Wednesday, May 30, 2012

Gelagat dua puteri nafastari

Embun dan kekwa da siap nak jalan2 lah ummi.... :)

kami suke pakai baju warna 'strawberry' ...

Berhujung minggu dengan tok mama

"kakak nak doa untuk ayah ye ummi,... " :)

Embun dan Kekwa main kaler kaler...

swimming... 

tertido tunggu ummi shopping.. hihi

tido lagi... kali ni tunggu ummi keluar dari pintu bilik air... hahaha...

adik wa pulak nak solat

cak!!

sejuk hati bila tengok anak tido... comel kan? ;)

Friday, May 25, 2012

menulis di kala anak2 dibuai mimpi

Embun dan Kekwa sedang lena tido ni... sedapnya.... sedapnya ummi dia dapat juga online sepenuhnya akhirnya... hahahaha.... 

sekarang dah tak macam dulu2... nak update blog memang perkara terakhir yang saya boleh buat agaknya.... bila dah berpindah ke Kluang ni, urusan apa pun 100% sendirian berhad.. bila dah semuanya buat sendiri, nak layan anak lagi, memang sangat2 lah tak sempat nak meluahkan di blog...
luah dalam hati sendiri je la.. kadang mana sempat tu update jugak status kat FB kejap2...

cepat je masa berlalu kan.. sedar tak sedar dah masuk bulan Rejab... sikit lagi dah Ramadhan.... tahun lepas, memori saya tentang kehidupan Ramadhan saya langsung tak ingat apa2... peristiwa yang berlaku tahun lepas amat pahit untuk saya kenang... Setahun lepas adalah masa yang amat panjang untuk saya bangkit meneruskan kehidupan tanpa imam kehidupan saya... 

Tanpa saya sedar, sudah setahun rupanya... dari saat saya terlalu lemah, terasa seperti hilang semangat untuk hidup sehingga sekarang, saya punya semangat kembali untuk meneruskan kehidupan...Alhamdulillah... setiap kesulitan ada kemudahan(al-inshirah: 6-7).. Allah sentiasa merencanakan yang terbaik buat hambaNya.. tugas kita, sentiasa berdoa dan selalu bersangka baik terhadap perancanganNya.. inshaAllah......

Embun dan kekwa lah semangat saya...mama dan keluarga lah semangat saya... kalian, saudara seislamlah semangat saya... Islam lah semangat saya... inshaAllah... 

Hati saya masih kuat untuk nafastari.. dan saya berdoa supaya Allah satukan kami kembali di akhirat nanti... inshaAllah...jangan ada yang bertanya atau menyebut tentang jodoh lain untuk saya, kerana itu amat melukakan hati saya...biarpun kata orang 'soal jodoh kita tak tahu..' tapi bila menyebut atau membincangkan di hadapan saya, saya amat terluka... 

Saya juga ingin bercinta seperti cinta Ummu Darda' pada suaminya...

"Ya Allah, sesungguhnya Wan Ahmad Fadzil ( Abu Nadaa&Marwa) meminangku di dunia, lalu aku menikahinya, Maka sekarang aku meminangnya kepadaMu untuk menjadi suamiku di syurga"...

amin..

Allah knows best!

;)


Saturday, May 12, 2012

Penting juga simpanan......

KWSP.... skim pencen.. insuran...

semuanya penting untuk menjamin kehidupan yang lebih stabil bila kita sudah tua nanti kan...
ramai berlumba-lumba nak simpan duit banyak, nak masuk pelaburan ini, pelaburan itu...
bagusla macam tu...

fikiran ke depan..Financial planning yg hebat...MashaAllah..
tapi saya belajar sesuatu yang bermakna jumaat lepas..
dalam talk.. yang mengajar saya "financial and investment planning" yang lebih hebat...

Ramai mungkin tak sedar, saya sendiri pun tak sedar...
rupanya kita belum buat lagi satu skim yang penting...
skim "pencen+kwsp+insuran" untuk kita di hari Kekal Abadi..

hari2 di dunia kita bekerja keras, akhir bulan, duit masuk skim kwsp.. masuk pencen..
yang mana beli insuran, bayar pula skim insuran...katanya untuk masa depan...

hari ini apa kata kita cuba pula buat satu skim yang lebih hebat...
skim pencen+kwsp+insuran... 3 in 1 lagi tu.. 
ini pun utk masa depan juga!
dan yg ni masa depan yg lebih Hakiki...


masih terkesan di hati ustz awang bagitau..
"ada seorang hamba Allah, meninggal, sebelum dia meninggal.. dia beli kereta Honda yang baru, dan ada simpanan, siap pesan kat isteri dia, nnt kalau dia mati, amik duit simpanan tu bayar kereta Honda tu"...
dan apa yang hamba Allah itu bawa ketika dia meninggal dunia? bukan kereta Hondanya atau simpanannya di dunia... tetapi simpanan di akhiratnya 
"ilmu yg berguna, amal soleh dan doa anak yang soleh"

