Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

Saya kagum dengan encik suami saya

Semalam saya mencuba satu resepi baru.. "burger Malaysia"...
saya ambil resepi dari fotopages kawan yang pernah tinggal di Islamabad, dan kini dia di Dublin.
Terasa sangat terliur melihat gambar yang dipamerkan di fotopages dia tu.. dan saya pun mahu mencubanya!

Setelah menyalin resepi, saya menyuruh encik suami membeli beberapa bahan untuk saya membuat kuih itu. Dan dengan terujanya saya mahu mencuba menguli doh roti burger. Sambal bilis telah saya buat semasa memasak nasi lemak. Makin mudahlah kerja saya. Cuma membuat roti burger dan letakkan inti sambal bilis serta sedikit hirisan timun di dalamnya.

Semasa saya mahu menguli doh roti burger, encik suami cuma melihat dengan reaksi yang pelik. Lalu dia pun berkata, "macam tu ke you uli?"
dan saya membalas dengan bangganya, "yup, this is my first time in my whole life i menguli tepung dengan tangan"
Dia pun pergi meninggal dapur dan membiarkan saya menguli..

Setengah jam selepas saya membiarkan adunan yang diuli itu naik, saya menyuruh encik suami melihat adunan saya. Sudah kembang dua kali ganda ke?...

Dan setelah dia melihat adunan itu, dia terperanjat lalu berkata,
"You ni uli ke tak? kenapa nampak tepung2 kasar lagi ni?"..

Saya dengan selamba menjawab, " er, macam tu je la saya uli.. saya kan kata tak pernah menguli"... Lalu encik suami duduk bersila di karpet dapur dan menguli semula adunan roti burger itu..



Saya amat terkejut dan kagum sekali melihat cara dia menguli roti itu lalu saya bertanya samada dia pernah ke menguli sebelum ini, dan dia cuma berkata, "saya slalu tengok che dan kakak2 saya menguli sebelum ini"..



Terdapat sedikit kekesalan di hati saya kerana selama ini saya tidak pernah ambil peduli apa yang mama saya buat di dapur, bila sekarang baru terhegeh2 nak belajar cara2nya.. huhu... mujur dapat encik suami yang serba boleh.. alhamdulillah...

Dan akhirnya encik suamilah yang menguli tepung itu, dan saya menggoreng dan menyiapkan hingga menjadi "burger Malaysia"





Wednesday, April 14, 2010

Teh Tarik Islamabad

Oh, aku sangat rindukan tanah airku Malaysia....
tanah tumpah darahku.. wahahaha.. patriotik la plak kan..

sebab apa aku rindu Malaysia??
sebab aku nak minum Teh Tarik!!!!! di sini cuma ada "chai" atau "dutpatti"

Chai tu teh dgn susu... dan dutpatti tu dia rebus teh dan susu.. tu je bezanya..
tapi di sini tiada Teh Tarik...

ok, mengidam ke? wahaha.. takla.. teringat... dan teringin aja!!!!
dan akhirnya aku pun membuat sndiri.. :)


Siap beli gelas khas utk teh tarik.. hahaha... baru ada feel minum teh tarik, mcm kat kedai mamak!! hehehee...

Macam mana aku buat? haha.. hentam saja la labu...

Rebus dua uncang teh boh bersama 2 gelas air, bila dah mendidih, letak dalam gelas dan campurkan 2 sudu susu cair, 2 sudu susu pekat.. kalau tak cukup manis, letak gula sikit!.. dan tariklah!!! jadikla TEH TARIK islamabad!! :)

Wednesday, December 9, 2009

New Look! :)


Mawar Nafastari ingin berwajah baru, lebih moden dan ceria.. seperti kartun di sebelah kiri itu.. heheee...

Btw, i create 2 new blog today..


  1. Mawar Recipes

  2. Embun

Hm, blog recipe tu saje je nak letak semua resepi dari my mama n others jugakla, and some ada yang cincai sendiri je.. hehe.. feel free to share yours too k? Bila letak dalam ni organise skit la daripada letak dalam buku yang terselit byk kertas resepi.. heh ;p


Blog Embun tu hanya untuk Embun sebenarnya.. tapi sapa2 nak baca sila lah, kira macam diary Embun made by her parents la.. Mana la tahu bila besar nanti dia dah cerdik IT, boleh la dia tgk sendiri blog yang diciptakan khas untuk dia tu.


