Thursday, April 13, 2017

Ceritera Mawar :Busy umi, busy year, Hello 2017.. its already April!

hello readers!!! :)

.lamaaaaaa tak update blog mawar ni...
rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu semua.... rindu nak berceloteh kat laman ni... sorry la sebab lama tak jenguk dan post new entri dalam blogger ni... hati tu selalu ingat nak update blog, tapi selalu jugak tak sempat,,..

tahun 2017...

dah bulan April dah pun... bermakna 4 bulan tak update new story... tentang embun dan kekwa...
:)

okayla, mawar update sikit pasal perkembangan puteri saya yang dua orang tu ye...

Embun,,, dah pun darjah dua... dan Kekwa pula dah darjah satu .

alhamdulillah... sekejap je mereka dah besar, dah bersekolah.... mula menapak untuk satu fasa yg baru... fasa persekolahan....

umi busyyy sebab mereka lah! siapa lagi? selain daripada busy nak jadi stalker #lofattah, umi embun dan kekwa sebenarnya busy menguruskan hal rutin ....maklumla bila anak anak dah mula sekolah, bermakna jadual hidup pun kena ubah la sikit..eh, bukan sikit, sebenarnya berubah hampir 180 darjah terbaliknya kehidupan ni.... hihi...

pagi pagi, siapkan anak anak dan saya akan menghantar mereka ke sekolah...
Embun saya hantar ke sekolah rendah dan Kekwa ke sekolah agama di waktu pagi...
alhamdulillah, impian saya nak bawak kereta dan hantar anak anak ke sekolah dengan sendiri termakbul... syukur, Allah beri jalan untuk saya lakukannya... di entri saya yang lama dahulu, saya pernah mengeluh kesah hanya sebab saya tidak pandai memandu.. masa tu impian saya, saya mahu berdikari dan ingin terus melangkah untuk besarkan anak anak saya yg masih bayi...

syukur, dengan izin Allah jua lah saya sekarang mampu dan berupaya untuk menghantar dan menyekolahkan anak anak saya. Sungguh, saya terharu dan bersyukur sekali.Sesungguhnya saya amat merasai kasih sayang Allah yang Maha Pemurah dan  Maha Penyayang. kerana tanpa izin Nya, tidak mungkin saya mampu berdiri sendiri sehingga hari ini. Semua berbalik kepada pertolongan Nya. Syukur, syukur, syukur... Alhamdulillah.....

Embun dan kekwa berbeza sesi persekolahan, Embun sekolah kebangsaan pagi, Kekwa pula di sebelah petang.  Saya juga menghantar mereka ke sekolah agama integrasi (KAFA) supaya mereka seimbang pelajaran dunia dan akhirat. inshaAllah... Embun sekolah agama di waktu petang manakala Kekwa sekolah di waktu pagi. Mereka cuma transit di taska berdekatan sekolah untuk menukar pakaian dan makan tengah hari. Alhamdulillah, mujur ada perkhidmatan transit sebegini, memudahkan cara dan urusan ibubapa untuk menguruskan anak-anak mereka. lebih lebih lagi bagi yang berkerjaya. Saya antara ibubapa yang memerlukan perkhidmatan sebegini. 

Sebelum saya berpindah ke shah alam dari Kluang, saya selalu memikirkan bagaimana caranya untuk saya menjaga anak saya bila mereka sudah mula bersekolah. Macam-macam bermain di fikiran saya,urusan tempat tinggal, urusan bas, urusan makan dan minum mereka, segala-galanya saya harus fikirkan sendiri. Tetapi mujur masa itu mama saya masih ada, dia bersama-sama saya memikirkan cara bila nanti cucunya mula bersekolah, mama mahu menjaga mereka. Kata mama, mereka sudah besar, mesti tiada apa sangat yang perlu mama jaga, cuma tengok-tengok saja kata mama.

Allah.. kita manusia hanya mampu merancang.. Dia jualah yang Menentukan perjalanan takdir hidup kita. Ditakdirkan mama saya pergi dahulu sebelum mama sempat melihat cucu yatimnya bersekolah.
Saya tiada sesiapa untuk bergantung selain Nya. Sungguh manis pengalaman berharga ini. Saya terima dengan redha dan saya percaya, tentu ada jalannya.

Nah, lihatlah sekarang, Embun dan Kekwa berdikari sedari kecil, mereka membesar di taska, dan bila bersekolah, mereka menguruskan diri mereka sendiri di pusat transit. Subahanallah, indah sungguh perjalanan yang Allah telah ukirkan untuk anak anak yatim ini. Mereka diajar tentang erti berdikari yang sebenar-benarnya. Dari bayi hingga sekarang, mereka di usia tujuh dan lapan tahun, mereka sudah pandai megurus diri. Sifat anak yatim memang luar biasa sekali dan sebab itulah mereka istimewa. Terlalu istimewa!

