Wednesday, July 15, 2009

All Time Fav Cartoon.




My little Embun dah genap 3 bulan hari ini.. Sekarang ni dia dah pandai tengok tv. Kalau kami pasang tv, mesti budak kecik ni akan dengan kusyuknya tengok skali. Hehe.. jadi kadang2 aku pasang channel Nickelodeon. Channel ni all time fav channel aku masa aku kecik2 dulu. Well, takla kecik sgt, tapi zaman teenager dulu2..

Hari ini tiba2 aku terlayan cerita kartun 'Rugrats'.. cerita kartun yang aku mmg tak penah miss masa aku tingkatan satu dulu. Masa tu bahasa inggeris aku tak terer mana. skang ni nak kata terer pun takla, tapi masa tingkatan dulu, bila tengok kartun bahasa inggeris pun bukan paham pun apa dia kata. cuma rasa seronok tengok gambar2 yang colorful.

Episod kali ni tentang "The Stork".. Bila dah paham bahasa ongputeh ni seronok plak layan kartun. sebab rupanya kelakar la kartun ni. Episod ni pasal budak nama Angelica ni curious tentang mana datangnya baby. Dia tanya parents dia, "where the baby came from?".. then mak ayah dia pun tak tahu nak explain macam mana, tibe, ayah dia pun kata, "from stork".. um, then mak dia plak kata "from egg".. last2 mereka pun sepakat kata "the stork egg"..


Angelica

Jadinya si budak Angelica ni dengan bangganya dia dapat tahu sesuatu benda, trus nak pegi belagak dekat adik yang lain2. Jadi baby2 yang lain rasa teruja nak juga jaga baby, mereka pun pegi cari sarang burung, dan curi telur dlm sarang burung tu. Kononnya baby ni datang dr sarang tu, jadi mereka anggap sapa2 pun bole jd ayah. Senang2 je budak2 ni kena tipu kan, dan mereka juga senang salah faham. hehe.. so cute!..


Tommy, my fav karakter dlm citer ni.

Monday, July 13, 2009

Basikal

Seingat aku, aku mulai ada basikal masa umur aku 4 tahun. Masa tu mama aku belikan basikal warna pink, ada bakul kat depan dan ada dua roda kat belakang. Disebabkan aku terlalu nakal masa kecik, aku cepat2 nak cabut roda kat belakang tu. konon2 dah terer naik basikal roda dua je. hehe..

Insiden jatuh basikal terlalu banyak kali sampai aku tak ingat dah berapa kali. Tapi yang paling aku ingat, aku naik basikal dengan jiran aku nama dia 'uda'.. (dia sebaya dengan abang aku). aku duduk dekat belakang, dia bawak pastu tetiba jatuh. Habis betis aku kena rantai basikal tu dan kaki aku tersangkut dekat roda belakang. Sampai sekarang parut jatuh basikal masih ada. :)

Kat sini aku nak citer betapa berjasanya basikal kepada aku. Waktu tu aku darjah 6, masa tu jadual harian aku sangat penuh. Pagi pegi skolah kebangsaan, petang sekolah agama, lepas balik sekolah agama, aku kena pergi kelas mengaji, then aku ke pusat tuisyen. Haha.. masa kecik2 dulu, hari minggu je aku dapat main. (walhal, kat kelas mengaji dan tuisyen main2 jugak!).
Aku ke kelas mengaji naik basikal dan ke kelas tuisyen, abang aku yang kedua (Aeh) akan hantar dan ambil aku dengan basikal dia. Seronok sangat bila teringat zaman kanak2. Berani dan aktif! Tak macam sekarang, nak keluar sendiri pun aku dah takut. kenapa la makin beso makin penakut aku ni ye? ;p

Bila dah sekolah menengah pula, ada aktiviti kokurikulum pada waktu petang, aku akan kayuh basikal ke sekolah. naik basikal mungkin dalam 15 minit baru sampai sekolah. Rumah aku nak ke sekolah tu berbukit2 jalan dia. biasanya aku akan tolak je basikal bila naik bukit. Basikal tu ada gear, tapi jarang sekali aku menggunakannya. Sekolah aku pula bukitnya curam, jadi aku selalu akan 'parking' basikal aku dekat rumah kawan aku cik hazimah. Rumah dia dekat sangat dengan sekolah. The best part bila balik, aku akan turun bukit. Masa ni la baru seronok bawak beskal. Tak perlu kayuh2, naik je, pastu basikal pun jalan.. pheww... best!!!!

Tiba2 sekarang ni aku duduk kat negara org, aku rindu dengan basikal aku.. Basikal yang aku kayuh pegi sekolah menengah dulu mama aku dah kasi kat orang. Marahnya aku, sebab aku terlalu sayangkan basikal tu. Tapi mama aku kata, buat apa nak simpan besi buruk, baik bagi orang.. huhu.. Sedihnya.. my basikal sudah takde, tapi kenangan basikal tetap ada dalam hati aku.

