Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Oh Capri



Untuk Embun dan Kekwa

Lagu ini ummi dan ayah selalu menyanyikan ketika kamu berdua belum lahir lagi.. lagu ini boleh membuatkan kami berdua menjerit bersama2.. haha... terasa indah bila teringatkan saat2 itu anak-anakku..

Sewaktu itu, ummi masih lagi menuntut di universiti, dan ayah kamu bekerja di Kuala Terengganu. Selama hampir setahun kami tinggal berjauhan. Hujung minggu kadang2 ummi akan ke Kuala Terengganu dan kadangkala ayah pula akan ke Shah Alam. Mulanya ummi risau jika mengandung awal sebelum habis belajar. Kebetulan lagu ini sentiasa bermain2 di kereta ayah..Bila lagu ini kedengaran, kami akan sama2 menjerit, "oh tak mungkin! baby's inside??" dan kami sama2 ketawa... :)

Sudahnya ummi mengandungkan Embun di akhir semester pengajian ummi. Lagu ini masih menjadi kegemaran ummi dan ayah. Dan kami akan sama2 menyanyikan lagu ini sewaktu di dalam perjalanan pulang ke kg nenek dan tokki.

Ayah kamu memang membahagiakan! Dia sangat penyayang.. Dia sangat sayangkan kamu sebelum kamu lahir lagi. :)

Dan Kekwa...

tahukah kamu, beberapa bulan sebelum kamu dilahirkan, ayah kamu mendengar semula lagu ini. Kamu boleh baca di entri ayah -Lagu dan Kisah

:)

Oh, Capri..
kamu berdua adalah Capri ummi dan ayah!

Tuesday, November 23, 2010

False Alarm..Tik Tok Tik Tok..

Dua hari lepas, aku btul2 rasa mcm nak beranak je.. hehe.. Malam tu aku sakit pinggang yang teramat sangat.. tak tertanggung rasa sakit pinggang tu... pastu plak kena cirit birit lagi... isk, kuar masuk toilet, bangun duduk dari katil, dengan pinggang yg sakit smp ke *tut*... memang rasa sangat nak beranak cepat2.. kesian encik suami tak boleh tido jugak dia dengar keluhan aku sambil tolong urut2 belakang...

Esok paginya kami ke klinik, memang kebetulan appointment pagi tu dengan doktor.. jadi bila doktor scan tgk, baby position ok, kepala dah ke bawah, air ketuban semua cukup, placenta alhamdulillah normal, cuma.. pergerakan baby sangat slow.. kebetulan baby tido kepenatan agaknya malam semalam asyik jalan dan bangun duduk ke toilet je... huhu... memang suspen... doktor siap kata kalau dia tak nmpk gerakan lagi, aku kena trus pegi ke hospital bersalin untuk pantau baby nye heart beat... luckily, syukur.... after almost 10 minutes baby pun gerak skit, so tak perlu lagi ke hospital...

Perut aku pula kekadang mengeras setiap 15 minit, tapi beberapa jam lepas tu hilang terus... pelik jugak... hu... mungkin itulah yang orang kata "false alarm" agaknya, suspen je ingat nak beranak dah malam tu... hihi.. keesokkannya aku macam biasa je... cirit birit masih ada smp skg... baby mengeras skit2, dan ada gak kekdg tu rasa cam period pain kat *tut*.. huhu... Ya Allah, permudahkanlah aku bersalin nanti.. selamatkan lah baby ku dan aku nanti.. nervous!!!! walaupun dh baby kedua, tapi perasaan berdebar nak bersalin tu masih sama macam pregnant kan cik embun dulu...

So now, tik tok tik tok... waiting for the baby to "bomb" out ! heeeeee........
"laillahaillah anta subhanaka inni kuntumminazzolimin"


Monday, November 15, 2010

Counting days..

Sekarang aku masih lagi mengira hari utk bersalin..kalau ikut tarikh EDD, genap sebulan je lagi aku akan bersalin... dan, kalau ikut ultrasound, aku akan bersalin hari natal!!hohoho
perasaanku, tidak sabar !!! dan TAKUT!!! huhu... takut nak bersalin... sampai termimpi2 bersalin, meneran.. huhu.. sangatlah sakit, smp dlm mimpi tu pun rasa sakit... huwaaaa... YaAllah, permudahkanlah aku bersalin dan selamatkanlah anakku ini....

Cik Embun sekarang semakin bijak dan nakal!.. geram sgt dgn budak kecik tu.. kadang nak penyet2 je.. comel!( ahaha.. puji anak sendri... ) hm, dia skg dh pandai minum susu botol sndri, makan sndri, minum pakai cawan, pandai menyepah, mengemas pun kadang2 pandai jugak... ;p
pastu dia dah pandai nak pakai socks dan kasut sendiri.. haha... memang menghiburkan melayan telatah cik embun sekarang ni. Cuma, dia semakin berat dan aku tak larat nak dukung, tambahan tgh membuyung.... bila lihat telatah embun, rasanya ada anak ramai macam dia pun takpe.. :)

cuaca kat islamabad skg ni dah mula sejuk, mama aku dah pakai baju berlapis, siap dgn glove dan kadang pakai scarf dlm rumah sebab kesejukkan! kesian pula aku tgk dia,.. aku pula, bila tgh malam je rasa panas je, smp bukak kipas.. haha! kesian encik suami, kesejukkan, aku pula panas.. mek embun maintain je.. bila kita selimutkan dia, dia mesti keluarkan kaki tak mahu diselimut.. sabor je la....

okayla,setakat ni dulu la... nanti aku update lagi ye...

Sunday, November 7, 2010

Sebulan lebih je lagi

Pejam celik, dah hampir 34minggu aku mengandung anak kedua ni.. hihi.. last week check up doktor kata maybe its a girl! :)

Nama baby girl dh lama kami ada, cuma baby boy je tak capai kata sepakat lagi,.. hehee.. maknanya if its really a girl, mudahlah kerja kami nanti... cakap pasal nama, mesti ada yang tertanya2 nanti anak saya ni warganegara mana kan? lahir kat Pakistan plak tu,hehee... of course la dia akan jadik Malaysian! dont worry guys, she will not be a Pakistani Citizen. Semua procedure kelahiran dan borang kewarganegaraan akan diuruskan oleh encik suami, so takde masalah la..

