Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan di perantauan...

Ramadan greetings for all .. 1st time in the history of life I fasted in those countries and will beraya people in the country. huhu .. Sad? He was very sad, follows fast on the same mana2 aje, just here Skit fast longer, more 2jam je ..

What's the most I'll miss the fasting month is ramadan bazaar and also UIAM! huhu .. and also I should mak cuisine! .. Bye sat far from the homeland ni dulu2 He was sorry not cook mak nak tengok .. now terhegeh2 ni nak blajo then cook macam2 type kuih.

I kuih time fav is caramel custard ramadhan .. Ramadan dulu2 meaning if I have to be prepared caramel ni. If I can not eat kat umah, I'll buy at the bazaar. Now I terpaksalah ni blajo make your own. Praise was also made triumphant! haha .. seemed pleased je, just spoiled and lazy dulu2 je .. huhuhu

Hari ni dah 4 ramadhan in pakistan .. Pakistan ni through daily fasting from arab land and malaysia. For some reason I was not sure. Because we on earth ni Pakistan, so we ikutla their fasting time. (although in some areas in pakistan fast with Arab and Malaysia).

Menu day ni Sizzling Yee Mee .. Nak eat Tetiba Sizzling teringin .. more plaque ahad bought off the store gi tu .. Sizzling Plate So, I was saje nak buat Sizzling try .. I google dlm myresepi, see resepinya .. and this is the result ..


wahaa ... nmpak menyelerakan mcm .. but when eating .... Salty !!!!! hahaa .. maklumla, people who cook fast, no leh nak adjust cooking time .. hoho

Welcome to fast!

Tuesday, August 18, 2009

100% cotton from Pakistan

Tibe2 hari ni ramai pula yang msg nak order kain cotton dari aku.. Ape ntah mimpi dorang, tak tgk kain rupe camana lagi, dah nak order...haha.. Dan aku pula tetibe rasa macam nak buat biznes skit2 la amik untung jual kain pakistan ni boleh tak? haha.. stakat 20% mark up ke.. buat duit makan.. um, (betul ke aku ni nak meniaga ni?)

okla, apa pun, ni buat tatapan pengunjung blog aku, sape2 terbekenan tgk gambo ni dan rase2 nak order, bolehla buat tempahan. aku akan sedaya upaya cari jalan supaya kain ini boleh dipasarkan di Malaysia. wahaha..



Kain ni best giler, sejuk je pakai. aku buat baju kurta. Ala, baju panjang tu, pakai nagn jeans or seluar slack je. Pastu tak perlu beriya2 sgt gosok, sbb kain ni dah licin.



Ni kain cotton "chicken breza" (kalau tak silap aku la). Kain Pakistan mmg jualnya 3 pieces. lain2 corak, tapi satu set untuk dibuat baju, seluar/kain dan selendang.

Yang ni pun sama, 3 pieces gak.. slalunya aku buat baju kurung dan baju kurta satu untuk 3 pieces tu. Kira untung la beli kain, dapat buat 2 baju skali. Kadang 3 helai tu pun aku buat 3 pasang kurta. hehehee...

Harganya berbeza2, normal price cotton yang mutu dia best skit, dalam Rs 490( 3 pieces), kira lebih kurang RM21 kita. Kalau aku nak jual, mgkin nak amik untung dalam 20% atas kos je kot..

Orait, kalau minat, bagitau la ek! ;p

* anda juga boleh lihat contoh kain di sini -http://arinaathirah.fotopages.com/?entry=1419907
[ pinjam page ye kak fiza cantik! ;) ]

Sunday, August 16, 2009

undefined


Tadi sedang aku tengok2 blog orang, aku terbaca satu blog ni entrinya tentang anniversary perkahwinannya yang sudah mencecah 2 tahun. Akhir tahun ini usia perkahwinan aku dan en amad pun akan mencecah 2 tahun. Tapi lucunya aku tidak ingat tarikh pertunangan aku. Yang aku ingat kami bertunang 6 bulan sebelum berkahwin. Aku pun bertanya kepada en amad;

aku : eh, bila ek tarikh kita tunang? i lupa la..
dia : em, tak tahu! (dgn muka yang penuh rasa bosan dengan pertanyaan aku)
aku : kenapa buat muka bila i tanya?
dia : ntah, i tak suka apa2 mengenai perkahwinan dan tunang. i tak nak ingat peristiwa itu. phobia!
aku : !@#%%&*(#%%

em, pasangan lain yang sememangnya 'love marriage' mungkin rasa gembira dan excited dihari perkahwinan dan pertunangan mereka. Tapi bagi kami??...

entahla, jika bertepuk sebelah tangan*, manakan berbunyi...
suami aku phobia, aku pula yang lebih2!



