Showing posts with label reminder. Show all posts
Showing posts with label reminder. Show all posts

Thursday, June 23, 2011

i love hubby

.: Rasulullah saw bersabda,"Wahai kaum wanita,brsedekahlah kalian & prbykkan istighfar.Kerana aku melihat kalian lbh byk menjadi penghuni neraka."Seorang wanita yg cerdik diantara mereka bertanya,"Wahai Rasulullah,kenapa kaum wanita lbh byk menjadi penghuni neraka?"Rasulullah saw menjawab."Kalian banyak mengutuk & mengingkari kebaikan suami." 

~ HR Muslim :

huhu... insaf..
sedih sebab saya tak sempat nak mintak ampun salah silap saya dengan dia..
tapi, sebelum bersalinkan Kekwa, tu la last sy mintak maaf dgn dia
saya tak tahu dia akan pergi secepat ni..
tak sempat nak kata apa2 pun..
tak sempat nak ucap "i love u" pun..


kalian yang sudah berumahtangga,hargailah suami ye.. setiap hari cium tangan dia mintak maaf segala2nya.. salah faham sikit2 tu biasala, mcm lagu P. Ramlee tu,sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri kan.. jaga suami baik2, hari2 jangan malu2 ucap sayang, sbb saya dulu tak buat pun camtu, skang terasa nak ucap hari2.. tapi dia dah takde...

*terkilan*

gaduh2 pun biasa, lepas tu baik semula.. lagi2 perempuan ni suka makan hati sendiri2... takpela, makan hati sendriri2, asal jagalah hati suami, sebab bila kamu jaga hati dia, inshaAllah, dia akan jaga hati kamu juga.. :)

Taatlah pada Allah,
taat juga pada suami,
er, tapi tak perlu la masuk kelab isteri taat pulak kan.. haha.. ;p

Peace!




Thursday, June 16, 2011

Memberilah keranaNya

What you give u get back

This is my humble point of view.. based on my own experienced..

Nafastari was a very wise man..

Dia takkan pernah lupa memberi pada ibu bapa nya setiap bulan, dia juga memberi kepada ibu saya, dia juga tak pernah mengabaikan tanggungjawabnya pada saya dan anak-anak. Segala makan dan pakaian saya cukup terjaga, alhamdulillah..

Walaupun usianya masih muda, hanya sempat bekerja selama 5 tahun, Alhamdulillah, rezekinya murah..

dan dia tinggalkan kami dengan cukup makan, pakaian, tempat berlindung dan simpanan.

Apa yang saya perhatikan dan saya dapat belajar daripadanya,

Bila kita memberi, lebih banyak yang kita akan terima.. dengan syarat kita memberi itu ikhlas kerana Allah swt.

Beri apa?

tak kisah la beri apa2 pun.. harta ke, ilmu ke,kasih sayang ke.. apa sahaja yang ada pada kita.

tapi yang saya nak ceritakan di sini lebih kepada harta..

Setiap harta yang kita belanjakan haruslah ke jalan yang elok

Rasulullah telah memberikan kedudukan istimewa kepada nafkah untuk keluarga.

Sabdanya : Maksudnya : “Satu dinar yang kamu belanjakan pada jalan Allah, satu

dinar kamu belanjakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang kamu

sedekahkan untuk orang miskin dan satu dinar kamu belanjakan untuk keluargamu.”

دينار واحد الذي تنفقه في سبيل الله، كنت تنفق دينار لتحرير الرقيق ، ودينار من مؤسستك الخيرية للفقراء والعائلة لقضاء دينار الخاص

Contoh, sekiranya gaji kita rm2000... tapi kena tanggung anak bini, barangan rumah, loan kereta... banyak lah expensesnya... TAPI.. jangan lupa hadiahkan sedikit gaji anda itu pada IBU BAPA anda setiap bulan. Jika ada lebih, apa salahnya membantu ahli keluarga yang susah juga.

Ya, mula2 dia bekerja, gajinya cuma RM2K+... Tapi dia tidak pernah lokek berbelanja buat keluarganya..

Tak sempat bagi dalam bentuk wang pun, buatlah makanan atau beli barangan rumah untuk ibubapa anda..

Jangan sesekali mengadu TAK CUKUP duit, kerana keberkatan duit itu adalah apabila kita menggunakannya ke arah yang betul.

