Monday, December 19, 2011

Janganlah tido...

"ummi janganlah tido..."

Balik kerja, badan rasa letih, kadang2 otak penat rasa nak lelap kejap... bila terlelap.. anak2 mula la sorang duduk kat atas kepala,(si kekwa) dan sorang lagi duk cungkil mata kita suruh buka...(si embun),

"ummi, ummi.................. jangan tido.. bukak mata.."

heee....
ibu yang ada anak kecik boleh tidur ke? tidur2 ayam saja lah...
tengah malam konon nak bangun lipat kain baju semua.. sudahnya tertidur sekali dengan anak-anak..
pukul 3 atau 4 pagi terjaga sebab Embun pasti menangis nak susu.. bangunpula pergi buat susu... dah sudah buat susu si kakak.. si adik pula menangis nak menyusu.. sudahnya terlena sekejap, dah pun Subuh....lepas tu dah pagi.. kena pergi kerja.... huwaaaa.. ngantoknya!!...

teringat pula dulu masa kecik2... mama balik kerja je, dia tidur.. suka sangat tidur, sampai aku pernah merungut.."ala mama ni asyik tido je..." baru aku faham kenapa mama dulu suka tidur lepas balik kerja.. hohoho..

Em.. sekarang.. paku dulang paku serpih.. , mengata orang..???
 aish..korang sambunglah.. heheee

Sunday, December 18, 2011

Sedangkan lidah lagi tergigit....

Sedangkan lidah lagi tergigit,ni pula suami isteri...

bertikam lidah dan salah faham tidak boleh lari dari dunia perkahwinan...
membaca semula emel lama... yang dikirim oleh si dia...
buat hati ini berbunga2... rindu yang tak pernah hilang...
sukarnya diceritakan... yang merasakan saja dapat memahaminya...

Tahun pertama perkahwinan... aku masih lagi belajar di tahun akhir di UIAM..
dan dia bekerja di Kuala Terengganu... perhubungan jarak jauh sentiasa saja menimbulkan salah faham dan tetap ada kemanisannya...

dan kami pernah salah faham...ternyata si dia memujuk dengan emel ini...

antara isi emel nya:

"Sungguh hamba pun rasa terkilan mendengar luahan hati tuanku permaisuri, tetapi percayalah bukan hamba memaksudkan bahawa hamba lansung tidak mencintai tuan permaisuri. Hamba tersangat mencintai tuan permasuri terutamanya keperibadian mulia yang hamba junjung tinggi. Hamba tidak pernah katakan bahawa hamba tidak cinta tuan permaisuri, cuma hamba kata, kadang-kadang hamba keliru dengan cinta itu. Tapi percayalah, bukan bermaksud hamba mempunyai cinta yang lain selain daripada tuan permaisuri.

Hamba kira tuan puteri sudah faham penjelasan hamba tempoh hari. Jika kita tidak suka tentang perkara ini kita tidak usahlah berbicara mengenainya lagi di masa hadapan. Cukuplah kiranya kalau tuanku permaisuri dapat menganggap bahawa hanya tuan permaisuri sahajalah yang pernah bertakhta, berkuasa dan menakluk di hati hamba pacar yang lemah lagi hina ini. Kerana belumpun pernah hati hamba dimiliki sepenuhnya sebelum ini, mereka sekadar bertenggek dan terus terbang pergi. Percayalah pada kata-kata hamba ini, hamba tiada siapa lagi selain tuanku permaisuri.

Oh ya, tuan permaisuri nak tahu, dua purnama hamba tidak melihat bayang tuan permaisuri ibarat sedekad lamanya hamba rasakan. Datanglah kemari di purnama hadapan, biarpun purnama di sini malap tidak mengambang seperti di tempat tuan permaisuri. Hamba selalu merindui tuan permaisuri, janganlah biarkan hamba mati terseksa begini."


