:)
saya sekarang seperti mahu menangis gembira .. hehehe.. sebabnya P1 wimax sudah ada di kawasan perumahan saya... dan sekarang, saya boleh menulis semula seperti dulu2... terlalu banyak nak share.. sampai tak tahu nak mula dari mana...
okay... nanti post seperti biasa akan menyusul..
tunggu.........................
Tertulislah kisah tentang bunga mawar, di tengah belukar yang penuh dengan duri...
Friday, April 27, 2012
Saturday, April 7, 2012
kurang update
dear readers,
ampun, dah lama sgt tak update.. internet kat kwsn rumah agak mendukacitakan saya.. huhu.. jdik nak loading satu page tu punya lah lama.. makanya saya jdik patah hati nak update blog.. huhu...
sblm sape2 nak suggest saya pakai streamyz or p1 or apa2 pakej internet, saya nak bgtau, kat kwsn rumah saya sewa ni, kawasan baru, so mmg line internet hampeh.kawasan blakang gunung lagi plak tu... huhu... sabar je la...
okay, jmp lagi bila internet laju skit.. daaaa.. :

Friday, March 16, 2012
Peristiwa Ahad, minggu kedua bulan Mac
Pada suatu hari ahad, saya dan anak-anak keluar sarapan pagi di pasar pagi di Shah Alam. Kami menyinggah di gerai ‘char keow teow’ dan saya telah berjanji dengan dua orang sahabat saya, Fila dan Wan untuk sarapan bersama-sama. Kami berjalan-jalan untuk mencari kasut dan tudung di gerai pasar pagi itu.
Tiba-tiba, saya ternampak kasut yang sangat cantik. Saya mengambil keputusan untuk membelinya.
Selepas itu, kami berjalan lagi ke gerai-gerai yang lain. Kami menyinggah pula di gerai tudung, dan saya mendapati bahawa plastik kasut yang dibeli oleh saya sebentar tadi tiada di tangan saya. Puas saya mencari namun bukan rezeki saya untuk memakai kasut itu. Kasut itu hilang entah ke mana.
Okay, berbalik kepada cerita di atas, kesimpulannya, ahad yang lepas saya balik Shah Alam dan pergi pasar pagi or “carboot sale” di seksyen 13.. beli kasut, tiba entah macam mana kasut tu hilang… dah bukan rezeki saya kot….
Tengahari tu pula saya bergegas nak balik Kluang semula. Kami anak beranak bersama Siti (babysitter) balik naik keretapi. Seronok la si Embun dan Kekwa dalam keretapi tu… sampai tak nak tidur. Adoi, letih badan ummi dia dibuatnya.. haha…
Tapi satu lagi insiden berlaku hari yang sama…
Waktu berlepas pukul 2.15petang.. kami sampai kat KL Sentral pukul 2.. gelabah sungguh saya waktu tu, dengan beg banyak nya, dengan Kekwa saya dukung dekat depan guna carrier, dan Embun saya pimpin. Saya sempat beli donut sedikit untuk buat bekal dalam keretapi. 5 jam jugak perjalanan KL-Kluang,Johor .
Sewaktu saya beli donut tu, saya bagi duit RM100 dekat cashier tu dan bakinya saya terus masukkan dalam zip beg galas saya.(tanpa kira dulu duit balance).
Dan bila dah sampai Kluang, dah malam, pukul 7 lebih… perut pun dah lapar, nak masak malam dekat rumah memang dah tak larat, jadi pergi kedai tapau nasi goreng skit. Bila nak bayar nasi goreng tu, saya terus ambil duit yang dalam zip tu, tengok2 ada RM300 lebih???...
Erk.. saya bayar donut RM100, tapi takkanlah balancenya RM300? Saya sangat yakin itu bukan duit saya. Keesokkan harinya, saya tengok resit donut tu, dan saya terus call kedai tu dan mujur di resit tu ada tulis nama cashier tu.. saya pun bagitau dan tnya hal sebenar. Terkejut juga la cashier tu saya call. Saya pun terus transfer semula duit lebih yang diberi tu ke akaun mereka.
