Wednesday, September 26, 2012

Mekar

Meskipun kau telah layu dan mati, namun cintamu tetap mekar dan mewangi..

Cewah!
Ihsan: kau yang terindah..


Khas buat yang terindah dan tersayang, suamiku dunia akhirat, inshaAllah..

Semoga dikau diterangi cahaya keimananmu sepanjang hidupmu di alam kubur itu..

Semoga kau diselimuti iman dan doa daripada kami keluarga mu yang tidak putus2 mendoakanmu..

Semoga kau tenang dan berbahagia di alam itu, sementara kami masih mengetam untuk membuahkan hasil amalan bg bekal kami di alam itu..

Senmoga umurmu sepanjang hidupmu di dunia yang fana ini diberkatiNya...

Nota kelahiran yang kedua dari alam dunia kepada kamu wan ahmad fadzil.. Sayang rindu dari isterimu dunia akhirat.. InshaAllah
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, September 17, 2012

Mawar menulis

Saya mula berblog tahun 2008 kalau tak silap saya….
Itu pun atas desakan Nafastari menyuruh saya menulis.. katanya, bila kita menulis, kita dapat menyampaikan idea kita secara tak langsung dapat mengajak orang berbuat kebaikan.. kita juga boleh berkongsi cerita kita untuk dijadikan iktibar atau pedoman untuk orang yang membaca.. itulah konsep nafastari, "menulis bukan kerna nama".. dia menulis kerana memperjuangkan hak dan idea dia yang pernah bercita2 mahu menjadi "SUARA Rakyat"…
 
Saya pula menulis kerana bersetuju dengan idea dia…
Dan saya juga punya idea tersendiri untuk menyampaikan dakwah.. tiap hamba disuruh menjadi DAIE..
Saya akui kerjanya besar, saya sendiri rasa kerdil hendak melakukan tugas dakwah.. kerana ceteknya ilmu agama saya, ceteknya pemikiran saya..
Jadi saya jadikan blog ini medan saya sampaikan idea saya secara santai.. Cerita kehidupan saya dan cerita idea saya mengenai kehidupan..
Namun, mgkin sekarang tujuan saya menulis sekarang sudah sedikit menyimpang, kerna saya menulis utk lebih kepada meluahkan perasaan berbanding menyampaikan…
 
Teringat saya pada kata2 lecturer saya di uiam dulu, Ustaz Mustafa Omar..
 
Beliau kata,"tiap manusia Allah ciptakan level yang berbeza2, jadi untuk kita bercakap atau menyampaikan sesuatu itu, biarlah sama dengan levelnya"
Contoh bagi kita untuk bercakap dgn anak kecil, perlulah kita bernada seperti anak kecil juga supaya apa yang disampaikan pada anak itu mudah diterima…
Saya aplikasikan penyampaian saya di blog ini melalui cara santai supaya saya harap idea dan penulisan saya mudah dibaca dan diterima pembaca…
 
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
 
 
Membawa kereta dengan laju tiba2 terbabas, dan kemalangan…
Kereta terbakar, terus dihantar ke hospital…
 
Perlahan2 nyawa ditarik,
Sedikit, sedikit dan sedikit…
 
Tika ditarik nyawa, terdengar suara tangisan keluarga merintih pemergian itu…
Kuat kedengaran suara tangisan mereka, namun nyawa yang ditarik itu tidak dapat berbuat apa2…
 
Lalu masuk ke dalam satu alam yang lain…
Berjumpa mereka yang telah pergi…
Namun tak siapa mahu berjumpa dengannya…
Neneknya yang telah pergi langsung tidak mahu melihat mukanya…
"Inilah dia, orang yang baca Quran dengan menunjuk@, aliff, baa, taa… tapi Allah tak suka, sbb bukan kerana Dia, kerana dia suka suaranya , bacaannya yang lancar, pergilah kau, Kami tak suka orang begitu"
 
Ibunya pula…
Memalingkan muka daripada memandang wajah anaknya itu…
 
Dia ditempatkan di bawah khemah, ramai pelakon dan artis di kawasan itu..
Kelihatan mereka bergelak ketawa dan mereka sama2 ketawakan dia..
"itulah dia orang yang sukakan dunia artis, nah, engkau duduklah di sini bersama2 kami di sini"
 
Dijalan ke tempat lain,
Sebuah tangan menghulurkan beg tangan emas kepadanya,
"ambillah Dunia Harta ini kau punya"
 
Ramai2 ketawakan dia,
"itulah dia, manusia yang suka pujian manusia lain"
 
Sambil menangis di tepi hujung khemah itu,
Teresak2 menangis…
"Di mana Tuhan ku? Kenapa aku tidak dapat bertemu Dia"
 
Kerana kamu mahukan pujian manusia, Tuhan tidak mahu bertemu denganmu….
 
