Friday, May 4, 2012

Salam Jumaat di bulan Mei tahun 2012….


Salam Jumaat di bulan Mei tahun 2012….

Sudah tiga bulan saya menetap di bandar Kluang. Sebuah tempat yang tak pernah terlintas di fikiran saya yang saya akan menetap di sini.
Alhamdulillah… segalanya berjalan lancar dengan izin-Nya. Saya dapat menyewa di sebuah rumah teres yang amat selesa sekali. Syukur..
dan kos sewa rumah yang affordable untuk kami sekeluarga.

Selama tiga bulan ini juga saya banyak belajar untuk berdikari sendiri. Ke mana-mana urusan rumah saya yang uruskan sendiri. Dari hal mencari rumah sewa sehingga urusan menguruskan pembantu rumah, segalanya saya harus lakukan sendiri dan saya melakukannya dengan bantuan sahabat2, saudara mara dan sokongan keluarga terdekat saya. Alhamdulillah… terima kasih, sayang korang semua! J

Rumah paip bocor, saya terpaksa cari jalan sendiri untuk cari plumber. Tombol pintu bilik terkunci yang dibuat oleh cik Embun, saya juga terpaksa bergegas mencari orang untuk menyelesaikannya. Lalang yang tumbuh panjang di belakang dan di depan rumah saya, saya juga harus mencari jalan untuk menebasnya. Saya membeli cangkul dan racun untuk menghalangnya daripada tumbuh sekali lagi dengan cepatnya. Kereta rosak, saya juga ke bengkel dengan sendiri tanpa ada orang rekemen. Perlukah saya mengikut kata orang untuk menentukan keputusan saya sendiri? Mungkin setengah hal, ya… dan setengah hal tidak perlu..

Mungkin bagi setengah orang, itu hanya perkara biasa, semua orang pun melakukannya.. tetapi bagi saya, ianya sesuatu yang baru, sesuatu yang tak pernah saya lakukan sebelum ini.

Dan sekarang, saya juga sudah mula lebih berani membawa kereta ke mana2. Syukur sekali lagi… terlalu byk nikmat Tuhan beri pada diri ini. Tetapi diri ini selalu saja leka dan alpa dengan pemberianNya. Terlalu sibuk menguruskan urusan rumah dan kerja di pejabat, buat badan saya letih sekali. Bila balik, menguruskan anak2 (wpun sudah ada pembantu) , makin lah diri ini bertambah letih dan penat.

Terlalu leka dengan urusan dunia, terlalu sibuk dengan urusan duniawi, saya jadi semakin malas bangun mengadapNya di tengah malam. Astagfirullah…
Solat menjadi tidak lagi kusyuk, terlalu banyak urusan dunia di fikiran saya.. Astaghfirullah…
Dan saya kini jadi semakin mudah merasa marah…

Sejenak, saya teringat kata seorang ustaz di dalam kuliah pagi yang saya pernah dengar,
Katanya, “ Ciri-ciri orang yang tidak solat atau solatnya tidak kusyuk, dia cepat marah-marah..”
Astagfirullah… patutlah diri ini cepat saja marah-marah… solat ku tidak kusyuk, fikiran entah ke mana-mana, memikirkan soal dunia yang tidak habis-habis..
Huhu…

Saya harus jadi seperti watak Delisha di dalam filem ‘hafalan solat Delisha’ ..
Solat itu harus kusyuk, hiraukan keadaan sekeliling, tumpuan hanya Satu…

Benarlah kalam Allah, ayat (ar-Ra’d)13:28 “orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.”

-reminder for myself… and others too-



Friday, April 27, 2012

Kembali menulis

:)

saya sekarang seperti mahu menangis gembira .. hehehe.. sebabnya P1 wimax sudah ada di kawasan perumahan saya... dan sekarang, saya boleh menulis semula seperti dulu2... terlalu banyak nak share.. sampai tak tahu nak mula dari mana...

okay... nanti post seperti biasa akan menyusul..

tunggu.........................



Saturday, April 7, 2012

kurang update

dear readers,
ampun, dah lama sgt tak update.. internet kat kwsn rumah agak mendukacitakan saya.. huhu.. jdik nak loading satu page tu punya lah lama..  makanya saya jdik patah hati nak update blog.. huhu...


sblm sape2 nak suggest saya pakai streamyz or p1 or apa2 pakej internet, saya nak bgtau, kat kwsn rumah saya sewa ni, kawasan baru, so mmg line internet hampeh.kawasan blakang gunung lagi plak tu... huhu... sabar je la...

okay, jmp lagi bila internet laju skit.. daaaa.. :

Friday, March 16, 2012

Peristiwa Ahad, minggu kedua bulan Mac

Pada suatu hari ahad, saya dan anak-anak keluar sarapan pagi di pasar pagi di Shah Alam. Kami menyinggah di gerai ‘char keow teow’ dan saya telah berjanji dengan dua orang sahabat saya, Fila dan Wan untuk sarapan bersama-sama. Kami berjalan-jalan untuk mencari kasut dan tudung di gerai pasar pagi itu.

