Tertulislah kisah tentang bunga mawar, di tengah belukar yang penuh dengan duri...
Thursday, September 16, 2010
eid mubarak
Tahun ni adalah tahun kedua aku sekeluarga beraya di Islambad Pakistan.. Rasanya tahun lepas aku tak bercerita bagaimana perayaan hari raya eidulfitri disambut di sini.. Sotahun ni aku nak citer skitlah..
Pagi2 raya sebelum pergi solat sunat eidulfitri, aku bersarapan dulu, sediakan juadah raya yg simple2 je.. Untuk makan dua setengah org.. Mek embun tu kira setengah lah portion dia.. Hihi.. Raya kali ni aku masak rendang, nasi impit, kuah kacang dan lontong.. 1st time buat lontong.. Sedapnye! Ceceh.. Puji diri sndri plak.. Tak malunye! ;p tp bila kat negeri orh ni.. Kite masak apa pun rasa sedap je tekak ni..
Dah habis makan2, bergambar sefamily plak kat umah.. Pastu br lah bergerak ke Rumah Malaysia, iaitu kediaman ambasador Malaysia di Pakistan.. Semua Malaysian akan berkumpul dan solat sunat raya di sana.. Di imam oleh student madrasah kat Pakistan ni.. Kebanyakan student blaja kat Karachi.. Depa cuti , duduk lah kat sesetengah rumah org malaysia kita kat sini..
Selepas solat kami bergambar pula ramai2.. Mintak maaf semua, rasa mcm anak2 balik umah mak ayah, kumpul ramai2 keluarga dalam satu rumah.. Meriah sgt! Terubat la rindu beraya kat kg sndri.. Lepas tu aktivitu makan!! Byk giler juadah disediakan.. Aku bawak potluck kuih raya dua jenis dan serunding jek! Kikiki.. Tu je la yg aku mampu buat. ;p serunding tu beli jek! Kuih raya plak, jen jen jeng!! Homemade ok! :) aku buat kuih mazola dan choc chip cookies.. Kata org2 yg makan tu, rupa tak menarik, rentung! Hahahaha.. Tapi rasanya menarik! Kuang kuang kuang...
Pastu aktiviti karaoke lah, sementara the ladies duduk kat dapur mengumpat! Hahaha.. Sebenarnya kami ke dapur untuk mengelak daripada kena paksa nyanyi! Kikikiki....
Em mcm mana plak org Pakistan sndri menyambut raya? .. Mereka mcm kita jugak, ada pakai baju baru, cantik2, liplap2 lagi.. Gelang smp ke lengan! Henna or mehdi sesuatu yg wajib bagi kaum wanita bila perayaan.. Tapi bezanya mereka takde budaya kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara or rakan2.. Angpau raya pun takde apatah lagi rendang raya! Hihi.. Yang ada cuma manisan mereka dan mereka akan balik kg berkumpul sanak saudara dalam sebuah rumah sahaja. Lepas tu takde apa dh la.. Duduk2 je mcm hari biasa.. Dan sambutan raya puasa mereka tak semeriah raya korban.. Aku ada bertukar juadah dengan jiran di sini.. Aku bagi mereka rasa rendang, nasi impit dan kuah kacang.. Lontong aku tak bagi plak sbb aku tahu org Pakistanbtak makan santan! Dan mereka membalas juadah kek! :)
Petang raya masing2 pulang ke rumah dan aktiviti membesarkan badan dengan tutup mata dan dengkur! ;p
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Dari ayah kepada Kekwa (semasa kelahiran Kekwa) Allahyarham W Ahmad Fadzil Alhamdulillah! Selamat datang, wahai anak. Inilah dunia. Ingat,...
-
Main pasir bukan kat pantai je... kat rumah pun boleh... DIY.. Do it Yourself 1cup of baby oil 8cu...