3 in 1 :)



Ahmad beli kereta Toyota Camry... siap pesan kat isteri dia, amik duit kat KWSP bayar duit kereta tu untuk dibawa ke Malaysia.... dan apa yg Ahmad bawa bersamanya?... inshaAllah... ilmu yg ahamad ajar, akan nur ajarkan anak2 kita, ilmu yang ahmad tulis akan nur perjuangkan... anak yang ahmad tinggalkan, akan nur didik menjadi anak yang solehah...inshaAllah..inshaAllah...inshaAllah

penceramah tu kata, senang je... tak susah.. kat rumah pun boleh buat... dlm kereta ke, kat mana je la...

asalkan kita dlm keadaan selalu ingat padaNYA..
nak extra lagi simpanan, buat solat sunat..
lagi2 bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan...
tiga bulan tu confirm dapat bonus... sape buat, dia dapat!

Terima kasih ustaz hj Awang... 
atas consultation financial and investment planning yg awesome ni..
:)


Thursday, May 10, 2012

make me strong,,,-sami yusuf


I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way





My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Friday, May 4, 2012

Salam Jumaat di bulan Mei tahun 2012….


Salam Jumaat di bulan Mei tahun 2012….

Sudah tiga bulan saya menetap di bandar Kluang. Sebuah tempat yang tak pernah terlintas di fikiran saya yang saya akan menetap di sini.
Alhamdulillah… segalanya berjalan lancar dengan izin-Nya. Saya dapat menyewa di sebuah rumah teres yang amat selesa sekali. Syukur..
dan kos sewa rumah yang affordable untuk kami sekeluarga.

Selama tiga bulan ini juga saya banyak belajar untuk berdikari sendiri. Ke mana-mana urusan rumah saya yang uruskan sendiri. Dari hal mencari rumah sewa sehingga urusan menguruskan pembantu rumah, segalanya saya harus lakukan sendiri dan saya melakukannya dengan bantuan sahabat2, saudara mara dan sokongan keluarga terdekat saya. Alhamdulillah… terima kasih, sayang korang semua! J

Rumah paip bocor, saya terpaksa cari jalan sendiri untuk cari plumber. Tombol pintu bilik terkunci yang dibuat oleh cik Embun, saya juga terpaksa bergegas mencari orang untuk menyelesaikannya. Lalang yang tumbuh panjang di belakang dan di depan rumah saya, saya juga harus mencari jalan untuk menebasnya. Saya membeli cangkul dan racun untuk menghalangnya daripada tumbuh sekali lagi dengan cepatnya. Kereta rosak, saya juga ke bengkel dengan sendiri tanpa ada orang rekemen. Perlukah saya mengikut kata orang untuk menentukan keputusan saya sendiri? Mungkin setengah hal, ya… dan setengah hal tidak perlu..

Mungkin bagi setengah orang, itu hanya perkara biasa, semua orang pun melakukannya.. tetapi bagi saya, ianya sesuatu yang baru, sesuatu yang tak pernah saya lakukan sebelum ini.

Dan sekarang, saya juga sudah mula lebih berani membawa kereta ke mana2. Syukur sekali lagi… terlalu byk nikmat Tuhan beri pada diri ini. Tetapi diri ini selalu saja leka dan alpa dengan pemberianNya. Terlalu sibuk menguruskan urusan rumah dan kerja di pejabat, buat badan saya letih sekali. Bila balik, menguruskan anak2 (wpun sudah ada pembantu) , makin lah diri ini bertambah letih dan penat.

Terlalu leka dengan urusan dunia, terlalu sibuk dengan urusan duniawi, saya jadi semakin malas bangun mengadapNya di tengah malam. Astagfirullah…
Solat menjadi tidak lagi kusyuk, terlalu banyak urusan dunia di fikiran saya.. Astaghfirullah…
Dan saya kini jadi semakin mudah merasa marah…

Sejenak, saya teringat kata seorang ustaz di dalam kuliah pagi yang saya pernah dengar,
Katanya, “ Ciri-ciri orang yang tidak solat atau solatnya tidak kusyuk, dia cepat marah-marah..”
Astagfirullah… patutlah diri ini cepat saja marah-marah… solat ku tidak kusyuk, fikiran entah ke mana-mana, memikirkan soal dunia yang tidak habis-habis..
Huhu…

Saya harus jadi seperti watak Delisha di dalam filem ‘hafalan solat Delisha’ ..
Solat itu harus kusyuk, hiraukan keadaan sekeliling, tumpuan hanya Satu…

Benarlah kalam Allah, ayat (ar-Ra’d)13:28 “orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.”

-reminder for myself… and others too-