Sunday, October 16, 2011

Kekwa - 10 bulan... Embun - 2 tahun stgh

Alhamdulillah...
Embun dan Kekwa semakin besar dan alhamdulillah mereka sihat dan baik2 sahaja...

Embun...
sudah 2 tahun 6 bulan...
sangat petah bercakap... walaupun kadang2 pelat jugak.. hihi..
sangat bijak, ingatannya sangat kuat...kalau nampak apa2 barang ayahnya, mesti dia akan sebut, "ayah punya!" dan bila tgk tv, ada kubur, dia akan cakap "kubur ayah.."
Pagi2 kalau ummi nak pergi kerja dan adiknya nak ke taska, dia akan kata, "ummi nak work, wawa nak school.." :)
dan suka memerhati apa orang tua buat, lepas tu nak ikut..geram dengan kecomelan Embun ni.. Ayah mesti bangga punya anak macam kamu Embun..
alhamdulillah... Embun baik2 aja, sangat sayangkan adiknya Kekwa.. walaupun kadang dia pukul2 dan tolak juga adiknya tu.. huhu....

Kekwa..
sudah 10 bulan ...
syukur alhamdulillah... Kekwa pun baik2 aja...
semakin bijak dan aktif... sudah pandai berdiri dan meniti...
sangat suka makan! hehehe... masih tembam dan cantik.. dan semakin cantik..;) Ahmad, anak kita tak hitamlah, dia cantik dan cerah.. 
gigi baru tumbuh, 2 batang kat bawah.. lagila suka nak makan.. hehehee...
Kekwa sangat manja dan comel..

ummi sayang sangat anak2 ummi...
Allah, terima kasih atas pinjaman yang sementara ini...
syukur, aku bahagia miliki anugerah ini...

**Kasih sayang, keluarga, dan harta benda semuanya pinjaman daripadaNya... DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali..semoga sentiasa ingatkan hati ini semuanya bukan milik kita, tiada apa milik kita.. kita milik Dia...

Friday, October 7, 2011

Magnum dan cinta

Siapa pernah tengok iklan ni??



first time aku tengok iklan ni masa duduk kat islamabad dulu.. masa tu dekat channel RCTI indonesia.. ha, duduk pakistan tapi tengok cerita indonesia.. hehee..tv malaysia tak sampai satelit ke sana...jd layan citer indon je la.

terliur sgt masa tgk iklan ni.. maklumla ibu mengandung masa tu... masa tu tgh pregnantkan Kekwa.. pulak tu, tgh musim sejuk.. tiba2 mengidam ice cream magnum... trus sms nafastari kat ofis suruh belikan... balik2 je dari ofis, dia pun kata, "pengaruh tv mana pula ni sampai nak makan ice cream ni?..." :)

lepas pada tu, ice cream ni dah jadi kegemaran aku dan dia... kami lebih sukakan magnum almond.. nafastari mesti akan membelikan ice cream ni untuk stok seminggu.. hahaha.. hampir setiap hari kami akan makan ice cream ni... di musim sejuk,makan ice cream sangat best rasanya! tak percaya? cubalah.... hihihihi

sekarang ni kalau tgk ice cream magnum je, teringat dia.....Allah..rindu sangat nk mkn ice cream magnum yang dia belikan...

Selamat Hari Raya 2023