Sudah sebulan jugaklah mama aku di sini... so far, alhamdulillah.. dia ok2 je, seronok je dia dibawa berjalan ke sana ke mari... hihi.. kami memang kaki jalan.. setiap hari mesti keluar rumah, tak boleh duduk diam dalam rumah.. haha.. last weekend kami ke bandar Gujrat, cuci mata tgk perabot bersama dengan rombongan Malaysian yg duduk kat islamabad ni.. Seronok jugak jalan2 ramai2 sekali sekala. Kalau ikutkan banyak lagi tempat aku nak bawa mama pergi, macam Lahore, Muree, Faisalabad, Khewra Salt Mines.. tapi sebabkan aku ni dah hampir dengan due date.. takut pula nak berjalan2 jauh... kat bawah ni antara gambar2 aktiviti mama aku di sini.. :)

walking at Fatimah Jinnah park with Malaysian ladies

With little Embun at Faisal Mosque

lihatlah itu mak buyung GEMOK!

Puan Wan Maziah

Sekarang dah masuk musim autumn... daun2 dah mula kering, suhu pun dah sejuk..paling sejuk mencecah 8 degree setakat ni... huhu..tp kekdg aku rasa panas je , maklumla badan org mengandung ni lain skit, cepat panas. Hu, takut plak nak bersalin dalam musim sejuk nanti.. Sebab after bersalin memang akan rasa sejuk je badan, baby plak kena balut elok2, tak leh tebal sgt, tak leh nipis sgt.. risau... apa pun semoga Allah permudahkan semuanya... Amin....

Wednesday, October 20, 2010

update sikit lah! ;p

Hallo readers!

Lama sungguh rasanya aku tak update blog ni.. Sekarang makin malas nak buat apa2, keje uk mengutip mainan dan segala brg yg disepahkan oleh mek embun.. Huhu.. Kadang tu aku saje je biar, tak larat dah nak mengutip.. Mak buyung dh sarat, nak bangun duduk pun mengah2 je..

Lagi 8 minggu to go!! Chaiyok2 wahai mawar... Doakan aku selamat dan dapat melahirkan baby yg sihat.. Amin, InshaAllah.. Minggu depan ada ultrasound check up, hopefully kali ni dapat la tahu gender baby.. Hohoho.. Agak2 baby apa ek? Hihi

Nama pun blum cari lagik.. Dah ada la dua tiga nama tapi takde yg berkenan betul2 lagi, any sugesstion?? Mestilah namanya Wan ..... Tapi dua suku kata je balakang nye mcm cik embun, namanya simple dan senang disebut, juga ada makna.

Aku telah pun kidnap mama aku datang ke Islamabad ni.. Hehe.. So far dia tak bosan lagi duk sini sbb ada je kami bawak dia jalan2.. Pastu rezki mama jugak dapat tgk perkahwinan org pakistan.. Nanti kalau rajin aku update pasal perkahwinan org sini ek! ;)

Ok, jmp lagi..

Saturday, August 15, 2009

"Membaca bukan hobi saya" - dulu

Dulu2, aku boleh dikatakan tak suka membaca, apa jenis bahan bacaan aku malas sangat nak baca. Sebab aku rasa leceh nak kena mengeja.. haha.. takdelah, aku cuma tak suka baca sebab
  • perlu banyak masa
  • otak jadi penat nak masuk input
  • aku pemalas
  • sbb aku suka mengira dan logik!

em, itu dulu punya ceritalah..Semasa aku mengandung dan admit kat dalam hospital selama hampir 2 bulan lebih tu, persepsi aku tentang membaca sudah berubah. Aku dah mula suka membaca sebabnya;

  • aku terlalu bosan duk kat hospital
  • hari2 tgk muka org yang sama, lauk boleh hafal- sama je, jadi bila membaca ada jugaklah benda baru
  • excited nak jadi ummi.. jadi mesti tahu pasal persiapan nak jadi seorang ummi dan jaga baby macam mana etc..

must read book while in HSNZ



Buku ni ala2 kitab aku blaja masa pregnant dulu. Apa2 masalah sepanjang pregnant banyak aku refer kat buku ni. buku ni hampir boleh dikatakan complete guideline utk kita yang baru pertama kali mengandung.



Enjoy Your life ni buku pasal cerita2 teladan dari zaman Rasulullah, kisah para sahabat. Memang menarik cerita dalam ni, buat kita rasa memang Islam itu indah, dan Islam itu memang cara hidup kita. Buku ni dibeli oleh suami aku sewaktu dia buat umrah dulu. Bila lepas solat isya' mesti aku baca buku ni kat hospital dulu. Hilang rasa bosan aku kat dlm spital tu..

dan sekarang, aku lebih gembira membaca dan memborong buku sbb di Pakistan buku jauh lebih murah!!!! Dah banyak jugak lah buku aku duk borong untuk di'display' di library kecik kami kat rumah dan juga untuk embun si chomei . :)

Ni kat bawah ni plak, book to read: - ... ( bila la nak habis baca agaknya ek?)

Enjoy ! :) ---{@

Monday, July 20, 2009

Cerita Sebelum Selepas dan Sekarang Vol 2

SELEPAS

Selepas aje bersalin, aku turun darah dengan banyaknya.. Doktor dan nurse panik waktu tu. Laki aku plak dah keluar bawak baby ke wad bersalin. Aku dalam keadaan separuh sedar.. Aku dapat rasa yang doktor muda yang sambut kelahiran baby aku panggil doktor senior untuk pantau keadaan aku. Tiba2, aku rasa macam perut aku dikorek2.. Sakit sangat tuhan aja yang tahu. Kemudian perut aku ditekan2 sbb mereka nak keluarkan semua darah supaya takda lagi darah yang tertumpah. Aku sangat lemah dan sakit waktu tu. Lebih sakit dari keluarkan baby. Kemudian sesi jahitan pun dibuat. Mujur aku kena jahit sikit je, tapi tetap berasa.. phobia!


