido pun boleh terjaga nak betulkan bacaan isterinya.
rindunya saat tu...

Hadiah Hari Lahir

Semalam kakak aku bertanya,

akak: nur, birthday ko, ko nak apa?
aku: entahla, tak mahu apa-apa kak...

tidak seperti tahun sebelum2 ini.. aku sangat teruja dengan hari lahir.. walaupun dulu encik suami tidak gemar menyambut hari lahir, aku akan memaksa dia makan di luar untuk menyambut hari lahir ku.. sangat kelakar bila dikenang semula saat2 itu. indah, sangat indah! :)

tahun ini umur aku akan genap 26 tahun bulan ogos nanti.. jatuh pula pada bulan yang mulia, bulan Ramdhan. Difahamkan roh2 akan datang menziarah keluarganya, mungkin itulah hadiah terbaik buat hari lahirku nanti..

Aku tidak inginkan apa-apa sekarang.. yang aku mahu cuma DOA.. diberikan kekuatan dan kesabaran yang berpanjangan buatku untuk mendidik anak-anakku, untuk menjadi khalifah yang sebaiknya untuk Dia, untuk menjadi ummah yang berguna pada masyarakat sekeliling, untuk menjadi adik, anak yang baik buat kaum keluarga, untuk menjadi sahabat yang sebenar2 sahabat...

Disebalik musibah, adanya hikmah..

mungkin inilah dikatakan hikmah..
Tuhan datangkan ujian buatku supaya aku terus dekat padaNya..
supaya aku sentiasa mengadu dan bercerita dengaNya..
supaya aku lebih berusaha untuk menjadi lebih berdikari..

Aku redha,
ini adalah hikmahMu..

Semoga hari lahirku menjadikan aku insan yang lebih berguna untuk hari esok..
amin...

Thursday, July 28, 2011

Askar yang bertugas untuk jeneral Agung

Saya terbaca blog Kak Faizah atau lebih mesra dipanggil Kak Pae.. seorang rakan yang diterima ujian seperti saya juga.. Kak Pae mempunyai dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.. yang kecil itu lelaki, sebaya Embun.. Kami 'sekeping hati yang sunyi'  berkongsi rasa duka kami bersama-sama.. hawa yang merasai kehilangan 'adamnya'..

Kak Pae menerima surat daripada seorang rakannya di Sudan.. rakannya memujuk hatinya dengan kata-kata yang membuatkan hati saya tenang dan akal saya berfikir untuk teruskan kehidupan sebagai Askar kepada Jeneral Agung,,

Antara isi suratnya.
kita ini semua umpama askar yang diutuskan menjalankan tugas rasmi. Setiap kita diberi arahan untuk melaksanakan tugas oleh jeneral agung. Apabila selesai tugas kita, sudah tentu kita perlu pulang. Setiap bayi yang lahir menerima watikah melaksanakan tugas sebagai tentera Allah. Di medan dunia inilah kita belajar dan terus belajar, medan ini kita bertempur dgn nafsu, di medan ini kita berusaha membantu orang lain. Dan bayi itu apabila telah selesai tugasnya sama ada ketika kecil atau tua tetap akan pergi untuk diganti tentera yang lain pula.

Begitulah peralihan semenjak zaman Adam. Semua kita datang dengan tugas, untuk mengenali Tuhan dan untuk mencari bekal. Insya Allah, Ali telah pun pulang ke kampung asalnya negeri syurga dan kita semua bakal pulang juga. Bukan kah kita semua merindui kampung halaman kita juga. Allah pasti tidak sia-siakan perasaan rindu kita kepada kekasih dan kepada kampung asal kita, kampung datuk kita Adam. Di sana semua kekasih akan dihimpunkan. Mudah-mudahan kita berkumpul bersama Baginda SAW. 

Terima kasih kawan Kak Pae atas ingatan ini..
;)

Putus harap dunia?

Mood saya sejak akhir2 ini agak merundum... sangat mungkin!
selalu je rasa hiba, rasa kurang keyakinan, kurang motivasi..

Lihat saja entri saya beberapa minggu ini..
gaya bahasa seperti sama selepas kejadian tragis itu..
entahla..
kenapa ya?

Kadang2 saya rasa berputus asa dengan dunia..
rasa sakit nak bangun...
namun, ku gagah juga untuk anakanda berdua itu..
Embun si penyejuk mata, Kekwa si penghibur duka..