* bertepuk sebelah tangan dalam konteks excited mengenai majlis tunang n kahwin

Saturday, August 15, 2009

"Membaca bukan hobi saya" - dulu

Dulu2, aku boleh dikatakan tak suka membaca, apa jenis bahan bacaan aku malas sangat nak baca. Sebab aku rasa leceh nak kena mengeja.. haha.. takdelah, aku cuma tak suka baca sebab
  • perlu banyak masa
  • otak jadi penat nak masuk input
  • aku pemalas
  • sbb aku suka mengira dan logik!

em, itu dulu punya ceritalah..Semasa aku mengandung dan admit kat dalam hospital selama hampir 2 bulan lebih tu, persepsi aku tentang membaca sudah berubah. Aku dah mula suka membaca sebabnya;

  • aku terlalu bosan duk kat hospital
  • hari2 tgk muka org yang sama, lauk boleh hafal- sama je, jadi bila membaca ada jugaklah benda baru
  • excited nak jadi ummi.. jadi mesti tahu pasal persiapan nak jadi seorang ummi dan jaga baby macam mana etc..

must read book while in HSNZ



Buku ni ala2 kitab aku blaja masa pregnant dulu. Apa2 masalah sepanjang pregnant banyak aku refer kat buku ni. buku ni hampir boleh dikatakan complete guideline utk kita yang baru pertama kali mengandung.



Enjoy Your life ni buku pasal cerita2 teladan dari zaman Rasulullah, kisah para sahabat. Memang menarik cerita dalam ni, buat kita rasa memang Islam itu indah, dan Islam itu memang cara hidup kita. Buku ni dibeli oleh suami aku sewaktu dia buat umrah dulu. Bila lepas solat isya' mesti aku baca buku ni kat hospital dulu. Hilang rasa bosan aku kat dlm spital tu..

dan sekarang, aku lebih gembira membaca dan memborong buku sbb di Pakistan buku jauh lebih murah!!!! Dah banyak jugak lah buku aku duk borong untuk di'display' di library kecik kami kat rumah dan juga untuk embun si chomei . :)

Ni kat bawah ni plak, book to read: - ... ( bila la nak habis baca agaknya ek?)

Enjoy ! :) ---{@

Flora & Fauna

Aku sekarang sudah ada hobi baru! yeay.. Aku sudah jadi pencinta alam flora dan fauna di dunia maya.. haha.. Mula2 kawan kami recommend kami berkebun, aku malas nak join, tapi laki aku ada keinginan nak mencuba untuk berkebun. Bila dah mula nampak hasil, semakin ketagih laki aku berkebun. Aku pun jeles jugaklah dia boleh berkebun, dan aku pun tak nak ketinggalan, aku pun join berkebun jugaklah.. Ni dia kebun aku;




Tiba, aku rasa lebih faedah jika berkebun real! hehe.. Makanya, inilah dia hasil kebun kecil aku.


Pokok Daun Bawang, hadiah dari Madame Hayati.. Thanks! memang berjasa daun bawang ni.. rajinla aku buat sup selalu.. hehe

Ni pokok daun sup... tak nampak hasil nya pun lagi.. mungkin dalam 0.009 grow kot? haha

Pokok cili api.. Nampak sikit hasilnya, 14% grow! hehe.. di Pakistan takde cili api.. jadinya kena amik inisiatif untuk tanam sendiri la.. benih kami bawa dari Malaysia. yehaa.. senangla en amad nak makan budu dia, dan aku buat sambal belacan kegemaranku! :)

Ni plak pokok sayur bayam merah.. Bayam ni favourite en amad la. tiap ari mesti dia nak bayam, ikan goreng plus budu! Kan senang kalau ada sayur bayam blakang umah je.. bila2 nak makan, amik je.. hah, dah 21% grow.. nampak tu! heheee
Penutup- Wassalam.. ;p
==' Cintailah alam sekitar '==



Happy FOUR Month Embun!!




Embun sudah empat bulan! Sekejap je masa berlalu kan? ;p Bermakna hampir 3 bulan juga lah kami kat Pakistan ni. Tadi petang Embun kena cucuk.. kesian dia, tiap kali kena cucuk aku mesti tak sanggup nak tengok. Mesti ayah dia je yang masuk masa doktor inject dia. Lepas tu baru aku amik tenangkan dia. huhu

Sekarang ni Embun dah mula cakap2! (bahasa dia la tapinya). Pastu suke menjerit, kalah budak umur 4 tahun. haha.. Dan yang paling best, dia dah meniarap! Yang lucunya bila dia dah dpt meniarap, dia pun menangis. Panik agaknya tiba2 ada view lain, perut dengan sendirinya ada atas tilam. Selalunya kan duk terbaring je, badan yang kat atas tilam. hehe..