Apa pun, Saya tak mungkin ambil apa yang bukan hak saya.. InshaAllah.
Friday, March 2, 2012
Embun, Nampak ayah tak?... wawa??
Sudah setahun dia meninggal
dunia… namun segala ingatan dan kenangan tentang dia masih lagi segar dalam
hati dan ingatan mawar…hati ini tidak pernah berhenti menyintai dia.. malah
setiap hari semakin tebal rindu aku padanya…
Allah hadirkan dia dalam mimpi
aku semalam yang merupakan genap setahun pemergian dia…syukur,
Alhamdulillah..Subahanallah, Dia yang lebih mengetahui rahsia alam ghaib,
sedangkan kita manusia biasa hanya mempunyai ilmu yang sedikit tentang ilmu ruh….
Allah berfirman dalam surah Al-Israa', ayat 85.
Yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
pertemuan
dengan dia di dalam mimpi itu sudah cukup buat aku rasa bahagia sekali…
Alhamdulillah, walau ianya Cuma mimpi…
Aku mimpi dia datang
menyelamatkan aku dari seorang lelaki yang mahu dekat dengan aku...nafastari
memegang tangan aku dan berkata kepada lelaki itu,
“inilah isteri saya, NUR”
Sampai situ sahaja terhenti mimpi
itu…. Bahagianya bila seorang suami datang memegang tangan kita dan memberitahu
orang yang kita adalah isterinya… kerana semasa hidupnya, dia sentiasa berbuat
begitu.. tapi dengan dialek perancis dia, “this is my wife, Nur” J
Kemudian babak lain pula muncul
di dalam mimpi aku semalam…dan syukur, aku bertemu dia lagi…
Dia duduk menyandar di dinding
sambil bersimpuh dan tersenyum manis… mengangguk2 bila aku asyik berbual
dengannya… macam2 perkara aku luahkan kepadanya… namun riaksinya tetap sama…
senyum dan angguk… aku rasa seronok sekali dapat bercerita dengannya segala hal
yang rasanya telah lama aku simpan di dalam hati.. dia asyik mendengar tanpa
ada bicara….
Tiba aku teringat (masa dlm mimpi
tu juga la), bukankah dia sudah meninggal dunia? Aku cuba sentuh dia, namun
tangan aku menembusi dia.. (mcm dalam cerita2 orang pegang ruh kononnya,pengaruh cerita kot saya ni), aku
mula panic dan aku bertanya kepada Embun,
“kakak, kakak Nampak ayah tak?”
Embun menjawab, “tak !”
Dan aku memandang wawa… “wawa
Nampak ayah?”
Wawa yang sedang bertatih memegang pintu itu menggeleng bila aku
bertanya…
Dan aku menoleh semula ke tempat
dia duduk tadi…
Ternyata dia hilang……….
Dan itu cuma mimpiku….setelah
setahun… mungkin dia datang melawat kami… dan mahu dengar segala keluhan aku
yang tersimpan… sykur walau ditemukan di dalam mimpi.. aku tetap rasa bahagia…
terima kasih Tuhan.
Friday, February 17, 2012
Entry from Kluang
Nak mula macam mana ni ek.. dah banyak tertinggal nak update ni....
okay... kita buat ala2 wawancara gitu lah ek.. (mcm topik karangan sekolah dulu2)
Soalan: Mawar sekarang dekat mana?
Mawar: Sekarang dekat Kluang, Johor
Soalan: Anak-anak ikut sekali ke? siapa jaga?
Mawar: Anak2 ikut sekali lah.. takkan nak tinggal kot... menangis ummi dia ni kang.. hehe...em sape jaga diorang ek?... mula2 hari tu Tok Mama ikut, sekarang ni dah dua hari tok mama balik Shah Alam, tinggal la kami berempat je...
Soalan: Empat? siapa sorang lagi? Mawar, Embun , Kekwa dan siapa?
Mawar: dan Siti... dia tu babysitter Embun dan Kekwa... alhamdulillah, sekarang Embun dan Kekwa dan ada baby sitter, harap2 Siti tu akan jaga anak2 Mawar baik2... mohon doa dari kawan2 juga yea.. (cewah, mcm artis statement je! haha)
Soalan: Mawar duduk rumah siapa? sewa ke ada mak long kat sana kan?
