Tertulislah kisah tentang bunga mawar, di tengah belukar yang penuh dengan duri...
Thursday, January 14, 2010
Talking Business here..
Sebab apa aku kata untung? sebabnya nilai rupee rendah berbanding RM dan USD... so, we earn more when we live here.. it is an advantage!.. but honestly, cost of living in Islamabad is much higher than in Kuala Lumpur.. tak percaya ek?? kalau aku beli sekilo ikan kembung di sini harganya lebih kurang RM15.. walhal kalau kat Terengganu dulu beli ikan sekilo dalam RM6 camtu..Harga makanan fastfood di sini macam KFC or McDonald di sini lebih mahal berbanding di Malaysia. Kalau restoran pula, mesti ada GST.. yg sgtlah tinggi.. kadang2 charge GST tu sampai RS2000 bersamaan RM80.
Tapi, yg bestnya..
*baju
*kain
*suite
*barangan kulit
*baju kait
*buah2an
*sayur
*gemstones
*perabot
*carpet
semua di atas murah!!!!... so, i think if i make bisness based on all cheap stuff here, kayo den! hihi...
so dear readers, hangpa rasa mana yg best utk dibuat bisness? wahaaaa..
Wednesday, January 13, 2010
Winter di Islamabad

Salam all..
Winter di sini tak sesejuk di UK, US or Russia.. Di sini sejuknya bila malam mungkin akan mencecah -1, tapi biasanya dalam range 4 - 18 celcius je... well, it still cold!..
Pakistan ni besar, kat northen area barula ada snow.. mcm Gilgit,Skardu dah ada snow.. Muree pun biasanya ada snow, but this year tak tahu la kenapa tak turun lagi snow kat Muree.. Biasanya orang Islamabad akan ke Muree untuk bermain snow sebab Islamabad ke Muree cuma 30 minute je.. So this weekend we plan to go there, tgk la, ada rezki kami tgk snow ke tak...
Orang di sini kata, kalau nak tukar musim pasti akan hujan dulu. Dah agak lama hujan tak turun. Mungkin kalau nanti hujan, cuaca akan jadi lebih sejuk dan snow akan turun di Muree nanti. Di Islamabad snow tak pernah lagi turun.
Mula2 i think winter is cool! but it rather just COLD!... nak mandi, basuh pinggan,jemur kain, masak, or ke dapur memang sgtlah malas.. sejuk!!!... minyak masak yang kami beli di Malaysia pun beku! Tapi minyak yang kami beli di sini tak pula beku.. nape ek?..itu tak dapat nak jawabla.. coz i dont know the answer..

Apa yang best musim sejuk ni?
Best sebab kena beli baju baru! hahaha.... kami akan pakai at least 3 lapis baju.. hm, aku kekdg selapis je pun, pastu mula la mengadu sejuk! Si kecik Embun pula lagi la banyak kami kena pakaikan baju untuk dia.. kesian pula dia, kekadang bila nak tukar lampin, menjerit2 dia sebab sejuk bila kena bukak seluar.. hoho.. tapi dia baik2 aje.. anak ummi kan! mestilah kuat! yea..
Dan aku juga suka baju kait ala2 cardigan tu! Musim sejuk ni banyak baju kait, murah2jugak nak compare kat Malaysia kan..Baru2 ni aku beli baju turtle neck, murah sangat, selesa pakai bila musim macam ni. Harga dia Rs300, kalau convert duit kita mungkin dalam RM12. Menyesal pula tak beli banyak hari tu.. hehe.. nanti nak beli lagi la.. heeee.. :)

Em, rasanya tu je la kot nak citer pasal winter di sini. Lain kali mawar update lagi la ye..
Thursday, January 7, 2010
2nd Year Wedding Anniversary