Lepas kena jahit, aku kena pantau selama 3 jam di bilik bersalin tu. Aku dalam keadaan separuh sedar lagi. Kadang aku tertidur dan mimpi kena korek lagi perut aku. Seriau, jadi macam mimpi ngeri yang tak sudah2.. Dalam tidur pun terasa sakit sangat kena korek dan jahit.. 3 jam kemudian, aku dihantar ke wad. Dua jam aku di wad, nurse suruh aku bangun ke tandas untuk tukar pad.Tangan kiri dan kanan aku berjarum.. satu air masuk, satu lagi darah.. Memang susah nak bergerak dengan ada jarum di kedua2 belah tangan. Tapi aku kena kuatkan semangat, lagi2 dapat nurse yang garang dan suka memaksa. huhu..

Pagi pukul 9 mcm tu tiba datang nurse tolak baby kat katil aku. Masa tu la aku tgk muka baby aku betul2, dan buat pertama kali aku menyusukan dia.. Subahanallah, seronoknya.. perasaan yang sukar untuk aku gambarkan. Feel sooo terharu and bersyukur sangat dah selamat lahirkan anak. Hari kedua, aku dan baby dah boleh balik ke rumah kami.

Tiba hari keempat baby dilahirkan, dia demam tinggi sangat dan kena demam kuning juga. Kami kena ulang alik ke hospital selama hampir 6 hari. Setiap tghari dan ptg kami akan ke hospital untuk menjenguk si embun dan menyusukannya. Dah la masa tu masih lagi sakit bekas kena jahit kat bawah tu. aku terpksa juga la jalan ke hospital demi baby yang amat aku sayang. Disebabkan aku masih di dalam pantang, keadaan emosi aku kurang stabil. Maklumla, maknya di rumah, anak kena duk wad. Tiba2 check tekanan darah tinggi. Aku disuruh ke klinik pula. Ulang alik hospital dan klinik masa minggu pertama aku lepas bersalin. Bayangkan lah, tengah2 sakit nak jalan tu dipaksanya doktor suruh pegi jugak klinik buat check up dan aku kena gi menyusu embun kat hospital. Badan aku sangat lemah, muka dan tangan aku pucat sbb kehilangan banyak darah, tapi aku kuatkan juga semangat aku untuk embun..

Tiba dapat pula surat pertukaran kerja laki aku ke luar negara ni. Bertambah emosilah aku pada waktu dalam pantang tu. Hm, busy nak prepare nak pindah lagi, fikir soal embun kat hospital lagi, mana lah darah tak naik. Tapi alhamdulillah, tekanan darah aku pulih setelah embun balik ke rumah. Seronok rasanya ada anak rupanya.. hehe.. bila kita tengah sedih2 pandang muka baby, trus rasa nak tersenyum je.

Embun sangat kuat menyusu. Boleh dikatakan hampir setiap jam dia nak menyusu je. Kalau menyusu pun mesti lama. kadang hampir 3 jam duk melekat kat badan. huhu.. Sampai sakit2 pinggang aku dibuatnya, tapi aku enjoy, seronok tgk mata dia bulat sgt bila dapat susu. :)
Tapi embun suka menangis dengan kuat sekali. tak padan dengan kecik, tapi suara kuat. hehe.. Kekdg aku tak reti nak pujuk camane dah kalau dia asyik menangis je malam2, sampai ada tu aku menangis sbb tak tahu nak handle mcm mana. huhu...

SEKARANG

Sekarang aku dah mula biasa menjaga budak kecik ni. Even kalau dia nangis pun aku dah kurang stress. Embun skg dah kurang menangis tapi banyak bermain! hehe.. Seronok!..

Sekian, iklas dari ummi nadaa..


* sebenarnya malas nak tulis sbb tu entri ni pendek skit dr sebelum ni.


Sunday, July 19, 2009

Cerita Sebelum, Selepas dan Sekarang

Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal ni, tapi asyik tergendala je sbb ianya memerlukan mood dan masa yang agak sesuai untuk aku tulis pasal ni. Em pasal apa ye? jen jen jeng... sapa boleh teka? aku nak cerita pasal apa? For the intro, aku flash back skit cerita dulu2,

waktu tu aku di tahun 3 semester kedua kat universiti. Sebelum aku bertunang, seorang kawan aku- 'makcu' bertanya kat aku;

makcu : er, ko dah bersedia ke nak pikul tanggungjawab nanti? ko pasti nak kawin?
aku : yep, pasti! (dengan yakinnya.. hehe)
makcu : ko dah ready nak jadi seorang ibu? melahirkan anak??...
aku : inshaAllah, semua org kahwin pasti nak anak kan? :)

dan.. yess, alhamdulillah, makcu, i made it!
now i am a mother!
dan... skarang aku nak share pengalaman aku menjadi ibu. :)

SEBELUM

Sebelum bersalin, atau lebih tepat aku bole kata, masa mengandung lah, macam2 alahan aku kena dan telah pun aku tulis kat blog ni kat entri yang dulu2. Kena plak duduk hospital masa aku mengandung 7 bulan sbb placenta previa.Hampir 2 bulan lamanya memang satu penyiksaan buat aku. Lagi kesian kat laki aku, dah la baru kitorang nak duduk bersama, tetiba aku kena duk hospital plak. waktu melawat plak limited. Bila teringat rasa nak menangis je sbb pengorbanan yang dia dah buat kat aku. ulang alik hospital 2 kali sehari selama hampir 2 bulan tu. Aku pula kadang2 terlebih sensitif, stress je duduk hospital.. tapi masa tu aku cuma berharap kami(aku dan anak) selamat. Jadi aku kuatkan jugak la semangat aku untuk bersabar duduk di hospital..

