Sunday, March 24, 2013

Paranoid, selalu sangat..

Lama tak update blog.. rasa kekok plak nak menulis balik.. hehe.... selalu saja teringat nak kongsi cerita di sini.. tapi selalu juga tak punya masa... sibuk dengan rutin harian super ummi...

yep, super ummi.. super tired!
gambar kat atas ni illustrate mcm mana sebenarnya kehidupan saya sekarang.. except jaga anjing tu la.. hihi..... kesimpulannya tak menang tangan... kalau boleh dibahagi tangan dan badan ni, macam2 kerja nak buat.. otak ni tak henti2 berfikir nak kena settlekan apa lepas ni.. apa yang belum dibuat.. apa yang kena buat... macam2 nak fikir... macam2 nak buat... bila masa saya rehat? masa tido je la saya betul2 rehat sebenarnya... itu pun tgh malam berjaga bila si embun nak susu, si kekwa nak menyusu (ye, masih menyusu badan!)kadang2 embun akan bangun malam sebab nak ke tandas....

pagi bangun siap2kan budak nak ke taska, dan saya bergegas ke ofis.. ofis hour saya 7.30-4.30....syukur duduk tempat yang tak jem macam di kluang ni.. mgkin ni lah hikmahnya saya dapat kerja di sini.. lebih byk masa boleh ditumpukan pada anak2....tentang pertukaran, akhirnya boss saya telah pun luluskan permohonan saya! Alhamdulillah,.. terima kasih bos.... dan sekarang ni tgu HQ luluskan pula...ada rezeki pindah ada la .. apa pun saya yakin Allah beri yang terbaik untuk saya...walau di mana pun saya berada, saya yakin Allah dah aturkan yang baik2 untuk saya.. tinggal untuk saya mencari kebaikan itu.. inshaAllah....

Kadag2 tok mama datang ke kluang teman kami bertiga.. kadang2 tok mama kena balik shah alam sebab urusan doktor di KL dan tugas mama sebagai isteri papa harus juga dilaksanakan... Bila kami bertiga je tinggal di kluang ni, rasa sunyi juga sbb tak de orang nak membebel2.. hehehe...tok mama penyeri suasana di rumah dan juga banyak membantu saya. Sejak awal Jan hingga April ni jadual kursus saya penuh.. sekejap saya di bangi untuk berkursus, sekejap saya di kluang, masuk ofis semula... ke hulu ke hilir... dan 1 april-19 april nnt di bangi semula... anak2 saya bawa juga... ke mana pun saya pergi, anak2 tetap akan bersama saya.. tak kira la susah ke senang ke... sbb bagi saya, anak2 tanggungjawab utama saya.. dan saya tak mahu menyusahkan sesiapa untuk jaga anak saya bg tempoh yang lama.. 

Saya kerap bermain Facebook, boleh dikatakan setiap hari saya akan membaca newsfeed yang ada.. dan ada juga saya terbaca tentang kes anak hilang, kereta dicuri, hampir dirompak, disimbah asid, semua yang menakutkan! tambah pula saya yang hanya bertiga ini,.. buat saya makin paranoid! ke mana pun saya pergi saya selalu saja akan bersikap berjaga2, dan kadangkala saya rasa sikap saya itu merimaskan jiwa saya.. saya jadi tidak tenang bila memikirkan benda2 yang negative itu... dan untuk menenangkan jiwa yang paranoid itu, saya amalkan bacaan doa yang mudah...



situasi 1:

pergi kerja, nak tutup gate rumah... terpaksa tinggalkan anak2 di dalam kereta untuk seketika, aircond dan enjin dibuka, pintu saya tak berani tutup kemas kerana jika tertutup, anak saya yg kecil tu tak tahu nak buka... saya tawakal byk2 pada Allah untuk selamatkan anak2 saya walaupun hanya seminit dua untuk saya kunci pagar rumah tu...

situasi 2 :

membeli belah di pasar raya.. tiba2 saya mahu ke tandas...jika tandas itu luas, dua2 orang anak saya bersama stroller saya bawa masuk sekali dalam tandas.. jika tandas tu kecil, saya terpaksa tinggal mereka di luar dan setiap detik saya berdoa mereka tidak apa2... saya juga akan menyuruh Embun mengira di luar sementara saya di dalam tandas bagi memastikan dia masih di luar... paranoid sungguh saya ni kan? tapi saya juga sentiasa bertawakkal pada Allah.. apa pun yang berlaku adalah kehendakNya..dan bagaimana kita mengatasi sesuatu kejadian itu berdasarkan kepercayaan kita.. inshaAllah....

