Thursday, February 26, 2009

Tiga

yep, ada tiga perkara yang boleh buat aku phobia, stress dan kurang keyakinan diri..
hehe.. i'm so typical women yang takut

  1. gemok
  2. hitam

  3. jerawat

haha.. wpun aku cukup takut dgn 3 benda ni.. tp aku dah hadapi ketiga-tiganya.. huhu.. apa boleh buat..





gambar di sebelah kiri - waktu 5 bulan pregnant.. heh, da tembam! dlm 60kg kot..









Dan gambar di sebelah kanan ni waktu zaman bertunang. berat dalam 48 kg camtula.. heh





Em, pasal hitam plak.. waktu duk kat negeri pantai timur ni aku dah makin gelap skit.. bila balik shah alam mesti org tegur,"nape ko makin gelap?" aiyoo.. sentitip tau!.. hehe

JERAWAT? musuh utama masa sekolah rendah dan menengah dulu.. aku start ada jerawat masa darjah 5.. which mean masa usia 11tahun.. huhu.. sampaila aku tingkatan 4.. jenuh nak ilangkan parut2 jerawat yg serupa batu tu.. hehe.. dan selalu bila hari raya, kena marah dengan makcik n pakcik kat kampung sebab muka merah2 berjerawat. uik, salah aku plak jerawat tu nak tumbuh, mana la aku leh halang2 dia dari tumbuh kan? ;p

em, pastu masa tingkatan 4 aku dapat formula sendiri nak ilangkan jerawat.. sebab aku dah TENSION dgn muka yg lebam2 jer plus org duk mengata jek pasal jerawat aku.. bosan.. heh..
then, ni la formulanya..
  • bedak sejuk
  • daun pegaga
  • air limau nipis

gaul semua bahan, jangan campur air langsung.. guna air perahan limau nipis aje.. then, daun pegaga tu kena tumbuk2 bagi lumat skit, mula2 pakai 9 helai, then 7, then 5, then 3, pastu selawat masa letak kat muka.. pastu pakai la 9 helai balik.. rotate smp la puas hati jerawat akan jdik kering.. pastu muka menggelupas skit.. tapi sbnrnye elok untuk tukar kulit..

untuk menghaluskan lagi kulit yg da kering lepas guna bedak sejuk+daun pegaga+limau nipis tu, guna plak lendir daun lidah buaya. Lendir tu letak kat muka, basuh lepas 15 minit guna air suam.. Alhamdulillah mujarab... tapinya kena konsisten la... aku dulu buat treatment tu smp berbulan2 juga..

smpkan abang aku penah cakap..

"asal muka ko macam askar je? asyik tepek daun kat muka je".. hehe....

tapi skang ni.. dia leh tanya lak "eh, dulu ko byk jerawat kan? macam mana leh ilang?.. heh

Sekian.. :)

Monday, February 16, 2009

Muak

Aku sudah muak dengan hiburan di tv...

  1. terlalu banyak cerita sinentron indonesia
  2. rancangan hiburan seperti nyanyian terlalu banyak..
  3. rancangan berita yang berat sebelah

ada benarnya, jika kita hendak melakukan apa2, perlulah berSEDERHANA sahaja. jika berlebihan orang akan MUAK!..

Sunday, February 15, 2009

I've been tagged by Firjah

[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this]

  1. Umur saya akan mencecah 24tahun bulan ogos nanti..
  2. I can't wait to see my baby.. hehe.. another 10weeks to go.. inshaAllah
  3. Memakai cermin mata sejak berusia 12tahun.
  4. Saya akan mula aktif mencari kerja selepas habis pantang.
  5. Dan saya juga harus continue my driving class sampai LULUS. (after habis pantang juga)
  6. Saya amat gemar makan ketam.
  7. Saya suka mengemas dan menghias rumah tapi bab memasak kurang skit.. hehe..tapi kalau nak bagi suami makan tu bole la...
  8. Berharap satu hari nanti dapat pergi camping kat hutan bersama anak dan suami.
  9. Teringin nak backpacking bersama suami dan baby.. (kalau suami nak bawak la... ;p)
  10. Sangat geli dengan ulat dan ular.
  11. Sukakan warna hijau, cyan, baby blue dan putih.
  12. Ingin mencuba bermain squash kalau ada kesempatan
  13. Suka minum nescafe panas. Kalau travel nescafe 3in1 yg mild mesti ada dalam beg.
  14. Bercita-cita ingin mengambil exam professional bila dah keje 3tahun.
  15. Favourite tv show - Oprah show, Tomtom bak!, Mari Bertaranum
  16. Em.. dah tak tahu nak tulis apa lagi ekk......

Friday, February 6, 2009

Tidakku sangka....

Baju ni antara baju tido favourite aku. Aku dah lupa bila dan di mana aku membeli baju tido ini. Seingat aku, mungkin baju tido ni dah lebih 6 tahun aku memakainya. Dan semalam, buat pertama kali aku membelek label yang ada di belakang baju dan sungguh aku tak sangka, baju yang ku suka selama ini buatan Israel!!!! Oh tidak!!!

labelnya seperti gambar di bawah ni:










Sungguh aku tak sangka barangan Israel dijual di Malaysia, dan aku telah membelinya tanpa aku sedar. Huhu.. Rasa bersalahnya membeli barangan yang nyata2 di labelnya tertulis 'made in ISRAEL'.. Wohooo... ampunkan daku.. aku tak tahu..

Moral of the story : Sebelum membeli apa2 barangan, baca label dan buatan mana ye..

Wednesday, February 4, 2009

Ijab n Qabul

Cakap pasal ijab dan qabul ni.. dalam tak sedar, masa berlalu begitu pantas. kita membesar dan dalam tak sedar sudah pun di alam perkahwinan.. lagi 80hari aku akan bergelar ibu. :)

entry kali ni, aku nak listkan kawan2 lama yang dah pun berkahwin.
  1. azlinda rozhan - smk seksyen 11
  2. noraini mohd ramli - smk seksyen 11
  3. nurul hasanah - smk seksyen 11
  4. iva fariza - sk seafield
  5. suzanna - smk seksyen 11
  6. noraida - smk seksyen 11
  7. nur suraya abd rashid - sk seafield, smk seksyen11
  8. nurul huda nazly - sk seafield
  9. nur azura mohd puzi - smk seksyen 11
  10. jihan - uia
  11. hani - uia
  12. roxzana - uia
  13. mazni - uia

em yang bakal berkahwin dlm masa terdekat ni pula,

  1. azma zulkharnain (uia)- 26 mac ni kalau tak silap
  2. suraya sulaiman (uia) - bulan mei tahun ni
  3. fad'z (smk seksyen 11) - bulan feb ni

apa pun, tahniah kepada kawan2 aku yg bakal diijabqabulkan nanti, dan semoga berbahagia dan kekal dunia akhirat buat rakan2 yang sudah pun berumahtangga. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua.. amin~

Selamat Hari Raya 2023