Thursday, September 16, 2010

eid mubarak





Tahun ni adalah tahun kedua aku sekeluarga beraya di Islambad Pakistan.. Rasanya tahun lepas aku tak bercerita bagaimana perayaan hari raya eidulfitri disambut di sini.. Sotahun ni aku nak citer skitlah..

Pagi2 raya sebelum pergi solat sunat eidulfitri, aku bersarapan dulu, sediakan juadah raya yg simple2 je.. Untuk makan dua setengah org.. Mek embun tu kira setengah lah portion dia.. Hihi.. Raya kali ni aku masak rendang, nasi impit, kuah kacang dan lontong.. 1st time buat lontong.. Sedapnye! Ceceh.. Puji diri sndri plak.. Tak malunye! ;p tp bila kat negeri orh ni.. Kite masak apa pun rasa sedap je tekak ni..

Dah habis makan2, bergambar sefamily plak kat umah.. Pastu br lah bergerak ke Rumah Malaysia, iaitu kediaman ambasador Malaysia di Pakistan.. Semua Malaysian akan berkumpul dan solat sunat raya di sana.. Di imam oleh student madrasah kat Pakistan ni.. Kebanyakan student blaja kat Karachi.. Depa cuti , duduk lah kat sesetengah rumah org malaysia kita kat sini..

Selepas solat kami bergambar pula ramai2.. Mintak maaf semua, rasa mcm anak2 balik umah mak ayah, kumpul ramai2 keluarga dalam satu rumah.. Meriah sgt! Terubat la rindu beraya kat kg sndri.. Lepas tu aktivitu makan!! Byk giler juadah disediakan.. Aku bawak potluck kuih raya dua jenis dan serunding jek! Kikiki.. Tu je la yg aku mampu buat. ;p serunding tu beli jek! Kuih raya plak, jen jen jeng!! Homemade ok! :) aku buat kuih mazola dan choc chip cookies.. Kata org2 yg makan tu, rupa tak menarik, rentung! Hahahaha.. Tapi rasanya menarik! Kuang kuang kuang...

Pastu aktiviti karaoke lah, sementara the ladies duduk kat dapur mengumpat! Hahaha.. Sebenarnya kami ke dapur untuk mengelak daripada kena paksa nyanyi! Kikikiki....

Em mcm mana plak org Pakistan sndri menyambut raya? .. Mereka mcm kita jugak, ada pakai baju baru, cantik2, liplap2 lagi.. Gelang smp ke lengan! Henna or mehdi sesuatu yg wajib bagi kaum wanita bila perayaan.. Tapi bezanya mereka takde budaya kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara or rakan2.. Angpau raya pun takde apatah lagi rendang raya! Hihi.. Yang ada cuma manisan mereka dan mereka akan balik kg berkumpul sanak saudara dalam sebuah rumah sahaja. Lepas tu takde apa dh la.. Duduk2 je mcm hari biasa.. Dan sambutan raya puasa mereka tak semeriah raya korban.. Aku ada bertukar juadah dengan jiran di sini.. Aku bagi mereka rasa rendang, nasi impit dan kuah kacang.. Lontong aku tak bagi plak sbb aku tahu org Pakistanbtak makan santan! Dan mereka membalas juadah kek! :)

Petang raya masing2 pulang ke rumah dan aktiviti membesarkan badan dengan tutup mata dan dengkur! ;p

Tuesday, August 17, 2010

Bulan memasak ke .....

Ramadhan mubarak to all my readers..

:)

Buat kali kedua saya berpuasa di perantauan... dan kali kedua jugaklah saya akan beraya di perantauan... huk huk huk...

Sedih pilu hati ini bila mengenangkan bulan puasa ni terpaksa ke dapur membuat juadah berbuka yang diidamkan sendiri.. pandai2 la nak hidup kat negara orang kan.. tak ada bazaar ramadhan macam di negara kita.. yang ada cuma stall jual kuih muih yang hanya 3 jenis- samosa, pakora dan roll...

Saya boleh katakan yang bulan ramadhan kali ni adalah bulan memasak bagi saya..
e eh, hari2 tak masak ke? hihi.. masak jugaklah.. cuma bulan ni special skit, sebab mengidam macam2.. wakaka..( alasan je benornya... nafsu makan tu melampau.. )

Sepanjang puasa kali ni, alhamdulillah saya sebagai mak buyung berpuasa juga.. memandangkan cik embun sudah pandai minum susu tepung- enfagrow, (yup, settle masalah saya nak kasi dia minum botol) dan dia pun dh pandai tidur sendiri tanpa menyusu badan, makin mudahlah saya nak meneruskan puasa. Ye la kan, kalau puasa, menyusu lagi, mengandung lagi, letih badan jugak.. So, si kakak embun mengalah untuk adiknya dan bagi chance kat ummi dia nak puasa jugak. :)

Setakat ni saya dh cuba beberapa resepi baru..
- nasi kerabu
- keropok lekor
- apam gula hangus
- kuih mocha mek nur (ciptaan sendiri) :)
- cendol tak jadi
- apam balik

ye puan2 dan tuan2.. sekian..

