Sekali lagi aku ternampak mamat berbaju oren itu,. untuk memudahkan lagi cerita, aku gelar mamat baju oren ni,"dia". Dia ditugaskan membawa mangsa2 orentasi yang kena darhea ke klinik. Kebetulan pula, aku pun kena darhea, jadi dia lah yang terpaksa membawa aku ke klinik. Kami berjalan ke klinik, dan bila habis check up di klinik, dia menyapa aku dan berkata, "boleh balik sendirikan?"... apa lagi yang harus aku jawab, selain senyum dan angguk.. walhal aku tak tahu jalan balik pun sebab belum familiar lagi kawasan universiti tu..
Hari2 berlalu dengan pantas, minggu orientasi sudah habis, aku pun dah mula masuk kelas.. Tapi yang peliknya hampir setiap hari aku akan terserempak dengan dia. Bila kami terjumpa, pasti dia akan senyum dan berkata "hi" atau kadang2 "assalammualaikum" .. aku seperti biasa, malu2 kucing kononnya, cuma membalas senyuman dan pergi...
Kadang2 pelik juga sebab kenapa kerap benar aku terserempak dengan dia, untuk berkenalan memang sesuatu yang mustahil sekali. Sebab aku memang takkan memulakannya. Aku ingat lagi kawan aku pernah cakap, "kalau dalam satu hari terjumpa orang yg sama smp 7kali, bermakna dia jodoh kita"... dan satu hari tu memang pernah lebih 7 kali aku terserempak dengan dia...
Mungkin dia juga seperti aku, mencari peluang untuk berkenalan, dan akhirnya dia berjaya mesej aku di laman "friendster"..akhirnya kami berkenalan... Kenalan tapi tak rapat. Bila terjumpa, cuma berkata "hi".. dan "bye"..tak pernah berbual panjang... mcm lagu "hi, hi, bye, bye" je!... heee...
Setahun berlalu, dia pun sudah habis belajar di universiti.. tiada lagi orang aku nak terserempak... rasa rindu pula.. :)
Kadang aku saja duduk di cafe di mana aku selalu terserempak dia, dan berharap dia lalu... walaupun aku tahu dia dah habis study...aku masih berharap.. smp menitis air mata aku mengharapkan berjumpa dia lagi... sangat aneh kan? .. Tiba2, dia memang betul2 ada depan aku.. rupanya dia sedang ambil result akhirnya... dan malam itu, dia mesej dan meluahkan untuk berkahwin dengan aku...
gila ape dia tu??...
-to be continued-
heheeee ;p