Syukur, seusai saya habis waktu bekerja, saya sendiri akan menjemput mereka di pusat transit. Kami bertiga akan makan dahulu di kedai, atau jika saya rajin, saya akan masak di rumah (oh, itu jarang sebenarnya! ;p) Sampai di rumah, jam sudah pukul 7 malam, duduk berehat sebentar dan kemudian solat Magrib, Selesai solat Maghrib, Embun dan Kekwa akan bersiap pula untuk mengaji Al-Quran di rumah ustazah yang sebaris dengan rumah kami di Shah alam. Jadual mengaji mereka sampai pukul 9 malam ( selang sehari ). Habis mengaji, mereka akan membuat kerja sekolah dan kemas buku untuk esok harinya.

Sebenarnya, itu lah rutin harian kami... dari hari Isnin sehingga Jumaat. Hari minggu sahajalah waktu untuk anak anak bermain dan uminya sibuk membuat kerja rumah pula. Saya tidak gemar bercerita mengenai kerjaya saya kerana blog saya cuma berkisahkan kehidupan peribadi saya. Jadi sekiranya saya jarang ke udara, bukan kerana saya lupa... tetapi ini lah realitinya, saya masih terus melangkah dan akan terus melangkah bagi meneruskan kehidupan yang sementara ini.

Selama masih dipinjamkan nyawa,

selama masih dipinjamkan kesihatan yang baik,

selama masih diberi usia yang berkat,

mawar akan terus mekar..

dan mengharumkan taman sekeliling...



ceritera mawar, 

bulan April 2017

MawarNafastari


18 Comments:

At April 13, 2017 at 12:28 PM , Blogger NaZiRaH @ Ezyra said...

Saya selalu ikut perkembangan akak kt fb. Tapi sekarang mcm dah jarang pulak akak muncul di new feed saya. Mungkin wall saya penuh dgn pos rakan2 berniaga agaknya. 😅 syukur baca perjalanan hidup akak. Moga segala urusan akak dipermudahkan. Saya ada anak 2 org dah sekarang. Kalau dulu saya ikuti akak sebelum saya ada anak now saya lebih faham apa yg akak lalui terutama apabila membesarkan 2 org anak yg beza setahun sorang seorang diri. Akak mmg insan terpilih. Moga akak terus tabah dan kuat diberi kesihatan yg baik untuk galas tanggungjawab dan amanah Allah ini. Amin....

 
At April 13, 2017 at 4:09 PM , Blogger *Mawar Nafastari* said...

Hehehe..memang lah dh jarang di newsfeed sbb di fb pun akak dah jarang update.. hehe.. btw terima kasih sudi follow..akak pun doakan yg terbaik utk awak sekeluarga.. jadi ibu ,anak,isteri yg terbaik tau ! :-)

 
At April 13, 2017 at 6:21 PM , Blogger yanaam iharunz said...

Garapan penulisan yang semakin baik. Tahniah.

 
At April 13, 2017 at 9:25 PM , Blogger aziekz said...

Alhamdulilah..mereka membesar dgn baik skli..awk ibu yg hebat..pasti arwah jay bangga dgn awk..semoga terus tabah dan kuat.

 
At July 21, 2017 at 10:21 AM , Blogger murny nurany said...

assalam...arap mawar sekeluarga dlm keadaan sehat hendakNya..
sume kesah2 di blog mawar sume sy dah baca..sejak dahulu lg..
nak dijadikan cerita kawan lelaki sy meninggal dunia dan meninggalkan isteri n anak2. sy dan kawan2 kadang buntu bagaimana harus memberi sokongan kpda isterinya sbb masing2 xpernah mengelami seperti dia.
sy hanya boleh menolong memberi link blog mawar kepada isteri tersebut. Alhamdulillah dia dh baca blog mawar. dia mengambil sedikit semangat dari mawar. tq kerana blog dpt menolong org diluar sana...

 
At July 24, 2017 at 5:51 AM , Blogger *Mawar Nafastari* said...

Sy doakan kawan awak diberi ketabahan dan kesabaran sepanjang hayat....

InshaAllah..Allah uji sebab Allah sayang dan mendidik kita menjadi insan yg sabar...

 
At March 20, 2018 at 11:25 PM , Blogger zonaku said...

Salam Mawar, dah almost setahun sejak last blog post. harap kembali ke arena blogging. Ya, kadang2 kehilangan bicara nak menaip.

 
At April 13, 2018 at 10:00 AM , Blogger dell said...

Saya tak sgka mawar tulis setahun yg lepas...kebetulan...jln2...terjumpa.hopefully..u will write again.

