Wednesday, October 31, 2012

Dear diary

setahun sepuluh bulan yg lepas... sy kehilangan tempat bergantung... insan yg amat sy cintai.. insan yg mengajar sy erti sebuah kasih sayang.. erti persahabatan.. erti kemanusiaan... erti toleransi... erti kesabaran.....

Sy kehilangan dia.. tp smgt dia.. bimbingan dia spjg kami sebagai suami isteri tetap hidup dalam diri saya sehingga kini.... sy hidup dgn kenangan dia yg membahagiakan saya selamanya... sy hidup dgn kasih sayang yg ditinggalkan utk sy ... embun dan kekwa lah buktinya..... dan sy juga tidak lupa bhw sy hidup ini kerana ini pinjaman Allah....

Saya cuba bangkit... cuba berdiri sendiri... saya belajar untuk tidak bergantung pada orang tapi hanya pada Allah.. hanya Dia sebaik2 penolong dan tempat bergantung... saya serahkan hidup sy secara total pada Dia menentukan perjalanan hidup saya.... saya cuma mengorak langkahh... membina impian dan cara utk sy terus berjalan dan hidup selagi Dia masih pinjamkan nyawa utk sy.....

Semua kehendak Dia... sesekali Dia menguji keimanan dgn datangnya pelbagai bentuk ujian... kemewahan... kelapangan... telah Dia kurniakan buat saya... syukur alhamdulillah... namun mgkin tidak cukup hebat ujian itu kerna hasilnya cuma sy bersyukur.. syukur tanpa airmata..... Dia memberi ujian berupa kepayahan pula... dan kali ini.... barulah terasa kerdil diri ini... terasa begitu lemah... dan mula diri ini mengharapkan pertolonganNya supaya hati tetap teguh dan bersabar sepnjg usia.... mula air mata ikhlas jatuh melahirkan rasa hina dan lemahnya diri ini dengan dugaan yg diberi dlm btuk kesusahan...

Setiap kesulitan ada kemudahan.... ayatNya dalam Quran berulang kali dibacakan... tp diri ini selalu lupa.... bila ditimpa kesulitan.. baru ayatNya dibaca2 berulang kali untuk menenangkan jiwa....

Maafkan diri ini Tuhan....
Moga dengan kepayahan ku lalui ini Kau tetapkan imanku... mantapkan pemikiran dan akalku... sihatkan fizikalku... supaya aku dapat terus hidup dgn jiwa yg tenang......

Monday, October 29, 2012

empathy

kadang kita berkata2 tnpa meletakkan diri kita pada situasi dan keadaan sesorang itu... mudahnya kita berkata dan memberi pendapat tanpa mengira situasi yg dihadapi oleh shbt kita... mudahnya hati seorang kawan terhiris dgn sikap shbt yg 'lupa' meletakkan diri dlm situasi shbtnya itu...lumrah manusia yg sikapnya sering lupa... shbt yg terhiris hatinya esok akan lupa hatinya pernah disakiti... kerana sifat lupa seorang manusia... kita mampu memaafkan.......

Entah sejak dua menjak ni hati saya rasa lelah... sesak... dgn keadaan yg terjadi... buat sy lebih sensitif... maafkan saya kawan... sy terhiris dgn sifatmu yg tidak empathy.... mgkin ada benarnya org berkata... yg sudah berkahwin seharusnya rapat dgn yg sudah berkahwin agar mereka lebih memahami masalahmu.....bukan bermakna tidak boleh rapat dgn si anak dara... tp bila meluahkan masalah keluarga... seharusnya sy luahkan pada yg telah bekeluarga.... supaya sifat 'empathy' itu dapat diletakkan dlm dirinya....

Lama memendam rasa...kelopak mawar cuma gugur sekali sekala utk buang kelopak yg buruk. Semoga kelopak yg baru akan tumbuh dan membuatkan mawar cantik dan segar kembali.....

Wednesday, October 17, 2012

Dreams come true

Ahmad... ur dreams come true dear... u gonna have ur own book! Written by wan ahmad fadzil... I'm so proud of you dear.....

Semoga ilmu di dalam buku itu menjadi bekalan buatmu di alam sana.. inshaAllah.....

Allah is Great... He makes ur dream comes true even u r  no longer in this world.... kun fa ya kun.. indeed! His words is the truth! Anehnya kita manusia selalu lupa dan leka dgn kenikmatan yang diberinya kan! Syukur ya Allah yg telah perkenankan doamu..... 

InshaAllah.. penerbitan dalam percetakkan.. bila dh publish... nafastari's blog will be updated! :)

Amin!

Saturday, October 13, 2012

Kekwa saya

Kekwa yg wangi.... tetap selamanya mnjadi anak bongsu saya yg manja dan bijak.. dan mudahan jd anak yg solehah bila dah besar nnt......

Kekwa,
Kamu hmipr berusia 2tahun... wpun kekwa tak pernah bermain dgn ayah, tp kekwa kenal siapa ayahnya.. tiap hari ummi akan suruh mereka cium gmbr ayhnya dan sebut' ayah!'... tiap hr juga ummi ajar anak2 ummi bc fatihah utk ayahnya....

Kekwa belum pndai bercakap seperti budak biasa... dia hnya menyebut pktaan sukukata pertama je... kalau ayah bunyinya ' a' kalau kakak nya' da' .... tok mama dia, 'ma'.... tok papa 'pa'..... alang 'a!..' hihihi... tp ummi blum penah lagi dgr dia sebut... dgr. 'Iiii' jek... hihi

Kekwa tgh tido ni ummi snap gmbr dia tido jap... ;)

Tuesday, October 2, 2012

Mencari hikmah disebalik musibah

Kadang puas kita menangis, merintih dan mengenang segalanya yang berlaku..
Amat pahit untuk ditelan, diterima dan dilalui..
 
Namun MASA lah ubat segala duka dan keperitan yang dilalui oleh kita…
 
Kelmarin mama kemalangan…
Hampir gugur nyawa saya mendengar seseorang berkata, "mak awak kena langgar"
Saya terus berlari dan mencari mama,
Dan, akhirnya saya mendengar suara mama membebel2.. "mati aku, mati aku, ya Allah… orang tu tak nampak mama ke?"…
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah kerana masih pinjamkan mama buatku… sungguh hati ini sangat tak keruan bila mendengar ayat "kena langgar" itu..
Saya bawa mama ke hospital berdekatan dan mujur mama tiada apa yang patah, mujur dia selamat, Cuma kasihan sungguh melihat luka di tangan dan kakinya itu.
Tangan mama bengkak , begitu juga bahagian kaki dan perutnya..
 
Kereta Pajero lah sebab mama kena langgar..
Pemandu itu mahu 'reverse' katanya.. reverse kali pertama, mama terjatuh,
Dan kali kedua dia reverse lagi, terkena bahagian lengan mama.
Sungguh pedih melihat kesan luka yang dihempap tayar pajero itu..
Kalian lihatlah sendiri gambar itu…
 
Ini Cuma peringatan kecil buat diriku..
Mama lah kekuatan saya, saya doakan mama terus panjang umur, sama2 dengan saya untuk besarkan puteri2 saya..
Apa akan jadi kalau mama takde?
Kuatkah saya ? mama seperti tongkat saya, dialah yang memapah saya untuk terus bangun sebagai ibu tunggal..
Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui yang terbaik buat hambaNya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Selamat Hari Raya 2023