Wan Ahmad Fadzil
K.Terengganu



***Kini hamba yang hidup tersiksa merindui tuan hamba.............

Thursday, December 15, 2011

Wasiat seorang ayah

Setahun yang lepas, dia sibuk menulis sesuatu di blognya..
selesai menulis, dia akan membiarkan laptop terbuka dan terus pergi ke dapur.. kononnya mahu ambil air..tapi aku tahu itu hanya helahnya mahu aku baca posting terbarunya di blog kesayangannya itu...

Aku duduk di hadapan skrin laptop dan membaca postingnya itu..

Selesai membaca, dia duduk di sebelah aku dan tersenyum..
"Nur, bijak tak i tulis macam tu?.. bijak kan, kan??!!!"....

Aku hanya tersenyum dan berkata .. "eleh, mesti terpengaruh dengan komen syed zul semasa entri buat Embun dulu kan?...

Dan kami sama-sama ketawa...
bahagia... sangat bahagia...
Punya dua orang anak di usia muda... punya suami yang menyenangkan dan membahagiakan..
Tapi aku leka dengan hadiah Allah beri.. terlalu bahagia sampai aku lupa semua ini pinjaman dariNya...

Sampai masa, Allah nak ambil dia pulang..
Aku baru teringat, ini semua pinjaman...tiada apa yang kekal di dunia..Ini juga tanda Allah sayang pada aku dan dia.. Allah mahu aku beringat padaNya..sentiasa mengadu padaNya.. tidak alpa dengan kebahagiaan dunia...

Macam tu juga kita buat pada anak kita.. bila anak kita leka bermain sampai tak mahu makan, kita ambil mainan dia, dia menangis2..tapi kita mahukan yang terbaik buat anak kita, kita mahu dia makan dan sihat.. begitulah juga Tuhan kita, mahukan yang terbaik buat kita.. 

Wednesday, December 14, 2011

Ibu yang berjuang

Mama aku punya sebelas orang adik beradik... dan seorang adik lelakinya telah meninggal dunia di usia yang agak muda.. aku memanggilnya Pak Lang ..meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak lelaki.. isterinya itu berwajah lembut dan ada kacukan cina. Usianya masih juga muda sewaktu arwah pak lang meninggal dunia. Bahkan, memori aku tentang Pak Lang aku itu juga sedikit. Yang aku ingat dia sentiasa senyum dan sangat sukakan bola sepak.

Waktu itu aku masih kecil.. mungkin umur aku hanya 7 tahun.. tidak mengerti apa pun.. setiap kali pulang berhari raya, kami pasti akan menziarah kubur Pak Lang.. Aku lihat Mak Lang tenang sahaja.. dan apabila pagi raya, mamaku dan adik beradiknya yang lain pasti akan memeluk Mak Lang seerat-eratnya.. dan mereka sama-sama bergenang air mata.. 

Peredaran masa membuatkan kita lupa yang satu masa dahulu kita pernah merasai kesakitan yang kita sendiri tidak terfikir kita mampu mengatasinya.. Mak Lang wanita hebat, penuh semangat juang membesarkan anaknya yang tiga lelaki itu... dan sekarang dua orang telah pun berkahwin , seorang lagi masih belajar di Univeristi. Syabas, tahniah Mak Lang... Nur kagum dengan semangat dan kesabaran Mak Lang dalam memegang amanah, Nur bangga dengan Mak Lang yang sentiasa menjaga ukhuwah sesama keluarga dan kesetiaan Mak Lang dalam menjaga hati dan tingkah laku.. Mak Lang wanita hebat...dan idola Nur...



Sekarang, Nur faham perasaan Mak Lang.. kerana Nur juga melaluinya sekarang.. betapa perit, betapa sukar namun kita harus tetap berjuang.. kerana Allah sentiasa merencanakan yang terbaik buat hambaNya.. 