;p

Wednesday, August 11, 2010

Saya kagum dengan encik suami saya

Semalam saya mencuba satu resepi baru.. "burger Malaysia"...
saya ambil resepi dari fotopages kawan yang pernah tinggal di Islamabad, dan kini dia di Dublin.
Terasa sangat terliur melihat gambar yang dipamerkan di fotopages dia tu.. dan saya pun mahu mencubanya!

Setelah menyalin resepi, saya menyuruh encik suami membeli beberapa bahan untuk saya membuat kuih itu. Dan dengan terujanya saya mahu mencuba menguli doh roti burger. Sambal bilis telah saya buat semasa memasak nasi lemak. Makin mudahlah kerja saya. Cuma membuat roti burger dan letakkan inti sambal bilis serta sedikit hirisan timun di dalamnya.

Semasa saya mahu menguli doh roti burger, encik suami cuma melihat dengan reaksi yang pelik. Lalu dia pun berkata, "macam tu ke you uli?"
dan saya membalas dengan bangganya, "yup, this is my first time in my whole life i menguli tepung dengan tangan"
Dia pun pergi meninggal dapur dan membiarkan saya menguli..

Setengah jam selepas saya membiarkan adunan yang diuli itu naik, saya menyuruh encik suami melihat adunan saya. Sudah kembang dua kali ganda ke?...

Dan setelah dia melihat adunan itu, dia terperanjat lalu berkata,
"You ni uli ke tak? kenapa nampak tepung2 kasar lagi ni?"..

Saya dengan selamba menjawab, " er, macam tu je la saya uli.. saya kan kata tak pernah menguli"... Lalu encik suami duduk bersila di karpet dapur dan menguli semula adunan roti burger itu..



Saya amat terkejut dan kagum sekali melihat cara dia menguli roti itu lalu saya bertanya samada dia pernah ke menguli sebelum ini, dan dia cuma berkata, "saya slalu tengok che dan kakak2 saya menguli sebelum ini"..



Terdapat sedikit kekesalan di hati saya kerana selama ini saya tidak pernah ambil peduli apa yang mama saya buat di dapur, bila sekarang baru terhegeh2 nak belajar cara2nya.. huhu... mujur dapat encik suami yang serba boleh.. alhamdulillah...

Dan akhirnya encik suamilah yang menguli tepung itu, dan saya menggoreng dan menyiapkan hingga menjadi "burger Malaysia"





Tuesday, August 10, 2010

Anak islamabad

hello again!

memandangkan entri yang lepas saya sudah meluahkan kerisauan saya dan dilema saya... akhirnya saya telah menemui jalan yang saya kira itulah yang paling baik setakat ni...

saya akan bersalin di Islamabad... inshaAllah... harap dipermudahkan semuanya...
dan saya akan import mama saya datang ke sini untuk jaga saya lepas bersalin nanti.. yay!!!
mama saya setuju je.. syukur.. dapat mama yang best lagi sporting.. tenkiu2.. love u mum.. :)

dan encik suami tak perlu lagi risau tentang berjauhan dengan anak kesayangannya itu.. cik embun.. cewah, padahal umminya pun tak sanggup nak pisah lama2 dgn encik suami.. nanti kelam kabut dibuatnya, mana nak tgk embun, mana nak tgk adik si embun.. dan mama sy tak lah penat sgt nak tgk dua cucu sekali gus kan...

semoga segalanya berjalan lancar... dan dipermudahkan olehNya... amin...
er, sakit nak bersalin sama je kan kat mana2 pun? ;p

saya harus kuat! chaiyok!!!!

Tuesday, August 3, 2010

dilema

Skang kandungan aku dah nak masuk 5 bulan.. Bulan depan masuk 6 bulan.. Bermakna aku ada sebulan je masa untuk menentukan kat mana aku harus bersalin..

Malaysia@shah alam atau di islamabad??

Kalau nak naik flight, kena sebelum kandungan aku 7bulan.. Jd bulan depan je penentunya!!! Huuu..

Kalau bersalin di malaysia,
Mama ada jaga
Ada tukang urut

Tapi,
En suami takde,
Kemungkinan dia tak balik masa aku bersalin dan aku terpaksa tgk embun dan adiknya.. Mampu ke aku?
Dulu yg mandikan embun baru lahir pun ayahnya...
Kos nak balik malaysia sgt mahal.. Pergi sahaja dalam RM2000 lebih.. Bayangkan tambang en suami kena bayar kalau dia kena ulang alik malaysia-pakistan... Huhu.. Laki aku bukan jutawan..

