Semalam kakak aku bertanya,
akak: nur, birthday ko, ko nak apa?
aku: entahla, tak mahu apa-apa kak...
tidak seperti tahun sebelum2 ini.. aku sangat teruja dengan hari lahir.. walaupun dulu encik suami tidak gemar menyambut hari lahir, aku akan memaksa dia makan di luar untuk menyambut hari lahir ku.. sangat kelakar bila dikenang semula saat2 itu. indah, sangat indah! :)
tahun ini umur aku akan genap 26 tahun bulan ogos nanti.. jatuh pula pada bulan yang mulia, bulan Ramdhan. Difahamkan roh2 akan datang menziarah keluarganya, mungkin itulah hadiah terbaik buat hari lahirku nanti..
Aku tidak inginkan apa-apa sekarang.. yang aku mahu cuma DOA.. diberikan kekuatan dan kesabaran yang berpanjangan buatku untuk mendidik anak-anakku, untuk menjadi khalifah yang sebaiknya untuk Dia, untuk menjadi ummah yang berguna pada masyarakat sekeliling, untuk menjadi adik, anak yang baik buat kaum keluarga, untuk menjadi sahabat yang sebenar2 sahabat...
Disebalik musibah, adanya hikmah..
mungkin inilah dikatakan hikmah..
Tuhan datangkan ujian buatku supaya aku terus dekat padaNya..
supaya aku sentiasa mengadu dan bercerita dengaNya..
supaya aku lebih berusaha untuk menjadi lebih berdikari..
Aku redha,
ini adalah hikmahMu..
Semoga hari lahirku menjadikan aku insan yang lebih berguna untuk hari esok..
amin...
amin.. insyaAllah..
ReplyDeletepsstt: tarikh lahir dak adik jatuh lagi 2 hari nak raya.. ;)
amin...
ReplyDeletesalam ulang tahun nur :)
*maaf, akak terbawak2 kisah blog awak dan suami sampai mlm kelmarin akak bermimpi suami nur menulis n3 dalam blog dia dan bercerita tentang kemalangan tuh...
sudah bergelar ibu merangkap bapa kepada 2 orang cahaya mata di kala umur baru menjengah 26tahun.. semoga tabah.. Allah bersama orang2 yg sabar..
ReplyDeleteinsyaallah mawar nurbaya...sayu plak terasaaa...semoga ketemu dengannya di syurga abadi kelakk
ReplyDeletepasti akan ada hadiah dan ganjaran terbaik buat insan yang tabah.
ReplyDeletesetiap kali baca entry adik.. mmg ada satu rasa yg sukar diungkap.. berat mata memandang berat lg bahu yg memikul.. mawar mmg tabah dik.. akak doakan segala yg terbaik utk mawar.. dipermudahkan segala urusan dunia n akhirat
ReplyDeleteHari lahir..hhihihi..kita sama kan??si kembar berdua ni memang sama pendapat dalam hal ini..saya pon sudah malas nak amik kisah pasal hari lahir ni. Tahun lepas..saya buat xtahu je di hari lahir saya mahupon dia..mungkin ini adalah kenangan yang indah bagi kita berdua...
ReplyDeletemoga nur tabah hadapi ujian. akak follow blog nur sblm ni lagi tapi baru hari ni tinggalkan jejak. tiap kali baca entry nur kelu jadinya. tak tahu apa yg nak ditulis. bimbang buat nur jadi sedih
ReplyDeletesalam ukhuwwah dari akak. peluk cium utk 2 org puteri nur tu ye :)
salam perkenalan..
ReplyDeletemawar, kita mungkin berkongsi kisah yang sama.. moga kita sama2 tabah mengharunginya.. amin..
amin.. selamat ulang tahun kelahiran..semoga dipanjangkan umur dan tabah menghadapi dugaan yang mendatang..
ReplyDeleteameennnn....
ReplyDeleteAmin...seperti biasa...menangis lagi membaca n3 ini...sedey...
ReplyDeletesalam kak nur.
ReplyDeletesaya baru je jumpa blog akak. kawan yang tunjukkan. situasi akak boleh dikatakan sama dengan situasi keluarga kami. saya dah kehilangan ayah sejak umur 3 tahun lagi. adik pula masa tu umur 8 bulan. saya ada dua lagi abang yang umur 7 dan 6 tahun ketika itu. sungguh. saya rasa ibu lah orang yang sangat tabah waktu itu.kami bukan orang senang. walaupun belum kenal lagi erti susah ketika berumur 3 tahun, tapi semakin lama, saya belajar. saya tahu kak nur kuat. Allah dah bagi ujian ni kat orang2 yang memang Dia tahu kita mampu. alhamdulillah, sekarang kami adik beradik semua dah besar2. abang sulung dah mula bekerja, graduan universiti teknologi petronas dalam bidang engineering, abang kedua pula sedang belajar di jepun bidang engineering, saya di india ambik perubatan dan adik bongsu insyaAllah ke UK utk architecture. semuanya biasiswa. saya bukan nak bangga-banggakan keluarga atau nak menunjuk2, tapi nak bagitahu yang didikan dan asuhan, walaupun dari seorang ibu tunggal tanpa ayah disisi, insyaAllah akan berjaya. insyaAllah kak nur. Allah tu Maha Adil. He knows the best for us. saya tahu kak nur pun boleh jadi macam ibu saya, atau mungkin lebih baik dari tu. insyaAllah kak nur. saya doakan kak nur sentiasa dalam redha Allah :)
wassalam