Doktor pula dah set tarikh pembedahan untuk aku pada 12 April 2009. Kiranya masa tu doktor kata dah takde harapan dah placenta nak naik balik. Alhamdulillah, Dia Maha Berkuasa, Allah yang menentukan segalanya. Seminggu sebelum tarikh bedah, doktor scan dan tgk2 placenta dah kembali normal. Syukur sgt! maknanya aku boleh bersalin normal dan aku boleh pulang ke rumah. Tak sampai beberapa hari kat rumah, air ketuban aku bocor skit2, trus pegi hospital balik. Masa tu dah rasa excited dah sbb petanda baby nak keluar dah ada!

Tapi kena plak tunggu sehari pastu, doktor kata aku kena induce(masuk ubat) sbb nak elak jangkitan kuman kat bayi. Air ketuban dah bocor, jadinya takut kuman masuk pelan2 kat tempat baby. Aku cuma berserah, yang mana terbaik buat aku dan baby, aku terima aja. Beberapa jam lepas kena masuk ubat tu, tiba2 air ketuban aku bocor dengan banyaknya. Waktu tu aku baru habis solat zohor. Bila nak bangun lipat telekung je, tiba2 aku rasa macam aku terkencing dengan banyaknya. Air meleleh banyak sangat. Terkejut aku dibuatnya sbb air tu bukan putih jernih macam orang selalu kata yang air ketuban ni jernih je. Tapi air aku bercampur darah. Huhu.. seriau aku dibuatnya. Tapi sbnarnya tak sakit pun masa keluar air tu.

Lepas pada tu, aku kena check ngan doktor. Nak tengok bukaan jalan baby nak keluar. Tapi disebabkan aku ni penakut sgt, doktor tak dapat pun check berapa cm dah terbuka. Huhu, kemudian aku disuruh rehat kat katil. Lepas pada tu, sakit pinggang yang amat sangat datang menyerang. Setiap 5 saat kot sakit tu datang. Sakit dia tak boleh nak citer la. Aku pegang baju akak aku kuat2 macam nak terkoyak dah baju dia. Mama aku dan laki aku urut pinggang aku pun tak jadi apa sangat, sakit dia Subahanallah, Allah je yang tahu.

Dan yang paling best, tengah2 sakit tu, tiba rasa nak terberak plak. Pastu tengah sakit2 tu trun katil aku gi jalan ke tandas juga. Yang pelik nya dah sampai toilet, tak leh berak plak. Sembelit ke apa aku ni? hm.. then aku pegi balik katil semula. Tahan sakit pinggang lagi.. Bila sampai waktu maghrib plak, aku kena buat CTG( check jantung baby) selama lebih setngh jam. Aku disuruh baring dan nurse akan ikat perut aku ngan tali+ alat untuk dengar jantung baby serta contraction.Bila ngah buat tu, sekali lagi rasa nak terberak. Sakit pinggang masih menyerang. Huhu.. tak reti nak cakap macam mana sakit dia. Aku tak boleh duduk diam masa dia ikat perut aku time CTG tu. Jadinya mereka susahlah nak baca baby punya jantung. Kemudian aku disuruh rehat ke katil dan datang semula lepas isya'.

Dalam pukul 9 malam camtu, aku disuruh baring semula kat katil buat CTG. Tak sampai berapa minit baring, aku nak terberak lagi. Kemudian aku turun dari katil dan merangkak ke toilet. Tiba ada nurse yang perasan dan trus suruh aku naik ke katil semula. Dia kata, "Eh, kenapa awak merangkak ni? awak ni ntah2 nak bersalin dah kot?" kemudian saya jawab,"saya nak berak, bagi saya berak dulu".. dan nurse trus pegang saya dan angkat saya ke katil untuk check bukaan. Ada dlm 5 org nurse kot yang kerumun saya waktu nak check bukaan. Tiba2, nurse tu kata,"eh, dah 8cm dah ni.. cepat hantar labor room!, awak ni nak beranak dah, jangan teran lagi.."

Aku blur sangat waktu tu, yang aku tahu aku nak terberak dan sakit pinggang masih belum sembuh. Buat yang tak tahu, kalau bukaan dah sampai 10cm, maknanya dah boleh keluar baby. Aku terus kena hantar ke labor room. Seingat aku, waktu tu jam pukul 10.30 malam.Sampai je labor room, Aku kena duk atas katil bersalin dan sekali lagi, aku nak berak! Doktor pun datang, dan terus suruh aku teran. Aku kata dengan doktor, "bagilah saya berak dulu.." doktor kata,"takpe, awak berak kat sini je".. aku pun jawab "malula saya doktor, nanti berbau.." huhu doktor pun kata "takpe, awak nak beranak dah ni"..


Doktor trus suruh saya teran, tapi saya takde kekuatan. Pastu nurse panggil laki aku masuk, dan terus semangat itu datang. Aku teran mcm org kena sembelit,(walaupun masa tu kena marah2 dengan doktor). Aku malas nak citer yang tak best kat sini. Senario waktu aku bersalin boleh dibaca disini.Masa tu tak ingat apa dah, cuma baca ayat "laillahaillah anta subhanaka inni kuntuminazolimin" dan pelan2, baby pun keluar.. Alhamdulillah..tepat pukul 11.22 pm aku selamat melahirkan bayi perempuan yang sangat comel dan beratnya 2.4kg. Laki aku amik dan iqamatkan dia.

~ To be continued ~




Tuesday, April 28, 2009

Mawar Junior


Wan Nadaa @ Cik Embun
Rabu 15 April 2009
11.22 pm

ALHAMDULILLAH..... :)

Saturday, April 4, 2009

SYUKUR


Alhamdulillah syukur..
Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih terhadap hambaNya..
Sungguh Dia telah memakbulkan doaku..
Thank You Allah..
Placenta sudah naik ke tempat asal.. Normal! dan aku bebas dari HSNZ
Aku akan kembali ke sana lagi untuk melahirkan 'my junior'.. hehe..
dan InshaAllah aku akan melahirkan secara normal.. Excitednye! tapi takut juga.. ;p

Kepada pembaca yang mengalami placenta previa, ada beberapa petua yang mungkin boleh membantu menaikkan placenta..