Missing u my basikal...
='(

Tuesday, July 7, 2009

Ummi Nadaa

time ni kena admit kat hospital sbb placenta previa. masa tu dah prepare dah nak kena bedah12 April 2009. Berdebar dah masa ni.. huhu

Alhamdulillah, kuasa Allah mengatasi segalanya.. aku selamat melahirkan Embun dengan normal pada 15 April 2009. Masa tu macam tak percaya dah jadi ibu, feel like crying. Bau Embun sangat wangi saat pertama kali aku mencium dia di bilik bersalin.. Subahanallah.. Saat menyusukan dia buat kali pertama pun tak tergambar perasaan.. Now i know how my mother's feeling towards their children.. So sayaaaang !! ;-)


Saat di kampung Bari Besar, sedih juga time ni sebab last time nak spent masa dengan keluarga mertua before leaving to Pakistan. Masa in tengah nak mandikan Embun si comei.. hihi..comei kan dia? ;p
Embun bersama2 sepupunya Muhammad Rafiq( yang lahir dua hari lebih awal dari Embun) baru lepas mandi. Rafiq anak Umi Nurahadi, mungkin skang dah kena tukar jadi Nurafiqhadi kot?! hehe...
waktu ni di Shah Alam rumah mama saya.. Dalam gmbar kat atas ni kawan2 rapat aku di Uia dulu. Huwa~ terharu sangat diorang datang melawat aku n embun. Best2, Embun lagi best sebab dapat banyak hadiah. Jimatlah kami, tak perlu beli barang untuk Embun banyak2. hihi.. To all my friends yang datang tgk kami, THANK YOU SO MUCH! i love u all... muah.. xoxo form Embun n me! :)
Time ni kat KLIA, nak bertolak dah ke Islamabad, Pakistan. Masih dalam pantang, hari yang ke 44. Haahaa.. kalau org tua ni memang marah sungguh kat aku yang nak terbang naik kapal udara waktu2 dalam pantang, dengan baby yang masih kecil. huhu.. Apa nak buat, tak sanggup dah berpisah dengan kekasih hati terchenta.. Kesian lak dia pegi sesorang, pastu takkan Embun membesar tanpa ayahnya disisi. jadi i ikot juga la.. :)
At Lakeview somewhere in Islamabad. Nice place, ramai orang datang berkhelah dan jalan2 kat tempat ni. Kami tak ketinggalan juga nak melihat tempat yang jadi tumpuan orang di sini. Nadaa bestla naik stroller yang uncle Syukri Osman kasi. Thanx ye Uncle Syukri (if u read my blog la).
Jalan2 di sekitar Faisal Mosque..
Jalan2 petang di Shakar Parian, tempat orang berkhelah dan jalan2 jugak.. huhu.. di sini memang banyak tempat melepak.. Baju yang aku pakai tu dipanggil "kurta" yang aku tempah 3 hari je bole siap di kedai ChaCha (pakcik). Heee.. sapa2 nak buat tempahan, mehla datang sini.. ;p

Kesian kulit aku...

air di sini tidak sebersih di malaysia, air dekat paip rumah nmpak pada luarannya macam ok je, macam jernih, bersih.. tapi bila dibiarkan di dalam baldi, kita akan nmpak kesan minyak macam terapung skit dan ada pasir di bawah baldi (walaupun baldi itu sebelumnya takde pasir) tersangatlah geli dan rasa kotor bila tgk air macam tu. tapi nak buat macam mana. itu aja sumber air yang kami ada. itu pun setelah ditapis, masih ada kotoran juga. kami di sini terpksa membeli air mineral untuk masak air, atau masak apa2 makanan. tak boleh guna air paip la nak masak air.. sbb nanti confirm kena malaria. Di sini mereka menganggap malaria itu satu penyakit yang normal. kalau kat negara kita, malaria tu dah kira kronik juga la.. huhu.. pakistan oh pakistan..

air paip kat sini juga ikot musim.. bila panas, air yang mengalir pun jadik panas.. tapi bila dibiarkan buka lama2, akan jadi suhu normal semula. huhu.. masa ni la baru nak menghargai air. bila di negara sendiri tak pernah sedar kepentingan air yang bersih tu.

Disebabkan sekarang musim panas, kulit aku hbis jadik kering dan gatal2. makanya sekarang ni aku pun dah rajinla meletak krim dan losyen kat badan. wahaha.. menjaga kulit punya pasal la kan. kalau tak letak, memang semakin worse la kulit ni, dah rupa ikan bersisik. kalau dulu, nk letak krim punyalah malas..Hm,En amad pula lagilah kesian, sampai kulit tangan dan kaki dia jadi macam menggelupas. Sekarang ni dia terpaksa makan meggunakan sudu dan garfu sbb kalau kena kuah yang pedas rasa pedih la.. kesian... jadi orang puteh la dia skg ni. ;p

Sunday, July 5, 2009

Kunjungan ke Faisal Mosque

Faisal Mosque sangat berdekatan dengan rumah kami rupanya.. tak sampai 5 minit naik kereta boleh sampai ke sana. Selepas en amad solat maghrib di masjid berdekatan kawasan kejiranan kami, dia pun mengajak aku dan Embun ke Masjid Faisal. Dia teringin nak solat isya' kat sana dan aku pula teringin juga berjemaah di sana. tapi aku terlupa yang sekarang kami dah ada anak kecil. jadi, hasrat untuk berjemaah sekali tak jadila..

