Wednesday, June 24, 2020

Jodoh



"I love you, only you" - ayat yang sering Ahmad tulis apabila dia ingin memujuk saya.

Saya tahu, saya bukanlah yang pertama hadir dalam hidupnya, dan dia juga tahu dia juga bukan yang pertama hadir dalam hidup saya. Kami pernah berkenalan dengan orang lain juga sebelum kami membuat kata putus untuk bernikah.  Kami pernah berselisih faham sebelum bernikah, hampir rasa tidak berjodohan lagi waktu itu.  

Lumrah pasangan bercinta akan berselisih faham, berbeza pendapat dan bergaduh tentang hal-hal yang sebenarnya boleh dibawa bincang dan mencapai kata sepakat. Tapi benarlah, kalau dah jodoh, tidak akan ke mana. Hari ini gaduh, esoknya akan berbaik semula kerana Jodoh menguatkan. 

Jodoh itu Ketentuan Tuhan. Saya syukur kerana saya  dipilih menjadi  jodohnya yang pertama dan terakhir.  Ternyata ayat yang sering diucapnya bila memujuk saya itu benar. I am his one and only. ❤️

Bagaimana pula dengan saya? adakah dia jodoh pertama dan terakhir saya? Jujurnya saya sangat takut untuk memikirkannya namun saya juga harus bersedia dan matang dalam memikirkan tentangnya. Doa dan harapan saya sentiasa mengharapkan dialah jodoh saya di dunia dan di akhirat nanti. 

Jodoh dan maut sering dikaitkan, kerana sifatnya sama. Jodoh itu sangat misteri dan penuh keajaiban dan rahsia . Tidak siapa pun tahu bila, bagaimana dan dengan siapa. Begitu juga dengan maut, tiada siapa tahu bila, bagaimana dan siapa akan meninggal dahulu.  

Jadi, jika ada yang bertanya tentang jodoh bagi yang belum berkahwin atau sudah kematian suami mahupun bercerai, bila orang tanya soal Jodoh, kita tanya pula kepada dia tentang Maut. Kalau ditanya  "bila kau nak menikah?" balas saja, "bila kau nak meninggal." Eh! πŸ˜‚

#mawarmenulis 
#sharingthoughts
#merapuje

Intai aku di sini

Protect your heart and yourself from being hurt by others. Ignore things that make you sad, be brave and strong. πŸ’ͺThe energy is within you. You create positive minds, you will be positive. ❤️

Kau tidak penting untuk aku lagi.

Tak usah hadir dalam fikiran ini. 

Kau buat saja cara kau,

Aku dengan cara aku.

Jangan kau intai aku di sini lagi,

Dan aku tidak akan menjengah kau di sana.

Bukan aku benci kau, tetapi kau yang mengetepikan aku dahulu.

Aku tidak akan ambil tahu tentang kau lagi. 

Itu cara aku menjaga diri.

Kerana aku tidak mahu disakiti.

Titik.

#mawarmenulis
#justsaying

Saturday, May 30, 2020

Mengurus Kewangan Peribadi

Bermula daripada bawah, akaun simpanan di bank hanya rm50, tiada simpanan tetap dibuat kerana baru setahun dua usia perkahwinan dan hanya seorang surirumah dan tidak pernah bekerja. Itulah saya, pada tahun 2011.

Kehilangan suami membuatkan saya terkapai-kapai, mencari arah dan petunjuk jalan untuk mengemudi dan meneruskan kehidupan bersama anak-anak yang ditinggalkan. Urus tadbir harta anak-anak yatim bersama dengan peninggalan sedikit wang simpanan di akaun bank Ahmad. Tanggungjawab yang besar dan mencabar bagi saya. Namun saya cuba sedaya upaya melakukannya dengan sebaik yang mampu. 

Kami bukan daripada keluarga kaya dan mewah. Ahmad  latar belakangnya anak kampung baru bermula kerjayanya di luar negara, nampak seperti jawatan besar namun ianya cuma tanggungjawab besar yang diamanahkan. Bekerja bukan mengejar pangkat dan harta, tapi untuk meneruskan kehidupan dan berbakti kepada orang sekeliling.

