Tahun 2011 sudah berlalu.. namun aku masih hidup dengan kenangan Tahun 2010!
Hari terakhir dalam tahun 2010 masih segar dalam ingatan aku..
Nafastari menulis sesuatu di blog kesayangannya...
Tentang Hari terakhir dalam tahun 2010
Dia menulis tentang dua orang sahabatnya yang telah meninggal dunia di bulan December 2010
Aku menjadi sebak membacanya... seperti dia sebak melihat anak2 rakannya yang masih kecil yang kematian ayahnya di tempat asing.. aku menyaksikan riak wajahnya yang sedih dan penuh simpati pada rakannya itu. Aku melihat sendiri betapa sedihnya dia pagi itu apabila menerima message daripada isteri rakannya tentang kematian suaminya. Khabar itu memang mengejutkan kami kerana kami baru sahaja pulang bercuti dengannya, dan tidak sampai seminggu kami dengar dia telah pun meninggal dunia.
Sebenarnya, perancangan Allah itu Maha Hebat... bila diperhalusi satu persatu.. ianya sebagai tanda peringatan buat diriku dan dia... Sahabatnya yang meninggalkan dua orang anak yang baru berusia 4 tahun dan 7 tahun itu sebenarnya sama saja dengan diri aku kini... Aku juga ditinggalkan bersama dua orang puteri.. cuma bezanya anak-anak aku masih bayi... Sewaktu dia pergi.. Kekwa berusia 2 bulan lebih.. dan Embun, 1 tahun 10 bulan...Aku akan pegang nasihatnya kepada rakannya,
Saya sebak melihat reaksi dua anak perempuannya kecilnya (4 dan 7 tahun) yang belum cukup mengerti tentang peristiwa sedih itu, walaupun saya percaya balu arwah akan mengumpulkan kembali segala semangat dan kekuatannya untuk meneruskan hidup bersama-sama dua anaknya di bumi Islamabad ini.
Aku juga akan kumpulkan semangat dan kekuatan untuk meneruskan hidup...
Pemergian sahabatnya yang seorang lagi pun mengejutkan kami... dan aku kira, pemergian itu satu peringatan buat diriku..
'ajal, maut datang bila-bila masa sahaja.... tidak kira masa, tempat dan hari... Allah telah tetapkan masa buat kita semua... samada dalam keadaan sedia atau tidak, kita pasti akan pergi... dan segala penyakit, kejadian adalah hanya sebagai penyebab kematian...Mati itu pasti'
Kejadian yang menimpa kami 10 bulan yang lalu adalah cuma sebagai satu sebab untuk dia pergi meninggalkan dunia ini.. Jika difikirkan dengan logik akal manusia, dari manakah datangnya seekor kuda dengan tiba-tiba di atas jalan raya di waktu malam?? kuda itu datang merempuh kereta kami sedangkan di waktu kejadian ada 3 lagi kereta yang terlibat semasa kejadian...dan kami anak-beranak terselamat tanpa luka apa-apa pun..
Aku tidak akan tanya mengapa atau kenapa itu berlaku, kerana Allah telah menunjukkan peringatan buat diriku... setiap kematian itu pasti berlaku, segala kejadian itu hanya penyebab...
Selagi kita masih bernafas di bumi ini, selagi itu kita harus sentiasa ingat Tuhan kita..
Demi masa..
Yang dulu menjadi lama,
Yang kini menjadi baru,
Yang hidup akan mati,
Yang Kekal cuma Tuhan.
Selamat Tahun Baru!
Semoga hari-hari kita yang akan datang akan lebih gembira dan penuh berkat dariNya.