Tertulislah kisah tentang bunga mawar, di tengah belukar yang penuh dengan duri...
Tuesday, June 21, 2011
Mimpi
Tapi mimpi semalam sedikit sedih, atau mungkin aku boleh kata, ianya betul2 membawa diri aku menjadi sangat sedih...
Aku mimpi dia merajuk dengan aku..
Dia tak mahu cakap telefon pun dengan aku..
Aku rasa sakit bila dia tak mahu bercakap dengan aku..
Bila aku tanya, Kenapa?
Dia kata, "kenapa Nur duduk dengan parents Nur? kenapa tak duduk dengan saya, saya kan suami Nur?"
Hati saya memang nak sangat duduk dengan dia..
tapi kenapa ntah dalam mimpi tu aku duduk dengan parents aku..
Lepas tu aku ajak papa aku hantar ke tempat dia..
Dan kami baik seperti biasa..
Mimpi cuma mainan tidur, aku tahu..
Tapi bagi orang yang macam aku, mimpi cukup bermakna, kerana dia hadir dalam aku..
Bila dalam mimpi pun aku boleh merasa 'sakit' bila mana tidak dengar suaranya..
Inikan pula dunia realiti.. aku tidak lagi boleh mendengar suaranya..
Allahu Akhbar, berilah aku kesabaran yang berpanjangan...
Friday, June 17, 2011
Pengaruh dia sangat kuat pada saya
Mama: Hai, lipat baju pun dah terikut cara orang tu..
Aku : Hm... nak buat macam mana, dah terbiasa.....
DUA
Akak: Nur, ni sosej bila, napa tak habis makan?
Aku: hm, hari ni punya, boleh makan lagi..
Akak: habis nape tak makan?
Aku: sebab daging, aku tak makan sgt daging.. tak leh masuk dah..
Akak: aik, sejak bila? bukan ke ko dulu suka danging??
Aku: entah, mungkin dah terpengaruh dengan ahmad kot..
TIGA
Mama: adik, tak payah potong ekor ikan tu, biar je...
Aku: oh, tak payah ek...
hmmm....... hairan kan .. 23 tahun hidup dengan family sendiri, tapi hanya 3 tahun duduk dengan encik suami, aku boleh terbiasa melakukan apa yang encik suami aku ajar...
SATU
lipatan baju dia harusla sama, dan tidak menampakkan kolar baju ke luar..kolar baju dilipat ke dalam..
DUA
dia tak berapa gemar daging, bknlah bermakna dia tak mkn daging langsung...
TIGA
cara menyiang ikan haruslah memotong ekor dan kulit keras harus di buang..eg ikan cencaru
ye, saya amat dipengaruhinya...
Thursday, June 16, 2011
Botol kaca tutup hijau
aku pun cubit skit, tp masih bau macam belacan...
tak puas hati, terus bawak botol tu ke mama...suruh mama bau betul2...
memang sah! belacan!!
hmm... patutla selama ni makan tak rasa masam sgt asam pedas mama.. rupanya dia ingatkan belacan tu asam jawa! rupa bentuk belacan tu bulat2 bungkus dlm plastik, sebijik mcm belacan.. isk isk isk.. kesian mama..
Thursday, June 9, 2011
Mati itu dekat, Hidup itu InshaAllah
Wednesday, June 8, 2011
Jogging sekitar Sector E7, Islamabad

Monday, May 30, 2011
Oh Capri
Untuk Embun dan Kekwa
Lagu ini ummi dan ayah selalu menyanyikan ketika kamu berdua belum lahir lagi.. lagu ini boleh membuatkan kami berdua menjerit bersama2.. haha... terasa indah bila teringatkan saat2 itu anak-anakku..
Sewaktu itu, ummi masih lagi menuntut di universiti, dan ayah kamu bekerja di Kuala Terengganu. Selama hampir setahun kami tinggal berjauhan. Hujung minggu kadang2 ummi akan ke Kuala Terengganu dan kadangkala ayah pula akan ke Shah Alam. Mulanya ummi risau jika mengandung awal sebelum habis belajar. Kebetulan lagu ini sentiasa bermain2 di kereta ayah..Bila lagu ini kedengaran, kami akan sama2 menjerit, "oh tak mungkin! baby's inside??" dan kami sama2 ketawa... :)
Sudahnya ummi mengandungkan Embun di akhir semester pengajian ummi. Lagu ini masih menjadi kegemaran ummi dan ayah. Dan kami akan sama2 menyanyikan lagu ini sewaktu di dalam perjalanan pulang ke kg nenek dan tokki.