28 December 2009, genaplah 2 tahun usia perkahwinan aku dan encik suami... Umur embun pula sudah 8 bulan lebih.. Alhamdulillah, thanks to Allah for giving me such a beautiful family..
Waktu itu, aku masih di tahun satu di uiam, gombak.. Encik suami pula di tahun akhir. Semasa minggu taaruf, Encik suami menjadi committee, nak dijadikan jodoh berjumpa, aku pula mengalami Darhea.. dan Encik suami selaku committee terpaksala membawa aku ke klinik di universiti. Selepas itu kami cuma bertentang mata dan hanya berbalas senyum bila berjumpa.. kami tak pernah berbual panjang cuma bertanya khabar dan "hi" saja..
Wednesday, January 6, 2010
Me Lahore jana he..
Me Lahore jana he.. means saya pergi ke Lahore!
Lahore bandar bersejarah, kotanya lebih cantik berbanding Islamabad dan Karachi. Tapi Islamabad lebih bersih la.. Kami ke beberapa tempat perlancongan seperti:
- Lahore Fort
- Masjid Bashahi
- Cocoos Cafe
- Menara seakan2 eiffel
- Wahga border - border antara Pakistan dan India
- Sarapan di Capri Restaurant
- Tempat ibadat sikh
Ini adalah quran yang ditulis menggunakan benang emas.. Pameran terletak di dalam masjid
Tangga dekat rumah ibadat sikh..
Playing with my little Embun.
A gate between Lahore Fort and Sikh ritual place
Senibina dalaman Bashahi Mosque
Bashahi Mosque, just like Taj Mahal...
A gate to the Mosque
Yet to enter....
At Wahga border, semangat tau pakcik ni..
Sarapan di Capri.. hanya beralaskan surat khabar.. hehe..Menu : Chai, Puri and Halwa.. not bad!
Gerbang lagi...
Cocoos Cafe groundfloor...Tuesday, January 5, 2010
Rohtas Fort
Here is the map....Cuti Krismas yang lepas, kami sekeluarga dan seorang kawan malaysia bercuti ke Lahore.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Islamabad ke Lahore. Dalam perjalanan ke Lahore, kami singgah di Rohtas Fort. Kota lama yang dibina pada zaman British dahulu. Tempat itu lebih kepada kubu pertahanan orang zaman dulu. Bangunan yang dibina masih kukuh dan meninggalkan sejarah yang amat dibanggakan oleh rakyat Pakistan.
Di sana juga terdapat pemujaan kubur. Mereka di sini ada yang percaya bahawa jika berdoa di kubur wali dan kemudian mengikat kain di atas pokok berdekatan kubur wali, doa mereka akan dimakbulkan. Wallahua'alam.. Apa pun,saya amat terpegun melihat keunikkan seni bina dan pemandangan yang cantik di sana. Subahanallah.. memang rasa seperti berada di zaman silam.Di bawah ada beberapa gambar untuk tatapan pembaca.. selamat mengembara ke kota Rohtas... :)
lubang ini adalah lubang dimana orang zaman dulu kena potong kepala. Tempat ini sangat tinggi dan saya terduduk seketika bila memandang ke bawah.. Gayat!!!!!!!!!!!!....Wednesday, December 9, 2009
New Look! :)

Mawar Nafastari ingin berwajah baru, lebih moden dan ceria.. seperti kartun di sebelah kiri itu.. heheee...
Btw, i create 2 new blog today..
Hm, blog recipe tu saje je nak letak semua resepi dari my mama n others jugakla, and some ada yang cincai sendiri je.. hehe.. feel free to share yours too k? Bila letak dalam ni organise skit la daripada letak dalam buku yang terselit byk kertas resepi.. heh ;p
Blog Embun tu hanya untuk Embun sebenarnya.. tapi sapa2 nak baca sila lah, kira macam diary Embun made by her parents la.. Mana la tahu bila besar nanti dia dah cerdik IT, boleh la dia tgk sendiri blog yang diciptakan khas untuk dia tu.
Anyway, Mawar Nafastari still the main blog! :)
Do visit Mawar when ever u feel free.. aceceh.. macam la ada reader sgt kan? ;p
Till then, Taraa~
Monday, December 7, 2009
3 Hari di KARACHI

Day 1 - Thursday, 3hb Dec
11 am - flight to Karachi
2 pm - sampai ..
3 pm till 11pm - jalan2 sekitar bandar Karachi
Embun wif Abe Mat - Thai , Madrasah student in Karachi@ our tourist guide!
Karachi view from SheratonDAY 2 - Friday, 4hb Dec
morning till 6pm - lepak dlm hotel while waiting for En.Amad's meeting adjourned..
6pm till 10pm - Jalan2 shopping
Bas tercantik di Pakistan.. heh...
Chicken Karahi & Nan.. Delicious! :)
Jangan tiru gaya ini jika anda belum berkahwin.. ;p
Akhirnya kami berpeluang naik recha ini..DAY 3 - Saturday 5hb Dec
11 am- outing for shopping again! ;P
2pm - check out
3pm - flight to Islamabad
Lihatlah sistem timbang dia.. guna dacing je.. very da old style.
Borong jeans at Levi's Factory Outlet.. so cheap!, i bought jeans skirt fo Rs250/RM10.90 and SuperLow waist boot cut jeans for only Rs750/RM30.60
It's 12noon! still close.. huhu..Hm.. Karachi and Islamabad tak banyak jauh beza, cuma cuaca Karachi panas berbanding Islamabad dan Karachi sangat bising dengan kereta yang banyak+ bunyi hon..
-
Seronok sekali apabila en suami memberitahu bahawa dia akan berkursus di Malaysia pada bulan Februari. Kami tidak menjangkakan akan pulang k...
-
i got the job! :) tadi pergi interview...ada lebih 20 kot candidate tadi... lama menunggu,, tp saya orang yang 1st skali datang...pagi2 ke...