Tiap hari, bangun teruskan hidup..
buat kerja routine.. sbg ibu.. sbg anak...

hari-hari memikirkan hari esok..
kadang2 rasa letih untuk berfikir..
memikirkan hal yang belum settle lagi.. (kereta masih di gudang.. ah, banyaknya procedure)

Bila bangun juga, fikirkan kehidupan dunia..
terlalu banyak yang menakutkan.. lihat saja berita, penuh dengan cerita2 manusia hilang perikemanusiaan,
manusia hilang maruah, manusia hilang hak bersuara.. (ops!)..
fikir pula masa depan anak2..
aduh! sakit sungguh hati dan akal memikirkannya!

Fikir mahu mati saja?
Ah, cukupkah amalan ku? baik sangat ke nak mati awal?

Terus sajalah hidup selagi diberi hidup..
cuma nikmat kehidupan dunia kini sudah semakin tawar bagiku..
adakah rasa yang aku rasakan sekarang ini nikmat?
membenci dunia, mengharapkan akhirat?

bingung!

sahabat, bantulah aku,

jika kamu sahabatku, yang membaca luahan ini, berilah aku sedikit kata-kata supaya aku mampu terus berjalan di dunia ini dengan senyuman dan harapan.. supaya kehidupanku seimbang.. dunia dan akhirat...

Tuesday, July 26, 2011

Raya di kuburan

InshaAllah.. raya nanti saya mahu pulang beraya di kg.bari... kampung suami saya... saya mahu beraya dengannya di kuburannya itu.... sudah lama saya tidak ziarah dia di kuburnya...selepas seminggu dia dikebumikan, saya tidak pernah lagi balik kampungnya...kemungkinan raya ni kami akan balik ikut jalan lain.. dari perak- trg mungkin..

Perjalanan pulang yang dulu itu sangat tragis buat saya..

mungkin senang orang berkata, "kalau tak lawan, sampai bila nak hilang fobia?"
"kan dah selalu naik kereta?"

tak sama!
menaiki kereta dan melalui jalan yang sama kami lalu sewaktu kejadian itu, sangatlah menakutkan saya..

saya bukan takutkan apa2..
bila-bila kalau dah sampai ajal memangla kita pergi juga..

saya cuma fobia dengan tragedi itu..
perjalanan itu jauh..
terlalu banyak untuk dikenang di saat2 akhir kami berempat bersama-sama di dalam kereta itu..

perasaan dia semasa itu sangat gembira sekali..
masih terbayang-bayang... dia sangat sangat gembira..
mahu membuat kejutan pada ibunya..

sedikit lagi kami hampir tiba ..
sedikit saja....

Dalam quran ada menyebut "kun fa ya kun".. Dia kata jadilah, jadilah ia...
Ditakdirkan dia pergi waktu itu, waktu itu jugalah dia pergi
tidak sempat bertemu ibu bapanya..
tidak sempat menjejakkan kaki ke laman rumahnya..

maka, disitulah pengakhiran dia di dunia..
di situlah terputusnya hubungannya dengan dunia kecuali tiga..

  1. sedekah yang mengalir
  2. ilmu yang bermanfaat
  3. doa anak yang soleh/ah


semoga dia baik-baik di sana..
semoga kami disatukan semula di alam yang kekal abadi..

**
Ahmad,


InshaAllah, akan nur didik anak-anak kita menjadi anak yang solehah,,supaya mereka dapat mendoakan kamu sayang... inshaAllah, akan nur teruskan perjuangan menulis bukan kerna nama, atas sifat kasih sayang antara manusia dan atas kasih manusia pada Tuhannya... inshaAllah, akan nur gunakan harta pusaka mu untuk tujuan kebaikan.. inshaAllah... semoga Allah menjaga kamu dengan baik di sana, semoga kami di sini dijaga baik olehNya juga..sampai ketemu kita di syurgaNya.. amin....

Monday, July 25, 2011

Belum rezeki kerja lagi kot...

Hari-hari saya nantikan panggilan interview atau kerja...
hari-hari tengok emel..
hari-hari tgk jobstreet dan jobsmalaysia..

jawapan tetap 
STATUS MEMOHON...
dan VIEWED 2 TIMES...
dan sedang dalam permohonan...

sabar, sabar, dan sabarlah wahai diri...

kalau nak ikutkan, pergi cari kerja dekat fastfood, kedai biasa2 mesti dapat punya kan?