Dan Kekwa...
tahukah kamu, beberapa bulan sebelum kamu dilahirkan, ayah kamu mendengar semula lagu ini. Kamu boleh baca di entri ayah -Lagu dan Kisah
Tuesday, May 10, 2011
Mata berkaca kaca
Tuesday, April 26, 2011
Islamabad in memory

Wednesday, December 1, 2010
Tentang Dia - Part 2
Monday, November 15, 2010
Counting days..
Sunday, November 7, 2010
Sebulan lebih je lagi
Thursday, September 16, 2010
eid mubarak
Tahun ni adalah tahun kedua aku sekeluarga beraya di Islambad Pakistan.. Rasanya tahun lepas aku tak bercerita bagaimana perayaan hari raya eidulfitri disambut di sini.. Sotahun ni aku nak citer skitlah..
Pagi2 raya sebelum pergi solat sunat eidulfitri, aku bersarapan dulu, sediakan juadah raya yg simple2 je.. Untuk makan dua setengah org.. Mek embun tu kira setengah lah portion dia.. Hihi.. Raya kali ni aku masak rendang, nasi impit, kuah kacang dan lontong.. 1st time buat lontong.. Sedapnye! Ceceh.. Puji diri sndri plak.. Tak malunye! ;p tp bila kat negeri orh ni.. Kite masak apa pun rasa sedap je tekak ni..
Dah habis makan2, bergambar sefamily plak kat umah.. Pastu br lah bergerak ke Rumah Malaysia, iaitu kediaman ambasador Malaysia di Pakistan.. Semua Malaysian akan berkumpul dan solat sunat raya di sana.. Di imam oleh student madrasah kat Pakistan ni.. Kebanyakan student blaja kat Karachi.. Depa cuti , duduk lah kat sesetengah rumah org malaysia kita kat sini..
Selepas solat kami bergambar pula ramai2.. Mintak maaf semua, rasa mcm anak2 balik umah mak ayah, kumpul ramai2 keluarga dalam satu rumah.. Meriah sgt! Terubat la rindu beraya kat kg sndri.. Lepas tu aktivitu makan!! Byk giler juadah disediakan.. Aku bawak potluck kuih raya dua jenis dan serunding jek! Kikiki.. Tu je la yg aku mampu buat. ;p serunding tu beli jek! Kuih raya plak, jen jen jeng!! Homemade ok! :) aku buat kuih mazola dan choc chip cookies.. Kata org2 yg makan tu, rupa tak menarik, rentung! Hahahaha.. Tapi rasanya menarik! Kuang kuang kuang...
Pastu aktiviti karaoke lah, sementara the ladies duduk kat dapur mengumpat! Hahaha.. Sebenarnya kami ke dapur untuk mengelak daripada kena paksa nyanyi! Kikikiki....
