Showing posts with label hobby. Show all posts
Showing posts with label hobby. Show all posts

Friday, April 9, 2010

Pinggan mangkuk Si Dia

Di sini pinggan mangkuk amat murah jika hendak dibandingkan dengan harga di Malaysia. Kami tidak melepaskan peluang keemasan ini memborong sedikit barangan pinggan mangkuk di sini.

Si Dia ( Encik Suami lah! ;p) amat gemar membeli pinggan mangkuk walaupun sebenarnya kami sudah punyai dua set pinggan mangkuk yang aku kira sudah cantik dan agak mahal. Satu set itu hadiah daripada auntie aku ( mokteh dan anjang) dan satu set lagi kami beli di sini. Kadangkala aku bergaduh mulut dengannya kerana dia mahu membeli pinggan lagi. ;p

Oh, memangla dia yang bayar, kenapa aku marah plak kan? hehe... sebabnya.. nanti aku bagitau ek.. scroll down lagi entri ini untuk tahu lebih lanjut. :D



ini teko porcelain favourite saya dan Si Dia, simple and practical!

koleksi pinggan tembikar yang mengembalikan nostalgia Si Dia semasa kecil, kami beli di Rawalpindi

buat letak ikan goreng dan makan budu ja.. ;p

ini adalah koleksi baru kami :)

close up sikit...

mangkuk ini pula kata Si Dia, untuk makan meggi sedap ni..
em, ikut suka dia la kan.. :)

ini mangkuk khas utk makan meggi Si Dia


dan...





*







*







*







*







*







*

last skali ni adalah pinggan yang selalu digunakan oleh Si Dia....

Pinggan plastik je!!!... beli banyak2 pun pinggan plastik zaman bujang ini jugaklah yang dia guna...sabar je la... aku keluarkan pinggan cantik bila hidang lauk, tetiba, dia kata

"mana pinggan plastik i??, i nak makan dalam pinggan tu.."



:)

Saturday, February 27, 2010

Momma bloggers!


Skang ni dunia IT, kebanyakkan orang dah celik IT, pakcik makcik kite pun banyak dah ada facebook sendiri, even papa aku pun ada facebook! hehe..

Bukan setakat FB, malah blog pun Papa aku ada. :) cayalah pa!

Dan semestinya kebanyakkan ibu2 muda sekarang ada blog sendiri, menceritakan pengalaman mereka mengandung, bersalin dan kisah anak2 mereka membesar. Macam Mawar dan Nafastari jugaklah! ;p

Tapi kami siap buat blog special untuk cik Embun sayang..

Kali ni aku nak kongsi skit satu laman web yang aku slalu jugakla jenguk2 dan entri2 kat situ bermanfaat bagi ibu2 yang 1st timer dan jugak bakal2 ibu.. :)

sila2lah masuk website ini.. --> http://mombloggersplanet.com/
dan ini ---> http://adrinis.com

Aku sangatlah teruja bila membaca entri ini

memang sangatlah menarik minat aku untuk membuat posting pasal breastfeeding.. tapi nantilah aku post ek.. hehe...


"majulah siber untuk negara" ;p

Friday, January 22, 2010

Gara-gara aerobik

Disebabkan aku rasa aku ni asyik duduk saja je, duk main internet memanjang, jadinya aku rasa aku perlukan sesuatu yang baru..

Bila aku ternampak CD aerobik di kedai, aku terus membelinya tanpa berfikir 2 kali. hehee... ada la juga aktiviti baru.. dan kononnya hasrat nak kurus plus nak exercise la kan setiap pagi...

Jadinya, di suatu pagi tu aku bersemangat bangun awal dan pasang CD aerobik tu.. sedang aku asyik buat aerobik, tiba2 si Embun gelak.. suka benar dia.. huhu.. terasa mcm anak aku gelakkan aku jek.. hehe.. yg penting semangat aerobik aku makin berkobar bila si kecik ni kasi support kat ummi dia.. hee.. thank you sayangku Embun.. nanti awak dah besar, kita aerobik sama2 ye!

Keesokkan harinya kaki aku lenguh2 dan sakit.. isk, ni semua gara2 buat aerobik! hahaa.. maklumla dah lama tak exercise... macam ni la jadinya.. huhu...

"amalkan cara hidup sihat"

Saturday, August 15, 2009

Flora & Fauna

Aku sekarang sudah ada hobi baru! yeay.. Aku sudah jadi pencinta alam flora dan fauna di dunia maya.. haha.. Mula2 kawan kami recommend kami berkebun, aku malas nak join, tapi laki aku ada keinginan nak mencuba untuk berkebun. Bila dah mula nampak hasil, semakin ketagih laki aku berkebun. Aku pun jeles jugaklah dia boleh berkebun, dan aku pun tak nak ketinggalan, aku pun join berkebun jugaklah.. Ni dia kebun aku;




Tiba, aku rasa lebih faedah jika berkebun real! hehe.. Makanya, inilah dia hasil kebun kecil aku.


Pokok Daun Bawang, hadiah dari Madame Hayati.. Thanks! memang berjasa daun bawang ni.. rajinla aku buat sup selalu.. hehe

Ni pokok daun sup... tak nampak hasil nya pun lagi.. mungkin dalam 0.009 grow kot? haha

Pokok cili api.. Nampak sikit hasilnya, 14% grow! hehe.. di Pakistan takde cili api.. jadinya kena amik inisiatif untuk tanam sendiri la.. benih kami bawa dari Malaysia. yehaa.. senangla en amad nak makan budu dia, dan aku buat sambal belacan kegemaranku! :)

Ni plak pokok sayur bayam merah.. Bayam ni favourite en amad la. tiap ari mesti dia nak bayam, ikan goreng plus budu! Kan senang kalau ada sayur bayam blakang umah je.. bila2 nak makan, amik je.. hah, dah 21% grow.. nampak tu! heheee
Penutup- Wassalam.. ;p
==' Cintailah alam sekitar '==



Selamat Hari Raya 2023