Tuesday, April 20, 2010

Ajaib sungguh hari ini

Hari ini aku agak sibuk dengan program persatuan yang aku bergiat di sini.. Selalunya setiap waktu lunch en suami akan balik untuk makan tghari di rumah. Tetapi hari ini aku tak sempat nak sediakan makanan tghari utk dia. Aku hanya sempat pulang ke rumah pukul 4 ptg. Setiba aku di rumah,aku nampak seperiuk tom yam di atas dapur.lalu,aku makan tom yam itu bersama meggi. Tidakku sangka pula rasa tom yam itu sungguh sedap sekali. Semangkuk tom yam rasanya tidak cukup, dan aku tambah semangkuk lagi.. Em, en suami sempat pula memasak tom yam tghari td dan rasanya mmg tidak mengecewakan! Terima kasih en suami,lain kali buat lagi!! ;p

Monday, April 19, 2010

Entri ini ditaip oleh Embun :)

e rtttttttrtrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrreeeeeeeeedcx qcvbhj gvhbhbfcb xdnjmng bc d c

Wednesday, April 14, 2010

Teh Tarik Islamabad

Oh, aku sangat rindukan tanah airku Malaysia....
tanah tumpah darahku.. wahahaha.. patriotik la plak kan..

sebab apa aku rindu Malaysia??
sebab aku nak minum Teh Tarik!!!!! di sini cuma ada "chai" atau "dutpatti"

Chai tu teh dgn susu... dan dutpatti tu dia rebus teh dan susu.. tu je bezanya..
tapi di sini tiada Teh Tarik...

ok, mengidam ke? wahaha.. takla.. teringat... dan teringin aja!!!!
dan akhirnya aku pun membuat sndiri.. :)


Siap beli gelas khas utk teh tarik.. hahaha... baru ada feel minum teh tarik, mcm kat kedai mamak!! hehehee...

Macam mana aku buat? haha.. hentam saja la labu...

Rebus dua uncang teh boh bersama 2 gelas air, bila dah mendidih, letak dalam gelas dan campurkan 2 sudu susu cair, 2 sudu susu pekat.. kalau tak cukup manis, letak gula sikit!.. dan tariklah!!! jadikla TEH TARIK islamabad!! :)

Tuesday, April 13, 2010

Embun!!!!!!!

Esok embun genap SETAHUN!!!!!!!
Happy birthday my girl.. :)


Semoga jadi anak yg solehah, bijak, berbudi bahasa dan periang...
Ummi dan ayah love you sooooooooo much!!!!!!!!!

Friday, April 9, 2010

Pinggan mangkuk Si Dia

Di sini pinggan mangkuk amat murah jika hendak dibandingkan dengan harga di Malaysia. Kami tidak melepaskan peluang keemasan ini memborong sedikit barangan pinggan mangkuk di sini.

Si Dia ( Encik Suami lah! ;p) amat gemar membeli pinggan mangkuk walaupun sebenarnya kami sudah punyai dua set pinggan mangkuk yang aku kira sudah cantik dan agak mahal. Satu set itu hadiah daripada auntie aku ( mokteh dan anjang) dan satu set lagi kami beli di sini. Kadangkala aku bergaduh mulut dengannya kerana dia mahu membeli pinggan lagi. ;p

Oh, memangla dia yang bayar, kenapa aku marah plak kan? hehe... sebabnya.. nanti aku bagitau ek.. scroll down lagi entri ini untuk tahu lebih lanjut. :D



ini teko porcelain favourite saya dan Si Dia, simple and practical!

koleksi pinggan tembikar yang mengembalikan nostalgia Si Dia semasa kecil, kami beli di Rawalpindi

buat letak ikan goreng dan makan budu ja.. ;p

ini adalah koleksi baru kami :)

close up sikit...

mangkuk ini pula kata Si Dia, untuk makan meggi sedap ni..
em, ikut suka dia la kan.. :)

ini mangkuk khas utk makan meggi Si Dia


dan...