TAPI,
saya memikirkan LONG TERM...

saya harus cari sesuatu yang ada JAMINAN yang STABIL...
syarikat itu haruslah stabil untuk jangka masa yang panjang..
dan jawatan yang saya mahu mohon tu pun harapnya  memberikan saya KESTABILAN ...

bukan untuk saya,
tapi untuk ANAK-ANAK saya!

cari kerja yang ada benefit medical, ada benefit pencen ke.. 
okay la untuk masa depan anak2..

nanti diorang dah sekolah, lagi banyak biaya yang kena tanggung..
jadi saya harus memikirkan sesuatu untuk mereka..

alhamdulillah, 
setakat ni, boleh lagi, cukup lagi dengan duit simpanan dan sedikit pencen dari suami..
namun, tak mungkin ianya cukup untuk akan datang ..
dan saya bukan jenis yang mahu goyang kaki duduk saja...

ramai cadangkan buat bisness dari rumah,
tapi saya kurang berminat..
saya memilih ke?
ya, saya MEMILIH, saya memilih untuk mencari sesuatu yang dulu saya impikan..
saya memilih untuk saya memastikan kestabilan anak-anak saya kelak..

Saya tak akan putus harapan, 
mungkin saya harus bersabar lebih banyak lagi
dan Allah telah merancang yang terbaik buat saya..
Dia lebih tahu apa yang saya perlu lakukan sekarang..
mungkin bila sampai waktu saya diberi peluang kerja,
ada la kerja itu..

Saya masih menanti,
dan mencari..
namun, masih ada hal urusan kematian yang saya harus uruskan..
mungkin selepas saya dapat lesen, urusan itu akan selesai..
dan mungkin selepas urusan itu selesai,
itulah masa yang sesuai untuk saya terus melangkah ke depan!

Semoga Allah memberi saya kekuatan dan kesabaran yang berpanjangan...
amin...


Sunday, July 24, 2011

Semangat!

harus semangat!!
WAJIB semangat!

terus lah bersemangat wahai hati..
cuba lagi..
lagi..
dan lagi...

jangan give up..
tolong kuat..
harus kuat..
kena kuat..

Allah..
bantu lah saya..
kuatkan saya..
tabahkan saya..

Kawan-kawan,
doakan saya..
8hb Ogos test JPJ yg sebenar..

Saya kena yakin
harus relaks..
harus kuat..
jangan gopoh..

Semoga Allah memberi saya kekuatan dan kesabaran yang berpanjangan...
Sungguh saya hanya insan yang lemah, namun atas PertolonganMu Allah, segalanya mungkin berlaku..
sungguh semuanya atas KekuasaanMu...
aku berserah... berilah aku keyakinan...
Hanya Engkau yang mengawal segala hati ini...

Saturday, July 23, 2011

GAGAl Pra-ujian

ya, saya gagal la...

hancur perasaan saya ketika ini..
memangla gagal sekali bukan gagal selama-lamanya..
tapi saat ini, ketika ini,
hati saya hancur...

semalam saya dah tambah kelas sebelum nak pergi pra-test..
semalam dengan yakinnya saya bawa nak practice..
rasa macam dah yakin..

dan hari ni, pagi2 dah kelam kabut,
hp tertinggal, dengan Embun dan Kekwa tetiba bangun pagi2 melalak ..

sampai kat litar, buat test bukit..
elok2 dah sampai garisan..
tiba nak imbangkan,
kereta terkebelakang... adoi.....

gagal serta merta lah!

tunggu pulak ujian jalan raya..
dah tawar dah hati ni sebab gagal tadi..

masuk kereta je, cikgu suruh tukar gear R..
tiba saya pegi masuk gear 2
hahahahaha..
bengong tak bengong kan!

masuk jalan raya,
tangan keras je pegang stereng..
aish...
kawalan stereng memang teruk sekali..

sampai nak parking,
tiba nak tekan clutch dan break pun terkial-kial..
sekian, gagal lah saya!

kena tambah kelas lagi,
tambah bayaran lagi lah!

cobaan.......
;'(

Thursday, July 21, 2011

Mood swing

tak tahu kenapa sejak dua menjak ni.. mood hiba dan sedih je...
rasa mcm hilang motivasi diri...

Hari ini hari Jumaat

Sekadar nak berkongsi..

Pengalaman saya di dalam ihram.. semasa perjalanan dari kota madinah ke kota Makkah...
saya bermimpi...

bumi terbelah... dan semua manusia jatuh ke dalam tanah....
sangat menggerunkan... seakan2 kiamat sudah dekat....

bila tersedar, bas berhenti betul2 depan pintu masuk ke dalam Masjidil Haram...
Allahu Akhbar!

Sungguh kiamat itu dekat..
semakin ianya dekat, semakin hati ini rasa gentar..
layakkah kita menuju syurganya?
cukupkah amalan kita?