 
At April 13, 2018 at 10:00 AM , Blogger dell said...

Saya tak sgka mawar tulis setahun yg lepas...kebetulan...jln2...terjumpa.hopefully..u will write again.

 
At June 1, 2018 at 11:16 AM , Blogger السيد محمود said...


شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

شركة تسليك مجاري بالدمام
شركة تنظيف منازل بالدمام
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة تنظيف منازل بالجبيل
شركة مكافحة حشرات بالجبيل
شركة تنظيف سجاد بالجبيل
شركة تسليك مجاري بالخبر
شركة تنظيف منازل بالخبر
شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر
شركة المثالية للتنظيف بالجبيل

 
At June 1, 2018 at 11:16 AM , Blogger السيد محمود said...


شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالقطيف
شركة مكافحة حشرات بالخبر
شركة تسليك مجاري بالقطيف
شركة تنظيف منازل بالقطيف





 
At June 1, 2018 at 11:16 AM , Blogger السيد محمود said...



خدمات شركة ركن الامثل بالمنطقة الشرقيه 0502644550 وتقديم كافة الخدمات المنزلية

شركة كشف تسربات المياه بالاحساء
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة مكافحة حشرات بالجبيل
شركة تنظيف منازل بالجبيل
شركة تسليك مجارى بالخبر
شركة مكافحة حشرات بالخبر
شركة تسليك مجارى بالدمام
شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة تسليك مجارى بالقطيف
شركة مكافحة حشرات بالقطيف

 
At June 1, 2018 at 11:17 AM , Blogger السيد محمود said...


توفر الشركة لعملاؤها الكرام الكثير من خيارات و برامج عمليات تنظيف المنازل
شركة تنظيف منازل بالجبيل
وخبرتنا العملية و استطلاعنا الدائم لسوق خدمات تنظيف الشقق يؤكد لكم عملاؤنا الكرام انكم حتما ستجدون ما يناسب
احتياجاتكم ضمن شرائحنا المختلفة والمتعددة المصممة خصيصا لتلبى مختلف احتياجاتكم فى اعمال تنظيف المنازل بالجبيل
تنظيف المنازل بالقطيف انتشر بكثرة بين الناس لضمان الحصول على افضل اسعار تنظيف الشقق ذلك لأن شركات التنظيف لديها من
العمالة ما يكفي لأنجاز المهام فى اقل مدة زمنية، ايضاَ كل شركة تنظيف من المفروض ان يتوفر بها ماكينات تنظيف مخصصة فى
تنظيف الفلل و تنظيف القصور ونظافة المنازل وكل ماكينة تنظيف تقوم بمهام معينة يصعب على ربة المنزل القيام بها بمفردها
مثل تنظيف القماش و لهذا يفضل إسناد المهمة إلي افضل شركة تنظيف منازل بالقطيف شركة تاج الافضل دائما 0551844053
شركة تنظيف بالجبيل
شركة تنظيف سجاد بالجبيل
شركة تنظيف شقق بالجبيل
شركة تنظيف فلل بالجبيل


شركة تنظيف مجالس بالجبيل
شركة تنظيف منازل بالقطيف
شركة تنظيف مجالس بالقطيف
شركة تنظيف سجاد بالقطيف
شركة تنظيف شقق بالقطيف

 
At June 1, 2018 at 11:17 AM , Blogger السيد محمود said...



شركة تسليك مجارى بالدمام
شركة تسليك مجارى بالخبر
شركة تسليك مجارى بالقطيف
شركة تسليك مجارى بالجبيل
شركة تسليك مجارى بالاحساء

شركة تسليك مجارى بصفوى وسيهات وراس تنورة
شركة تسليك مجارى بالرياض
شركة تنظيف وشفط بيارات بالدمام والخبر
شركة تنظيف مساجد بالدمام والخبر

 
At June 7, 2018 at 6:25 AM , Blogger *Mawar Nafastari* said...

Hehe.. kan..saya pun tak sedar masa berlalu...dah setahun blog ni sunyi...huhu

 
At June 7, 2018 at 6:26 AM , Blogger *Mawar Nafastari* said...

Betul..kdg hilang kata bicara..sibuk mengejar rutin harian yg semakin padat.tapi tetap masih teringat juga pada blog ni.. teman meluah rasa

 
At June 13, 2018 at 6:30 AM , Blogger شركة المثالية said...


شركة تنظيف بالقطيف
شركة تنظيف منازل بالقطيف

شركة تنظيف مسابح بالقطيف
شركة صيانة مسابح بالقطيف

 
At September 6, 2018 at 3:06 AM , Blogger Che Rosnani Mat Hussin said...

mawar, lama tak de berita.....

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home