situasi 3:

balik kerja, buk pagar rumah.. sama seperti situasi 1.

situasi 4 :

drive kereta bersama dua anak kecil yang tak boleh duduk diam. sekejap ke depan , sekejap ke belakang.. sekejap duduk diam, sekejap menangis..... sekejap bangun.. sekejap tidur dengan sendirinya, bagaimana saya mahu alihkan kedudukan anak2 bila mereka tertidur sedangkan saya harus menumpukan perhatian ke jalan raya..kasihan mereka.. tapi itulah yang terbaik untuk mereka.. inshaAllah... dan saya berserah pada Allah jua untuk selamatkan perjalanan kami di dalam kenderaan itu.. 


situasi 5 :

duduk di dalam rumah bertiga... Allah.. semoga Allah sentiasa jaga kami daripada segala bahaya dan kejahatan jin dan manusia, dan saya tidaklah bertegur sapa dengan suami jiran saya, tetapi saya hanya akan bercakap dengan isterinya dan anak-anak jiran sahaja, saya tidak mahu mengundang rasa tidak enak pada siapa-siapa.. saya harus jaga tingkah laku saya, saya masih terasa diri ini seorang isteri kepada Wan Ahmad Fadzil, dan cuma dia pergi jauh.........dan saya berdoa saya dipertemukan dengan dia  dalam mimpi selalu dan bersama lagi dengan dia di negeri yang kekal abadi.. inshaAllah.....

Begitulah antara situasi-situasi yang membuatkan saya paranoid... namun apa pun yang berlaku... saya meletakkan kepercayaan saya sebagai hamba Allah yang sentiasa bergantung harap pada pertolonganNya dalam setiap kehidupan saya sehari-hari.... Allahu Allah.. saya hanya insan yang lemah dan tidak lepas dari sifat penakut..

oh ye, saya ada terbeli satu buku yang pada mulanya untuk anak2.. tetapi akhirnya saya rasa untuk saya juga sebenarnya!



buku inilah maksud saya! Al-quran pertamaku... sangat berinformasi... mengupas tentang sejarah surah diturunkan, cerita di dalam surah (makna) dan juga kelebihan surah tersebut... kategori must read and must buy! berbalik pada topik paranoid tadi.. dalam buku ni ada memberitahu kehebatan surah an-nas dan al-falaq.... antaranya:

melindungi diri daripada kejahatan jin dan manusia...
sebelum turun surah an-Nas dan al-Falaq, Rasulullah SAW membaca pelbagai doa untuk melindungi diri daripada kejahatan jin dan manusia. Namun setelah kedua surah ini turun, Rasulullah hanya membaca kedua-dua surah ini sahaja

Paranoid???, jangan sangat lah! 
Tawakkal dan berdoa, inshaAllah...


**may it be reminder for myself and all... 



Tuesday, March 5, 2013

Proses pembukuan "Diari Seorang Diplomat, Hikmah yang Tersirat"

Travelog pakistan, Diari seorang diplomat, Hikmah yang tersirat

Saya pasti ada yang tertanya2 bagaimana saya boleh hasilkan sebuah buku untuk suami saya?
bagaimana proses itu dilakukan? bila? kenapa? kat mana?
Saya pun bagai tidak percaya saya telah melakukannya...


Mac 2011
dulu saya pernah menulis tentang dia... Dia seorang penulis
waktu tu 3 minggu selepas pemergian dia... saya menulis tentang dia seorang penulis...
waktu tu saya rasa tulisan dia di blog amat berharga dan bermakna buat saya, kerana itulah satu2nya harta yang tak ternilai yang ditinggalkan buat kami sekeluarga.. segala pahit manis kehidupan dia diceritakan di blognya... saya terlalu menghargai tulisannya.. sayangnya, saat dia telah tiada, mula rasa kehilangan.. mula rasa betapa berharganya penulisan dia buat saya...

ditambah pula, cerita dia mengenai Catatan buat anakanda kedua, membuatkan saya merasakan betapa kasih dan sayangnya dia pada kami sekeluarga, catatan yang merupakan wasiat tauhid seorang ayah kepada anaknya.. anak yang tak sempat pun bermain bersama ayahnya.. anak yang tak sempat memanggil 'ayah' di hadapannya.. Allah, betapa hebatnya dugaan ini pada anak-anakku yang masih kecil, namun syukurlah Embun, syukurlah Kekwa, kerana ayahmu telah meninggalkan harta yang amat bernilai buat kita.. iaitu tulisan dan kata-kata nasihatnya buat kamu berdua...