Mawar: Sekarang Mawar menyewa... syukur, sewa rumah pun okay, affordable.. RM320 sebulan.. mana nak cari rumah sewa 3 bilik, 2 bilik air, rumah tanah sewanya camtu kat area Klang Valley kan? alhamdulillah......
Soalan: Kerja macam mana? okay tak?
Mawar: so far okay... suka lah environment keje sana, dan saya kena banyakkkkkkkkkk belajo...kena bukak balik buku2 Akta tu... abang lawyer i dah takde nak tolong i terangkan all those act tu... huhu....
Soalan: Mawar tak ngantuk ke dah pukul berapa ni..
Mawar: ngantuk jugak la... tidur dulu ye.. sambung lain kali...
;p
Saya yang lupa
Satu pagi saya buka FB.. tgk ada org post seseorang meninggal dunia...
dan... entah kenapa... setiap kali berita kematian saya terima, saya pasti rasa cemburu.. sejak dulu lagi.. sejak saya sekolah menengah...
mula2 nenek saya meninggal sewaktu saya di tingkatan 4.. saya merasakan cemburunya dia pergi... kenapa cemburu ya? mungkin kerana dia telah dipanggil oleh Dia.. mungkin kerana mungkin lagi lama kita hidup, lagi banyak dosa kita?... atau juga sebaliknya... ah, tapi memang saya cemburu...
kemudian sepupu saya... waktu itu saya di matrikulasi uia pj.... sepupu saya itu perempuan, baru nak ambil SPM, belum sempat ambil SPM sudah dijemput pulang.... cemburunya saya! dia budak yang naif.. dan sangat hormat ibubapa...
Saya update status saya di FB ---

Entah kenapa sejak dulu,bila dgr org meninggal,sy rasa cemburu...sy juga mahu pulang,tp mgkin belum masanya,kerana sy msih perlu bekal supaya xkelaparan di SANA, Allah knows best.
Tuesday, February 14, 2012
Belum tidur lagi
Embun dan kekwa...
ummi harap satu hari nanti kamu berdua dapat membaca tulisan ummi di blog ni... harap2 masa kamu sudah pandai membaca dan berfikir seperti orang dewasa, blog ummi ni masih wujud, atau mungkin ummi akan printkan semua tulisan ini menjadi sebuah buku untuk kamu berdua...
waktu ummi menulis ni, kamu berdua sedang tidur dengan lenanya... sedangkan ummi tidak mampu lelapkan mata lagi...ummi teringatkan ayah dan juga terlalu banyak perkara yang bermain dalam fikiran ummi sekarang.... banyaknya keputusan yang harus ummi buat sendiri...semuanya untuk kamu berdua anak-anakku... kamulah harta ummi yang paling bernilai sekali dan amanah untuk ummi jaga dan bentuk kamu.. ummi harap kamu berdua membesar menjadi anak yang solehah dan berguna...
ummi harus menjalankan tanggungjawab sbg ibu dan ayah juga kepada kamu berdua.. dulu, sewaktu ayahmu masih hidup, ummilah yang menjaga kamu 24jam di rumah, sekarang... ummi terpaksa keluar rumah untuk mencari rezeki buat kita sekeluarga..untuk masa depan kamu berdua anak-anakku... mungkin ada ketikanya nanti ummi harus berkursus dalam tempoh yang lama, dan ummi terpaksa tinggalkan kamu berdua seketika.. amat berat untuk ummi pergi, tapi percayalah, apa pun keputusan ummi buat adalah untuk kamu berdua.....
tidurlah puteriku...
moga esok kamu bangun menjadi mujahidah solehah....

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Seronok sekali apabila en suami memberitahu bahawa dia akan berkursus di Malaysia pada bulan Februari. Kami tidak menjangkakan akan pulang k...
-
i got the job! :) tadi pergi interview...ada lebih 20 kot candidate tadi... lama menunggu,, tp saya orang yang 1st skali datang...pagi2 ke...