Saya pula, juga bukan orang kaya mahu pun daripada keluarga kaya, pengalaman hidup keluarga mengajar saya erti naik turun hidup ini. Hidup ini ibarat roda yang berputar, kadangkala kita di bawah, kadangkala kita di atas. Papa pernah mewah namun Papa juga pernah muflis. Satu kenangan dan pengalaman indah yang tak mungkin saya lupakan. Pengalaman ini mencorak pemikiran dan gaya hidup saya. Saya belajar erti berjimat cermat serta mengawal diri untuk membeli sekadarnya. Mengikut keperluan diri dan peruntukkan yang ada sahaja.

Persiapan diri perlu dibuat untuk menghadapi kemungkinan hari mendatang. Saya sendiri agak ralat kerana tidak pernah menyimpan wang semasa di awal perkahwinan kami. Namun masa tidak boleh berputar kembali, apa yang saya lakukan adalah berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi. 

Sebelum menyimpan dan membuat perancangan kewangan, saya belajar daripada buku penulisan berkaitan kewangan, cara mengurus kewangan, buku berkaitan pengurusan harta anak-anak yatim dan faraid. Sungguh sebelum kematiannya ilmu saya amat sedikit, saya tidak cakna perihal pengurusan kewangan. Setelah ujian menimpa, saya tercari-cari arah dan jalan untuk perbetulkan semula keadaan ekonomi keluarga kami demi untuk membesarkan kedua orang puteri saya. 

Saya tidak kisah digelar ulat buku, pembaris dan terlalu mengikut buku. Saya hidup untuk membetulkan apa yang silap di masa lalu dan untuk kehidupan masa akan datang. Tanpa ilmu, saya tidak mungkin mampu membuatnya dengan betul. 

Saya ringkaskan di sini isi-isi penting yang saya perolehi dari pembacaan saya mengenai pengurusan kewangan dahulu. Bukunya terlalu banyak dan saya hampir lupa tajuknya. Tapi saya huraikan isi penting dan apa yang telah saya pratikkan selama ini. 

ini sesuai bagi yang baru hendak bermula dari bawah.

Pertama
Senaraikan bajet atau peruntukkan kewangan anda. Mulakan dengan perbelanjaan yang harus ditanggung setiap bulan. Senaraikan satu per satu keperluan kita. KEPERLUAN sahaja bukan kehendak ya! Bajet selalunya harus lebih daripada perbelanjaan sebenar untuk mengelakkan berlakunya kekurangan wang di tangan. 

Kedua
Bila sudah tahu bajet yang diperlukan setiap bulan, rancang perolehan yang perlu kita ada. Tetapkan perolehan (income) yang perlu kita perolehi untuk menampung perbelanjaan keperluan bulanan kita itu. 

Mula bertindak untuk berusaha mencapai jumlah perolehan itu.  Semoga berjaya, dan yang penting percaya bahawa Allah Pemberi rezeki, kita kena usaha dan selalu berdoa kepadaNya. 

Baiklah, cara yang lain pula bagi yang sudah ada kerjaya dan perolehan tetap. Caranya kena terbalik dengan di atas. 

Pertama. 
Ambil tahu berapa perolehan bulanan anda. 

Kedua. 
Senaraikan keperluan bulanan anda dan buat bajet bulanan. Bajet ini harus merangkumi keperluan, simpanan dan sedikit kehendak. 

Ketiga. 
Peruntukkan income yang anda ada untuk tujuan zakat, simpanan, insurans, wang kecemasan dan derma kilat. 

untuk simpanan, saya gunakan cara membuka akaun bank yang berlainan dengan akaun gaji. Akaun itu haruslah akaun yang anda jarang sentuh dan kad bank akaun itu disimpan diam-diam serta tidak ada online banking bagi bank tersebut. Biar susah nak ambil supaya takde gatal tangan nak guna. πŸ˜‚

cara lain juga, simpanan melalui insurans takaful, cara ini lebih mudah dan bersifat jangka panjang. Memang kita tak akan nampak duit simpanan itu, tapi percayalah, satu masa bila simpanan itu matang, kita akan ada simpanan masa hadapan. 

Jangan lupa juga, simpanan untuk tabung haji. Berazam untuk pergi haji tapi tak pernah menyimpan untuk pergi haji. Seolah-olah nak minum air sebab dahaga, tapi tak pergi ambil air, Mana nak hilang hausnya. πŸ˜‚

Wang derma kilat juga harus dibuat kerana kita tidak tahu, setiap bulan pasti ada yang memerlukan, tidak peminta sedekah, adik-beradik atau kawan-kawan yang terdesak memerlukan pertolongan. Tolong selagi kita mampu dan ada. Mungkin hari ini kita tolong dia, esok hari kita, ada orang lain akan datang menolong kita. Cuma jangan kita mengharapkan orang yang sama kita tolong itu akan menolong kita bila kita memerlukan dia. Sifat memberi ini harus ikhlas, tidak mengharapkan balasan dan semata-mata kerana Allah dan kasih sayang manusia. Allah pasti akan menolong kita dengan pelbagai cara apabila kita tidak berkira menolong orang. InshaAllah. 

