Oh entri kali ini mungkin boleh dikatakan aku agak generalise dan mengutuk skit.. hehe..
bukan apa, makin lama aku duduk di Pakistan, makin aku rasa orang di sini agak pelik, aneh dan sebagainya... Semakin kami cuba untuk menyukai orang mereka, semakin banyak yang kami tak suka mengenai mereka.. ayat tak kenal maka tak cinta memang tak boleh dipakai di negara ini.
Kenapa aku katakan mereka itu pelik?.. tentu sekali kerana budaya mereka yang sangatlah lain dengan orang kita tak kiralah melayu, india mahupun cina. Terus terang aku katakan, aku lebih menghargai negara Malaysia bila duduk di sini. Semangat cintakan negara semakin banyak bila melihat banyaknya kekurangan di sini. Syukur jadi rakyat Malaysia tau.Cewah, patriotik pula aku ni. ;p
Rakyat di sini hidupnya relaks, selamba dan suka menipu! haha..
Kedai hanya dibuka waktu 11.00 pagi ke atas... hah, relaks kan mereka? dan tutup kedai awal!Mereka tidak pernah mengaku tidak tahu atau tidak ada.. "everything is possible in Pakistan".. kalau tak reti or tak tahu cakap je la tak tahu kan? senang! huuuu
Dan jika anda membeli- belah di sini, mereka pasti akan memberitahu berapa kos mereka beli, dan berapa untung mereka dapat, konsep islamic la tu, memberitahu kos dan untungnya..
TAPI, kadang2 kami wonder, betul ke kos mereka sebegitu kerana harga mereka tawarkan berubah2, putar alam la!!! ;p
Oh ya,
Pernahkah anda melihat orang membawa cermin atau kerusi menaiki motorsikal?
Pernahkah anda melihat 3 orang duduk di depan kereta?
Pernahkah anda melihat orang baring di tepi jalan raya sambil bermain handphone?
Pernahkah anda melihat orang bermain kriket di bulatan jalan raya?
Pernahkah anda melihat orang berpurdah tetapi nampak rambut di belakang dan jambul di depan?
Pernahkah anda melihat orang perempuan diberi layanan istimewa di kedai makan, sampai tak perlu beratur membeli makanan di McD?
Pernahkah anda melihat kereta kuda,lembu, keldai, recha, motor, lori, kerbau dan kereta di satu jalan yang sama?
Pernahkah anda melihat berkotak2 TV utk dijual diangkat menggunakan kereta tolak yang diusung oleh seorang pemuda?
Hm,banyak lagi sebenarnya tapi rasanya cukuplah list di atas ini.. Semua itu terjadi di sini. Ternyata bagi saya mereka itu pelik!