Friday, September 30, 2011

Lagu dan kenangan

Lagu boleh membawa kita kembali ke masa silam... dengar lagu Maher Zain mengingatkan kenangan di Pakistan bersamanya...indahnya saat itu, tiap kali naik kereta, cd Maher Zain la yang terpasang.. rasa seperti dibawa2 berjalan ke masa lalu....







Tuesday, September 27, 2011

NAFASTARI - travelog in BOOK

InshaAllah, akan diterbitkan buku Nafastari travelog-Pakistan, sekarang masih dalam proses edit mengedit..
:)

Alhamdulillah,syukur, dapat tunaikan hasrat Nasfastari untuk jadi penulis...
Semoga buku itu dapat dijadikan pahala yang mengalir buatnya di alam sana...
Amin,...

Celoteh Mawar

Rindu... sangat rindu pada dia...tak tahu nak ungkap dengan perkataan, rasa seperti duri mencucuk2 dalam hati ini.. menanggung rindu....

letih bekerja seharian pun aku tetap rindukan dia... rindu ingin mengadu itu dan ini.. walaupun kadang2 dia hanya mengangguk2, entah dengar atau tidak, tapi rasa lega bila meluahkan padanya...

teringat kembali zaman mula2 berkahwin, aku pernah bekerja di kuala terengganu, dan dia pun bekerja di terengganu. Terasa masa berlalu begitu cepat... rasa macam baru semalam aku bersamanya pergi sarapan di kedai atap biru di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu.

Pagi semalam aku sarapan di kedai depan tempat aku bekerja. sarapan seorang diri, melihat roti bakar yang aku pesan, tiba2 air mata aku menitik.. teringat saat2 indah bersarapan dengannya sebelum ke tempat kerja... rindu.. sangat rindu!...

Bila sedih, bila terkilan, aku selalu ingatkan diri ini, Allah lah tempat yang paling layak untuk aku mengadu segalanya.. 

Ahmad, nur sangat rindukan kamu......... 

Friday, September 23, 2011

Body Clock terkejut!

Hampir 2 minggu masuk kerja... 

letihnya.... hihihihi... tapi seronok... jadi SUPERMAK gitu... pagi2 anta si Kekwa ke taska.. seronok je dia duduk dalam baby car seat tu...lepas tu pergi kerja... saya drive kereta satria abang saya ke tempat kerja... terima kasihla abamie kasi pinjam kereta tu dulu sementara waktu ni ye... kereta tu kereta manual... hari2 berdebar2 je drive.. sebab kawasan rumahku berbukit bukau.. hahaha... setiap hari harus ada teknik imbang minyak...kuang kuang kuang... Tuhan je yang tahu betapa berdebar-debarnya saya setiap kali membawa kereta... hu... mungkin lama2 nanti biasa la kot ye tak?

hmm... balik kerja je dah letih... tu nasib dapat yang dekat je dengan rumah.. kalau kerja jauh2 kat KL, adoi, pengsan kot bila balik... huhu... nasib baik dekat, ada la masa nak spent dengan anak berdua yang chomey lote bila malam.. duk layan2 diorang berdua je la, rindu sangat! maklumla dulu 24jam melekat dengan anak je... skang dah lain, jadi kejutan budaya sikit la... sampai nak update FB or blog pun rasa macam takde masa... lebih baik gunakan masa tu layan budak berdua tu.. heheehehehe....

sekarang ni masa tulis ni anak2 tengah tido... terjaga malam sebab lapar... err... okayla.. nak pegi makan biskut cicah nescafe jap la.. nanti rajin saya update lagi la ya... 

* bagus juga sibukkan diri ni, masa yang berlalu rasa cepat je... harap peredaran masa buat aku lebih tabah dan sabar ... hm....aku tak sabar nak jumpa nafastari di SANA nanti... :)

Nota Hari Kelahiran Nafastari

24 SEPTEMBER 1982,tarikh masihi,
 Nafastari dilahirkan di dunia....

dan hari ini 24 SEPTEMBER 2011
Tiada lagi hembusan nafastari di dunia ini......