Kita juga harus belajar untuk memikirkan untuk melabur sumber kewangan yang kita perolehi dengan membeli aset. Rumah misalnya atau pun emas. Kedua-dua ini bersifat pelaburan jangka panjang. 

Kenapa perlu memikirkan jangka panjang walaupun kita tahu akhirnya kita semua akan MenemuiNya, bila meninggal anak Adam, hanya tinggal tiga perkara ilmu bermanfaat, amal jariah dan doa anak yang soleh. Kita tinggalkan aset yang selesa dan kehidupan yang baik buat anak cucu kita supaya mereka dapat menyambung ibadah kita dengan memperbanyakkan sedekah. Semoga itu pahala jariah yang berpanjangan buat kita bila kita meninggal nanti. Aset yang ditinggalkan, anak-anak kita gunakan untuk kelangsungan hidup mereka dan jika mereka melabur untuk membuat sedekah jariah, semoga pahala itu juga turut mengalir buat kita di alam kubur nanti. Sebab itu pentingnya mengumpul aset dunia juga. Subhanallah. Sungguh, hidup ini kita saling memerlukan walaupun kita berbeza alam. 

Itu serba sedikit ilmu yang saya belajar melalui pembacaan buku pengurusan kewangan peribadi dan tarbiah rohani. Semoga bermanfaat hendaknya dan penulisan ini menjadi peringatan buat diri saya sendiri juga. 

Sabar itu cantik 🌹

#mawarmenulis 
#tipskewanganperibadi

Thursday, April 2, 2020

Rakaman cerita indah

melihat BCL seperti melihat diriku 9 tahun yang lalu. Saat perginya kekasih hati secara tiba-tiba.

Kelu, sedih dan bagai separuh nyawaku hilang bersamanya.

Penuh kisah cinta yang indah-indah ditulis di statusku, supaya aku tidak pernah lupa saat manisku bersamanya.

Hidup harus diteruskan, sejauh mana sekarang aku melangkah, hatiku tetap dekat dengan kenangan lalu aku dengannya. Kerana aku tidak pernah mahu melepaskannya.

Tulisan ini cuma cerita, cerita yang merakam kisah indah aku dan dia.

Saban hari saban tahun aku semakin tua, saat aku sudah lupa dan nyanyuk, semoga tulisan ini menjadi memori indah untuk aku ulang dan baca.

Kisah mawarnafastari buat tatapan semua, kerana tiada cinta yang abadi selain Dia.

cintakan bunga, bunga akan layu,
cintakan manusia, manusia akan mati,
cintakan Allah, selamanya Dia tetap ADA.

#mawarmenulis
#justajourney
#sepdsi

Friday, March 20, 2020

Surat cinta buat Ahmad

Ahmad,

Dunia sekarang tak sama macam dulu, terlalu banyak yang telah berubah. Terlalu cepat masa berlalu, kehidupan manusia kini semakin sibuk dan lalai. 

teknologi semakin canggih, tidak macam kita dahulu Ahmad. Menggunakan kamera nikon yang besar, membawa pula handphone di tangan, menggunakan sms. Internet boleh dicapai dengan terlalu mudah kini Ahmad. Peredaran masa membuatkan teknologi semakin canggih namun komunikasi sesama manusia semakin merundum. Masing-masing sibuk melihat telefon pintar di tangan dan tidak mengendahkan keadaan sekeliling. Ya, kadang Nur sendiri pun terjebak begitu. Allah, ampuni aku. πŸ˜”

Setiap butir bicara manusia di dalam hati kini bagai sudah boleh dibaca hanya dengan status mereka di media sosial. Perempuan cantik semakin galak mempamerkan kecantikkan mereka di media sosial, sifat malu dan peribadi bersederhana sudah semakin berkurang dikalangan manusia kini. Allahu, sungguh itu sangat menyedihkan hati. Yang muda dan yang tua terkinja-kinja menari di media sosial walaupun mereka hanya di rumah. Kelakuan ditatap ribuan malah jutaan manusia di media sosial.