Saya tekad untuk menerbitkan buku untuk si dia, kerana itulah impian dia satu masa dulu, teringat kenangan perbualan saya dan ahmad,

Ahmad: Nur, i teringin nak ada buku sendiri, nama sendiri depan kulit buku tu, seronoknya kan!, teringin jadi seperti Nasriah Abdul Salam, kawan uia saya, dia penulis novel..bestnya dapat jadi seperti dia, ada buku sendiri...

Nur: hm.... jangan nak perasan lah! 

(heee... sengaja saya menyakat dia)

 April 2011
Tapi, saya sebenarnya tak tahu pun bagaimana caranya untuk menerbitkan sebuah buku... langkah pertama yang saya buat, saya print segala tulisan dia di blognya... saya meminta bantuan biras saya (isteri kembar) untuk menolong saya print blog tu, terima kasih kak tie! :) waktu tu sekitar bulan April 2011...
namun, saya masih belum jumpa jalan untuk bukukan tulisan itu...

Sedang saya bermain Facebook, sahabat matrikulasi uiam saya tiba-tiba menegur saya, lebih kurang begini perbualan kami

Zahiruddin : Saya baca blog suami kamu, menarik jika dibukukan menjadi travelog pakistan

Saya : terima kasih, betul ke? kamu sudi bantu saya?

Zahiruddin : InshaAllah, kamu siapkan manuskrip, dan emel kepada saya, saya akan cuba bantu mencari penerbit yang sudi menerbitkan tulisan suami kamu..

Saya: Alhamdulillah... syukur, ada yang nak membantu.. sememangnya saya sedang mencari orang untuk bantu saya bukukan tulisan dia...

Mei 2011
Sewaktu ini saya masih belum bekerja, sedang sibuk mencari pekerjaan, sedang sibuk menyiapkan diri untuk belajar memandu, sedang sibuk menyelesaikan hal berkaitan kematian, dan sedang sibuk berblogging meluah perasaan... dalam waktu inilah saya mencuri masa compile tulisan Ahmad mengenai Pakistan. Saya susun mengikut tarikh, saya pilih entri yang tidak menimbulkan kontroversi dan sesuai dibaca umum. Kemudian saya simpan di satu folder untuk saya beri pada sahabat saya. Harapan saya pada waktu itu, semoga berjaya dibukukan, kerana terselit juga Catatan buat anakanda kedua itu di dalam manuskrip itu. Alangkah beruntungnya Embun dan Kekwa nanti sekiranya berjaya dibukukan.. mereka akan membacanya bila besar nanti..inshaAllah...

Jun- Julai 2011
Setelah mencuba beberapa penerbit, akhirnya Galeri Ilmu Sdn Bhd bersetuju untuk membukukan travelog tersebut. Puan Suraiya Pauzi, Editor perolehan memaklumkan saya tentang perkara Alhamdulillah... syukur... Proses pembukuan pun bermula...namun belum ada tajuk tetap, kami menamakan -travelog pakistan

September 2011
Penyunting buku, Puan Zulina Hassan telah menghubungi saya tentang suntingan bahasa yang akan dibuat olehnya. Katanya tidak banyak yang diubah, dan dia menyarankan saya untuk menambah sedikit bagi melengkapkan buku itu. Permulaan dan ending ditulis oleh saya atas permintaan penyunting bagi mencantikkan lagi kronologi buku tersebut. Saya telah pun menceritakan tentang Nafastari-tavelog in book
sedang dalam proses penyuntingan pada September 2011.

Setelah itu, proses pembukuan itu tiba-tiba senyap agak lama...
Saya cuba 'follow-up' lagi...
dan akhirnya, sekitar bulan Jun 2012, Editor/pruf  Zuraidah Shueef menghubungi saya.
Dia meminta agar diletakkan gambar di dalam buku tersebut bagi kelihatan lebih menarik. Oleh itu, dalam sibuk bekerja dan mengurus anak di perantauan (Kluang je pun!), saya mencuri masa mencari gambar yang menarik untuk diletakkan di dalam travelog tersebut. Saya seboleh2nya mahu mengelak daripada meletak gmbr sendiri dan suami, pada pandangan saya, sebuah buku travelog lebih sesuai diletakkan gambar pemandangan sahaja. Namun, atas kehendak penerbit untuk meletak gambar keluarga, maka saya pun memilih gambar keluarga yang terbaik saya ada seperti ini.

Sneak peek of the book









August 2012
Buku dan gambar telah pun siap, namun tajuk final masih belum ada. Penerbit menyarankan saya untuk memilih tajuk yang sesuai. Tetapi saya meletakkan kepercayaan yang sepenuhnya pada penerbit untuk memberi tajuk pada travelog tersebut. Kerana saya yakin, penerbit lebih tahu apa yang pembaca mahu apabila melihat tajuk buku. Antara faktor pembaca akan tertarik membeli buku, adalah kerana tajuknya. saya percaya, anda bagaimana? heeee...