Hanya ini yang mawar ingin sampaikan pada nafastari,

"AKU INGINKAN DIRIMU DATANG DAN TEMUI AKU, AKAN KU KATAKAN PADAMU, AKU SANGAT MENCINTAIMU...."
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI  DAN MERAHMATI UMURMU SEPANJANG HIDUPMU DI DUNIA DULU,DAN SEMOGA KAMU DATANG DAN TEMUI AKU DI SATU HARI YANG PASTI.


Monday, September 12, 2011

Pelangi setelah hujan

alhamdulillah....

LULUS driving test...
esok mula kerja...
esok juga Kekwa first day kat Taska.. mudah2an semuanya ok dan selamat..Embun tok mama jaga.. terpaksa separatekan diorg sbb tok mama tak mampu nak jaga dua2 untuk sehari.. working hours 8.30-5.30..
urusan kastam tak selesai lagi.. tak mahu cerita yang sedih2 di sini...

syukur, alhamdulillah...

Thursday, September 8, 2011

Syukur, alhamdulillah

i got the job!

:)

tadi pergi interview...ada lebih 20 kot candidate tadi... lama menunggu,, tp saya orang yang 1st skali datang...pagi2 kena buat testskit, buat profit n loss and bank recon...lepas tu tunggu turn 1st interview... tghari 2nd interview...dan trus dia kata "we want to hire you!" :)
kalau ikutkan dia nak suruh saya datang kerja esok juga.. hmm.. tp disebabkan saya harus ke kementerian kewangan esok dan isnin depan ada test jpj, maka selasa depan baru mula kerja.. mudah2an saya cepat belajar buat kerja dan adapt dengan situasi di tempat kerja itu..

sangat dekat dengan kawasan perumahan saya... dan juga position akauntan seperti yang saya mahukan.. gaji basic biasa2 je, tapi alhamdulillah, tak perlu susah payah nak fikir transport dan kos... jalan kaki pun boleh.. dan sekarang kalau nak drive ke sana pun rasanya boleh kot.. cuma time nak parking tu cam tak berapa yakin lagi.. hahaha.. lesen pun belum ada...semoga LULUS kali kedua ini... amin.. amin... Allah,perkenankanlah! 

*nak share skit, semasa tgh tgu turn untuk dipanggil, belek2 majalah kat atas meja ofis tu, terjumpa satu ayat yang buat saya tertarik.. 

fokus kepada hasil apa yang kita inginkan dibandingkan fokus kepada apa yang kita tak mahu berlaku.
kesimpulannya: saya harus fokus untuk berani melangkah daripada memikirkan takut jatuh bila melangkah..

Wednesday, September 7, 2011

Progress interview kerja...

Impianku terkubur untuk bekerja di pejabat bertingkat 80+ itu... kenapa? sebab aku tidak layak ke stage 3... selepas interview kali ke 2, aku sendiri dapat rasakan aku tidak layak untuk stage seterusnya...dan semalam aku dapat emel mengatakan aku tidak layak. hmmm... tak mengapalah, bukan rezeki aku dan bukan level aku kot... its not ends of the world yet!  ...inshaAllah aku tak akan pernah putus asa mencari kerja untuk menyara keluargaku...

setakat ni aku dapat 4 interview kerja di tempat yang berbeza... dua daripadanya aku terpaksa tolak atas sebab masalah transport dan kos. huhu.... sayang juga sebenarnya bila difikirkan...tp nak buat camana kan...lesen takde lagi, bawak kereta pun tak mahir lagi, susah nak ke tempat kerja tu yang takde public transport. satu  tu tak layak(yang aku citer kat atas tadi la)... haha... dan satu lagi aku tak tahu lagi camana, sebab baru nak pergi interview kejap lagi ni.. hihi... pengalaman aku di interview tak banyak,dan pengalaman kerja pun kurang.. atau mungkin orang kata, masih fresh graduate walaupun dah hampir 2 tahun lebih dah grad.. jadi aku pun masih tak tahu nak market diri aku as a worker..tapi aku percaya, Allah dah tentukan rezeki untuk setiap hambaNya.. aku cuma perlu lebih berusaha mencari dan tawakal. inshaAllah...

ya, mungkin aku perlu lebih sabar, tenang dan yakin...

dalam fikiran saya sekarang...

