Thursday, February 14, 2013

Si putih, kamu kini dengan kami...

Percaya atau tak yang sekarang saya sudah bawa kereta ahmad!
haha.. sangat tak sangka saya memberanikan diri juga membawa kereta tu setelah hampir setahun lebih saya bertukar kereta dengan kakak saya...banyak kenangan khaled@kenari dengan kami.. saya belajar berdikari dengan kereta khaled tu.. dari shah alam ke kluang, dari kluang ke kuala terengganu... dan saya amat sayangkan kereta khaled yang banyak berjasa pada kami.. walaupun kereta itu tidak punya nyawa seperti manusia, tetapi telah saya anggap khaled itu seperti keluarga saya sendiri.... very touching moment bila nak berpisah dengan khaled dan bertukar ke realiti... membawa si putih yang sbnrnya milik keluarga kami...

kat sebelah ni gmbr saya dengan khaled kesayangan kami.. yang banyak beri saya pengalaman dalam membawa kereta. Senang membawanya kerana petak dan kotak je.. sgt sesuai dengan saya yang pendek ini. hihi...

khaled kereta kedua yang saya pakai lepas saya dapat lesen. Kereta pertama yang berjasa dengan saya, kereta satria manual milik abang sulung saya. Saya 'sangat sukakan' cabaran manual itu! hohohohoho...

Dan sekarang, saya harus kembali kepada realiti, saya harus membawa kereta suami saya walau seribu alasan saya beri, saya takut, saya tak pandai bawa, tapi saya HARUS bawa juga.. kerana kereta itu telah jadi harta peninggalan si dia yang bermanfaat buat kami sekeluarga.. semoga harta yang ditinggalkan dia, digunakan untuk manfaat kami yang merupakan anak dan isteri, dapat membantu dia di alam sana.. sungguh, tidak akan pernah saya lupakan dia, dan saya akan sentiasa berusaha melakukan tanggungjawab saya sebagai isterinya dengan menjaga nama baiknya dan amanah yang ditinggalkan dia dengan sebaiknya,,,sob sob.. tibe.. mood sedih plak.. walhal nak citer pasal kereta je....

okay.. jen jen jeng... ni la dia rupa si putih yang saya takut nak bawak dulu tu...



hah.. amik... masih P okay!!! ada 7 bulan to go untuk dapat competent licence... hohoho..
saya harus berani walaupun tak berani sangatlah! ;p

Jom layan lagu kat bawah ni kasi semangat sikit diri nak buat sesuatu yang diluar kemampuan kita...

one.. two... three.... jom nyanyi!


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahanKau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenanganKau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


Apa pun kita balik kepada Tuhan yang ciptakan kita.. sentiasa tawakal kepadaNya, sungguh segalanya diluar kemampuan kita, namun atas kehendakNya, kita mampu lakukan jika segalanya diserahkan kepadaNya. Saya selalu amalkan ayat di bawah ni jika saya terlalu gementar dan takut atau bila ditimpa kesulitan.. semoga Allah sentiasa melindungi kita dari segala keburukan.. dan jika terjadinya keburukan kepada kita, pasti ada kemanisan disebalik dugaan itu... fikirkan yang baik-baik saja! inshaAllah, Engkaulah apa yang engkau fikirkan!




Wednesday, February 13, 2013

cuti-cuti malaysia

mandi manda di air terjun ...

Kekwa yang wangiiiiiii

Embun loves the nature

jalan-jalan cameron highland

kekwa and her bestfriend

shopping tudung untuk si kecil

Tuesday, February 5, 2013

Study mode

Alhamdulillah.. diberi peluang untuk jadi student balik... seronok... dan syukur sbb skrg dlm keadaan yg lebih senang jika dibandingkan zaman blaja dulu.. dulu nak beli taging sticking notes ni pun tak mampu.... pakai kertas murah je buat taging buku.... skrg dh ada duit sndri boleh la beli yg kualiti sikit... terasa betapa syukurnya nikmat Allah beri.. Dia beri susah untuk mendapat kesenangan di kemudian hari.. perasaan itu sgt indah! Alhamdulillah......


Tuesday, January 29, 2013

Quotations

“Don't be afraid of your fears. They're not there to scare you. They're there to let you know that something is worth it.” ― C. JoyBell 


 Decide you want it more than you fear of it-bill cosby

let's face our fear .... 


 *mode : memotivasikan diri sendiri lagi dan lagi... huhu....

Tuesday, January 22, 2013

Demam slot akasia- setia hujung nyawa

ehem...
dah lama tak berjiwang tgk movie segala... tiber terlekat kat citer TV3, pukul 7.. Setia Hujung Nyawa.. astagfirullah, napelah disiarkan waktu2 magrib camtu? dugaan sungguh... time jadi angel mula la solat awal waktu.. time tanduk kat blakang muncul.. kalah, lepas habis citer baru nak solat.. haish.... tv3 boleh tak siarkan slot akasia tu 6.30 ke.. tak ganggu waktu solat... huwaaaaa... alasan diri sendiri kan? dah malas tu malas je la cik nur.. hish.......

apa pun syok tgk lakonan ersalina dan zain tu.. real je..
"lakonan mestilah real"
heh...

semalam saya tidur smp pukul 3 pagi melayan tonton citer tu dari episode 1 hingga episode 7.... sebab saya tak tengok lagi episode yang mula-mula tu.. baru follow citer tu start episod belas belas apa ntah... hihi....
seronok... sbb mengingatkan saya kisah cinta saya dan ahmad.. cewah!

