haha.. sangat tak sangka saya memberanikan diri juga membawa kereta tu setelah hampir setahun lebih saya bertukar kereta dengan kakak saya...banyak kenangan khaled@kenari dengan kami.. saya belajar berdikari dengan kereta khaled tu.. dari shah alam ke kluang, dari kluang ke kuala terengganu... dan saya amat sayangkan kereta khaled yang banyak berjasa pada kami.. walaupun kereta itu tidak punya nyawa seperti manusia, tetapi telah saya anggap khaled itu seperti keluarga saya sendiri.... very touching moment bila nak berpisah dengan khaled dan bertukar ke realiti... membawa si putih yang sbnrnya milik keluarga kami...
kat sebelah ni gmbr saya dengan khaled kesayangan kami.. yang banyak beri saya pengalaman dalam membawa kereta. Senang membawanya kerana petak dan kotak je.. sgt sesuai dengan saya yang pendek ini. hihi...
khaled kereta kedua yang saya pakai lepas saya dapat lesen. Kereta pertama yang berjasa dengan saya, kereta satria manual milik abang sulung saya. Saya 'sangat sukakan' cabaran manual itu! hohohohoho...
Dan sekarang, saya harus kembali kepada realiti, saya harus membawa kereta suami saya walau seribu alasan saya beri, saya takut, saya tak pandai bawa, tapi saya HARUS bawa juga.. kerana kereta itu telah jadi harta peninggalan si dia yang bermanfaat buat kami sekeluarga.. semoga harta yang ditinggalkan dia, digunakan untuk manfaat kami yang merupakan anak dan isteri, dapat membantu dia di alam sana.. sungguh, tidak akan pernah saya lupakan dia, dan saya akan sentiasa berusaha melakukan tanggungjawab saya sebagai isterinya dengan menjaga nama baiknya dan amanah yang ditinggalkan dia dengan sebaiknya,,,sob sob.. tibe.. mood sedih plak.. walhal nak citer pasal kereta je....
okay.. jen jen jeng... ni la dia rupa si putih yang saya takut nak bawak dulu tu...
hah.. amik... masih P okay!!! ada 7 bulan to go untuk dapat competent licence... hohoho..
saya harus berani walaupun tak berani sangatlah! ;p
Jom layan lagu kat bawah ni kasi semangat sikit diri nak buat sesuatu yang diluar kemampuan kita...
one.. two... three.... jom nyanyi!
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahanKau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenanganKau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh
Apa pun kita balik kepada Tuhan yang ciptakan kita.. sentiasa tawakal kepadaNya, sungguh segalanya diluar kemampuan kita, namun atas kehendakNya, kita mampu lakukan jika segalanya diserahkan kepadaNya. Saya selalu amalkan ayat di bawah ni jika saya terlalu gementar dan takut atau bila ditimpa kesulitan.. semoga Allah sentiasa melindungi kita dari segala keburukan.. dan jika terjadinya keburukan kepada kita, pasti ada kemanisan disebalik dugaan itu... fikirkan yang baik-baik saja! inshaAllah, Engkaulah apa yang engkau fikirkan!