Percayalah, kalau gaji anda Rm 10 000 sekali pun, anda akan merasa tidak pernah cukup duit. kerana bertambahnya keinginan terhadap barangan yang lebih mahal. Apabila barangan mahal, bertambah pula kos bulanan yang harus ditanggung. Akibatnya, anda bekerja untuk menanggung kos yang anda sendiri ciptakan!



sabda Rasulullah: “Seseorang di akhirat nanti pasti akan ditanya

empat perkara: usianya untuk apa dihabiskan, jasmaninya untuk apa

dipergunakan, hartanya dari mana didapatkan dan untuk apa

dipergunakan dan umurnya untuk apa dipergunakan.”

(Riwayat al-Darimi)




Thursday, June 9, 2011

Mati itu dekat, Hidup itu InshaAllah

Pakistan sebuah negara yang bergolak, bom di mana2.. bila mendengar saja perkataan 'bom' kita sudah takut.. terasa mati itu sangat dekat. Aku pernah menulis tentang pengalaman pertama aku mendapat perintah berkurung kerana ancaman bom seminggu selepas aku tiba di Islamabad. Dan nafastari juga pernah menulis tentang hal yang sama.

Mulanya aku hendak ke mana-mana pun rasa sangat takut. Di situ ada ancaman bom, di mana-mana ada askar yang memegang senapang besar, rakyatnya boleh membeli pistol atau senjata di kedai biasa dan tidak perlu lesen pun! Oh. keadaannya sungguh menakutkan! Namun,kata orang "alah bisa, tegal biasa".. Sudah lali dengan ancaman bom, sudah lali dengan pemuda bersenapang panjang di mana-mana. Seingat aku, sepanjang aku di sana, 2 kali aku dengar dentuman bom, dan sekali aku merasa gegaran bom itu.

Kalau sudah sampai masa, kita akan mati bila-bila..
di mana, bila dan bagaimana, itu urusan Tuhan kita. Selagi diberi nikmat hidup, gunakanlah untuk kebaikan dan cegahlah kemungkaran. (Peringatan untuk diri sendiri juga).

Bencana alam tak kurang hebatnya melanda bumi Pakistan itu. Pernah beberapa kali aku merasai gegaran gempa bumi. Seingat aku,

1. semasa aku sedang menyusukan Embun, tiba2 katil bergoyang, ingatkan hantu!, haha... tiba2, encik suami berlari ke bilik dan terus bertanya, "nur, tv bergoyang!, u rasa tak apa2 bergoyang?" Keesokkan harinya kami mendengar berita mengatakan ada gempa bumi di negara jiran, Afganistan. Gegarannya sampai ke Islamabad!

2. sedang membaca buku di bilik, tiba2, bergegar lagi rumah. Lampu chandelier di bilik berbunyi dan almari baju Embun sedikit beralih kedudukan. Terus sahaja en suami menyuruh aku memakai tudung untuk bersiap2 keluar jika berlaku gegaran lagi.

Sejak itu, aku akan memastikan aku memakai pakaian yang sopan di rumah. Sekiranya berlaku sesuatu tanpa diduga seperti gempa bumi atau bom di kawasan rumah, boleh la aku berlari keluar rumah tanpa rasa segan.

Monday, May 23, 2011

"Semua akan indah pada akhirnya, inshaAllah"

p/s : Thanks azie_kz untuk lagu ni,

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam a€˜kan berakhir, hari a€˜kan berganti
Takdir hidup a€˜kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam a€˜kan berakhir, hari a€˜kan berganti
Takdir hidup a€˜kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini


Friday, May 20, 2011

Tidur selepas waktu Asar

Dua tiga hari ini, kepalaku agak sakit dan berdenyut2... mgkin kerana selsema yang sudah seminggu tak baik2...

dan..

aku teringatkan dia...

masa itu,-1 Mac 2011, Selepas waktu asar
Kami singgah di rumah Mok Teh di Kuala Terengganu...arwah solat jama' takhir dan lepas itu dia pun tidur. Mukanya nampak letih dan lesu.. lalu aku biarkan dia tidur, dan aku mandikan Embun dan Kekwa serta aku menukar pakaian dengan harapan untuk balik tidur terus bila sampai di Kg Bari nanti.

Selepas Maghrib
Dia pun bangun dan berkata,
"Kepala i sakit la, rasa berdenyut2.. mungkin sebab tidur lepas Asar"..
dan kami bersiap2 untuk pulang ke rumahnya di Kg Bari, Setiu. Walaupun dia keletihan, dia nampak riang untuk pulang berjumpa che dan ayah.