******************************************************************

 -flashback mode-

1st year of marriage...
lots of things to learn and to struggle...
mencari titik persamaan antara dua orang yang berbeza cara hidup..
ahmad dibesarkan dengan cara konservatif dan kekurangan..
dan saya pula dibesarkan dengan cara moden dan serba mewah..

perbezaan itulah yang melengkapkan sesebuah hubungan tu...
bila gaduh2 sikit... mula la nak merajuk..
nak jeles.. nak marah... nak mencebik..
nak meradang...
apa pun.. tiap kali selisih faham itu berlaku... ahmad selalu cakap,
"no matter what happen, marriage must sustain!"

ayat tu memujuk hati kami yang masih muda masa waktu mula2 kawin dulu
saya dengan sifat kebudakan, dia pun lebih kurang juga...
masing2 belajar untuk tolak ansur.. belajar untuk terima seadanya...
belajar untuk menerima perbezaan..
seronok, bila kita dah menjadi yang halal buat suami kita..

yup, semua tu kenangan indah..
sampai ke syurga, inshaAllah..amin.. amin.. amin (Allah , perkenankanlah)
bukan sampai hujung nyawa! ;p
hehehe

Gambar slot akasia mawarnafastari disiarkan dibawah ini:  ^_^


Destinasi bulan madu~ tahun 2008


snorkling time...


gadis kampungan dan lelaki bandar pujaan hati ;p




Monday, January 21, 2013

embun nursery song

mana kucing,
mana kucing...
di dapur..
di dapur...

mana burung
mana burung
di pokok
di pokok

mana ikan
mana ikan
di laut
di laut

mari kita pancing
mari kita pancing

tak dapat
tak dapat!

hehehehe... cute song sing by embun ;)

Wednesday, January 16, 2013

berjalan dan berjalan jika tiba destinasi, kita akan berhenti

teringin satu hari menjelajah dunia... melihat tempat orang... melihat budaya orang... melihat kecantikkan alam ciptaan Tuhan... memikirkan tentang kehidupan di sudut yang berbeza... merasa angin yang berbeza... menghirup udara yg lebih segar... melihat bulan lebih terang dan dekat... melihat awan yang cantik.. melihat burung yang riang berterbangan di udara yang sihat...

semua itu saya teringin melakukannya... tapi bukan sekarang... sekarang cuma boleh bermimpi... bangun semula , kemudian hidup seperti org biasa.. melakukan aktiviti rutin.. yang entah bila ada penambah baik dalam rutin ku seharian ini?

tiap hari.. ada saja keluhan hati.. mengaduh penat... kadang2 dilepaskan pada anak2 yg kecil tak mengerti apa... kemudian mereka menangis kerana dimarah... dan saya ambil, peluk dan pujuk mereka semula.. kadang tok mama membantu memujuk mereka.. Allah... mujur ada mama... syukur... semoga Allah panjangkan usia mama supaya dapat sama2 meringankan keluhan ku.. namun aku tahu dan pasti kenyataannya suatu hari.. atau satu masa nanti aku harus bersedia hadapi kenyataan apa pun.... moga Allah tetap jaga hati ini ke jalan yang benar jika diuji......

kadang firasat hati bimbang apa akan jadi kalau masa saya pun tiba? apa jadi pada anakanda yang berdua itu? siapa yang akan jaga mereka? hati kecil menenangkan dengan jawapan Allah jaga... Allah jaga.. Allah jaga... Sedih bila memikirkan yang bukan2 ini.. tapi ini bukan2... tapi inilah kenyataan.. yang satu masa yang kita sendiri tidak tahu bila... dan bersediakah saya? .. Allah.. sungguh takut memikirkannya...

Moga Allah kurniakan saya kesihatan mental dan fizikal yang baik supaya saya dapat menjalankan tanggungjawab saya dengan baik......

Embun, kekwa... ummi sayang sangat kamu berdua...
membesarlah jadi anak yang solehah dan berguna...

mama, maafkan nur atas segala salah dan silap...
terima kasih kerana setia di sisi anakmu yang lemah ini....

papa,  terima kasih kerana mengenalkan nur ttg roda kehidupan sejak kecil lagi...
naik turun , jatuh bangun sesebuah kehidupan itu dapat nur lihat dr pengalaman papa...
pengalaman itu sangat berharga! dan nur belajar itu semua dari papa...

hari ini saya masih berjalan lagi... 
esok siapa yang tahu?

berhenti di sini...
sambung lagi nanti.. inshaAllah







Selamat Hari Raya 2023