"Sungguh aku melakukan sesuatu kerana Tuhan, alangkah bagusnya jika ini hanya mimpi.. tolonglah, aku mahu keluar dari mimpi ini, sungguh aku menyesal dengan dunia ku,……."
 
 
-Terjaga-
Alhamdulillah……..
 
Sungguh aku tidak mahukan pujian manusia, pandangan manusia, tapi hanya pandangan Allah….
Wahai Tuhan tempat kami berlindung, aku menyandarkan diriku padaMu, dan janganlah Engkau menghinakanku saat kematianku, dan selamatkanlah aku dari rasa takut di dalam kubur…..
 
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

berangan...

impian... syukur, sbb sy boleh fikir semula impian saya.... impian saya nak ada rumah yg selesa utk anak2saya...:-)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, September 14, 2012

Sudah sampai masa ..

Semua benda hidup ada jangka masa dia..kawan saya, kak zai, from lahore, mengingatkan saya bahawa everything has its own limitation.. Ya, saya setuju, mmg susah nak terima, tapi itulah hakikatnya...

Laptop ahmad, laptop kesayangan saya dan dia sudak rosak.. Tak boleh on pun lagi! Sudah dihantar baiki, mula2 okay, lepas berapa minggu dia buat perngai lagi.. Tak dpt on.. Sakitnya rasa hati sy.. Tempat luahan saya sudah habis tempohnya juga.. Laptop tempat saya mengarang entri2 saya di blog ini.. Hampir 98 % entri saya tulis melalui laptop itu.. Sekarang idea mahu tulis ada tapi feel nak tulis di sini(handphone) dgn guna laptop tu lain rasanya.... Lebih selesa gunakan papan kekunci yg besar dan boleh ditekan2..

Sudah tiba masa dia.. Laptop itu juga mgkin mahu pergi.. Untuk aku teruskan kehidupan tanpa dia.. Mmg sakit rasanya.. Mahu diganti belum punya budget yang cukup, tunggu bulan jatuh ke riba lah! Heeee...


(Sedih!)


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, September 5, 2012

Karpet pakistan

Suke dgn karpet!
Bukan saya, tapi si dia, ,Nafastari..

Byk dia beli masa kami duduk sana.. Mcm boleh jual je! Hehe.. Tp sayangkan... Paling suke karpet bahtiar design!

Tp tak mampu nk beli.. Mahal sgt karpet design tu.. So, beli yg mini carpet je la mampu.. Carpet mousepad! Hihi.. Hari2 guna, rasa kenangan tu masih segar je...

P/s: tgh syok sbb leh blog suka2hati je.. Mcm main sms la plak! Hehe
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, September 3, 2012

xmahu sakit

Semalam tiba2 je saya selsema.. Selsema smp naik kepala pening, tak dapat nak fokus buat kerja kat ofis.. Keluar pegi klinik, doktor pula takde, jd saya makan je ubat panadol soluble dan ke ofis semula..

Smp ptg makin melarat pula.. Kawan ofis bagi tips, makan bubur panas2.. Balik kerja saya terus pegi mcdonald makan bubur mcD tu smp hbis wpun panas.. Sy minum air panas sekali, punyalah nak baik cepat.. Sebab apa?

Sebab saya ada anak2 di rumah yang perlukan perhatian saya.. Kalau saya demam, kalau saya sakit, sape nak tgk diorang? Kalau diorg berjangkit, nnt diorg sakit, saya pula yang susah hati nak pergi kerja.. Saya jarang sakit dan demam, jd bila tiba2 saya jdik demam saya rasa seboleh2nya nak lawan penyakit tu supaya cepat2 hilang...

Bila balik rumah, tgh badan tak larat, si anak2 kecil tak mengerti apa, ditekannya mata ummi disuruh buka, di pegang tangan ummi disuruh main, di heret tangan ummi disuruh ambilkan air dalam peti wpun pembantu ada, ummi jugaklah yang kena buat.. Ummi sihat, ummi tak sihat, anak2 tetap anggap ummi superwomen! Heeeee.. Boleh bangun tgh malam melayan rengekan nak itu, nak ini.. Disambung pula dgn adik selepas itu.. Terus air mata menitik sbb tak larat dan teringatkan dia..

Ya, saya tak mahu sakit sbb saya harus jd super ummi embun dan kekwa! Sepertimana mama saya mnjadi supermama kepada saya sewaktu sy kecil dahulu dan kini!

.. Ma, I love you.. now when I became a mother, I appriciate u more! Thank you Allah for giving me a mother.. And thank you Allah for giving my kids a mother.. :)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Happy blogging

Yes! Dah boleh berblog melalui hp ..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone