Saturday, December 31, 2011

Hari ini Tahun Baru

Tahun 2011 sudah berlalu.. namun aku masih hidup dengan kenangan Tahun 2010!

Hari terakhir dalam tahun 2010 masih segar dalam ingatan aku..
Nafastari menulis sesuatu di blog kesayangannya...

Dia menulis tentang dua orang sahabatnya yang telah meninggal dunia di bulan December 2010
Aku menjadi sebak membacanya... seperti dia sebak melihat anak2 rakannya yang masih kecil yang kematian ayahnya di tempat asing.. aku menyaksikan riak wajahnya yang sedih dan penuh simpati pada rakannya itu. Aku melihat sendiri betapa sedihnya dia pagi itu apabila menerima message daripada isteri rakannya tentang kematian suaminya. Khabar itu memang mengejutkan kami kerana kami baru sahaja pulang bercuti dengannya, dan tidak sampai seminggu kami dengar dia  telah pun meninggal dunia.

Sebenarnya, perancangan Allah itu Maha Hebat... bila diperhalusi satu persatu.. ianya sebagai tanda peringatan buat diriku dan dia... Sahabatnya yang meninggalkan dua orang anak yang baru berusia 4 tahun dan 7 tahun itu sebenarnya sama saja dengan diri aku kini... Aku juga ditinggalkan bersama dua orang puteri.. cuma bezanya anak-anak aku masih bayi... Sewaktu dia pergi.. Kekwa berusia 2 bulan lebih.. dan Embun, 1 tahun 10 bulan...Aku akan pegang nasihatnya kepada rakannya,
Saya sebak melihat reaksi dua anak perempuannya kecilnya (4 dan 7 tahun) yang belum cukup mengerti tentang peristiwa sedih itu, walaupun saya percaya balu arwah akan mengumpulkan kembali segala semangat dan kekuatannya untuk meneruskan hidup bersama-sama dua anaknya di bumi Islamabad ini.
Aku juga akan kumpulkan semangat dan kekuatan untuk meneruskan hidup...

Pemergian sahabatnya yang seorang lagi pun mengejutkan kami... dan aku kira, pemergian itu satu peringatan buat diriku..

 'ajal, maut datang bila-bila masa sahaja.... tidak kira masa, tempat dan hari... Allah telah tetapkan  masa buat kita semua... samada dalam keadaan sedia atau tidak, kita pasti akan pergi... dan segala penyakit, kejadian adalah hanya sebagai penyebab kematian...Mati itu pasti'

Kejadian yang menimpa kami 10 bulan yang lalu adalah cuma sebagai satu sebab untuk dia pergi meninggalkan dunia ini.. Jika difikirkan dengan logik akal manusia, dari manakah datangnya seekor kuda dengan tiba-tiba di atas jalan raya di waktu malam??  kuda itu datang merempuh kereta kami sedangkan di waktu kejadian ada 3 lagi kereta yang terlibat semasa kejadian...dan kami anak-beranak terselamat tanpa luka apa-apa pun..

Aku tidak akan tanya mengapa atau kenapa itu berlaku, kerana Allah telah menunjukkan peringatan buat diriku... setiap kematian itu pasti berlaku, segala kejadian itu hanya penyebab...

Selagi kita masih bernafas di bumi ini, selagi itu kita harus sentiasa ingat Tuhan kita.. 
Demi masa..

Yang dulu menjadi lama, 
Yang kini menjadi baru,
Yang hidup akan mati,
Yang Kekal cuma Tuhan.

Selamat Tahun Baru! 
Semoga hari-hari kita yang akan datang akan lebih gembira dan penuh berkat dariNya.

Wednesday, December 28, 2011

hey,anniversary saya lah!

Pagi2 pergi ofis, hatiku ceria kerana mendapat khabar berita yang amat gembira petang sebelumnya..
Aku dapat offer kerja di tempat lain lah! dan kerja itu merupakan antara
"wish list company" yang aku citakan masa aku student dulu.. Tahun depan baru mula kerja di tempat baru..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang sentiasa beri nikmat rezeki yang melimpah ruah kepada kita..

Masuk ofis, aku terus menerpa rakan sekerja,
"eh, hari ni anniversary saya lah!" :)
kawan ofis sy terkedu... dan selamba mengucapkan "oh, selamat ulangtahun.."
tapi aku nampak riaksi wajah mereka, mereka sebenarnya terkedu bila aku cakap macam tu,
nada suara aku seperti gembira, namun jauh sudut hati aku...???... Allah sahaja yang Maha Mengetahui........


