Tak sangka kejap je masa berlalu... hampir setahun dua bulan aku jadik housewife.. dan sudah sembilan bulan aku jadi ummi.. dan dua tahun sebulan aku jadi isteri..
Aku rindu zaman belajar kat universiti dulu..
Aku rindu zaman single mingle dulu... wahaha...
Aku rindu nak lepak2 dengan kawan2 macam dulu2...
Aku rindu nak ulang alik uia ke shah alam naik LRT dan komuter...
Aku rindu zaman SMS dengan laki aku...
Aku rindu nak pakai baju sekolah dan pergi sekolah naik basikal..
Aku rindu nak jadik adik bongsu kepada abang dan kakak aku..
Aku rindu nak gaduh2 kemas bilik dengan kakak aku...
Aku rindu nak berdua2 dengan laki aku macam dulu2... sekarang dah bertiga! hehe..
Aku rindu program2 bersama kawan2
Aku rindu nak makan makanan mama aku masak
Tibe2 je! ;p
Tertulislah kisah tentang bunga mawar, di tengah belukar yang penuh dengan duri...
Tuesday, January 26, 2010
Friday, January 22, 2010
Gara-gara aerobik
Disebabkan aku rasa aku ni asyik duduk saja je, duk main internet memanjang, jadinya aku rasa aku perlukan sesuatu yang baru..
Bila aku ternampak CD aerobik di kedai, aku terus membelinya tanpa berfikir 2 kali. hehee... ada la juga aktiviti baru.. dan kononnya hasrat nak kurus plus nak exercise la kan setiap pagi...
Jadinya, di suatu pagi tu aku bersemangat bangun awal dan pasang CD aerobik tu.. sedang aku asyik buat aerobik, tiba2 si Embun gelak.. suka benar dia.. huhu.. terasa mcm anak aku gelakkan aku jek.. hehe.. yg penting semangat aerobik aku makin berkobar bila si kecik ni kasi support kat ummi dia.. hee.. thank you sayangku Embun.. nanti awak dah besar, kita aerobik sama2 ye!
Keesokkan harinya kaki aku lenguh2 dan sakit.. isk, ni semua gara2 buat aerobik! hahaa.. maklumla dah lama tak exercise... macam ni la jadinya.. huhu...
"amalkan cara hidup sihat"

Sunday, January 17, 2010
Snow in Muree dan Nathiagali, Pakistan
Alhamdulillah, berpeluang jugak aku tgk dan main snow.. mulanya aku ingatkan aku akan jdik excited bila tgk snow, tapinya biasa2 aje, sebab rasa snow tu macam ais dalam freezer tu.. hehe.. tapi apa pun syukur berpeluang lihat kejadian alam yang Tuhan cipta ni. Bukan semua berpeluang nak tengok salji, lagi2 kita yang dari bumi khatulistiwa. :)
Kemudian kami singgah ke Mall road, lunch kat sana dan jalan2 tgk kedai.. ( beli skit2 je! hehe). Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Nathiagali..On d way ke Nathiagali,snow makin banyak dan kami sempat bergambar kat tgh jalan, ada snow man version Pakistan. Kami dikenakan charge Rs20 untuk setiap satu gambar yang kami snap. huhu... cari makan betul pakcik yang buat snowman tu!.
:)
Thursday, January 14, 2010
Talking Business here..
Aku kira beruntung sebenarnya dapat duduk kat negara ni, tolak tepi semua yang negatif, there is still a bright sight of Pakistan..
Sebab apa aku kata untung? sebabnya nilai rupee rendah berbanding RM dan USD... so, we earn more when we live here.. it is an advantage!.. but honestly, cost of living in Islamabad is much higher than in Kuala Lumpur.. tak percaya ek?? kalau aku beli sekilo ikan kembung di sini harganya lebih kurang RM15.. walhal kalau kat Terengganu dulu beli ikan sekilo dalam RM6 camtu..Harga makanan fastfood di sini macam KFC or McDonald di sini lebih mahal berbanding di Malaysia. Kalau restoran pula, mesti ada GST.. yg sgtlah tinggi.. kadang2 charge GST tu sampai RS2000 bersamaan RM80.