Embun suka duduk dalam stroller. Bila time aku masak, aku mesti bawak dia pegi dapur dan letak dia dalam stroller. Esok beso2 mesti rajin tolong ummi kat dapur sbb kecik2 aku dah train dia duk dapur. hihi.. best2...

Thank You Allah for granting me such a cute little baby. :)

Saadah, kite dah jawab ni! :)

These are the rules:-
1. Go to your photo file...Select the 6th folder >>> orait
2. Select the 6th picture in that folder >>> baiklah
3. Post that photo plus the story behind it >>> ha'aa...


Ni gambar aku dan Embun di Lakeview Park, Islamabad. Masa ni kami baru je tiba di Islamabad dan masih menginap di hotel. Pada petang tu, kawan kami orang Malaysia bawak aku, Embun dan en amad bersiar-siar ke taman ni. Taman ni sangat luas dan terletak di tepi tasik, sebab tu lah namanya pun Lakeview. Pengunjung pun memang ramai, tak kira tua muda, lelaki perempuan, dan kebanyakan daripada mereka memandang aku dan Embun dengan hairan, aku pun tak faham kenapa... ;-)

Tuesday, August 11, 2009

Dalam kereta


Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku semasa berjalan2 kat ibunegara Pakistan ni..

Em, ada satu hari minggu tu, kami sekeluarga nak pegi melawat tempat yang menarik kat Islamabad ni.Kami ditemani jiran kami- Bilal. Nama tempat tu Daman-e-Koh dan Pir Sohawa. En amad pernah tulis dalam entrinya sebelum ini pasal tempat tu, jadi aku nak mengulas panjang pasal tempat ni pun rasanya tak perlu kot. Pembaca sekalian bolehla baca di sini. Cuma, aku nak citer al kisah aku sepanjang perjalanan kami ke sana.

Tempat tu memang menarik, cumanya tempat solat untuk perempuan tidak disediakan. Kebanyakkan tempat surau atau masjid di Pakistan ni tak menyediakan tempat untuk perempuan bersolat. Bagi mereka, perempuan tidak perlu ke masjid dan harus solat di rumah sahaja. Memang betul la perempuan tak diwajibkan ke masjid, tapi macam mana pula kalau kita tengah jalan2 pastu dah masuk waktu, tak boleh solat dalam masjid yang disediakan?.. hanya lelaki sahaja yang dibenarkan.

Kebetulan waktu kami ke tempat tu dah petang, pastu maghrib dah masuk, jadinya kami nak solat maghrib la dulu sebelum balik. Aku dah ready dengan wuduk dari rumah, jadinya hanya perlu cari tempat untuk solat. Bila nampak tanda masjid kat papan tanda, aku dah lega, boleh la aku singgah nak solat. Sedang aku nak turun dari kereta untuk ke masjid tu, tiba2, Bilal bagitau yang masjid di sini hanya untuk lelaki, dan selalunya ibunya hanya solat dalam kereta jika mereka berjalan jauh.

Aku takde pilihan lain dah waktu tu. Masa tu kami di Pir Sohawa, tempat di situ sangat sempit dan tiada tanah lapang untuk aku solat sendirian. Akhirnya aku ambil keputusan untuk solat dalam kereta aje la... huhu.. Kalau tak solat, nanti aku akan terlepas pula solat maghrib.

Sama halnya bila aku keluar berjalan2 dengan kawan2 perempuan (malaysian). Waktu tu kami tengah shopping sakan beli kain. Kami keluar rumah pukul 5.30pm. Asar di sini pukul 6.15pm. Tengah syok jalan2, masa berlalu dengan cepatnya,waktu Asar dah nak habis, dah hampir masuk maghrib. Aku masih di luar, nak cari tempat solat untuk perempuan takde juga, dan sekali lagi, aku solat Asar di dalam kereta!





Monday, August 3, 2009

Sape boleh tolong saya??..

Saya nak adakan majlis makan2 di rumah saya.. tapi masalah saya, saya tak reti nak masak banyak2 dan tak tahu nak masak apa utk orang ramai ni.. em, nak buat house warming, dah pindah umah dekat sebulan, tapi tak ngajak org makan lagi.. huhu..

nak masak apa ek? kasik resepi skali.. utk 50 org makan camtu kot?? ;p


** matila saya, masak utk berdua pun tak sedap mana, nak bg 50 org makan?? aiyo.. mcam mana ni?????...

Selamat Hari Raya 2023