Kemudian datang lagi seorang kawan, aku pun berkata,
"hari ni anniversary aku! :)"
dan kawan aku itu terdiam...
"la, kenapa diam je??..." aku menyakat..
"er, aku kena cakap apa?" kawan aku bertanya...
aku tersenyum dan berkata,


"Ko doakanlah aku supaya kekal hingga ke syurga.... amin........."  :)

Tuesday, December 20, 2011

Awan gelap

Dulu aku punya diari... selalu tulis diari untuk luahkan perasaan... tak pun, kadang tulis atas kertas untuk meluahkan perasaan...

Sekarang... dunia dah makin maju.. ada blog boleh tulis macam diari.. tapi tak semua boleh ditulis dalam blog.. kadang sesetengah perkara kita kena simpan atas sebab2 tertentu.. sebab blog dengan diari tak sama...diari kita simpan kat tempat orang tak boleh baca.. kadang kita sorok... blog? nak sorok, boleh.. limit friend.. boleh nak create privacy.. tapi nanti sama saja dengan diari, kita cakap sendiri, kita baca sendiri.. kalau publish, ada feedback, boleh tukar pendapat dan nasihat..

apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya..

Dada aku sakit... sakit sekali menahan perasaan... menahan air mata...
Aku tak pernah menangis depan orang yang aku sebenarnya sangat rindukan dia..
Aku tak pandai nak luah dengan kata-kata bila aku terlalu rindu dekat dia...
Jarang sekali aku luahkan dengan mulut aku yang aku rindu dia...

Kadang mulut ni rasa nak bagitahu mama,
"Ma.. Nur rindu sangat kat amad...."

Nak bagitau akak,
"i miss him every single minute.."

Nak bagitahu kawan2...
"Aku rindu dia...sangat..."

Nak cakap dengan che.. (mak mertua)..
"Nur sayang sangat kat pa.... "

Sebak.. tak tahu nak citer......
tak reti nak luah..... bila depan orang, Nur jadi macam konon2 kuat..
konon2 takde apa berlaku.. konon2 Nur okay... setitik air mata pun tak turun...
Tapi hati ni sarat... macam awan yang gelap.. 'guruh dan kilat' je lebih..tapi tak hujan...

Nasib ada Embun dan Kekwa..
dekat dioranglah aku selalu mengadu..

Ummi: kakak.. ummi rindu ayahla.. nadaa rindu ayah tak?
Embun: rindu!
(entah dia paham rindu tu apa pun tak tahu la... heheheee...)



Ummi: (menangis)
Embun: ummi nangis?.... ( tangan kecik dia sapu air mata)
so sweet......

Ummi: Adik, sian kat adik, ayah tak sempat pun main2 dengan pipi adik yang tembam ni.. gomol2 adik..adik ni comel tau.. ayah mesti geram tengok adik...
Kekwa: uuuh... uuuu...
sangat sebak bila peluk Kekwa.. selalu bayangkan diri ni adalah dia .. seolah2 dia yang memeluk anaknya...


**okay, lega sikit dah citer kat sini...


Monday, December 19, 2011

Kau ke kiri, ku ke kanan

    • Mawar message encik suami di laman FB...

  • 10 August 2010
    Aini Nurbaya
    • semalam
      Dgn gembira dan sng hatinya sy menyediakan teh o dan kek utk supper nk bg si suami tercinta makan.. Dihidang menggunakan pinggan baru yg dibeli oleh encik sohail..

      Smp2 nak hidang kena marah,
      "isk, apa ni bawak semua2 ni kat sini?"
      Dgn reaksi wajah yg mengjengkelkan ...

      Hancur luluh hati yg gembira semasa buat teh itu.. Mengharapkan si suami akan berkata,
      "wah, pinggan baru... Baiknya awak sediakan teh malam2 ni"

      Tapi sebaliknya pula yg berlaku....


      :(

    • jgn harap pujian manusia.. nanti kecewa!
      buatlah sesuatu dgn ikhlas, mencari keredhaan Tuhan semata2.

      salam ramadhan mubarak!

Janganlah tido...

"ummi janganlah tido..."

Balik kerja, badan rasa letih, kadang2 otak penat rasa nak lelap kejap... bila terlelap.. anak2 mula la sorang duduk kat atas kepala,(si kekwa) dan sorang lagi duk cungkil mata kita suruh buka...(si embun),

"ummi, ummi.................. jangan tido.. bukak mata.."

heee....
ibu yang ada anak kecik boleh tidur ke? tidur2 ayam saja lah...
tengah malam konon nak bangun lipat kain baju semua.. sudahnya tertidur sekali dengan anak-anak..
pukul 3 atau 4 pagi terjaga sebab Embun pasti menangis nak susu.. bangunpula pergi buat susu... dah sudah buat susu si kakak.. si adik pula menangis nak menyusu.. sudahnya terlena sekejap, dah pun Subuh....lepas tu dah pagi.. kena pergi kerja.... huwaaaa.. ngantoknya!!...

teringat pula dulu masa kecik2... mama balik kerja je, dia tidur.. suka sangat tidur, sampai aku pernah merungut.."ala mama ni asyik tido je..." baru aku faham kenapa mama dulu suka tidur lepas balik kerja.. hohoho..