  1. minum air kelapa muda
  2. merangkak gaya bayi ( buat kat rumah je la, jgn kat shopping mall pulak.. heh)
  3. duduk diam, jangan buat keje berat2.. (suruh suami masak, basuh baju sume.. hehe.. nasib suami aku baik hati.. dia la yang buat semua keje.. saaaayang dia! haha)
  4. minum air penawar dari tok bidan
  5. usap perut, cakap2 dengan baby dalam perut suruh tolong naikkan placenta tu..
  6. minum air zam zam
  7. minum air solat hajat
  8. makan kacang pandai @ pistachio
  9. kasi bidan usik2 perut sikit
  10. jangan berhenti berdoa
  11. yakin dengan Allah

Aku tak pasti yg mana lebih membantu, tapi yang aku sangat pasti, Allah itu Maha Mendengar rintihan hambaNya.. Subahanallah.. Janganlah kita berputus harap dengan rahmatNya walau apa pun dugaan yang kita terima. :)




Saturday, March 7, 2009

Hospital oh hospital…

5 Mac 2009,Khamis, Kuala Terengganu – Aku ditahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah lagi!!!.. Huhu… Kali ni mungkin lama aku kena tahan di wad. Kedudukan placentaku masih di bawah dan disebabkan kandungan aku sudah mencecah 33 minggu, makanya aku ditahan di hospital untuk mengelakkan sebarang komplikasi seperti pendarahan. 2 minggu lagi ujian ultrasound akan dibuat untuk melihat kedudukan uri@placenta. Kalau sekiranya uri masih dibawah, minggu yang ke-36 aku akan dibedah. Jika uri dah naik, maka aku boleh bersalin normal seperti yang diidamkan oleh semua ibu yang mengandung. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku dan anak dalam kandunganku. Ya Allah, semoga aku dan kandungan aku selamat.

Kali ini aku sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan di hospital. Cuma bila mengenangkan mungkin berminggu-minggu lamanya aku kena duduk di hospital membuatkan aku rasa sedih dan terkongkong. Layanan di sini kadangkala membuatkan aku mahu pulang dan berehat di rumah sahaja. Ada jururawat yang baik, tapi ada juga yang kurang sopan dan suka marah2. Bila berhadapan dengan jururawat yang agak kasar dan kurang sopan, aku terpaksa pekakkan telinga dan berhati batu. Jika dilayan perasaan sakit hati ini mungkin akan membuak-buak.

Aku berharap hari-hari akan berlalu dengan cepat dan aku selamat bersalin. Hehe. Bila melihat ramai yang sudah bersalin membuatkan aku sangat cemburu dan rasa nak bersalin cepat. Tak sabar rasanya nak bergelar ibu. Entri ini aku taip di hospital tetapi akan diupdate oleh suami aku- nafastari. Aku amat berharap hospital ini menyediakan khidmat wireless untuk pesakit. Hehe.. Ok, setakat ini dulu, nanti I’ll update more!

Maybe it’s a girl!!

Khamis lepas aku buat ujian ultrasound. Tujuan ultrasound dibuat sebab nak tengok kedudukan placentaku. Aku amat berdebar kerana sekiranya placenta masih di bawah, aku akan ditahan di hospital. Sepanjang waktu menunggu giliran nama dipanggil aku berdoa dan berzikir moga2 placenta sudah naik. Bila sampai di bilik ujian ultrasound, doktor senyap buat beberapa minit. Kemudian dia bersuara,
“em, Nampak macam perempuan je!”

Aku tersenyum gembira bila dia memberitahuku jantina anakku. Tetapi perasaan berdebar dan ingin tahu kedudukan placenta lebih banyak berbanding jantina. Aku tidak berhenti berzikir dalam hati bila doktor memeriksa perutku. Aku masih berharap agar placenta itu sudah naik. Akan tetapi, doktor akhirnya bersuara,
“placenta awak ni masih di bawah…”

Aku berasa sangat hampa dan kecewa waktu itu. Rasa seperti ingin menangis tapi aku tahan je. Kemudian doktor itu zoom muka baby dan buat pertama kali aku melihat muka baby dalam ultrasound. COMEL SANGAT!!!!!!!!! Dia nmpk tembam dan sebelah tangannya menutup muka. Jadinya aku hanya dapat melihat separuh mukanya. Subahanallah, indahnya ciptaanMu. Hati aku terubat sikit bila melihat wajah baby. Pandai juga doktor itu mengambil hati aku. Hehe..
Tapinya, petang itu aku terpaksa bermalam di hospital …

Hospital oh hospital…..

Tuesday, March 3, 2009

Lapar

Saat ini aku sangat lapar.. walhal baru 2jam lepas aku makan nasi, kemudian buah epal, dan baru 5 minit sudah makan bubur jagung... tapi perutku memulas2 rasa lapar.. pedih.. mcm tak makan seharian..

rasa macam nak golek2 atas katil mcm tenggiling menghilangkan rasa sakit perut yang kononnye lapar.. huhu

Monday, March 2, 2009

32 weeks 3 days

Sepanjang kehamilan, aku mengalami beberapa alahan.. huhu… baru ku tahu mengandung ni bukan mudah.. apa lg kalau nak melahirkan nanti.. nervousnya! Hm, nak share sikit pengalaman aku sepanjang mengandung ni aku mengalami...

1. Letih

Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah: * Tidak datang haid. * Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif. * Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah. *Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil. * Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.

Masa mula2 pregnant, aku memang cepat letih dan selalu je nak tidur. Hehe.. masa tu masih di Uia, balik kelas je, mesti letih sampai tertido2. Bila malam pula, lepas isya’ dah collapse.