*







*







*







*







*







*

last skali ni adalah pinggan yang selalu digunakan oleh Si Dia....

Pinggan plastik je!!!... beli banyak2 pun pinggan plastik zaman bujang ini jugaklah yang dia guna...sabar je la... aku keluarkan pinggan cantik bila hidang lauk, tetiba, dia kata

"mana pinggan plastik i??, i nak makan dalam pinggan tu.."



:)

Monday, April 5, 2010

Umrah dan Ziarah - 15/3/10 - 27/3/10

Alhamdulillah... terima kasih Allah kerana memberi rezeki kepada kami bertiga (en suami, embun dan mawar) ke tanah suci kota Madinah dan Mekah.. Berasa sangat syukur yang tak terhingga, sehingga aku dah tak tahu mahu minta apa lagi pada Tuhan..(macam ayat pokpi jek. hehee)

Penerbangan (Pakistan International Airlines) kami dari Islamabad terus ke Jeddah . Kami tidak mengikut mana2 agensi di Pakistan ini, booking tiket sendiri2, (pandai2 je! huhu.. ) Sesampai di Jeddah, kami menaiki teksi untuk ke terminal domestik, kami naik Saudi Airlines menuju ke Madinah. Embun kami bawa bersama walaupun ada sesetengah orang risau membawa anak kecil ke tanah suci. Apa la yang hendak dirisaukan, tempat suci begitu tentunya baik untuk didikan anak2 kecil. Alhamdulillah, Embun juga tidak banyak meragam. Bila solat waktu, aku letak Embun di dalam baby stroller dan solat bersama jemaah yang lain. (Erk, kadang2 meragam jugakla dia.. biasala budak.. ;p


Di Madinah, aku cuma berdoa semoga dikekalkan iman, diteguhkan Islam dalam hati aku dan sentiasa patuh padaNya.. Tidak ada apa lagi yang aku harus minta kerana telah banyak yang Dia kurniakan kepada kami sekeluarga. Kedatangan aku ke sana lebih kepada mengucapkan syukur yang tak terhingga padaNya dan menziarah kota Nabi Muhammad s.a.w. Aku sempat juga berdoa di *raudhah. Pada masa itu ramai sangat orang menunggu giliran untuk masuk ke sana. Disebabkan terlalu ramai orang, aku hanya sempat sujud syukur di Raudhah dan terus keluar bagi mengelakkan kesesakkan. Embun dijaga oleh ayahnya kerana aku risau dia rimas dgn kesesakkan jemaah yang berpusu2 mahu ke raudhah.(Kebanyakkan dari Turkey dan Indonesia).

Sebenarnya kami telah berpakat dengan keluarga mertua (ayah, che dan kak leha) untuk menunaikan umrah bersama2. Maka, hari kedua kami di Madinah, kami berjumpa dengan rombongan mereka. Dan dengan senang hati, travel agent mereka membenarkan kami mengikut sekali rombongan itu menziarah sekitar Madinah dan Makkah. Namun, rombongan mereka ke Makkah lebih awal dan kami menyusul dua hari kemudian ke sana.Dari Madinah ke Kota Makkah, kami menaiki bas VIP yang mana sangat selesa dan lebih murah berbanding menaiki teksi. Alhamdulillah, Allah mudahkan segala perjalanan kami di sana.

Semasa dalam perjalanan ke Makkah, aku bermimpi adanya gempa bumi, dan tiada siapa pun terselamat, kami hampir terbenam di dalam tanah, dan mengucapkan "laillahailallah" dan tiba2 aku terjaga dan melihat kami sudah sampai ke kota Makkah. Subahanallah!. Mimpi itu sungguh indah dan sukar untuk ditafsirkan.. Alhamdulillah, kami dapat melakukan umrah dengan selesa walaupun en suami kadangkala terpaksa mendukung Embun( guna baby carrier) dan kadangkala juga dia menolak wheelchair ibunya yang aku panggil "Che". Che terpaksa menaiki kerusi roda kerana dia lumpuh separuh badan dan hanya boleh berjalan tetapi dengan perlahan dan berhati2. Dan sewaktu en suami menolak Che, aku pula la yang bergilir mendukung Embun. Sila baca
blog Embun untuk tahu lebih lanjut bagaimana Embun melakukan Umrah. =)