Em.. sekarang.. paku dulang paku serpih.. , mengata orang..???
 aish..korang sambunglah.. heheee

Sunday, December 18, 2011

Sedangkan lidah lagi tergigit....

Sedangkan lidah lagi tergigit,ni pula suami isteri...

bertikam lidah dan salah faham tidak boleh lari dari dunia perkahwinan...
membaca semula emel lama... yang dikirim oleh si dia...
buat hati ini berbunga2... rindu yang tak pernah hilang...
sukarnya diceritakan... yang merasakan saja dapat memahaminya...

Tahun pertama perkahwinan... aku masih lagi belajar di tahun akhir di UIAM..
dan dia bekerja di Kuala Terengganu... perhubungan jarak jauh sentiasa saja menimbulkan salah faham dan tetap ada kemanisannya...

dan kami pernah salah faham...ternyata si dia memujuk dengan emel ini...

antara isi emel nya:

"Sungguh hamba pun rasa terkilan mendengar luahan hati tuanku permaisuri, tetapi percayalah bukan hamba memaksudkan bahawa hamba lansung tidak mencintai tuan permaisuri. Hamba tersangat mencintai tuan permasuri terutamanya keperibadian mulia yang hamba junjung tinggi. Hamba tidak pernah katakan bahawa hamba tidak cinta tuan permaisuri, cuma hamba kata, kadang-kadang hamba keliru dengan cinta itu. Tapi percayalah, bukan bermaksud hamba mempunyai cinta yang lain selain daripada tuan permaisuri.

Hamba kira tuan puteri sudah faham penjelasan hamba tempoh hari. Jika kita tidak suka tentang perkara ini kita tidak usahlah berbicara mengenainya lagi di masa hadapan. Cukuplah kiranya kalau tuanku permaisuri dapat menganggap bahawa hanya tuan permaisuri sahajalah yang pernah bertakhta, berkuasa dan menakluk di hati hamba pacar yang lemah lagi hina ini. Kerana belumpun pernah hati hamba dimiliki sepenuhnya sebelum ini, mereka sekadar bertenggek dan terus terbang pergi. Percayalah pada kata-kata hamba ini, hamba tiada siapa lagi selain tuanku permaisuri.

Oh ya, tuan permaisuri nak tahu, dua purnama hamba tidak melihat bayang tuan permaisuri ibarat sedekad lamanya hamba rasakan. Datanglah kemari di purnama hadapan, biarpun purnama di sini malap tidak mengambang seperti di tempat tuan permaisuri. Hamba selalu merindui tuan permaisuri, janganlah biarkan hamba mati terseksa begini."


Wan Ahmad Fadzil
K.Terengganu



***Kini hamba yang hidup tersiksa merindui tuan hamba.............

Thursday, December 15, 2011

Wasiat seorang ayah

Setahun yang lepas, dia sibuk menulis sesuatu di blognya..
selesai menulis, dia akan membiarkan laptop terbuka dan terus pergi ke dapur.. kononnya mahu ambil air..tapi aku tahu itu hanya helahnya mahu aku baca posting terbarunya di blog kesayangannya itu...

Aku duduk di hadapan skrin laptop dan membaca postingnya itu..

Selesai membaca, dia duduk di sebelah aku dan tersenyum..
"Nur, bijak tak i tulis macam tu?.. bijak kan, kan??!!!"....

Aku hanya tersenyum dan berkata .. "eleh, mesti terpengaruh dengan komen syed zul semasa entri buat Embun dulu kan?...

Dan kami sama-sama ketawa...
bahagia... sangat bahagia...
Punya dua orang anak di usia muda... punya suami yang menyenangkan dan membahagiakan..
Tapi aku leka dengan hadiah Allah beri.. terlalu bahagia sampai aku lupa semua ini pinjaman dariNya...

Sampai masa, Allah nak ambil dia pulang..
Aku baru teringat, ini semua pinjaman...tiada apa yang kekal di dunia..Ini juga tanda Allah sayang pada aku dan dia.. Allah mahu aku beringat padaNya..sentiasa mengadu padaNya.. tidak alpa dengan kebahagiaan dunia...