2. Loya2 dan muntah

Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi. Bagaimanapun kadang-kadang ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya loya ini tidak diketahui, mungkin ia berpunca dari bertambahnya hormon seks yang dihasilkan ketika hamil. Loya biasanya hilang menjelang
minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi

Yep, aku mengalami alahan muntah2 dan loya tekak waktu hamil 2 bulan.. waktu tu time bulan ramadhan, puasa tinggal 7 hari disebabkan muntah di siang jari. Rasa loyanya lah tekak ni plus tak selera makan. Bayangkan bulan puasa, time lepas makan sahur dan berbuka mesti muntah balik makanan yang masuk dalam perut. Masa tu tak timbang pun berat gue berapa. Sure kurus. Haha.


3. Kerap membuang air kecil

Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing

Huhu, kerap kencing tu jangan citerla.. masa awal2 hamil, hamper 8kali ke toilet waktu malam. Asyik terjaga malam sebab nak terkucil je. Rasa rimas sangat asyik kena ke toilet.. symptom ni berlarutan sampai la sekarang. Cuma sekarang tak seteruk mula2 dulu..


4. Kebas tangan dan kaki

Turut dikenali sebagai Sindrom Carpal Tunnel.

Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:
1.Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.
2. Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.
3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.
Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko menghidap sindrom ini adalah: * Keadaan kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.


Aku mengalami kebas di kaki waktu malam dan lepas bangun dari tidur. Jari tangan dan pergelangan tangan kadang2 rasa lemah. Sampaikan nak berus gigi pun tangan terasa lemah je nak berus. Huhu.. kebas2 ni hilang selepas dah masuk trimester ketiga… alhamdulillah.. mujur hilang cepat sakit tangan dan kaki ni. Kalau tak, seksanya.. huhu..


5. Gatal-gatal

Di akhir kehamilan adalah biasa jika anda terasa gatal-gatal. Ia hanya melibatkan tempat-tempat yang terdapatnya tanda regang di abdomen. Gunakan krim atau minyak zaitun untuk menghilangkan tanda regang tersebut. Losyen Calamine juga boleh digunakan untuk melegakan keadaan. Bagi gatal-gatal yang teruk anda perlukan ubat antihistamin untuk menghilangkannya dan membantu anda tidur di waktu malam.

Aku mengalami gatal2 di perut yang amat sangat. Mungkin sesiapa yang terbaca entry pasal ’tok bidan’ tahu yang aku penah berjumpa tok bidan disebabkan perut naik ruam2 merah yang sangat gatal. Penah juga guna losyen calamine, tapi tak jadi apa2. Kadang2 letak bedak baby nak ilangkan rasa gatal dan perit. Tapi still tak jadi apa. Alhamdulillah, mujur tok su mek cik memberi ubat penawar dan yang penting segala penawar datangnya dari Allah s.w.t


6. Placenta Previa

Kedudukan uri di bawah atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Placenta Previa (PP) merupakan salah satu komplikasi yang biasa ditemui di kalangan wanita hamil. Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), di salah sebuah hospital swasta di Kuantan, Dr. Suraya Arshad berkata, PP merupakan keadaan di mana uri berada pada segmen bawah dinding rahim. Menurut beliau, dalam keadaan ini, uri tersebut boleh menutupi sebahagian atau keseluruhan
bukaan rahim atau os.

“PP cuma boleh didefinisikan sekiranya tempoh kehamilan melebihi 28 minggu. Ini kerana dalam tempoh tersebut segmen bawah rahim mula terbentuk,'’ jelasnya.
Kedudukan uri di bahagian bawah pada peringkat awal kehamilan adalah suatu keadaan yang normal. Biasanya, uri ini akan berubah kedudukannya apabila kehamilan telah mencecah usia 28 minggu. Dr. Suraya memberitahu, hampir 90 peratus kes individu yang mempunyai kedudukan uri di bawah akan berakhir dengan kedudukan uri yang normal di akhir tempoh kehamilan. Dianggarkan PP ditemui satu dalam setiap 200 kelahiran.


PP bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia adalah satu keadaan yang menjelaskan tentang kedudukan uri yang abnormal. Sehingga hari ini punca berlakunya PP ini tidak diketahui. Meskipun begitu, ia boleh membahayakan nyawa ibu mahupun bayi dalam kandungan. Uri dan tali pusat merupakan bahan antara yang menghubungkan ibu dan janin dalam rahim. Uri berfungsi membawa zat makanan kepada bayi dan juga mengeluarkan hormon-hormon yang penting semasa mengandung. Pada masa yang sama ia juga mengkumuhkan bahan-bahan buangan melalui sistem tapisan. Dalam keadaan yang normal kedudukan uri adalah di segmen atas dinding rahim.

Kedudukan uri yang abnormal ini terbahagi kepada tiga iaitu:
1) Marginal PreviaUri terletak di segmen bawah rahim dan di pinggir bukaan rahim.
2) Partial PreviaUri menutupi sebahagian bukaan rahim.
3) Total previaUri menutup keseluruhan bukaan rahim.


Aku mengalami pp sejak 26 minggu.. dan sekarang masih belum diketahui samada placenta itu masih di bawah atau mungkin sudah naik? Subahanallah, hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan Dialah Maha Penyembuh segala penyakit. Aku hanya mampu berdoa dan bertawakkal.. mudah2an baby dan aku selamat.. amin


7. Anemia

Jenis anemia yang lazim, terjadi apabila badan tidak memperolehi ferum yang mencukupi untuk membina sel darah merah tambahan yang diperlukan ketika hamil. Mengambil makanan yang kaya ferum selalunya dapat mencegah anemia jenis ini. Ini termasuklah daging merah, makanan laut, hati, kekacang, sayuran hijau dan bijirin yang diperkaya dengan ferum. Tambahan ferum boleh diambil sewaktu hamil kerana keperluan ferum ketika ini adalah lebih tinggi daripada yang biasa terkandung dalam diet. Namun mengambil ferum tambahan akan menyebabkan najis lebih gelap dan lebih keras, oleh itu anda perlu meningkatkan pengambilan cecair dan serat di dalam diet anda. Pastikan anda menyimpan pil ferum di tempat yang selamat dan sukar dicapai oleh kanak-kanak. Terdapat juga jenis anemia yang lebih serius dan jika dikesan ketika pemeriksaan awal di makmal, kehamilan anda akan diawasi dengan teliti.

