Monday, February 28, 2022

Ombak dan rasa

Perit rasa kehilangan semakin pudar dan tawar..
Seakan rasa itu telah dibasuh ombak yang menghempas pantai..
Semakin kuat dihempas, rasa itu membuih dan akhirnya berlalu tenang dan hilang..

Kadang kita hanya perlu masa..
Mengikut arus air yang mengalir..
Bertenang-tenang mengikut jalan takdir yang ditulis-Nya..

Aku tanpa dia..
Buat tahun yang ke berapa aku sudah lelah mengira.
Namun aku tidak pernah lelah menyayangi dia.
Biar dia kini sudah tiada..

1 Mac dalam kenangan..
Al fatihah buat Allahyarham W Ahmad Fadzil 

#nafastari
#mawarmenulis
#rindupalingdalam

No comments:

Post a Comment

Ombak dan rasa

Perit rasa kehilangan semakin pudar dan tawar.. Seakan rasa itu telah dibasuh ombak yang menghempas pantai.. Semakin kuat dihempas, rasa itu...