Peringatan untuk diri ini;

selagi diberi nikmat hidup, bersyukurlah..
dan gunakan untuk kebaikan
serta cegahlah kemungkaran

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang 
kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? 
 ( QS. Ar-Rahman , ayat ini di ulang banyak kali dalam surah ini)

“Jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menghitungnya.”
 (QS. Ibrahim: 34)




Google translate

Tetiba rasa nak jenguk entri2 aku yang lama2 dulu...

bila tgk satu per satu... ada beberapa entri yang di translate sndri.. kenapa ye? ..
ada sape2 tahu macam mana nak tukar??...

macam entri
Ramadhan di perantauan
Wanita=cantik

macam kelakar je bila dia translate tu..
hm, tu antara entri yang dapat dikesan yang tetiba di translate oleh google dengan sendirinya..
pelik, pelik, pelik!

HR di pejabat bertingkat 80+

Dear HR people ,

I really hope to hear from you soon...
don't forget to call me..
:)


regards,
your future dedicated worker

hehee... saya dah dapat feedback interview yang lepas.. katanya diorg tgh submit my CV  to HR for next stage..yang hari tu pegi interview dekat department yang saya apply, so now i'm waiting for their call (HR of that company). still hoping and menunggu dengan sabarnya... mudah-mudahan ada la rezeki nanti..

amin!

air mata sayang




indah air mata itu bila mengalir buat orang yang tersayang

indah lagi air mata itu bila menangis kerana sayang

makin indah air mata itu bila menangis dan mengadu padaNya


sayang yang selamanya buat suamiku...

Perhentian Island 2008, our short honeymoon trip

Wednesday, July 20, 2011

Belajar memandu - 2

KHAMIS, 21 July 2011

Cikgu amik kat umah, lepas tu nak pergi ke pusat latihan tu saya yang kena drive.. ikut jalan yang banyak bulatan, Adoila, shah alam memang femes dengan bulatan... lepas tu cikgu banyak membebel hari ini.. hahahaha... sebab saya banyak buat silap.. masa nak naik bukit, tetiba cikgu suruh berhenti tepi.. then, imbangkan minyak... selalu aja silap.. huhu....
dari pukul 7.30pagi sampai la 9.30pagi duk drive je...kena buat 3 penjuru, bukit dan parking masa dalam pusat latihan tu. berehat pegi toilet kejap je, pastu continue non stop.. parking ok, 3 penjuru pun ok.. tapi masalah saya bukit.. adoila.. masa imbangkan tu, nak turunkan handbreak itu.. selalu je payah nak turunkan... lepas tu panas je telinga kena bebel2.. hohoho....

Tiba, masa nak balik, cikgu suruh drive balik.. masa tu dah penat campur berpeluh-peluh dingin sebab cuak.. lepas tu dengan selamba cakap dengan cikgu, "cikgu, saya kena drive balik ke? er.. cikgu drive boleh?"... hahaha... lepas tu cikgu pandang semacam... dan kata, "masa ni je u ada masa nak drive.." dia keluar dan pegi pejabat, dan saya terpaksa sediakan diri untuk memandu balik juga... huhu walhal kaki, tangan semua dah sejuk2 cuak...hihi..

Masa balik, kena lalu jalan federal highway.. em.. bawak je la.. pasrah habis.... lepas tu kena lalu lagi bulatan..alhamdulillah, akhirnya sampai jugak rumah... tapi menggeletar tak habis2 walaupun dah masuk dalam umah main2 dengan babies... huhuhu.... 

Cikgu suruh buat Pra-test ahad ni.. tapi saya kurang yakin.. jadi terpaksalah saya tambah kelas lagi sabtu ni sebelum pra test... huhu.... memandangkan saya takde kereta manual di rumah saya, macam mana lah agaknya saya nak berlatih memandu ni ye?... hmm... tawakal je la..... semoga Allah permudahkan segalanya.. amin...

Belajar Memandu

Mr Carl, cikgu memandu saya... seorang lelaki cina yang mungkin sebaya ayah saya ..
Dia baik dan sangat manfaatkan masa dalam latihan memandu saya...kadang2 kena marah juga.. haha, biasa la tu kan.. saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. hihihi

Diary Memandu Mawar

( ISNIN,11 July 2011)
Kelas Pertama - 2jam
belajar langkah2 sebelum memandu..
penggunaan gear..
belajar bukit kecil..
belajar 3 penjuru..

( RABU,13 July 2011)
Kelas Kedua - 2 jam
bukit tinggi
3 penjuru
jalan raya (saya disuruh drive balik melalui federal, Padang Jawa ke Seksyen13), ketar lutut dibuatnya! huhuhu

( SELASA, 19 July 2011)
Kelas Ketiga - 2 jam
bukit
3 penjuru
parking
jalanraya (drive balik juga, tp ikut jalan dalam, melalui seksyen 7)dah tak ketar, tapi berdebar-debar...pastu enjin tetiba mati kat trafik light... hihi...

Dan esok, sambung lagi kelas memandu.... tinggal lagi 6 jam, bermakna 3 kelas lagi...
go go mawar! hohoho

Ya Allah, berilah aku keyakinan dan kekuatan untuk memandu.. Demi Embun dan Kekwa... ummi akan berjuang1 aja2 fighting! ummi penakut sebenarnya! huhuhu.. tapi ummi kena juga belajar kereta , nanti boleh la ummi bawak kamu berdua pergi klinik, pegi jalan-jalan,balik kg ayah,pegi umah kita kat kajang, nanti dah besar nak pegi skolah, pastu nanti masuk universiti..

ummi kenalah belajar sekarang..kalau tak sekarang,bila lagi kan..
doakan ummi ye!

*ummi kena mahirkan kat bawah ni, esok cikgu suruh, lupa plak... huhu



Love Birds in Karachi


perasaan itu bila dihalusi, sangat sakit rasanya.... gambar itu bila ditenung dan dilihat dengan hati, berkaca-kaca pula mata..... 


(cewah, ayat... hm... tp tula yang saya rasakan...)

Monday, July 18, 2011

Eksklusif bertudung

cekak pinggang si Embun ni.. amboi.. amboi...

Kekwa.... wangi! (gambar gegar, wawa tak duk diam.. hihi)

Kakak, best kan pakai tudung? hihi....

KEKWA lagi... tomei tak saya? ;p

penghibur hati saya... sayang Embun dan Kekwa...

Saturday, July 16, 2011

Masa rasa lebih dan banyak je....

Kawan2 sedar tak, kita akan rasa kita punya masa yang banyak dan lebih
kalau kita solat di awal waktu!

tak percaya?
betul la...

Pengalaman saya la...
saya ni manusia biasa, selalu alpa juga..
kadang solat selalu lambat..
kadang ada juga lepas dengar azan, terus solat..
huhuhu...

Tapikan,
Sebenarnya.. kalau kita solat di awal waktu ...
rasa MASA TU BANYAK JE

contoh;
kalau bila dah azan isya' tu kita terus solat isya'..
lepas tu rasa banyakkkkk je masa nak buat apa-apa..
takde la sebelum nak tidur tu...
"ish, tak solat lagi ni...ngantuk, tido jap la, bangun nanti.."
pastu tido pun takde la terganggu sebab rasa bersalah tak solat isya' lagi..

kadang bila waktu zohor, solat di awal waktu..
rasa LAMA je nak tunggu azan Asar..
hihi... macam2 boleh buat masa nak tunggu azan seterusnya..
takde la duk cakap sendiri " eh, tak solat lagi...astagfirullah, dh nak Asar"
yada.. yada... yada...

em, buat yang masih solat tak penuh tu,
berusaha lah untuk penuhkan ye..
mula2 memang payah, tapi kalau tak mula sekarang,
bila lagi kan? ;)

macam mula2 main Fb, susah nye nak faham application dia..
lama2 main, terus tak nak tinggal..

harap solat pun macam tu la..
mula2 bagi yang tak pernah atau payah nak buat tu...
kalau buat selalu...
terus rasa tak nak tinggal..

:)

renung-renungkan dan selamat beramal..

*sharing is caring...
 love my friend,love my family, love my religion, love Allah !

Langsir jahitan si dia

Tengah kemas2 kotak di rumahku syurgaku, tiba terjumpa langsir yang dijahit oleh encik suami satu masa dulu.. masa kami mula2 berumahtangga dan menetap di Kuala Terengganu...

Dia juga pernah menulis tentang jahitannya itu.. Entri menjahit langsir

Dan sekarang, rumah saya sudah ada langsir! :)
akan aku pakai langsir ini sampai bila-bila...
bangga tau ada suami pandai menjahit! siapa yang tak bangga kan?
hikhik.. sebab aku tak pandai pun menjahit dan guna mesin jahit!hahahaha



Ha, kat bawah ni la gambar langsir itu di rumahku syurgaku.. 
;)


Friday, July 15, 2011

Update from Kajang Utama

Saya sekarang dekat RUMAHKU, SYURGAKU... :)
Alhamdulillah, rumah ni dah complete... tadi orang datang pasang grill dan buat railing untuk langsir.. skang cuma tinggal nak cari langsir pula la...