Tiba-tiba, saya ternampak kasut yang sangat cantik. Saya mengambil keputusan untuk membelinya.

Selepas itu, kami berjalan lagi ke gerai-gerai yang lain. Kami menyinggah pula di gerai tudung, dan saya mendapati bahawa plastik kasut yang dibeli oleh saya sebentar tadi tiada di tangan saya. Puas saya mencari namun bukan rezeki saya untuk memakai kasut itu. Kasut itu hilang entah ke mana.

Oh my! I have to stop writing like budak sekolah buat karangan… dah tak pandaila tulis macam buat karangan masa sekolah dulu2…

Okay, berbalik kepada cerita di atas, kesimpulannya, ahad yang lepas saya balik Shah Alam dan pergi pasar pagi or “carboot sale” di seksyen 13.. beli kasut, tiba entah macam mana kasut tu hilang… dah bukan rezeki saya kot….

(kan simple je ayat ni berbanding ayat di atas.. hehe..)

Tengahari tu pula saya bergegas nak balik Kluang semula. Kami anak beranak bersama Siti (babysitter) balik naik keretapi. Seronok la si Embun dan Kekwa dalam keretapi tu… sampai tak nak tidur. Adoi, letih badan ummi dia dibuatnya.. haha…

Tapi satu lagi insiden berlaku hari yang sama…

Waktu berlepas pukul 2.15petang.. kami sampai kat KL Sentral pukul 2.. gelabah sungguh saya waktu tu, dengan beg banyak nya, dengan Kekwa saya dukung dekat depan guna carrier, dan Embun saya pimpin. Saya sempat beli donut sedikit untuk buat bekal dalam keretapi. 5 jam jugak perjalanan KL-Kluang,Johor .
Sewaktu saya beli donut tu, saya bagi duit RM100 dekat cashier tu dan bakinya saya terus masukkan dalam zip beg galas saya.(tanpa kira dulu duit balance).

Dan bila dah sampai Kluang, dah malam, pukul 7 lebih… perut pun dah lapar, nak masak malam dekat rumah memang dah tak larat, jadi pergi kedai tapau nasi goreng skit. Bila nak bayar nasi goreng tu, saya terus ambil duit yang dalam zip tu, tengok2 ada RM300 lebih???...

Erk.. saya bayar donut RM100, tapi takkanlah balancenya RM300? Saya sangat yakin itu bukan duit saya. Keesokkan harinya, saya tengok resit donut tu, dan saya terus call kedai tu dan mujur di resit tu ada tulis nama cashier tu.. saya pun bagitau dan tnya hal sebenar. Terkejut juga la cashier tu saya call. Saya pun terus transfer semula duit lebih yang diberi tu ke akaun mereka.

Apa pun, Saya tak mungkin ambil apa yang bukan hak saya.. InshaAllah.

Friday, March 2, 2012

Embun, Nampak ayah tak?... wawa??


Sudah setahun dia meninggal dunia… namun segala ingatan dan kenangan tentang dia masih lagi segar dalam hati dan ingatan mawar…hati ini tidak pernah berhenti menyintai dia.. malah setiap hari semakin tebal rindu aku padanya…

Allah hadirkan dia dalam mimpi aku semalam yang merupakan genap setahun pemergian dia…syukur, Alhamdulillah..Subahanallah, Dia yang lebih mengetahui rahsia alam ghaib, sedangkan kita manusia biasa hanya mempunyai ilmu yang sedikit tentang ilmu ruh….

Allah berfirman dalam surah Al-Israa', ayat 85.
Yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".


pertemuan dengan dia di dalam mimpi itu sudah cukup buat aku rasa bahagia sekali… Alhamdulillah, walau ianya Cuma mimpi…

Aku mimpi dia datang menyelamatkan aku dari seorang lelaki yang mahu dekat dengan aku...nafastari memegang tangan aku dan berkata kepada lelaki itu,
“inilah isteri saya, NUR”

Sampai situ sahaja terhenti mimpi itu…. Bahagianya bila seorang suami datang memegang tangan kita dan memberitahu orang yang kita adalah isterinya… kerana semasa hidupnya, dia sentiasa berbuat begitu.. tapi dengan dialek perancis dia, “this is my wife, Nur” J

Kemudian babak lain pula muncul di dalam mimpi aku semalam…dan syukur, aku bertemu dia lagi…
Dia duduk menyandar di dinding sambil bersimpuh dan tersenyum manis… mengangguk2 bila aku asyik berbual dengannya… macam2 perkara aku luahkan kepadanya… namun riaksinya tetap sama… senyum dan angguk… aku rasa seronok sekali dapat bercerita dengannya segala hal yang rasanya telah lama aku simpan di dalam hati.. dia asyik mendengar tanpa ada bicara….

