Saturday, April 27, 2013

Wish List 2013

saya ada beberapa wish list nak dibuat tahun ni...

1. LULUS exam KAP untuk kerja saya sekarang, dengan kata lain, dapat confirm jawatan..

2. Cuti2 Malaysia ke Sabah, jalan2 bawa embun dan kekwa... serta tok mama... jumpa abang sulung saya di Kudat, abang ipar dan keluarganya saya di KK (abg azhar, abang kedua Nafastari), sahabat saya di KK (angie, izyan, nina.. :) ) dan sahabat saya di islamabad dulu, Ester Lucy dan Erick Pedro and family...

inshaAllah...

heee... takdela gempak mana pun wish list nye.., heeheee.. tapi excited nak pegi sana sbb first time nak bawak Embun dan Kekwa jalan jauh untuk jalan-jalan... kalau lepas jalan Sabah ni mereka cool dan tak banyak ragam, ummi boleh bawak pegi oversea plak.. cewah.. tapi ummi kena simpan duit dulu lah! ;p

yup.. plan saya sekarang,

mahu confirm jawatan sekarang, supaya senang masa depan anak-anak... inshaAllah..

mahu jalan-jalan lihat dunia, menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan..'

mahu tukar cawangan yang lebih dekat dengan keluarga saya.. huhu... entah smp bila saya harus duduk di kluang ni eh.... ??.. HQ, sumber manusia, bantulah saya.... sob sob....


(er,, kalau budak ofis baca ni diam2 je la eh.. malu i...)






Tuesday, April 23, 2013

Baik-baik sayang (samb..)

Kadang ada hari saya akan rasa terlalu rindukan dia...
rasa rindu yang entah bagaimana saya harus katakan, ceritakan, luahkan..
sungguh, perasaan itu menyekat di kerongkong saya... sebak, hiba dan rindu!

terlalu lama rasanya tidak berbual dengannya...
sudah lama tidak mengadu cerita pada dia,
sudah lama tidak berkongsi pendapat dengannya...
dan selalunya diri ini hanya bermonolog,

seperti aku berkata pada dia,

"ahmad, i miss u so much.."

"ahmad, anak kita dah besarlah..."

"ahmad, adik dah bijak macam kakak dia"

"ahmad, kak nadaa dah empat tahun!!, kamu pasti gembira melihat perkembangan dia sekarang.."

"ahmad, i dah independent macam u mahukan selama ni.. u mahu i berdikari, u tak nak i manja sgt... i dah buat semuanya sendiri sekarang, kan seronok u dapat lihat semua ni..."

"ahmad, i masih sayangkan u.. sampai bila pun i harap i tetap terus sayangkan u..."


dan...

kadang saya juga terfikir...

bagaimana agaknya kehidupan dia di alam barzakh itu?

Allahu Allah... moga baik-baik saja kamu di sana sayang...

tidak putus doa saya buat kamu, supaya Allah mengampuni dosa2mu, semoga ruh kamu bersama orang2 yang beriman....

dan saya di sini? masih belum tentu ke mana arah saya nanti, di mana perjuangan saya kini?
bila berakhirnya hidup saya di sini?

Allah knows best,

I put trust in Allah, for Allah knows best for me and all His Creation...

i do remember ur words Nafastari,

"Sabar itu cantik, mawar" <--click cerita="" font="" link="" selanjutnya="" untuk="">



(this picture was taken by him on the year 2009)

- masa tu dia baru balik dr umrah dan belikan saya niqab ni..doakan saya, mana tahu satu hari nnt saya mungkin seperti ini..menjadi seorang muslimah yang tidak mahu dilihat dan melihat oranglain, kerana saya hanya mahu diri ini menjadi milik Ahmad.. inshaAllah, segalanya dengan izin Allah....

Baik-baik sayang




Let's change the lyric... sorry waliband, pinjam lirik dan lagu, i tukar sikit2 je.. bolehkan? ;p

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu (moga selamat di alam barzakh)
Yang aku ingin arti hadir diriku (yang selalu akan doakan kamu)
Kan menghapus dukamu sayang (bahagia melihat taman2 syurga)

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu (untuk doakan kamu)
Hanya satu pintaku disiang dan malammu (adakah siang dan malam itu di alam itu?)
Baik baik sayang karna aku untukmu (kerna Allah selalu jaga kita)

Semua keinginan akan aku lakukan (teruskan perjuangan sbg isteri dan ibu kepada anak2 kita)
Sekuat semampuku sayang ("sabar itu cantik, mawar")
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku



Monday, April 15, 2013

Buat Embun , dari ummi....



Hari ini 15 April 2013, kamu genap Empat tahun di dunia ini... Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang telah memberikan nyawa dan ruh kepada kita untuk terus hidup di bumi ini. Namun, yakinlah embun, yang satu hari kita akan dipanggil untuk pulang ke negeri asal, yang kekal abadi, dimana jika di dunia ini kita telah melakukan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah yang taat, kita akan ke tempat yang indah, syurga, inshaAllah... Dan beringatlah, jika kita lalai, jika kita tidak melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba,akan dihumban ke neraka, nauzubillah....

Embun yang sulung,
Ummi amat berbangga punya anak seperti kamu , yang bijak dan sangat comel. Kamu juga seorang kakak yang penyayang, seorang anak yang berdikari dan pintar. Walau usia kamu baru 4 tahun, tapi kamu sangat tabah, kamu sangat kuat, kamu sangat matang. Ummi sangat bangga dengan kamu sayang... Alhamdulillah... semua ini kurniaan daripadaNya.. jangan kita lupa sayang, segala yang baik itu Allah yang beri, segala yang buruk itu kelemahan diri kita sendiri...

Embun,
Maafkan ummi jika ummi tidak dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya pada kamu sayang, ummi mencuba sebaik mungkin untuk berlaku adil pada kamu dan adik kamu kekwa... ummi tahu kamu masih perlukan belaian dan kasih sayang ummi, namun kadang kala ummi terpaksa memilih untuk melebihkan yang memerlukan.. contohnya, kamu mahu didukung, adik juga mahu didukung, ummi larat, ummi dukung kedua2nya... jika ummi tidak larat, ummi terpaksa menyuruh kamu berjalan...
Bila kamu mahu tidur, ummi tidak dapat tidur disebelah kamu, kerana ummi sedang menyusukan adikmu, tapi ummi ganti dengan menggaru dan membelai kamu sewaktu ummi menyusukan adikmu.. selalunya kamu yang terpaksa mengalah, terima kasih sayang sebab memahami keadaan ummi.. kamu memang anak yang bijak....
Sayangku Embun,
Walau apa pun yang berlaku, selalulah mengharapkan pertolongan Allah, Jadilah anak yang solehah dan berguna buat masyarakat bila besar nanti ye sayang.... jadilah kakak yang baik, anak yang selalu mendoakan kedua ibu bapa dan mendengar kata. Ummi hanya inginkan yang terbaik buat anak-anak ummi.. semoga kita sama2 tabah dan sabar menjadi orang yang istimewa... J

Selamat hari lahir Embun yang ke empat tahun!