Saya tak tahu macam mana nak luah, tapi... saya amat mahu bercakap dengan suami saya....

Hati saya merintih untuk berkata ;

(Ahmad, nur dah settlekan semua hal rumah kita...syukur, rumah kita ni insuran cover..skg insuran masih dalam proses..nanti bila nur dah pandai drive, nur akan selalu datang jenguk umah kita ni...bila anak2 dah besar skit, mgkin nur nak pindah duduk sini. nur dah design rumah kita, rak buku kesayangan awak pun nur dah kemas elok2...baju2 awak... ada yang saya simpan, ada yang saya dah bagi2 dekat orang... saya simpan yang mana bykkk bagi kenangan dekat saya je..macam kain sampin masa kita kahwin tu, saya nak simpan, kot2 Embun dan Kekwa nak kahwin nanti, boleh la diorg bagi kat suami diorang pulak. :)

Ahmad, saya harap awak baik2 aja... semoga Allah ampunkan dosa2 awak... semoga awak selamat di sana.. takpela kalau sekarang awak tak dapat nak sama-sama dengan kami kat kajang ni,semoga nanti kita jumpa di akhirat sana.. semoga nanti awak boleh jumpa saya, Embun dan Kekwa semula.. semoga nanti... kita duduk kat sana , tempat yang kekal abadi, sebagai sebuah keluarga yang bahagia macam dulu... semoga Allah jaga kami di dunia ni, semoga Allah jaga kamu di sana juga.. supaya nanti kita akan bersama... dan saya nak awak tahu, saya terlalu rindukan awak.. saya harap Tuhan sampaikan rindu saya ini pada awak, walaupun saya tak tahu macam mana caranya.. tapi saya yakin, Kuasa Allah itu melebihi segalanya.. Dia Maha Mengetahui apa yang tersirat , apa yang ghaib....moga Allah jaga hubungan kita sampai akhirat nanti...saya amat sayangkan awak, sampai bila pun , awak tetap di hati saya.. inshaAllah....amin....  )

Thursday, July 14, 2011

Like button

Finally!

dapat pun buat Fb like button ni setelah berbulan2 cuba... hahahaha....
jom LIKE!

:)


*tutorial tgk SINI

Wednesday, July 13, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Father and daughter Embun

Father and daughters

Nafastari : Nur, i suka sangat lagu ni... cuba u dengar....
Mawar: best juga lagu ni...
Nafastari : nanti anak kita dah lahir, i nak dia dengar lagu ni..
(Mawar sedang mengandungkan Embun masa tu)

Hayatilah lirik lagu ni...
Very touching....





HE HAS TO GO AWAY.... EMBUN AND KEKWA, STAY STRONG DEAR, WE'LL MEET HIM ONE DAY.. INSHAALLAH.. KEEP PRAYING, AND DO GOOD WHILE WE ARE STILL HERE.........

Monday, July 11, 2011

Terharu!

  • Beg pakaian

Semasa pulang dari Islamabad untuk mengemas barang2 peribadi dan rumah, saya membawa beg pakaian yang selalu dibawa oleh dia... beg itu ada 'lock' yang mempunyai password.. tapi saya unlock beg tu kerana saya tidak tahu password beg itu...selama ni dia je yang tahu..dan saya seperti biasa tak pernah nak ambil tahu..
Tetapi, bila saya sampai di Malaysia, beg itu terkunci dengan sendirinya. Dan saya tidak dapat membukanya... alangkah sedihnya saya waktu itu kerana di dalam beg itu banyak fail yang penting untuk urusan saya harus lakukan spr sijil nikah, SNP rumah dan lain-lain...

Nasib baik saya ada pakcik yang mahir 'try and error' password beg itu. Dan akhirnya jumpa! Rupa-rupanya... passwordnya adalah tarikh hari lahir saya! oh, terharunya saya........


  • Emel, blog dan FB

Masa mula2 kahwin, saya tahu password dia, seperti biasa, perempuan ni busy body, nak tgk emel2 si dia, selalu je nak check2 fb dia, tapi nak dijadikan cerita.. kami tersalah faham sedikit angkara perasaan cemburu saya.. dan setelah peristiwa itu, dia menukar password nya... dan dia tidak mahu memberitahu saya password dia lagi... saya hormati keputusan dia, dan tidak mahu memanjangkan pergaduhan kami, saya setuju dia merahsiakan password dia itu,,

sehinggalah saat pemergian dia.. saya memang tak tahu....

kemudian, nak dijadikan cerita, di FB dia ada gambar isteri pemandu kami di Islamabad (semasa kami berjalan di Faisalabad dan Lahore). Dan pemandu kami menyuruh kami delete gambar itu kerana dikhuatiri jika ayah mertuanya tahu, dia akan ditembak. Saya meminta maaf kepada pemandu kami kerana saya tidak mungkin dapat membuang gmabar itu kerana saya tidak tahu password dia.. 

namun, hati saya merasa tidak sedap, tiba satu hari saya try n error password dia, dan dapat!
rupa2nya... nama saya je! dan saya telah pun delete gambar wife pemandu kami... mudah2an dia tak kena tembak lah.. huhuhuhu

terharu lagi....