Selepas Isya'
Kejadian itu berlaku....
Di saat dia merasakan sakit kepala yang berdenyut2, seperti mana aku merasakannya sekarang, kemudian kepalanya dihempap pula dengan kuda yang beratnya aku sendiri tidak pasti... Allah, Tuhan saja yang tahu...


* tak tergambar sakitnya mati..... ;'(





Tuesday, May 17, 2011

Kita Esok

macam mana la keadaan kita esok bila kita mati ek.. mampu ke kita jawab soalan2 malaikat nanti dalam kubur?...

sejak dia meninggal.. aku banyak memikirkan tentang kematian... sangat...rasanya setiap hari .. pasti terfikir, mcm mana la dia kat dalam sana... apa yg akan berlaku kalau kita pun sama kat dalam tu.. banyakkah amalan kita di dunia ni?.. hmm..

dulu, arwah sepupu aku meninggal semasa dia 17 tahun.. belum sempat pun ambil spm.. dia perempuan, setahun lebih muda daripada aku.. mula2 dengar dia sakit telinga je.. lepas tu dia masuk hospital, katanya sakit tu berjangkit ke otak pula.. tak lama lepas tu dia meninggal... masa tu aku rasa mcm tak percaya, dia terlalu muda untuk pergi.. dia pula seorang yang pendiam.. tak ramai kawan, tapi seorang anak yg baik. Sejak tu aku dah mula terima hakikat yang kita ni bila2 masa je Tuhan akan ambil nyawa.. tak kira usia, tua atau muda, bila dah sampai masa, kita akan dijemputNya.

berbalik kepada cerita aku duk memikirkan bagaimana alam kubur itu, aku pun baca buku tajuk "alam barzakh".. bila baca, mesti mengalir air mata, teringatkan keadaan dia.. teringatkan keadaan aku nanti.. teringatkan keadaan saudara mara yang telah pergi...

Semasa aku belajar di uiam, pernah lecturer aku berkata, "bila solat, cuba kita bayangkan kita sedang memakai pakaian kain kafan, serba putih, dan bayangkan kita sudah mati, kita sedang berhadapan dengan Tuhan dan bacaan di dalam solat itu hendaklah kita memahami maksudnya"

Benar, jika kita berbuat demikian, akan timbul rasa takut, rasa penuh pengharapan pada Tuhan supaya kita tergolong dalam golongan orang yang beriman. Bayangkanlah, setiap solat itu mungkin solat kita yang terakhir... bayangkanlah bacaan di dalam solat itu adalah pahala amalan kita.. setiap bacaan di dalam solat itu adalah penyelamat kita di alam barzakh itu..

Mudah-mudahan bacaan fatihah daripada ku, keluarga dan sahabat semua untuk arwah menjadi penyelamat dia di alam sana...

Wallahua'lam...

Friday, April 22, 2011

Rahsia masa lalu

Alhamdulillah, ramai yang datang menziarah dan memberi kata2 semangat buat saya dan keluarga selepas pemergiannya.. terima kasih yang tak terhingga buat semua yang peduli, yang mengambil berat dan mendoakan...kerana doa kalian semua, saya masih bertahan dan terus berjuang demi anak2.. Terima kasih Allah kerana mengabulkan doa semua buat saya dan keluarga.. mudah2an doa mereka buat arwah juga dimakbulkan olehMu..


Sahabat2 arwah, sahabat2 saya, kaum keluarga ramai yang datang menziarah.. tidak putus2 kunjungan tetamu di rumah mertua serta di rumah ibubapa saya. Terima kasih kerana sudi menjenguk kami.. Kepada yang pernah datang berkunjung, janganlah serik berkunjung lagi. :)
Hati dan emosi saya ketika ini tidaklah sestabil dulu, mungkin masa akan mengubat semuanya, InshaAllah. tapi saya bersyukur kerana masih diberikan akal fikiran yang waras untuk meneruskan hidup. Namun, saya juga manusia biasa, yang mudah terguris dan tercalar hatinya apabila sesetengah yang berkunjung itu menceritakan kisah lama arwah yang tak pernah saya tahu.


Beberapa orang yang datang menziarah memnceritakan bahawa dahulunya arwah pernah mahu berkahwin dengannya. Betapa hancur dan luluhnya hati saya mendengarnya. Dalam hati saya berasa amat pelik sekali mengapa ada orang yang sanggup meluahkan@menceritakan masa lalunya di saat pemergiannya?.. tidakkah dia memikirkan perasaan saya?
Arwah tidak pernah sekali membuka rahsia lamanya. Setelah kami berkahwin, segalanya diceritakan kepada saya. Kadangkala saya pernah bertanyakan masa lalunya, lalu dia berkata,"tak penting"..


