Tuesday, November 15, 2022

BERGANTUNG HARAPAN

Orang perempuan ni bab tarikh-tarikh penting dan bersejarah dalam hidup  dia akan jadi sangat particular.

Sangat sensitivelah orang kata.

Contoh tarikh birthday, tarikh ulangtahun perkahwinan, tarikh lahir pasangan dan bagi yang lebih tragis tarikh kematian orang yang tersayang.

Sebab saya perempuan maka saya tak boleh lari dari perasaan mellow ni.

Nak jadikan cerita sekarang dah bulan November.
Maka semakin menghampiri bulan December.

Bulan yang penuh kenangan manis dan kenangan pahit juga.

Bulan anniversary saya dengan arwah suami dan juga bulan pemergian bonda tercinta.

Ikutkan anniversary tahun yang ke 15.
Mama pula meninggal dah tahun ke 8.

Yes, i will keep on counting years sampai lah menutup mata yang terakhir.

Because i am human. Tak kuat mana pun tapi kena memilih untuk terus tabah dan percaya perancangan Allah selalu yang terbaik.

Kalau orang lain mungkin dah boleh planning nak pergi celebrate anniversary ke tempat best dengan pasangan. Ya lah kan dah tahun ke 15 kan!

15 tahun!

And actually saya sempat 3 tahun je celebrate dengan Ahmad. Dan tahun-tahun seterusnya tetaplah mengimbau dan mengenang kisah-kisah manis saya dan dia.

I am living with memories. And that keeps me GOING. 12 years dah gila buat begitu dan akan tetap gila mengenang masa lalu itu. ☺️

Dan tentang mama pula terlalu banyak saya telan dan pendam. Mak kandung yang melahirkan kita, membesarkan kita dan ada bersama-sama susah dan senang saya. 

8 tahun tanpa mama. Sukar tapi terpaksa juga melangkah terus. Allah telah Menentukan perjalanan ini dan saya harus redha. Bergantung harap hanya pada Dia itulah yang lebih utama. 

Bukan semua cerita duka dan gembira saya akan tulis. Setengah cerita disimpan untuk diri dan diluah dalam doa yang panjang sekali.

Mujahadah tentang kehidupan dan ibrah setiap kematian membuatkan saya merasai manisnya meluahkan rasa pada Dia.

'Tuhan, 

Terus kuatkan aku, keluargaku dan pandu aku ke JalanMu selalu.

Semoga segalanya akan berakhir dengan kisah yang indah dan kasih sayang keluargaku sentiasa mekar sehingga ke Jannah.'

.

.

#mawarmenulis
#mawarkeepgoingplease

No comments:

Post a Comment

Catatan buat anakanda kedua

Anakanda Kekwa yang wangi, Di hari lahir yang ke -12 ini izinkan umi titip semula perkongsian dan pesanan ayah buatmu sewaktu ayah masih hid...