Tapi, yg bestnya..
*baju
*kain
*suite
*barangan kulit
*baju kait
*buah2an
*sayur
*gemstones
*perabot
*carpet
semua di atas murah!!!!... so, i think if i make bisness based on all cheap stuff here, kayo den! hihi...
so dear readers, hangpa rasa mana yg best utk dibuat bisness? wahaaaa..

Wednesday, January 13, 2010
Winter di Islamabad
Salam all..
Winter di sini tak sesejuk di UK, US or Russia.. Di sini sejuknya bila malam mungkin akan mencecah -1, tapi biasanya dalam range 4 - 18 celcius je... well, it still cold!..
Pakistan ni besar, kat northen area barula ada snow.. mcm Gilgit,Skardu dah ada snow.. Muree pun biasanya ada snow, but this year tak tahu la kenapa tak turun lagi snow kat Muree.. Biasanya orang Islamabad akan ke Muree untuk bermain snow sebab Islamabad ke Muree cuma 30 minute je.. So this weekend we plan to go there, tgk la, ada rezki kami tgk snow ke tak...
Orang di sini kata, kalau nak tukar musim pasti akan hujan dulu. Dah agak lama hujan tak turun. Mungkin kalau nanti hujan, cuaca akan jadi lebih sejuk dan snow akan turun di Muree nanti. Di Islamabad snow tak pernah lagi turun.
Mula2 i think winter is cool! but it rather just COLD!... nak mandi, basuh pinggan,jemur kain, masak, or ke dapur memang sgtlah malas.. sejuk!!!... minyak masak yang kami beli di Malaysia pun beku! Tapi minyak yang kami beli di sini tak pula beku.. nape ek?..itu tak dapat nak jawabla.. coz i dont know the answer..
Apa yang best musim sejuk ni?
Best sebab kena beli baju baru! hahaha.... kami akan pakai at least 3 lapis baju.. hm, aku kekdg selapis je pun, pastu mula la mengadu sejuk! Si kecik Embun pula lagi la banyak kami kena pakaikan baju untuk dia.. kesian pula dia, kekadang bila nak tukar lampin, menjerit2 dia sebab sejuk bila kena bukak seluar.. hoho.. tapi dia baik2 aje.. anak ummi kan! mestilah kuat! yea..
Dan aku juga suka baju kait ala2 cardigan tu! Musim sejuk ni banyak baju kait, murah2jugak nak compare kat Malaysia kan..Baru2 ni aku beli baju turtle neck, murah sangat, selesa pakai bila musim macam ni. Harga dia Rs300, kalau convert duit kita mungkin dalam RM12. Menyesal pula tak beli banyak hari tu.. hehe.. nanti nak beli lagi la.. heeee.. :)
Em, rasanya tu je la kot nak citer pasal winter di sini. Lain kali mawar update lagi la ye..
Thursday, January 7, 2010
2nd Year Wedding Anniversary
28 December 2009, genaplah 2 tahun usia perkahwinan aku dan encik suami... Umur embun pula sudah 8 bulan lebih.. Alhamdulillah, thanks to Allah for giving me such a beautiful family..
Teringat pula zaman perkenalan aku dan encik suami..
Waktu itu, aku masih di tahun satu di uiam, gombak.. Encik suami pula di tahun akhir. Semasa minggu taaruf, Encik suami menjadi committee, nak dijadikan jodoh berjumpa, aku pula mengalami Darhea.. dan Encik suami selaku committee terpaksala membawa aku ke klinik di universiti. Selepas itu kami cuma bertentang mata dan hanya berbalas senyum bila berjumpa.. kami tak pernah berbual panjang cuma bertanya khabar dan "hi" saja..
Perkenalan kami ringkas dan bersahaja, kami tak banyak menghabiskan masa bersama. Aku pada mulanya agak ego untuk mengaku yang aku sukakan dia.. tapi bila dia sudah habis belajar, mula terasa kehilangan.. itulah manusia, bila depan mata, buat tak reti, bila dah hilang mula rasa menyesal.. Tapi Alhamdulillah, jodoh kami panjang, kami terjumpa lagi bila dia buat clearance result dia, dan pada hari itu jugalah dia bertanyakan samada sanggupkah aku jadi isterinya?