Anyway, Mawar Nafastari still the main blog! :)


Do visit Mawar when ever u feel free.. aceceh.. macam la ada reader sgt kan? ;p


Till then, Taraa~


Monday, August 3, 2009

Sape boleh tolong saya??..

Saya nak adakan majlis makan2 di rumah saya.. tapi masalah saya, saya tak reti nak masak banyak2 dan tak tahu nak masak apa utk orang ramai ni.. em, nak buat house warming, dah pindah umah dekat sebulan, tapi tak ngajak org makan lagi.. huhu..

nak masak apa ek? kasik resepi skali.. utk 50 org makan camtu kot?? ;p


** matila saya, masak utk berdua pun tak sedap mana, nak bg 50 org makan?? aiyo.. mcam mana ni?????...

Monday, July 27, 2009

Ketam saya suka!


Sup Ketam simple
Hari ini aku dah kehabisan idea nak masak apa, tambahan pula, dgn bahan yg limited, kontena blum smp, jadi hanya da bahan2 asas sahaja. Cara2 memasak sup ketam adalah seperti berikut:
Bahan-bahan
1. ketam dibelah dua - ikot suka nak byk mana
2. 3 ulas bawang merah - dimayang
3. 2 ulas bawang putih - diketuk
4. sedikit halia - diketuk
5. stok ayam
6. daun bawang - dipotong
7. garam - sesedap rasa
8. air - ikot byk mana sup anda mahu
Cara-cara
Masukkan kesemua bahan dan tunggu hingga didih, baru masukkan daun bawang.
Siap!
Simple tak?;p

Thursday, November 27, 2008

My Favourite Puding!

Sharing is caring.. tak gitu?
so i nak share my fav puding recipe dgn u all..
sedap! tak tipu tau...
jom, cuba.. ni resipi dia;
Puding Laici
  • 4 biji telur ayam
  • 1 bungkus agar2
  • 1 1/2 gelas gula pasir
  • 6 gelas air
  • 1 tin laici - suku diblend, lagi suku di potong2
  • sedikit isin vanilla
  • 1 tin susu cair

Cara2nya..

  1. agar2 direndam dahulu
  2. apabila agar2 dah lembut, masak agar2 dgn air 6 gelas hingga didih
  3. masukkan gula pasir hingga masak
  4. sambil tu, pukul telur putih hingga naik jd putih betul2, ala2 buih buih gitu..
  5. sambil tu juga, kacau merah telur, air laici yang diblend dan potong serta susu cair hingga sebati dalam satu mangkuk
  6. bila mendidih, baru masukkan merah telur @ kuning telur yang dikacau sebati bersama susu cair dan laici ke dalam periuk
  7. dah didih, tutup api dan cepat2 masukkan putih telur yang dipukul smp putih tu..
  8. masukkan dalam peti sejuk

siap!!!

*nak kacau putih telur tu, guna mixer senang naik skit buih dia.

try it, u'll like it!

:)

Wednesday, November 26, 2008

Recipe...

Hi!.. semenjak duduk rumah ni, mawar asyik buka TV Asean Food Channel (AFC) aje
Disebabkan terpengaruh dengan rancangan itu,
kali ni mawar nak share resipi sikit..
baikla tuan2 dan puan2, hari ini kita masak ayam masak kurma ok?
nak tahu bahan2nya?...

Ayam masak kurma




  • rempah kurma - 2 packet
  • bawang merah - 6 ulas
  • bawang putih - 3 ulas
  • halia- sebesar ibu jari anda, bukan baby anda.. hehe
  • ayam
  • ubi kentang - 2 biji
  • lada hijau - dibelah dua
  • buah pelaga - 4 biji
  • cengkih - 6 biji
  • kayu manis - 1
  • 1/2 tin susu cair
  • limau nipis - 2 biji
  • garam
  • cik aji..... hohoho...

Cara2nya...

  1. letak kuali atas dapur gas
  2. bubuh minyak sedikit panaskan minyak..
  3. tumis rempah kurma (oh ye, rempah kurma itu harus diletak air sedikit ya..)
  4. dah garing rempah tu, masukkan bawang merah, putih dan halia yang ditumbuk atau di blend
  5. apabila dah naik bau, masukkan air sedikit.. (jgn banyak sangat tau)
  6. apabila mendidih, letak ayam dan ubi kentang serta lada hijau
  7. kemudian, bubuh cengkih, pelaga dan kayu manis
  8. masukkan *tairu apabila mendidih
  9. garam dan cik aji sedikit..

*tairu - perahan limau nipis bersama susu cair

Selamat mencuba ye!...

Selamat Hari Raya 2023