Ya Allah..... kalau lah saat ini dia masih ada, akan aku peluk dan kiss kiss dia banyak kali sebab terharunya............tapi itukan kalau....... kenyataannya dia sudah tiada... 

"Allah..... kau berilah pahala kebaikan yang berterusan buatnya, kerana dia telah menjadi suami yang terbaik buatku....dan ayah yang penyayang buat anak-anakku..."

Info Terkini

Mawar kini sedang belajar kereta dan sedang menunggu panggilan temuduga dan juga keputusan temuduga,,

Tadi baru pertama kali berjumpa dengan cikgu driving.. Dia seorang lelaki cina yang mungkin sebaya ayah saya.. Tadi latihan selama 2 jam telah dijalankan  (belajar bukit dan 3 penjuru)
dan saya rasa sedikit yakin untuk memandu dan rasa seronok mahu ke kelas seterusnya...
latihan memandu diadakan hari isnin dan rabu...

temuduga telah dijalankan pada Khamis lepas... di Tingkat 57. di sebuah syarikat yang mempunyai bangunan sebanyak 80 lebih tingkat....keputusannya belum tahu lagi, kalau ada rezeki, saya akan ditemuduga lagi untuk peringkat 2 pula.. harap2nya dapatla.. kalau tak dapat.... hm, mungkin saya harus mencari dan mencari dan mencuba dan terus mencuba yang lain pula....

Mawar kena kuat, tak boleh mengaku kalah!
Chaiyok!

Sekian, info terkini,,
Jumpa lagi di lain entri..

:)

*kalau nafastari baca ni, mesti kena komen ayatku yang tunggang langgang macam k**i**.. wakakaka... nafastari, saya rindu awak!

Karutlah semua itu..

  1. jangan buat double wedding adik beradik, nanti sorang mati accident...
  2. jangan tangkap gambar bertiga, nanti sorang mati awal..
  3. jangan bawak baby dengan mayat, ada badi..
  4. tula, orang dah kata.. tarikh tu tak sesuai...
  5. jangan itu... nanti.. ini.. itu...
aaahhh... semua itu KARUT!

hidup dan mati itu ketentuan ALLAH.. Dialah sebaik-baik perancang dan maha mengetahui apa yang tersirat...berpeganglah pada janji ALLAH, Setiap yang hidup itu PASTI akan mati....

"bagaimana kita akan mati" itu hanya sebagai salah satu sebab atau jalan untuk kita menuju ke alam sana...

*pls, pls, and pls.. dont ever think about benda karut2 mcm ni... soon or later, kita semua akan pergi jugak.. diam lebih baik dari berkata-kata jika kata-kata itu hanya akan menyakitkan hati orang lain...


Thursday, July 7, 2011

Terkenang.....

Saya rindu dia.... (antara gambar dia yang menjadi kegemaran saya..)



abu nadaa dan marwa
we miss you so badly....



THE LOVE IS GETTING DEEPER AND DEEPER WHEN YOU NO LONGER AROUND.. I LOVE YOU FOREVER, MY LOVE.... MAY YOU REST IN PEACE, AL-FATIHAH...

Wednesday, July 6, 2011

harapan

Ya Allah, bimbinglah aku dalam membuat keputusan yang terbaik untukku dan keluargaku... sesungguhnya Engkau sebaik-baik perancang... hanya pada Mu aku berserah dan meminta pertolongan....

Segalanya aku harus lakukan sendiri.. segala keputusan di tangan aku.. bagaimana aku hendak mencorakkan kehidupan anak-anakku? bagaimana aku hendak menyara hidup kami bertiga?.. bagaimana cara terbaik untuk aku mendidik anak-anakku? bagaimana harus aku jalankan kehidupan ini? bagaimana.....