Pada mulanya aku sangat terkejut, pelik juga tiba2 saja dia ajak kahwin? Kami tak pernah kenal secara dekat, kami tak pernah berbual panjang, tiba2 mahu ajak kahwin? Hu.. Meremang bulu roma bila teringat kisah itu.. Kadang2 aku rasa macam dia hanya bergurau.. Dan selepas itu aku mengambil keputusan untuk kenal dia dahulu..
Tak sampai setahun kami rapat, aku telah menyuruhnya berjumpa papa untuk bertanyakan tentang niatnya. Dan alhamdulillah, papa sangat sporting, dia rasional dan banyak bertanyakan benda yang seharusnya encik suami lakukan sebelum benar2 mahu mendirikan rumahtangga. Seterusnya kami bertunang 6 bulan dan berkahwin pada 28 December 2007 @18 Zulhijjah... Pada waktu itu aku di tahun akhir pengajian di uiam.. Perkahwinan waktu belajar tak langsung menghalang aku untuk terus belajar.. yang penting restu ibubapa, berkat usaha dan doa.. inshaAllah... He Knows Best!
Dan kini... alhamdulillah, aku sudah bergelar graduan, ibu dan isteri.. :)
Bila pula hendak bergelar Prof atau CEO? hahahaa....
Wednesday, January 6, 2010
Me Lahore jana he..
Me Lahore jana he.. means saya pergi ke Lahore!
Lahore bandar bersejarah, kotanya lebih cantik berbanding Islamabad dan Karachi. Tapi Islamabad lebih bersih la.. Kami ke beberapa tempat perlancongan seperti:
- Lahore Fort
- Masjid Bashahi
- Cocoos Cafe
- Menara seakan2 eiffel
- Wahga border - border antara Pakistan dan India
- Sarapan di Capri Restaurant
- Tempat ibadat sikh
Ini adalah quran yang ditulis menggunakan benang emas.. Pameran terletak di dalam masjid
Playing with my little Embun.
A gate between Lahore Fort and Sikh ritual place
Senibina dalaman Bashahi Mosque
Bashahi Mosque, just like Taj Mahal...
A gate to the Mosque
Yet to enter....
At Wahga border, semangat tau pakcik ni..
Sarapan di Capri.. hanya beralaskan surat khabar.. hehe..Menu : Chai, Puri and Halwa.. not bad!
Gerbang lagi...
Cocoos Cafe groundfloor...

India army and Pakistan army fight for the best...
Tuesday, January 5, 2010
Rohtas Fort
> Here is the map....
Cuti Krismas yang lepas, kami sekeluarga dan seorang kawan malaysia bercuti ke Lahore.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Islamabad ke Lahore. Dalam perjalanan ke Lahore, kami singgah di Rohtas Fort. Kota lama yang dibina pada zaman British dahulu. Tempat itu lebih kepada kubu pertahanan orang zaman dulu. Bangunan yang dibina masih kukuh dan meninggalkan sejarah yang amat dibanggakan oleh rakyat Pakistan.
Di sana juga terdapat pemujaan kubur. Mereka di sini ada yang percaya bahawa jika berdoa di kubur wali dan kemudian mengikat kain di atas pokok berdekatan kubur wali, doa mereka akan dimakbulkan. Wallahua'alam.. Apa pun,saya amat terpegun melihat keunikkan seni bina dan pemandangan yang cantik di sana. Subahanallah.. memang rasa seperti berada di zaman silam.Di bawah ada beberapa gambar untuk tatapan pembaca.. selamat mengembara ke kota Rohtas... :)
lubang ini adalah lubang dimana orang zaman dulu kena potong kepala. Tempat ini sangat tinggi dan saya terduduk seketika bila memandang ke bawah.. Gayat!!!!!!!!!!!!....

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Dari ayah kepada Kekwa (semasa kelahiran Kekwa) Allahyarham W Ahmad Fadzil Alhamdulillah! Selamat datang, wahai anak. Inilah dunia. Ingat,...