Friday, May 7, 2021

Keliru Sendiri

Kadang aku sendiri keliru dengan perasaan sendiri...

Apa agaknya rasa punya pasangan dan bercerita mengenai perkembangan anak-anak sendiri..

Bercerita dan berkongsi pandangan cara terbaik membesarkan anak-anak bersama-sama.

Aku tidak ada peluang itu. Malah, kalau diberi peluang lain, tidak akan mungkin sama!

Sungguh, dunia kini amat mencabar.

Anak-anak kian masuk ke alam remaja. Semakin besar cabaran untuk dipikul sendirian.

Kadang aku mencari arah tuju sendiri. Bagaimana cara aku mendidik anak-anak ini. 

Betulkah, tepatkah, sesuaikah?

Persoalan yang aku sendiri tiada jawapan. Aku tiada teman berkongsi perasaan yang sama seperti kalian yang ada pasangan.

Yang masih ada pasangan, berbincanglah bersama-sama selagi masih punya kesempatan.

Yang pasangan acuh tidak acuh, bersyukur sajalah masih ada si dia mendengar bebelan dan keluhanmu.

Aku di sini masih merintih dan menulis rasa hati. Sukarnya hati meluahkan, maka terzahir dalam penulisan ini.

Tidak, aku tidak mahukan simpati.

Sakit sendiri. Aku sudah biasa begini. 

Pinta aku, doakan anak-anak yatimku ini membesar menjadi anak-anak yang solehah dan orang yang Allah sayang.

#mawarthoughts 
#mawarmenulis

2 comments:

  1. Alhamdulilah...embun iras arwah ayahnya...
    Alfatihah,Moga arwah ditempatkan bersama para solehin..aameein

    ReplyDelete

Anak Manja Mama

Saya ni anak manja mama. Anak bongsu la katakan..mana-mana pergi pun mama mesti ada, kalau tak ada, setiap jam dia akan call tanya "adi...