Allah, bantulah aku yang lemah lagi hina ini....

bimbinglah aku dalam membuat segala keputusan agar tidak tersasar dan terkeluar dari jalan-Mu...
pimpinlah aku, Tuhan aku yang Esa...
berilah aku hidayah dan petunjuk demi meneruskan kehidupan yang sementara ini...
suntikkan semangat juang dan ketabahan dalam diri aku...
tunjukkanlah aku cara dan jalan yang terbaik untuk aku membesarkan puteri-puteriku..
jadikanlah mereka anak-anak yang solehah..
peliharailah keluarga kecil kami dari fitnah...
murahkanlah rezeki kami dengan rezekimu yang maha besar itu..
pinjamkanlah aku sedikit daripada ilmuMu yang maha luas itu untuk aku didik puteriku dan berbakti pada masyarakat..

Allahu Allah...
bantulah aku..
hanya padaMu aku berserah dan meminta pertolongon...

* semoga hari esok lebih baik daripada semalam.. semoga aku dapat kerja itu.. amin!

Tuesday, July 5, 2011

Dalam 24 jam saya

Hari-hari saya online.. kadang ada jugak hari saya tak online.. tapi rasanya memang hari-hari saya online sejak dia takde... saya dulu ada diari.. (sebelum saya kahwin dengan dia..) tapi sejak dah kahwin, saya dah tak perlu diari, sebab saya ada dia untuk saya ceritakan semua perasaan dan kisah saya. Dialah diari saya..

Dan sekarang saya mula menulis semula.. menulis dalam blog pula.. tapi, bukan semua yang kita rasa kita boleh luah dekat blog.. kerana blog bukanlah diari 100% yang kita harus percaya. Jadi sekadar berkongsi perasaan yang sepatutnya tanpa menghuraikannya dengan terlalu detail.

Dear blog,

Setiap pagi bangun je, mesti nak buka fb, dah tengok notification dan status, duduk buat susu Embun dan lepas tu menyusukan Kekwa pula.. dah kenyang dua beradik tu, mandi pulak.. Fb masih on.. tapi tuan punya fb dah hilang ke toilet mandikan anak2...

dah mandi2... pegi pulak buat sarapan.. si Embun makan, si Kekwa duk golek2 (baru belajar nak merangkak)... FB, email dan blog masih terbuka dekat laptop.. tuan punya laptop dah kat bawah duk makan2, minum dan sambil borak dengan tok mama...

Lepas tu basuh baju pulak... dah tu, tengok fb semula.... dah tengok kejap, layan pulak budak berdua main2.... dah tu, tiba si kakak buat "projek"... kena pulak pegi tandas lagi... basuh2... pastu teringat kain dalam mesin, pegi pulak jemur kain....tak sempat sidai semua, Kekwa pulak nangis.... pegi kejar amik Kekwa, menyusu.....

Lepas tu, sambil budak berdua tu main2... ummi dia duk main fb, internet dan check email... tengah baru nak tengok emel, datang pulak si kakak " ummi, nak upin... nak upin..".. ha, bagi la si Embun tengok upin dalam laptop.. fb , emel dan blog masih berstatus online, tapi si ummi duk tepi layan Kekwa, Cik Embun yang jadi tuan punya laptop sebab dia tengok upin dalam youtube...

Lunch time, tok mama yang masak, kadang ummi masak.. tapi most of the time tok mama yang masak.. ummi tolong masak nasi je,, hehehe... dah lepas makan tghari, suapkan Kekwa, diorang tido, ummi solat zohor, sambil lepas tu layan internet lagi...

Dah petang, tok mama bawak budak2 jalan naik stroller, ummi plak kemas barang mainan yang telah disepahkan oleh kakak Embun dan lipat kain..

Malam pula, mandikan budak berdua... ummi online lagi.... sambil duk main2 dengan budak2...dan lepas tu datang lagi si Embun nak tgk "bean".. dia layan mr bean smp tertido2.. ummi dia duk layan Kekwa sampaila Kekwa pun tertidur...

Dan lepas tu baru ummi boleh layan internet dengan amannya.... hihihihi...
sebab tu sekarang ummi tulis blog...
di masa ini, dan di waktu ini la....
bila budak berdua tu dah tido...

;)

gudnite blog, c u later...

Saturday, July 2, 2011

Nervousness - 2

Ok, saya sangat nervous disebabkan saya ada interview kerja minggu depan.. actually ada 2 interview di tempat yang berlainan.. Saya berharap saya dapat kerja itu di satu company itu... Kalau dapat, its a bonus, kalau tak dapat, saya akan cuba memujuk hati saya bahawa ada lagi yang lebih baik untuk saya.. tapi saya harap saya dapat..tapi kalau tak dapat? er... dapatlah please...

ceh... pegi interview pun belum lagi...
apa pun, saya harap semuanya berjalan dengan lancar hendaknya...

Doakan saya ye!