Thursday, January 7, 2010

2nd Year Wedding Anniversary



28 December 2009, genaplah 2 tahun usia perkahwinan aku dan encik suami... Umur embun pula sudah 8 bulan lebih.. Alhamdulillah, thanks to Allah for giving me such a beautiful family..

Teringat pula zaman perkenalan aku dan encik suami..


Waktu itu, aku masih di tahun satu di uiam, gombak.. Encik suami pula di tahun akhir. Semasa minggu taaruf, Encik suami menjadi committee, nak dijadikan jodoh berjumpa, aku pula mengalami Darhea.. dan Encik suami selaku committee terpaksala membawa aku ke klinik di universiti. Selepas itu kami cuma bertentang mata dan hanya berbalas senyum bila berjumpa.. kami tak pernah berbual panjang cuma bertanya khabar dan "hi" saja..

Perkenalan kami ringkas dan bersahaja, kami tak banyak menghabiskan masa bersama. Aku pada mulanya agak ego untuk mengaku yang aku sukakan dia.. tapi bila dia sudah habis belajar, mula terasa kehilangan.. itulah manusia, bila depan mata, buat tak reti, bila dah hilang mula rasa menyesal.. Tapi Alhamdulillah, jodoh kami panjang, kami terjumpa lagi bila dia buat clearance result dia, dan pada hari itu jugalah dia bertanyakan samada sanggupkah aku jadi isterinya?

Pada mulanya aku sangat terkejut, pelik juga tiba2 saja dia ajak kahwin? Kami tak pernah kenal secara dekat, kami tak pernah berbual panjang, tiba2 mahu ajak kahwin? Hu.. Meremang bulu roma bila teringat kisah itu.. Kadang2 aku rasa macam dia hanya bergurau.. Dan selepas itu aku mengambil keputusan untuk kenal dia dahulu..

Tak sampai setahun kami rapat, aku telah menyuruhnya berjumpa papa untuk bertanyakan tentang niatnya. Dan alhamdulillah, papa sangat sporting, dia rasional dan banyak bertanyakan benda yang seharusnya encik suami lakukan sebelum benar2 mahu mendirikan rumahtangga. Seterusnya kami bertunang 6 bulan dan berkahwin pada 28 December 2007 @18 Zulhijjah... Pada waktu itu aku di tahun akhir pengajian di uiam.. Perkahwinan waktu belajar tak langsung menghalang aku untuk terus belajar.. yang penting restu ibubapa, berkat usaha dan doa.. inshaAllah... He Knows Best!

Dan kini... alhamdulillah, aku sudah bergelar graduan, ibu dan isteri.. :)
Bila pula hendak bergelar Prof atau CEO? hahahaa....

5 comments:

  1. tahniah dengan usia perkahwinan anda berdua. suamimu sangat baik, truly gentleman.

    doa saya untuk anda berdua supaya bahagia dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Mawar, saya juga masih ingat bagaimana majlis pertunangan kamu:) cuma saya tidak dapat hadir di majlis perkahwinan kamu berdua. Semoga bahagia selalu.

    ReplyDelete
  3. kelisa, terima kasih, saya doakan kamu juga.. :)

    syed, terima kasih, kamu bila lagi? :)

    shereen, yep, buat sendiri.. konon nak buat suprise utk dia, tapi dia balik buat tak nampak je, sabar je la...

    ReplyDelete

Selamat Hari Raya 2023