Monday, June 8, 2009

Langkah

Ke mana langkah aku seterusnya?
Dulu perancangan begitu teliti..
Belajar, nak kerja 3 tahun baru nak fikir soal kahwin.

Sekarang?
Aku sudah habis belajar,sudah kahwin, itu pun di tahun akhir
belum bekerja, tapi sudah punyai seorang suami yang baik hati dan anak yang comel.
Apa lagi yang aku mahu?
kita hanya merancang, Dia yang menentukan

Kepuasan diri takkan pernah habis..
Apa yang dicitakan, dicari, diimpi sejak di taman ilmu dan budi,
bila akan tercapai?..
hampir 5 tahun setengah berkayuh untuk sampai ke destinasi,
tapi, masih belum lagi sampai..
mungkin sedikit masa lagi..
atau mungkin tidak sampai?
entahla..

Allah knows best!

4 comments:

  1. انا في التفكير والله في التدبي

    kita rancang..Allah yg tentukn segala2nye..papepun kite kna bsyukur, sbb ape yg Allah bg kat kita semuaanyee adalah yg terbaik utk kita!!!

    aku rancang nak kawin umo 17 thn umo da berabad2 pon blom jumpe calon hah cane tuh..hahahha

    ReplyDelete
  2. salam.. walaupun perancangan kita telah teliti dan tersusun... namun sesungguhnya perancangan dan percaturan Allah itu lebih baik dr apa yg telah kita harapkan... semoga mawar akan dapat yang terbaik dlm hidup di dunia mahupun di akhirat..insyaAllah

    ReplyDelete
  3. Allah knows best!

    Kit berikhtiar jer la...

    ReplyDelete
  4. " Kita merancang TUHAN yang menentukan "...namun yang pasti setiap yang berlaku ada HIKMAT disebaliknya..apa-apa pun kita doakan semoga kita berbahagia di dunia dan di akhirat....yang pasti ALLAH jua yang tahu perjalanan hidup ummat2nya...

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023