Em mcm mana plak org Pakistan sndri menyambut raya? .. Mereka mcm kita jugak, ada pakai baju baru, cantik2, liplap2 lagi.. Gelang smp ke lengan! Henna or mehdi sesuatu yg wajib bagi kaum wanita bila perayaan.. Tapi bezanya mereka takde budaya kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara or rakan2.. Angpau raya pun takde apatah lagi rendang raya! Hihi.. Yang ada cuma manisan mereka dan mereka akan balik kg berkumpul sanak saudara dalam sebuah rumah sahaja. Lepas tu takde apa dh la.. Duduk2 je mcm hari biasa.. Dan sambutan raya puasa mereka tak semeriah raya korban.. Aku ada bertukar juadah dengan jiran di sini.. Aku bagi mereka rasa rendang, nasi impit dan kuah kacang.. Lontong aku tak bagi plak sbb aku tahu org Pakistanbtak makan santan! Dan mereka membalas juadah kek! :)
Petang raya masing2 pulang ke rumah dan aktiviti membesarkan badan dengan tutup mata dan dengkur! ;p
[Posted with iBlogger from my iPod touch]
Monday, April 26, 2010
Friday, April 9, 2010
Pinggan mangkuk Si Dia
Si Dia ( Encik Suami lah! ;p) amat gemar membeli pinggan mangkuk walaupun sebenarnya kami sudah punyai dua set pinggan mangkuk yang aku kira sudah cantik dan agak mahal. Satu set itu hadiah daripada auntie aku ( mokteh dan anjang) dan satu set lagi kami beli di sini. Kadangkala aku bergaduh mulut dengannya kerana dia mahu membeli pinggan lagi. ;p
Oh, memangla dia yang bayar, kenapa aku marah plak kan? hehe... sebabnya.. nanti aku bagitau ek.. scroll down lagi entri ini untuk tahu lebih lanjut. :D
ini teko porcelain favourite saya dan Si Dia, simple and practical!
koleksi pinggan tembikar yang mengembalikan nostalgia Si Dia semasa kecil, kami beli di Rawalpindi
buat letak ikan goreng dan makan budu ja.. ;p
ini adalah koleksi baru kami :)
mangkuk ini pula kata Si Dia, untuk makan meggi sedap ni..em, ikut suka dia la kan.. :)
ini mangkuk khas utk makan meggi Si Diadan...
*
*
*
*
*
*
last skali ni adalah pinggan yang selalu digunakan oleh Si Dia....
Pinggan plastik je!!!... beli banyak2 pun pinggan plastik zaman bujang ini jugaklah yang dia guna...sabar je la... aku keluarkan pinggan cantik bila hidang lauk, tetiba, dia kata"mana pinggan plastik i??, i nak makan dalam pinggan tu.."
:)
Monday, April 5, 2010
Umrah dan Ziarah - 15/3/10 - 27/3/10
Penerbangan (Pakistan International Airlines) kami dari Islamabad terus ke Jeddah . Kami tidak mengikut mana2 agensi di Pakistan ini, booking tiket sendiri2, (pandai2 je! huhu.. ) Sesampai di Jeddah, kami menaiki teksi untuk ke terminal domestik, kami naik Saudi Airlines menuju ke Madinah. Embun kami bawa bersama walaupun ada sesetengah orang risau membawa anak kecil ke tanah suci. Apa la yang hendak dirisaukan, tempat suci begitu tentunya baik untuk didikan anak2 kecil. Alhamdulillah, Embun juga tidak banyak meragam. Bila solat waktu, aku letak Embun di dalam baby stroller dan solat bersama jemaah yang lain. (Erk, kadang2 meragam jugakla dia.. biasala budak.. ;p

Di Madinah, aku cuma berdoa semoga dikekalkan iman, diteguhkan Islam dalam hati aku dan sentiasa patuh padaNya.. Tidak ada apa lagi yang aku harus minta kerana telah banyak yang Dia kurniakan kepada kami sekeluarga. Kedatangan aku ke sana lebih kepada mengucapkan syukur yang tak terhingga padaNya dan menziarah kota Nabi Muhammad s.a.w. Aku sempat juga berdoa di *raudhah. Pada masa itu ramai sangat orang menunggu giliran untuk masuk ke sana. Disebabkan terlalu ramai orang, aku hanya sempat sujud syukur di Raudhah dan terus keluar bagi mengelakkan kesesakkan. Embun dijaga oleh ayahnya kerana aku risau dia rimas dgn kesesakkan jemaah yang berpusu2 mahu ke raudhah.(Kebanyakkan dari Turkey dan Indonesia).Sebenarnya kami telah berpakat dengan keluarga mertua (ayah, che dan kak leha) untuk menunaikan umrah bersama2. Maka, hari kedua kami di Madinah, kami berjumpa dengan rombongan mereka. Dan dengan senang hati, travel agent mereka membenarkan kami mengikut sekali rombongan itu menziarah sekitar Madinah dan Makkah. Namun, rombongan mereka ke Makkah lebih awal dan kami menyusul dua hari kemudian ke sana.Dari Madinah ke Kota Makkah, kami menaiki bas VIP yang mana sangat selesa dan lebih murah berbanding menaiki teksi. Alhamdulillah, Allah mudahkan segala perjalanan kami di sana.