  • jpj test 12hb sept, ya Allah.. mintak2 LULUS lah.... dh hmpir seminggu training dgn abg sulungku...
  • kementerian kewangan- amik surat pelepasan 50% duti import kereta
  • kastam - mohon rayuan kurangkan cukai lagi
  • bank- pos cheque
  • jpj- road tax, plat num kereta nk buat kat mana ye??... hu...
  • service kereta yg duk warded dlm gudang port klang hmpir 5 bulan...
  • bayar cukai tanahdan pintu umah kajang
  • bayar maintenance rumah kajang
  • cari kerja lagi dan lagi
  • pegi interview lagi dan lagi
  • mahirkan driving
  • check up embun bulan oct
  • check up kekwa bulan 12
  • follow up insuran rumah
ok.. stop.. tak nak fikir dah.. bye.. nak tido, esok nk pegi interbiu.. moga2 berjayalah...
;)

Tuesday, September 6, 2011

Raya seorang ibu tunggal yang muda

Aidilfitri kali ni benar-benar buat aku sayu, sebak dan sedih... walau pada zahirnya nampak aku seperti biasa, batin aku menjerit mahukan dia terus bersama-sama aku dan anak-anak..Tahun ini aku beraya di rumah mertua di kg bari besar, setiu di Terengganu. Memang sudah hajatnya mahu kami beraya di sana tahun ni dan aku juga mahu ke kuburannya di sana. Pagi raya kami sekeluarga ke kuburnya.. dan hati aku terlalu sebak semasa menziarahi pusaranya.. terasa sakit sungguh dada ini, tersekat2 kerongkong menahan sebak, air mata mengalir laju tak boleh ditahan-tahan. Embun dan Kekwa tidak mengerti apa-apa, mereka hanya memerhati dan bermain pasir putih itu...

Embun dan pokji (adik ipar)di pusara kekasihku

Kami beraya seperti biasa, menziarahi saudara-mara yang lain, makan2, suka-suka, cuma bezanya, tanpa dia di sisi. Terasa kosong, sakit, perit, hilang... melihat telatah Embun dan Kekwa di hari raya, buat aku tersenyum gembira, namun melihat keluarga lain yang lengkap ada ibu, ayah dan anak-anak, buat aku rasa cemburu dan mahukan dia terus bersama aku seperti orang lain.

Aku merasa sebak bila melihat pasangan suami isteri yang sama-sama menjaga anak kecil mereka, bergilir-gilir mendukung anak mereka. Aku terlalu rindukan saat itu bersamanya. Aku menjadi cemburu melihat pasangan suami isteri yang sama-sama tua, sedangkan aku tidak akan pernah merasa tua bersama kekasih hati aku. Aku sebak melihat anak gadis yang mesra bersama ayahnya, mengenangkan Embun dan Kekwa dewasa nanti, apakah yang akan mereka rasa nanti?.. Allah.. sakit sungguh perasaan ini.. berat menanggungnya, namun Kau juga yang Maha Mengawal hati ini... Moga Allah terus tetapkan hati aku untuk dia dan aku terlalu ingin menjadi bidadari syurga buatnya. 

Salam Aidilfitri buat semua... Maaf Zahir dan Batin jika ada salah dan silap...

Mawar akan terus tersenyum buat kamu berdua anakandaku Embun dan Kekwa...