Dan kemudian mereka sepakat menamakannya "Diari Seorang Diplomat....."

September- November 2012
Proses pruf read dan grafik bagi kulit buku dihasilkan. Saya amat sukakan rekaan dan cara penyusunan buku yang dibuat oleh penerbit ini. Saya beri lima setengah bintang! mereka menambah sedikit info di dalam buku mengenai Pakistan. Mereka benar-benar membuktikan bahawa mereka adalah gedung ilmu yang perlu dicari dan dibaca oleh pembaca! Info diletak di dalam buku itu bagi memudahkan orang lain membaca dan menghayati perjalanan buku tersebut. 

Disember 2012
Buku telah siap dicetak! Alhamdulillah, syukur...
Semoga terhibur melihat gambar kami semasa pertama kali mengambil buku tersebut di Galeri Ilmu di Kota Damansara. Pagi itu saya baru sampai dari Kluang dan terus menuju ke Kota Damansara sebab tak sabarrrr sangat nak tengok rupa buku tu dan pegang buku tu!







Alhamdulillah, pihak Galeri Ilmu menerima kedatangan saya dan anak-anak dengan baik sekali.. syukur, dan tak sangka pula tiba-tiba je mereka suruh saya duduk di kerusi dan mereka interview saya,katanya, untuk promosi awal, hanya di youtube! terkejut betul saya waktu tu, tak bersedia apa pun, malu pun ya juga sbb tak sangka mereka akan menyambut kedatangan saya dengan begitu ramah! niat saya cuma mahu ambil buku dan sign kontrak saja. heeee.. nak tgk youtube tu? silalah jangan gelakkan saya! hohoho




Januari 2013

Pelancaran buku dibuat di Pesta Buku 1Malaysia baru-baru ni bersama tiga buah buku baru keluaran Galeri Ilmu Sdn Bhd. Saya sangat teruja dengan pelancaran buku ni sebab pertama kali saya melihat pelancaran buku, Saya sebenarnya tak tahu pun macam mana orang melancarkan buku. Tapi rasa takut pun ada juga, sebab saya tak biasa benda2 macam ni, lagi pun siapa lah saya, cuma wakil kepada penulis saja. Kemudian kena tandatangan lagi, isk isk isk.. saya sebenarnya mim alif lam wau.. segan pun ye jugak... tapi buat je la..
;p




hah, tengok tu, Embun pun nak sign lah! hihihi.... Kekwa waktu ni dah tido, sian dia penat...
lepas tu, ada lagi proses promosi yang dibuat.... den ikot je....

Februari 2013



Sesi temubual di ikim,fm. apa? ON AIR??? huhuhuhu.... siapa tak takut kan?dengan waktu tu sebenarnya saya kurang sihat, selsema+batuk2, aish, macam mana nak cover nanti kalau dah on air? Apa2 pun.. saya niatkan dalam hati, "saya lakukan ini untuk Ahmad, untuk saudara seIslam saya, mudah2an mereka dapat iktibar daripada penceritaan saya nanti"

seperti doa di sebelah, saya baca banyak2 sebelum ke udara..
begitu risau dan takut saya sebenarnya...harap2 tak buat apa2 silap.

Dan, Alhamdulillah, sesi temubual tu pun berakhir....
harap yang mendengar hari tu cepat2 dapatkan buku tau...









Itulah dia sedikit kenangan berada di ikim.fm... tak sangka kan! tetibe pula kena masuk radio.. haha!
ingatkan buat buku ni dah siap, sampai situ je, rupanya ada lagi proses lepas tu.. hihi.. pengalaman....


Mac 2013

Pinjam ayat kat  BukuGaleri,

Buku ini terus diuar-uarkan di dalam majalah terbitan Galeri Ilmu Media Group. Di dalam ruangan Drama Iktibar Majalah Q&A Bilangan 15, kisah Epilog; Jalan Pulang dimuatkan. Begitu juga dalam majalah ANIS Bil. 187, Mac 2013 dalam ruangan Ulasan Buku iaitu dipaparkan testimoni pembaca buku Diari Seorang Diplomat; Hikmah Yang Tersirat. 




Sekian saja laporan dari saya,
Mawar dari KL-uang



(panjang tak? letih dah taip ni.. hehehe... mula2 cam formal, dah towards the end dah campur2 dah... hohoho... apa-apa saja la labu...)


Selamat Hari Raya 2023