Di masjid tu ramai sangat pengunjung. bole ke aku panggil pengunjung? sebenarnya lebih banyak orang jalan2 melihat masjid dari berjemaah bersama. sebab itu aku kira mereka tu macam pengunjung je. Dah habit orang Pakistan berkhelah dan melepak di atas rumput, makanya tidak peliklah jika kami sampai, kami lihat ramai yang duduk berkhelah dan melepak di atas rumput berhampiran masjid tu. Kebanyakkan orang yang datang ke masjid tu biasanya orang yang luar dari Islamabad. Mereka juga bangsa Pakistan cuma berlainan daerah. Jarang pelancong asing datang ke sana.

Malam itu, aku hanya menunggu en amad solat berjemaah. Aku dan Embun menunggu di atas tangga di depan ruang solat. Sementara menunggu, aku seolah2 jadi macam artis pula. Ramai yang memandang aku dengan gaya yang tak pernah tgk orang. Yang lucunya, mereka pandang bukan dari jauh, tapi mungkin dalam 2 langkah berdekatan dengan aku. Seolah2, aku ni objek aneh yang mereka tak pernah tengok. Huhu.. Seram sejuk aku dibuatnya malam itu. Ada juga yang menegur aku. Mereka ingatkan aku ni orang Cina dan berkahwin dengan orang Muslim. Heh..

Mungkin muka aku ni ada a bit chinese dan mungkin juga kerana pakaian aku agak berlainan dari mereka. Kebanyakkan orang mereka, atau boleh dikira majoriti orang perempuan di sini akan memakai pakaian rasmi mereka seperti 'salwar khameez' (baju punjab, seluar dan selendang). Malam itu aku hanya memakai kemeja dan skirt labuh dan semestinya bertudung!. :) Tapinya, aku masih kelihatan aneh bagi mereka agaknya. Ada yang mendekati aku semasa aku duduk tunggu en amad selesai solat dan memandang aku tanpa berkelip. Hm, hanya Tuhan saja yang tahu betapa tidak selesanya aku. Mungkin juga selepas ni aku pun kena berpakaian seperti mereka untuk tidak menjadi perhatian lagi atau mungkin aku harus berjubah dan berpurdah saja????? :)

Monday, June 29, 2009

Home Sweet Home



Alhamdulillah, akhirnya kami dapat juga rumah setelah hampir 3 minggu menginap di hotel. Rasa seperti bebas dari penjara mewah kerana terlalu ketat kawalan keselamatan yang dibuat di hotel yang kami menetap dulu tu.. Hm, dan the best part is that i can cook on my own. walaupun tak la sedap mana kan aku ni masak, but still makanan malaysia. Tak lalu dah nak telan makanan pakistan. Even if diorang masak western pun, ada a bit rasa masala yang pakistan suka masak tu. huhu.. cannot go! ;p

Buat pengetahuan pembaca, rumah di Islamabad ni susah nak jumpa rumah teres yang biasa2 macam kita kat Malaysia tu, diorang ni masih terpengaruh dengan sistem kasta, yang kaya, melampau-lampau, yang miskin plak, miskin sangat.. That's why kalau tgk rumah yang kitorang sewa ni besar.. Di sini cuma ada rumah banglo dan rumah murah je. Rumah murah tu kira macam rumah setinggan haram pendatang asing kat negara kita duduk tu la.. Sewa rumah kami USD2200 sebulan. Tapi sewa bukan kami yang bayar, tapi company suami keje tu yang tolong supportkan.. Kalau nak harap kami bayar, memang tak mampula. Alhamdulillah, murah rezeki Allah beri kat kami sekeluarga.

Rumah ni ada 3 bilik di bawah, 3 bilik kat atas, 2 stor, 5 bilik air, dan satu tempat tu tempat untuk pembantu rumah duduk. kat sini diorang panggil "Chukida". Em bilik Chukida tu ada dapur, bilik 2, dan tandas 1. Nampak mewah kan? huahua... seronok ke? Honestly, TAK LANGSUNG!.. sebab macam takut je rumah besar2, dah la bilik2 lain tu tak dihuni. kami cuma guna 2 bilik je. Satu bilik kami buat sebagai bilik TV, dan lagi satu bilik kami tidur.Mungkin nanti bila Embun dah 2 tahun lebih akan kami letak dia di bilik sebelah untuk dia main2.

Apa pun, alhamdulillah, syukur Allah dah beri kami tempat tinggal, rezeki yang melimpah-limpah, tanpaNya, siapalah kami di sini. Harap kami tak lupa diri setelah dipinjamkan harta yang sementara ini......

Selamat Hari Raya 2023