Semasa dalam perjalanan ke Makkah, aku bermimpi adanya gempa bumi, dan tiada siapa pun terselamat, kami hampir terbenam di dalam tanah, dan mengucapkan "laillahailallah" dan tiba2 aku terjaga dan melihat kami sudah sampai ke kota Makkah. Subahanallah!. Mimpi itu sungguh indah dan sukar untuk ditafsirkan.. Alhamdulillah, kami dapat melakukan umrah dengan selesa walaupun en suami kadangkala terpaksa mendukung Embun( guna baby carrier) dan kadangkala juga dia menolak wheelchair ibunya yang aku panggil "Che". Che terpaksa menaiki kerusi roda kerana dia lumpuh separuh badan dan hanya boleh berjalan tetapi dengan perlahan dan berhati2. Dan sewaktu en suami menolak Che, aku pula la yang bergilir mendukung Embun. Sila baca blog Embun untuk tahu lebih lanjut bagaimana Embun melakukan Umrah. =)

Sebelum berangkat pulang ke Islamabad, kami bermalam semalaman di Jeddah.Seronok dapat melihat kota orang, dan segala puji bagiNya kerana telah memberi kami nikmat melihat sebahagian dari dunia ciptaanNya.. MashaAllah. Semoga kami dapat ke tanah suci lagi bagi menunaikan haji. InshaAllah =)

Little notes to share:
*raudhah - salah satu kawasan dalam Masjid Nabawi iaitu ruang di antara rumah kediaman Siti Aishah dengan mimbar Rasulullah s.a.w
*umrah - berniat ihram, tawaf, Saie(ulangalik dari bukit Safa dan Marwah), tahalul atau bergunting.
Saturday, February 27, 2010
Momma bloggers!

sila2lah masuk website ini.. --> http://mombloggersplanet.com/
dan ini ---> http://adrinis.com
Aku sangatlah teruja bila membaca entri ini
Take care of your NECK guys!
Past few days my sister called me and asked me to pray for her health, she just found out that her neck bone structure is in the opposite way. Above is the picture of her neck x-tray. And below is the picture of how human neck bones supposed to look alike.
She used to work in the call center for almost 5 years. She spent most of her time in front of the computer. Now she regrets that she did not do any neck exercise and walkabout. In fact, she likes to be chairbound or in other word , 'bongkok' while using the computer. We are suppose to have a good posture and have a bit of rest while using a computer for more than hours!
Here is some tips that i found in the website, written by Rizwan in yahooanswer, he quoted the article from here
Sitting at the computer all day can pose some serious health risks. If you think that sitting doesn't involve a lot of work think again. Although it requires less muscular effort, the muscles are required to hold the trunk, the neck and shoulders in a fixed position.
Here are 5 reasons why sitting at the computer can be a health risk and tips to help correct these problems.
1. Poor posture.
Poor alignment of the head, neck, shoulder and back causes stress and pain which affects every part of your body from head to toe and it can have lasting health problems.Support your back. The backrest should fit the natural curve of your lower back. Your feet should be planted firmly on the floor or comfortably on a footrest. Keep a comfortable shoulder and arm posture. Avoid slouching. Keep your wrists straight and avoid any up, down or side way movements.
2. Eye strain.
Constantly staring at the monitor can cause dry or watery eyes, sore, burning or itchy eyes, blurred or double vision and headaches all contribute to eye strain. Although there is no long-term consequences, it's rather unpleasant.Take frequent breaks. Give your eyes a rest by focusing on something other than the monitor. You can also sit back and close your eyes for a few minutes or complete other tasks. Blinking lubricates the eye, so blink more often.Place the monitor at least at arm's length. Make sure the top of the screen is at eye level so you're not straining to look up or down. Reduce unnecessary glare and check your lighting. The worst problems comes from overhead lighting or from behind. Dust on the monitor may contribute to glare and reflection problems. Lastly, adjust the contrast and brightness on the monitor that is comfortable for you.
