bila perasaan sedih mula singgah dalam hati,
tarik nafas dalam dalam.. dan kawal perasaan dengan
-ignore sahaja orang sekeliling
-bila ternampak pasangan suami isteri tgh layan anak-anak mereka, buat buat tak nampak je supaya kita tidak terlalu memikirkan kekurangan kita..
-cuba alihkan perhatian tengok orang lain yang bawak anak tanpa suami.. mgkin suami diorang sibuk, at least kita yg dh takde suami ni tahu dah takde,camane nak teman jejalan kan.. kalau yg suami sibuk, sian plak diorang kan...
-bila terpandang keluarga bawak mak yg sudah tua jejalan, dalam hati kena banyak banyak doakan mak yang dalam kubur, semoga Allah ampunkan segala dosa dosanya.
- elakkan pergi reunion kalau hati belum kuat atau mood swing, nanti tak pasal pasal makan hati sendiri... kalau hati kuat, dan mood tengah okay, join je lah reunion tu , mana tahu dapat gembirakan hati..
kesimpulannya...jangan duk jalan-jalan sangat aih.. hehehe.. dan sbnrnya kita adalah apa yang kita fikirkan.. kalau kita fikir kita nak sedih,sedihlah kita..kalau kita fikir kita bahagia,bahagialah kita.. fikiran kita,kita yang kawal, jadi pilihlah, nak jadi orang yg bahagia atau orang yg berduka?
dua-dua pun ada hikmahnya,
ketika sedang berduka,ada muhasabah di dalamnya,
ketika sedang gembira, ada senyuman diukir di wajah kita..
pilih lah apa saja yg membawa kebaikan kepada kita!