Macam tu juga kita buat pada anak kita.. bila anak kita leka bermain sampai tak mahu makan, kita ambil mainan dia, dia menangis2..tapi kita mahukan yang terbaik buat anak kita, kita mahu dia makan dan sihat.. begitulah juga Tuhan kita, mahukan yang terbaik buat kita.. 

Wednesday, December 14, 2011

Ibu yang berjuang

Mama aku punya sebelas orang adik beradik... dan seorang adik lelakinya telah meninggal dunia di usia yang agak muda.. aku memanggilnya Pak Lang ..meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak lelaki.. isterinya itu berwajah lembut dan ada kacukan cina. Usianya masih juga muda sewaktu arwah pak lang meninggal dunia. Bahkan, memori aku tentang Pak Lang aku itu juga sedikit. Yang aku ingat dia sentiasa senyum dan sangat sukakan bola sepak.

Waktu itu aku masih kecil.. mungkin umur aku hanya 7 tahun.. tidak mengerti apa pun.. setiap kali pulang berhari raya, kami pasti akan menziarah kubur Pak Lang.. Aku lihat Mak Lang tenang sahaja.. dan apabila pagi raya, mamaku dan adik beradiknya yang lain pasti akan memeluk Mak Lang seerat-eratnya.. dan mereka sama-sama bergenang air mata.. 

Peredaran masa membuatkan kita lupa yang satu masa dahulu kita pernah merasai kesakitan yang kita sendiri tidak terfikir kita mampu mengatasinya.. Mak Lang wanita hebat, penuh semangat juang membesarkan anaknya yang tiga lelaki itu... dan sekarang dua orang telah pun berkahwin , seorang lagi masih belajar di Univeristi. Syabas, tahniah Mak Lang... Nur kagum dengan semangat dan kesabaran Mak Lang dalam memegang amanah, Nur bangga dengan Mak Lang yang sentiasa menjaga ukhuwah sesama keluarga dan kesetiaan Mak Lang dalam menjaga hati dan tingkah laku.. Mak Lang wanita hebat...dan idola Nur...



Sekarang, Nur faham perasaan Mak Lang.. kerana Nur juga melaluinya sekarang.. betapa perit, betapa sukar namun kita harus tetap berjuang.. kerana Allah sentiasa merencanakan yang terbaik buat hambaNya.. 

Monday, December 12, 2011

Hari Ulangtahun

Terlalu banyak yang hendak diceritakan setelah lama menyepi dari dunia blog...cewah.. macam lah setahun tak tulis blog... hahaaha... em.... sekarang alhamdulillah... mawar, embun dan kekwa baik2 aja... kami masih bernafas di bumi ini alhamdulillah.. dan terima kasih Allah mengurniakan mawar keluarga yang baik dan memahami.. syukur masih punya mama sebagai peneman yang selalu ada dengan mawar saat senang dan susah.. syukur punya kakak yang baik hati dan memahami .. syukur punya abang2 yang penyayang.. syukur punya papa yang masih bersama mama selama 35 tahun..

"Selamat ulangtahun perkahwinan buat mama dan papa yang ke 35 tahun.. semoga Allah memberkati hubungan mama dan papa.. "

Syukur juga kerana mawar punya keluarga mertua dan ipar duai yang sangat baik dan memahami.. alhamdulillah...terlalu banyak nikmat Allah beri pada diri ini , tidak ada kurang pun nikmat Allah malah lebih dan lebih.. Subahanallah...Akan aku jaga hubungan ini sampai bila-bila.. kerana kasih aku pada nafastari, kerana sayang aku pada keluarga nafastari dan kerana sifat hamba aku padaNya ( berbaik-baik sesama manusia dan selalu menjaga hubungan sesama keluarga dan saudara)


Kekwa sudah menginjak umur setahun...

"Selamat hari lahir yang pertama Kekwa, semoga membesar menjadi anak yang solehah dan bijak.. selalu jaga akhlak dan berdoa yang baik2 untuk ayahmu sayang.. Allah akan selalu menjaga kita .. inshaAllah..."







dan ... lagi dua minggu... genaplah usia perkahwinan mawar dan nafastari yang ke-4...

"Selamat ulangtahun perkahwinan buat diriku... semoga Allah jaga hubungan ini sampai akhirat nanti...Semoga Allah jaga hati ini hanya untuk Wan Ahmad Fadzil... Semoga anak-anak kita membesar menjadi anak yang solehah dan berguna.. Semoga satu hari nanti Embun dan Kekwa akan berlari ke arah nafastari dan memeluk erat tubuh ayahnya yang mereka rindui sepanjang hidup mereka... Semoga satu hari Nafastari menggengam erat tangan mawar buat selamanya...

Allah........perkenankanlah....."