3. Poor circulation.
Prolonged sitting can cause fatigue in your limbs, painful leg cramps or blood clots. Get up and move around, go for a 30 minute walk, do some light exercises or stretches for your arms, shoulders, neck, back and legs. Take a few deep breaths by inhaling slowly through the nose and exhaling through the mouth.
4. Forgetting to eat.
Many people forget to eat while working on the computer. I can see why. Time just flies. Don't skip those important meals because they give you energy and will carry you out throughout the day. If you have a daily planner, make sure you schedule a lunch break away from the computer. Drink lots of water to keep yourself hydrated.
5. Eating too much.
And some people can't stop eating. It's like watching TV and you need something to munch on. You end up eating a lot more than necessary and thus adding extra unwanted pounds to your waistline. Eat your meals away from the computer and if you snack, make sure it's healthy foods -- raw veggies, low-fat yogurt and fruits.
Seems like the no 5 is referring to me! hoho... Dear readers, do exercise and have a proper posture when u are using the computer. (oh, reminder for me too!)
Wednesday, February 3, 2010
Mama

Monday, June 29, 2009
Home Sweet Home


Buat pengetahuan pembaca, rumah di Islamabad ni susah nak jumpa rumah teres yang biasa2 macam kita kat Malaysia tu, diorang ni masih terpengaruh dengan sistem kasta, yang kaya, melampau-lampau, yang miskin plak, miskin sangat.. That's why kalau tgk rumah yang kitorang sewa ni besar.. Di sini cuma ada rumah banglo dan rumah murah je. Rumah murah tu kira macam rumah setinggan haram pendatang asing kat negara kita duduk tu la.. Sewa rumah kami USD2200 sebulan. Tapi sewa bukan kami yang bayar, tapi company suami keje tu yang tolong supportkan.. Kalau nak harap kami bayar, memang tak mampula. Alhamdulillah, murah rezeki Allah beri kat kami sekeluarga.
Rumah ni ada 3 bilik di bawah, 3 bilik kat atas, 2 stor, 5 bilik air, dan satu tempat tu tempat untuk pembantu rumah duduk. kat sini diorang panggil "Chukida". Em bilik Chukida tu ada dapur, bilik 2, dan tandas 1. Nampak mewah kan? huahua... seronok ke? Honestly, TAK LANGSUNG!.. sebab macam takut je rumah besar2, dah la bilik2 lain tu tak dihuni. kami cuma guna 2 bilik je. Satu bilik kami buat sebagai bilik TV, dan lagi satu bilik kami tidur.Mungkin nanti bila Embun dah 2 tahun lebih akan kami letak dia di bilik sebelah untuk dia main2.
Apa pun, alhamdulillah, syukur Allah dah beri kami tempat tinggal, rezeki yang melimpah-limpah, tanpaNya, siapalah kami di sini. Harap kami tak lupa diri setelah dipinjamkan harta yang sementara ini......
Saturday, June 6, 2009
Mati itu dekat..
Setelah seminggu saya di negara orang, baru saya sedar bahawa , mati itu sangat hampir dengan kita. Tidak kira masa dan tempat. Hari kedua kami disini, kami menerima berita bahawa akan berlaku letupan bom dalam masa 36jam. Hanya Tuhan je yang tahu betapa berdebarnya saya waktu tu. Hati jadi semakin sayu bila mengenangkan Nadaa yang masih kecil. Kami tidak digalakkan pergi ke tempat2 awam dan tempat yang dipenuhi polis, askar dan sbagainya dalam waktu terdekat. Bila kejadian sebegini berlaku kepada kita, barulah sedar bahawa mati itu dekat.. Bila di Malaysia kita jarang beringat tentang mati. Tapi di sini, hampir setiap masa perlu beringat.
Semoga Allah melindungi kami sekeluarga.. dan hidup dan mati hanya untukNya.
-
Seronok sekali apabila en suami memberitahu bahawa dia akan berkursus di Malaysia pada bulan Februari. Kami tidak menjangkakan akan pulang k...
-
i got the job! :) tadi pergi interview...ada lebih 20 kot candidate tadi... lama menunggu,, tp saya orang yang 1st skali datang...pagi2 ke...