Anak-anak kita sudah besar sekarang Ahmad. Setiap hari ada saja soalan mereka tentang kamu sayang. Sangat mencabar untuk membesarkan anak-anak yang semakin meningkat remaja. Kenyataan mereka membesar di zaman teknologi dan media sosial satu cabaran besar buat Nur. Sehabis daya dan sebaik mungkin Nur cuba memberitahu mereka kebaikan dan keburukan media sosial kini. Hendak menghalang secara total, tidak mungkin sekali sebab mereka di era media sosial yang hanya di hujung jari. Mereka diberikan kemudahan tetapi diterhadkan penggunaannya. Itu saja yang termampu. 

Nur sedaya upaya akan cuba menjawab soalan mereka, walau ada soalan yang Nur sendiri tidak tahu jawapannya. Ahmad, harapnya kamu baik-baik sahaj di sana. Dunia semakin tenat Ahmad. Semakin tenat. Sekarang musim penyakit wabak berjangkit yang membahayakan dunia. Kami diarahkan untuk duduk diam di dalam rumah dan mengawal pergerakan. Sungguh menakutkan, lebih menakutkan daripada pengeboman yang pernah berlaku di Pakistan dahulu.

Kenapa Nur kata lebih menakutkan? kerana peristiwa ini pernah diceritakan oleh Rasulullah. Tanda-tanda kiamat itu semakin hampir. Tanda dajal akan mulai terbuka rantaiannya akan menguasai dunia. Tanda alim ulama akan mula meninggal dengan ramainya. Allahu, sungguh Nur takut untuk hidup di zaman fitnah sekarang. Tapi Nur percaya, Allah lebih Tahu apa yang terbaik untuk kita. “Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu baik untukku. Dan matikanlah aku jika kematian itu baik bagiku.” (HR. Bukhari no. 6351, 5671 dan Muslim no. 2680).  Semoga kematianku dan saudaraku serta sahabat-sahabatku kematian yang husnul khatimah. 

Ahmad, semalam sebelum tidur Nur sangat berharap dapat mimpikan kamu. Alhamdulillah, Allah hadirkan kamu di dalam mimpi Nur. Namun sekali lagi, bila Nur terjaga, hati bagai dihiris kembali, terjaga dan menerima hakikat yang Ahmad tak mungkin kembali lagi. Allahu, sungguh hati yang menanggung rindu ini sangat berat dan sebak. Allah Knows Best. 

" A million people I
I still feel alone
Oh, let me go home
Oh, I miss you, you know" 


Thursday, December 6, 2018

Zaman Pintar.


Zaman berubah..

dunia blogger dah tak semeriah dahulu..

yang ada sekarang,

Facebook
Twitter
Instagram

saya juga sudah lama tidak menulis di sini. hanya melalui

https://www.facebook.com/aini.nurbaya

silalah ke Facebook saya jika terus ingin membaca ceritera Mawarnafastari bersama Embun dan Kekwa.

laman Instagram kadangkala saya update juga. tapi tidak sekerap di Facebook.

Page Mawarnafastari di Facebook ada juga, dibuat khas untuk pembaca buku Hikmah Yang Tersirat dan pembaca blog boleh juga follow.

Saya bukanlah Penulis.

Tetapi saya cuma menulis.

cerita biasa tapi dengan niat saling berpesan-pesan sesama kita.

💕❤️

Sabar itu cantik

🌹

Saturday, November 24, 2018

Single mum tools kit

For new single mum tools kit:

things that you need most
1.pen
2.journal or a notebook
3.financial books
4.files (can be pocket, holder or anything that suitable)
5.motivational books.
6.pray mat
7.quran

a pen and a book for you to jot down your plans, your emotions, your hopes and to do list.

make your day as busy as you can...because it will lessen your sadness .

financial books and motivational books for you to gain knowledge about managing money, your orphan money and understanding more about life. your life wouldn't end even though your life partner no longer exists in this world. you still need to move on.

keeping files for organising your letters and certificates. because once the report made, a lot of processes and documents to be submitted. good luck! and be patience 😘

lastly, the most important thing is never let yourself astray from God. Verily every hardship there is a relief and  always remember that
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).”

–Surah Al ‘Imran (3:173)

In the event of fear and anxiety one should seek the help of Allah and frequently recite this ayah of the glorious Qur’an “Hasbunallahu wa Ni’mal Wakeel” “Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us).” (3:173).




Selamat Hari Raya 2023