Baru minggu lepas aku dapat tahu aku kekurangan darah. Maknanya aku harus lebih banyak makan makanan yang berzat besi untuk menambahkan darah. Yep, mungkin aku kena lebihkan sayuran dan makan kerang. Huhu


8. Pertumbuhan bulu

Perubahan hormon juga menyebabkan rambut ibu menjadi lebih lebat, kadangkala mungkin tumbuh pula bulu-bulu di bahagian-bahagian yang sebelum ini tidak m empunyai bulu. Pertumbuhan bulu-bulu baru ini dipanggil ‘hirsutism’ dan ianya akan hilang setelah enam bulan anak dilahirkan.Keguguran rambut juga mungkin berlaku dalam masa tiga bulan selepas kelahiran. Ini adalah perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan kerana keadaan rambut pada badan ibu sedang kembali kepada keadaan sebelum mengandung. Tidak ada ubat yang dapat digunakan untuk menghalang keguguran rambut ini selepas kelahiran anak. Untuk kehadiran bulu-bulu di bahagian-bahagian lain badan, ibu-ibu boleh mencabutnya ataupun berhubung dengan pakar-pakar kecantikan jika ia tidak hilang selepas
enam bulan.

Pertumbuhan bulu di bahagian perut dan tempat yang tak sepatutnya sangatlah meng’stress’ kan aku. Huhu.. tapi takpela, symptom mengandung la katakan.. asal baby selamat dan sihat sudahla..


9. Tompok-tompok gelap atau hitam

Ketika mengandung, para ibu mungkin menyedari kehadiran tompok atau bintik kegelapan (kehitaman) pada payudara, puting dan juga di celah kangkang.Ini adalah kerana paras melanin yang meningkat iaitu komponen yang memberikan warna pada rambut dan juga kulit.Kira-kira 90 peratus wanita mengandung akan mengalami tompok-tompok kehitaman ini sementara mereka yang berkulit gelap akan menunjukkan kesan-kesan melanin dengan lebih jelas. Tompok-tompok kekelabuan sekitar mata, hidung dan pipi pula dipanggil “chloasma” ataupun dikenali sebagai “topeng mengandung”. Hampir 70 peratus mereka yang mengandung akan mengalami perubahan kulit ini. Sekiranya terdedah kepada matahari secara berpanjangan, warna tompokan ini akan menjadi lebih jelas serta gelap. Oleh itu, ibu-ibu harus mengehadkan pendedahan muka pada matahari sekiranya tidak mahu tompokan ini menjadi lebih jelas kelihatan.

Tompok2 hitam jelas kelihatan di muka aku waktu awal2 pregnant dulu. Sekarang ni ada juga, Cuma dah kurang. Bahagian belakang leher dan ketiak memang ketara hitamnya. Huhu.. huduh je rasa.. waaaa…


10. Keputihan

Semasa mengandung, masalah keputihan boleh menjadi semakin banyak sehingga timbul rasa tidak selesa. Ini disebabkan perubahan paras hormon badan menyebabkan terdapatnya pertambahan pengaliran darah di kawasan vagina dan pertambahan flora organisma normal di kawasan vagina. Pastikan discaj vagina ini tidak bertukar menjadi berbau atau berubah warna seperti kehijauan/kuning atau gatal kerana ini bermakna puan mesti mendapatkan rawatan untuk jangkitan vagina. Jagalah kebersihan diri, gunakan seluar dalam dari kain kapas/cotton dan pantiliner/sanitary napkins. Elakkan memakai seluar panjang dari kain nylon. Jangan gunakan cecair pembersih vagina (douche) semasa mengandung kerana ini boleh membahayakan puan.

Hm, masalah keputihan jangan cakapla.. lately, bila dah masuk trimester ketiga ni makin banyak. Masa kat hospital dah kena masuk ubat kat ‘toot’ sebanyak 3 kali. Huhu.. tapi masih ada lagi. Kalau time letih dan terlalu banyak berjalan,
makin banyak makhluk keputihan ni.


11. Sakit tulang punggung

Sakitnya susah nak gambarkan.. bila duduk or tidur pun masa terasa sakit tulang punggung.. huhu.. memang takde ubat.. ubatnya SABAR je la.. huuuuuuuu


12. Pendarahan

Pendarahan tanpa rasa sakit yang boleh berlaku bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan pun dalam tempoh 28 minggu kehamilan sehingga sebelum kelahiran. Pendarahan ini mungkin banyak atau sedikit.Walaupun mungkin sedikit namun ia adalah tanda amaran yang mana keadaan yang lebih serius lagi mungkin akan berlaku. Pendarahan serius seperti air paip mengalir boleh berlaku yang boleh mengakibatkan individu kehilangan banyak darah.Kehilangan darah yang banyak ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan kematian ibu dan anak yang dikandung.

Aku mengalami pendarahan 2kali sepanjang mengandung ni. Mula-mula time 8minggu pregnant. Masa tu doktor kata kemungkinan disebabkan pemakanan yang pedas2 atau stress. Hehe, mana taknya, sehari sebelum pendarahan tu, gue n suami makan nando’s.. masakan pedas. Kali kedua pula sewaktu 26 minggu. Tanpa apa2 sebab, bila scan rupanya placenta kat bawah, makanya baru tahu penyakit ‘placenta previa’. Huhu..


13. Kulit berminyak

Lately kulit muka aku sangatlah berminyak.. bila google2, rupanya memang symptom mengandung juga kulit berminyak ni.. hehe.. takpela.. dugaan demi dugaan.. semoga dugaan ini penghapus dosa.. Amin..

Thursday, February 26, 2009

Tiga

yep, ada tiga perkara yang boleh buat aku phobia, stress dan kurang keyakinan diri..
hehe.. i'm so typical women yang takut

  1. gemok
  2. hitam

  3. jerawat

haha.. wpun aku cukup takut dgn 3 benda ni.. tp aku dah hadapi ketiga-tiganya.. huhu.. apa boleh buat..





gambar di sebelah kiri - waktu 5 bulan pregnant.. heh, da tembam! dlm 60kg kot..









