
Saya tujukan entri ni khas buat Kak Yatt, (senior sekolah menengah) dan untuk family yang teringin buat umrah&ziarah sambil nak bawak baby pegi skali.
Melalui pengalaman saya dulu, Mac 2010, saya dan arwah tanpa rasa ragu2 membawa Embun pergi umrah bersama2 kami. Cerita Embun pergi umrah, boleh click di SINI
Kami ke sana dari Islamabad, jadi mana mungkin kami tinggalkan si kecil Embun di Islamabad. Lagi plak bila fikir2 pun, orang kat negara Arab tu selamba je bawak anak2 pegi, takde apa pun.. dan bukankah environment di masjid itu adalah baik untuk anak2?.. :)
oleh itu, beberapa persiapan telah kami buat sebelum menunaikan umrah buat si kecil, antaranya:
- solat berjemaah - biasakan baby tu tengok kita solat berjemaah di rumah, jadi mereka akan biasa dengan suasana jemaah semasa membuat umrah nanti.
- baby carier - untuk memudahkan membawa baby di dalam keadaan yang sesak dan ramai orang
- baby stroller- amat berguna bila baby nak tido, kita pula nak solat jemaah
- botol air minuman serta makanan bayi (cth: yogurt atau buah - mudah didapati di sana)
- mainan - kasi dia ralit main
- ubat2 - stand by kalau demam ke apa
- cream - utk dry skin.. memang akan dry punya.. kesian baby..
- vaseline - utk bibir
semasa umrah&ziarah pula,
- di Madinah - bawa stroller, boleh masuk dalam kawasan masjid, ambil port paling tepi atau paling depan supaya mudah keluar dan parking stroller. letak stroller baby tepi or depan kita semasa solat jemaah. untuk alih perhatian baby or bagi baby duduk diam, mungkin boleh beri dia snack atau mainan. Kalau anak tido lagi senang! bagi dia makan kenyang2, pastu tido je dalam stroller..
- kalau teringin nak masuk Raudhah,bergilir lah dengan suami, sorang masuk dulu, sorang tolong jaga anak. Raudhah tempatnya selalunya sesak. Tak sesuai bawa anak walaupun guna carrier. Lagi pun tempat melawat raudhah untuk lelaki dan perempuan berbeza waktunya.
- di Makkah - semasa melakukan umrah, lebih baik gunakan carrier. Mudah nak lakukan tawaf dan saie. Untuk solat jemaah di Makkah, tak boleh masuk stroller dalam masjid, jadi kena lah pandai2 cari tempat yang paling tepi supaya mudah nak keluar jika anak meragam.
Paling penting.
- doa dengan Allah supaya segalanya dipermudahkan.. :)
**Apa pun, latih dulu kat rumah solat berjemaah, dan selalulah ke masjid untuk membiasakan anak2 dengan keadaan jemaah. Jika anak meragam atau tak duduk diam, tu biasalah... mungkin boleh guna kaedah gilir2 buat umrah dengan pasangan.
** atau boleh guna kaedah ini juga