Sebelum berangkat pulang ke Islamabad, kami bermalam semalaman di Jeddah.Seronok dapat melihat kota orang, dan segala puji bagiNya kerana telah memberi kami nikmat melihat sebahagian dari dunia ciptaanNya.. MashaAllah. Semoga kami dapat ke tanah suci lagi bagi menunaikan haji. InshaAllah =)


Little notes to share:

*raudhah - salah satu kawasan dalam Masjid Nabawi iaitu ruang di antara rumah kediaman Siti Aishah dengan mimbar Rasulullah s.a.w

*umrah - berniat ihram, tawaf, Saie(ulangalik dari bukit Safa dan Marwah), tahalul atau bergunting.



Sunday, April 4, 2010

Nak Jawab Tagging from Shila and Jeli =)

1. siapakah diri anda dirumah.. ?
isteri kepada seorang suami
ummi buat nadaa =) (setakat ini)

2. siapakah anda di samping rakan..?
er, tanyalah rakan2 saya.. kenapa tanya saya? ;p

3. 5 benda yg anda idamkan tp belom tercapai..
oh, sebelum saya jawab soalan ini, saya nak puji orang yang buat soalan ini.. sangat bagus untuk bagi "hint" kepada seseorang.. hahahaha...
okla.. yang saya idamkan.. apa ek...
i. rantai white gold yg ada kalung diamond.. (wahaha.. bilala boleh dapat ek.. )
ii. ipod touch, kalau boleh yang ada e-diary.. ada ke ek???
iii. kasut sukan untuk memanjat gunung kinabalu... kuikuikui..
iv. cermin mata baru setelah dipatahkan oleh cik embun
v. laptop sendiri.. (selama ni masa study pinjam kakak punya, dh kawin pinjam encik suami punya je.. bila la nak ada laptop sndiri ek)

4. siapakah nama pasangan anda..?
nama dia.. "biarlah rahsia......" heheeee.. call him encik suami jek!

5. ceritakan 5 perkara yg anda paling suka tentang pasangan anda?
hohoho.. sebelum saya jawab ni, nak tanya skit,
mengapakah diajukan soalan ini ye? adakah sebab soalan no3 itu? kena puji2 pasangan baru dapat 5 benda yang diidamkan tu ke? hehehe... bijokla orang yang buat soalan ni.. politik sungguh! ;p

em, perkara yang saya paling suka tentang encik suami?.. BANYAKKKKKK SANGAAAATT!!!
tapi i have to write only 5 je kan?
pertama: dia pandai menjahit baju kurung untuk anak saya! =)
kedua: seorang yang penyabar, penyayang, dan setia.. (ehem.. betul ke?)
ketiga: seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab, best, sporting, dan yang baik2 la..
keempat: seorang yang kelakar, sesuatu yang saya tak pernah jangka sebelum kahwin dengan dia.. :)
kelima: sangat bertimbang rasa dan suka tolong buat kerja rumah. Dan dia lebih cermat dan kemas daripada saya dalam buat kerja....( erk, walaupun saya harus menunggu lama untuk dia menyiapkan kerja itu.. huhuhu..)

6. bila tarikh anda couple... ?
oh, sebenarnya kami tak pernah ada tarikh untuk bercouple.. kami kenal kejap, bertunang dan kahwin pada 28 December 2007.

7. apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda..?
ohoo.. u dont have to know..
"sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri..." :)

8. lagu tema cinta ..?
DEALOVA dan ruang rindu-letto

9. apa perubahan yg anda nak dr pasangan anda...?
Tiada apa.. saya sangat sukakan dia sebab dia adalah dia..

10. Tag 10 org
Sape2 je la nak buat.. silalah.. :)

Selamat Hari Raya 2023