Monday, December 12, 2011

Hari Ulangtahun

Terlalu banyak yang hendak diceritakan setelah lama menyepi dari dunia blog...cewah.. macam lah setahun tak tulis blog... hahaaha... em.... sekarang alhamdulillah... mawar, embun dan kekwa baik2 aja... kami masih bernafas di bumi ini alhamdulillah.. dan terima kasih Allah mengurniakan mawar keluarga yang baik dan memahami.. syukur masih punya mama sebagai peneman yang selalu ada dengan mawar saat senang dan susah.. syukur punya kakak yang baik hati dan memahami .. syukur punya abang2 yang penyayang.. syukur punya papa yang masih bersama mama selama 35 tahun..

"Selamat ulangtahun perkahwinan buat mama dan papa yang ke 35 tahun.. semoga Allah memberkati hubungan mama dan papa.. "

Syukur juga kerana mawar punya keluarga mertua dan ipar duai yang sangat baik dan memahami.. alhamdulillah...terlalu banyak nikmat Allah beri pada diri ini , tidak ada kurang pun nikmat Allah malah lebih dan lebih.. Subahanallah...Akan aku jaga hubungan ini sampai bila-bila.. kerana kasih aku pada nafastari, kerana sayang aku pada keluarga nafastari dan kerana sifat hamba aku padaNya ( berbaik-baik sesama manusia dan selalu menjaga hubungan sesama keluarga dan saudara)


Kekwa sudah menginjak umur setahun...

"Selamat hari lahir yang pertama Kekwa, semoga membesar menjadi anak yang solehah dan bijak.. selalu jaga akhlak dan berdoa yang baik2 untuk ayahmu sayang.. Allah akan selalu menjaga kita .. inshaAllah..."







dan ... lagi dua minggu... genaplah usia perkahwinan mawar dan nafastari yang ke-4...

"Selamat ulangtahun perkahwinan buat diriku... semoga Allah jaga hubungan ini sampai akhirat nanti...Semoga Allah jaga hati ini hanya untuk Wan Ahmad Fadzil... Semoga anak-anak kita membesar menjadi anak yang solehah dan berguna.. Semoga satu hari nanti Embun dan Kekwa akan berlari ke arah nafastari dan memeluk erat tubuh ayahnya yang mereka rindui sepanjang hidup mereka... Semoga satu hari Nafastari menggengam erat tangan mawar buat selamanya...

Allah........perkenankanlah....."



Friday, November 18, 2011

Nafastari- matahariku


MusicPlaylistView Profile
Create a MySpace Music Playlist at MixPod.com

i used to like this song very much few years ago... tapi tak sangka sungguh lirik lagu ni betul2 ada kena mengena dengan hidupku sekarang... semakin pedih dan menusuk hati bila mendengar lagu ni semula..but it still my fav song...

walau sinar matahariku hilang, namun mawar percaya, dengan lahirnya cahaya kesabaran akan membuat mawar terus berkembang dan terus hidup untuk  mencantikkan alam sekitar sebagai hadiah mawar buat pencipta.. inshaAllah...

Tuesday, November 15, 2011

Nur Kasih

Nur kasihkan ahmad.. bukan adam.. heh...

tengah malam tak boleh tidur, teringatkan dia... letih memang letih.. pergi kerja, balik main dengan anak2.. penat kalau boleh nak tidur je.., tp hati dan fikiran masih teringatkan dia...

setiap malam nak tidur, selalu bayangkan... macam mana dia dalam alam itu... harapan dan doa saya supaya dia tidur dengan nyenyak smp hari kebangkitan nanti... selalu juga bayangkan diri di tempat dia.. macam mana lah agaknya diri ni nanti.. takutkan... sangat takut...diri ni selalu je lalai dan leka..

tapi selalu juga berangan dan penuh harap untuk dapat jumpa dia.. dan harap selamat kat sana...
cukupkah amalan sekarang untuk dibawa ke sana nanti?.. takutnya...

Selamat Hari Raya 2023