Tindakan arwah merahsiakan masa lalunya adalah amat tepat sekali. Kerana, untuk sesebuah perkahwinan itu, haruslah pandang ke depan dan melupakan segala masa lalu demi menjaga hati pasangan. Setelah diijab qabulkan, tiada lagi yang harus kita ingat selain suami kita. Tumpuan dan hati itu haruslah pada suami yang sah. Begitu juga dengan suami. Hati dan perasaan isteri haruslah dijaga sebaiknya.


Bagi saya, seseorang yang pernah meminati atau diminati,haruslah simpan perasaan itu sendiri. Tidak haruslah dia menceritakan hal itu kepada orang lain kerana biarlah itu menjadi rahsia diri anda. Saya amat tertarik dengan kata2 seorang blogger yang menyinggah di laman nafastari,


"Walaupun aku seakan-akan Ahmad Fathi(Ayat2 cinta), tidak sesekali aku menceritakan perihal sang gadis-gadis yang meminatiku
.
Sesekali tidak! Aku menjaga aibnya.


dan aku menjaga perasaan isteriku"





Saturday, February 27, 2010

Take care of your NECK guys!

Past few days my sister called me and asked me to pray for her health, she just found out that her neck bone structure is in the opposite way. Above is the picture of her neck x-tray. And below is the picture of how human neck bones supposed to look alike.

She used to work in the call center for almost 5 years. She spent most of her time in front of the computer. Now she regrets that she did not do any neck exercise and walkabout. In fact, she likes to be chairbound or in other word , 'bongkok' while using the computer. We are suppose to have a good posture and have a bit of rest while using a computer for more than hours!

Here is some tips that i found in the website, written by Rizwan in yahooanswer, he quoted the article from here

Sitting at the computer all day can pose some serious health risks. If you think that sitting doesn't involve a lot of work think again. Although it requires less muscular effort, the muscles are required to hold the trunk, the neck and shoulders in a fixed position.

Here are 5 reasons why sitting at the computer can be a health risk and tips to help correct these problems.

1. Poor posture.

Poor alignment of the head, neck, shoulder and back causes stress and pain which affects every part of your body from head to toe and it can have lasting health problems.Support your back. The backrest should fit the natural curve of your lower back. Your feet should be planted firmly on the floor or comfortably on a footrest. Keep a comfortable shoulder and arm posture. Avoid slouching. Keep your wrists straight and avoid any up, down or side way movements.

2. Eye strain.

Constantly staring at the monitor can cause dry or watery eyes, sore, burning or itchy eyes, blurred or double vision and headaches all contribute to eye strain. Although there is no long-term consequences, it's rather unpleasant.Take frequent breaks. Give your eyes a rest by focusing on something other than the monitor. You can also sit back and close your eyes for a few minutes or complete other tasks. Blinking lubricates the eye, so blink more often.Place the monitor at least at arm's length. Make sure the top of the screen is at eye level so you're not straining to look up or down. Reduce unnecessary glare and check your lighting. The worst problems comes from overhead lighting or from behind. Dust on the monitor may contribute to glare and reflection problems. Lastly, adjust the contrast and brightness on the monitor that is comfortable for you.

3. Poor circulation.

Prolonged sitting can cause fatigue in your limbs, painful leg cramps or blood clots. Get up and move around, go for a 30 minute walk, do some light exercises or stretches for your arms, shoulders, neck, back and legs. Take a few deep breaths by inhaling slowly through the nose and exhaling through the mouth.

4. Forgetting to eat.

Many people forget to eat while working on the computer. I can see why. Time just flies. Don't skip those important meals because they give you energy and will carry you out throughout the day. If you have a daily planner, make sure you schedule a lunch break away from the computer. Drink lots of water to keep yourself hydrated.

5. Eating too much.

And some people can't stop eating. It's like watching TV and you need something to munch on. You end up eating a lot more than necessary and thus adding extra unwanted pounds to your waistline. Eat your meals away from the computer and if you snack, make sure it's healthy foods -- raw veggies, low-fat yogurt and fruits.

Seems like the no 5 is referring to me! hoho... Dear readers, do exercise and have a proper posture when u are using the computer. (oh, reminder for me too!)

Selamat Hari Raya 2023