Tiba aku teringat (masa dlm mimpi tu juga la), bukankah dia sudah meninggal dunia? Aku cuba sentuh dia, namun tangan aku menembusi dia.. (mcm dalam cerita2 orang pegang ruh kononnya,pengaruh cerita kot saya ni), aku mula panic dan aku bertanya kepada Embun,

“kakak, kakak Nampak ayah tak?”

Embun menjawab, “tak !”

Dan aku memandang wawa… “wawa Nampak ayah?”

Wawa yang sedang bertatih  memegang pintu itu menggeleng bila aku bertanya…

Dan aku menoleh semula ke tempat dia duduk tadi…
Ternyata dia hilang……….

Dan itu cuma mimpiku….setelah setahun… mungkin dia datang melawat kami… dan mahu dengar segala keluhan aku yang tersimpan… sykur walau ditemukan di dalam mimpi.. aku tetap rasa bahagia… terima kasih Tuhan.

Friday, February 17, 2012

Entry from Kluang

Nak mula macam mana ni ek.. dah banyak tertinggal nak update ni....

okay... kita buat ala2 wawancara gitu lah ek.. (mcm topik karangan sekolah dulu2)

Soalan: Mawar sekarang dekat mana?
Mawar: Sekarang dekat Kluang, Johor

Soalan: Anak-anak ikut sekali ke? siapa jaga?
Mawar: Anak2 ikut sekali lah.. takkan nak tinggal kot... menangis ummi dia ni kang.. hehe...em sape jaga diorang ek?... mula2 hari tu Tok Mama ikut, sekarang ni dah dua hari tok mama balik Shah Alam, tinggal la kami berempat je...

Soalan: Empat? siapa sorang lagi? Mawar, Embun , Kekwa dan siapa?
Mawar: dan Siti... dia tu babysitter Embun dan Kekwa... alhamdulillah, sekarang Embun dan Kekwa dan ada baby sitter, harap2 Siti tu akan jaga anak2 Mawar baik2... mohon doa dari kawan2 juga yea.. (cewah, mcm artis statement je! haha)

Soalan: Mawar duduk rumah siapa? sewa ke ada mak long kat sana kan?
Mawar: Sekarang Mawar menyewa... syukur, sewa rumah pun okay, affordable.. RM320 sebulan.. mana nak cari rumah sewa 3 bilik, 2 bilik air, rumah tanah sewanya camtu kat area Klang Valley kan? alhamdulillah......

Soalan: Kerja macam mana? okay tak?
Mawar: so far okay... suka lah environment keje sana, dan saya kena banyakkkkkkkkkk belajo...kena bukak balik buku2 Akta tu... abang lawyer i dah takde nak tolong i terangkan all those act tu... huhu....

Soalan: Mawar tak ngantuk ke dah pukul berapa ni..
Mawar: ngantuk jugak la... tidur dulu ye.. sambung lain kali...

;p

Saya yang lupa

Satu pagi saya buka FB.. tgk ada org post seseorang meninggal dunia...
dan... entah kenapa... setiap kali berita kematian saya terima, saya pasti rasa cemburu.. sejak dulu lagi.. sejak saya sekolah menengah...

mula2 nenek saya meninggal sewaktu saya di tingkatan 4.. saya merasakan cemburunya dia pergi... kenapa cemburu ya? mungkin kerana dia telah dipanggil oleh Dia.. mungkin kerana mungkin lagi lama kita hidup, lagi banyak dosa kita?... atau juga sebaliknya... ah, tapi memang saya cemburu...

kemudian sepupu saya... waktu itu saya di matrikulasi uia pj.... sepupu saya itu perempuan, baru nak ambil SPM, belum sempat ambil SPM sudah dijemput pulang.... cemburunya saya! dia budak yang naif.. dan sangat hormat ibubapa...

Saya update status saya di FB ---

Entah kenapa sejak dulu,bila dgr org meninggal,sy rasa cemburu...sy juga mahu pulang,tp mgkin belum masanya,kerana sy msih perlu bekal supaya xkelaparan di SANA, Allah knows best.
 ·  · 

    • Kak Chik Ruqaiyyah sabar Nur,...masanya akan sampai...teruskan kehidupan untuk puteri tersayang..apalah nasib mereka jika mereka juga ditinggalkan...
      Yesterday at 08:48 ·  ·  5

    • Aini Nurbaya Btol juga,dan dl pun dia pnh kata dgn sy, "nur mcm mana kalau i mati dulu?" sy pun ckp,jgnla ckp mcm tu,sape nk jaga sy dan anak2 yg msih kecik ni... Sb sy lupa yg sbnrnya kita semua Allah yg jaga. :D
      Yesterday at 08:52 ·  ·  21

    • Noor Faeza Saharani Aini dear,x baek mcm tu.jgn minta yg bukan2. Sabar yea! ;)
      Yesterday at 12:20 · 



Selamat Hari Raya 2023