Dan gambar di sebelah kanan ni waktu zaman bertunang. berat dalam 48 kg camtula.. heh





Em, pasal hitam plak.. waktu duk kat negeri pantai timur ni aku dah makin gelap skit.. bila balik shah alam mesti org tegur,"nape ko makin gelap?" aiyoo.. sentitip tau!.. hehe

JERAWAT? musuh utama masa sekolah rendah dan menengah dulu.. aku start ada jerawat masa darjah 5.. which mean masa usia 11tahun.. huhu.. sampaila aku tingkatan 4.. jenuh nak ilangkan parut2 jerawat yg serupa batu tu.. hehe.. dan selalu bila hari raya, kena marah dengan makcik n pakcik kat kampung sebab muka merah2 berjerawat. uik, salah aku plak jerawat tu nak tumbuh, mana la aku leh halang2 dia dari tumbuh kan? ;p

em, pastu masa tingkatan 4 aku dapat formula sendiri nak ilangkan jerawat.. sebab aku dah TENSION dgn muka yg lebam2 jer plus org duk mengata jek pasal jerawat aku.. bosan.. heh..
then, ni la formulanya..
  • bedak sejuk
  • daun pegaga
  • air limau nipis

gaul semua bahan, jangan campur air langsung.. guna air perahan limau nipis aje.. then, daun pegaga tu kena tumbuk2 bagi lumat skit, mula2 pakai 9 helai, then 7, then 5, then 3, pastu selawat masa letak kat muka.. pastu pakai la 9 helai balik.. rotate smp la puas hati jerawat akan jdik kering.. pastu muka menggelupas skit.. tapi sbnrnye elok untuk tukar kulit..

untuk menghaluskan lagi kulit yg da kering lepas guna bedak sejuk+daun pegaga+limau nipis tu, guna plak lendir daun lidah buaya. Lendir tu letak kat muka, basuh lepas 15 minit guna air suam.. Alhamdulillah mujarab... tapinya kena konsisten la... aku dulu buat treatment tu smp berbulan2 juga..

smpkan abang aku penah cakap..

"asal muka ko macam askar je? asyik tepek daun kat muka je".. hehe....

tapi skang ni.. dia leh tanya lak "eh, dulu ko byk jerawat kan? macam mana leh ilang?.. heh

Sekian.. :)

Tuesday, January 27, 2009

Placenta Praevia

Sekarang aku kat hospital di KT, mengalami placenta previa yang bermaksud plasenta (uri) berada di bahagian bawah hampir dengan serviks. Dalam keadaan yang normal, plasenta sepatutnya berada di bahagian atas perut. Keadaan ini tidak baik untuk ibu dan biasanya 3 daripada 4 ibu yang mengalami placenta preavia akan melahirkan bayinya melalui kaedah caesarian. Alhamdulillah, keadaan bayi aku sekarang ok, dia masih sihat, aktif dan sesekali menendang. Semalam doktor kata beratnya 900gm.

Kandungan aku baru 27 minggu. Oleh sebab itu doktor terpaksa menyuntik sesuatu yang amat menyakitkan bagi mematangkan paru-paru bayi dalam kandungan, ini adalah persediaan awal jika sekiranya terpaksa melahirkan lebih awal sebelum cukup bulan. Suntikan itu memang sangat menyakitkan, aku hampir-hampir menangis malah kadang-kadang memang menangis menahan kesakitan.

Hari ni masuk hari ketiga aku di sini, tapi aku teramatlah boring duduk kat hospital ni.. Huhu.. Bosan yang teramat. Doktor kata mngkin lama kena tinggal kat sini. Orang sebelah aku ni dah hampir dua minggu duduk sini tak keluar-keluar jugak kerana mengalami masalah yang sama, PP. Setiap saat aku berdoa agar Allah memberikan keajaiban pada aku dan bayi aku, agar dinaikkan semula plasenta ke bahagian atas dan aku boleh balik ke rumah dengan segera..

Ps: Entri ni dibuat oleh suami aku, kat hospital ni aku tak dibenarkan menggunakan peralatan elektrik. Kalau boleh pakai pun macamlah ada wifi... Hehe. Apa-apa mesej atau komen sila tinggalkan di comment box, my husband will update me. Thank you.

Sunday, November 23, 2008

Tok Bidan

Sabtu lepas aku ke kampung suamiku di chalok, terengganu. Kami mengunjungi rumah nenek saudaranya yang di panggil 'Tok Su Mek Cik'... Semasa aku sampai di rumah Tok Su, ibu mertuaku memberitahu Tok Su bahawa perut aku merah2 dan gatal... kemudian Tok Su melihat perutku. Waktu it aku tidak tahu pula yang Tok Su itu adalah Tok Bidan... Tok Su menyuruh ayah mertuaku mencari limau nipis utk dibuat ubat. Aku sangat terkejut dan takut waktu itu. Maklumla, bagi aku Tok Bidan hanya wujud di televisyen dan mungkin hanya orang dulu-dulu kala aje yang berjumpa tok bidan. huhu...

Tok Su menyapu minyak ke atas perutku dan kemudian aku disuruh mandi air limau yang dibaca ayat2.. huhu.. Semasa itu aku sangatlah segan dan takut sbb aku diurut2 dan dimandi oleh orang yang aku tak berapa kenal. Terasa nak tergelak pun ya juga kerana aku tidak percaya yang aku berjumpa dengan tok bidan! bagiku ianya sangat janggal dan aneh. Aku dibesarkan di bandar, tidak pula ku tahu wujudnya tok bidan pada zaman sekarang ni.

Apa pun aku amat berterima kasih kepada Tok Su kerana bersusah payah mengubati alahan di perutku, namun kami terlupa memberi duit pengeras untuk Tok Su. Sebenarnya aku sendiri tidak pernah tahu kena beri duit untuk orang yang mengubat kita kerana aku sangkakan tok su cuma ahli keluarga suamiku yang belum aku jumpa.

Selamat Hari Raya 2023