Kalau bersalin kat pakistan,

Kos rawatan ditanggung..
En suami ada tgkkan embun sementara aku jaga adiknya..

Tapi... Takutnya lah bersalin kat negara pakistan yg serba -teet- !! Hm, Dan sape nak urut aku lepas bersalin nnt? Hmmm...


Tuesday, July 13, 2010

Berbunga riang, senyum sampai ke telinga

Cewah, tgk title je mesti orang dah tertanya2.. kenapa gembira sgt nih?

hehehe...

sebabnya... saya telah jumpa cinta hati baru.. waka waka!! ceritanya begini, masa tengah borong dvd, jumpa la satu dvd yang tengah hot kat pawagam kat Malaysia. Masa balik hari tu tak sempat pun nak pegi tengok wayang.. rasanya lebih dua tahun kot aku tak tengok wayang... last sekali tgk wayang masa pregnantkan si embun.. masa tu kandungan baru beberapa minggu..lepas dari tu, terus dah tak pegi panggung wayang lagi..

Citer apa ek? cuba teka lah!!!

takpe2, tak perlu fikir panjang, meh saya kasi tahu je... cerita "Eclipse" lah!!!

Tahun lepas, masa balik konvo, aku ada belikan Twilight SAGA utk my sister- cik Aeney...
beli 4 biji buku tak sampai pun RM150.. dalam rupee lebih kurang RSs3475.. kalau nak lagi accurate, dalam RM133 .. Masa belikan buku utk Cik Aeney, aku takde lagi minat nak baca buku tu.. Sebab aku tgk tebal sgt, tgk DVD je lah...

So aku dah follow citer Twilight, New Moon dan separuh je citer Eclipse..
pasal apa separuh??? sebab DVD tersekat2 .. sakit betul hati... tgh syok2 layan movie tiber DVD tu buat hal plak.. nak beli DVD cam rasa takut lagi hampa.. jadi tibe2 datang idea yang tak disangka2.. aku harus baca buku Eclipse tu untuk tahu kesudahan dan detail citer tu.. hohoho..

Semalam pegi borong kat bookstore... ingat nak beli Eclipse je.. tibe2 terbeli complete set Twilight SAGA tu.. kikikiki... excited ni! tak sbr nak habiskan!!! :)





pssstt... --> cinta hati baru aka Twilight

Monday, July 12, 2010

wuduk with soul

Sekadar nak share sedikit ilmu yang ada, sekadar nak peringat diri sendiri dan sekadar nak kongsi pandangan, kali ni aku nak citer skit lah pasal wuduk.

Wuduk atau dengan nama lain mengambil air sembahyang.. Satu kewajipan sebelum nak menunaikan solat. Kalau takde wuduk tak sah la solat kite. Betul tak kawan2? Hehee

Point aku yang sebenarnya adalah cara kita berwuduk tu.. Bagi aku, mestilah dengan hati yang kusyuk! Bukan sahaja solat kena kusyuk, tapi dengan berwuduk pun hati kena kusyuk. Sebab tu ada yang mengatakan adab berwuduk, kita tidak boleh bercakap2 smbil mengambil wuduk. Kerana dikhuatiri mengganggu kekusyukkan kita dalam berwuduk.

Em macam mana nak kusyuk wuduk ni?

Pertamanya, niat dengan hati yang ikhlas..

Bila membasuh muka, niatkan ke dalam hati bahawa ,
Semoga kita menjadi orang yg soleh yang terpancar di mukanya..
Beristighfar atas segala kesalahan yang dilakukan oleh anggota muka seperti mata,hidung, dan mulut.
Mata- adakah kita telah melihat sesuatu yang berdosa? Istighfarlah
Hidung- adakah kita meninggi diri? Tunduklah.
Mulut- adakah kita bercakap bohong, mengumpat dan segala yg mungkar? Bertaubatlah.

Apabila kita membasuh sebelah tangan yang kanan, niatkan dalam hati supaya,
Mengambil rezeki yang halal
Membuat kerja yang baik dan di redhai
Rajin membantu orang lain
Seblah kiri pula, menyesalilah apa yang kita lakukan dengan tangan kita,
Mengambil benda yang haram atau shubahah?
Tidak ringan tulang membantu yang lemah
Segala maksiat tangan yg pernah dilakukan

Apabila membasuh kepala pula, tabamkan dalam hati untuk menjadi orang yang cerdik dan solihin, sentiasa rajin mengadap Tuhan yang Esa, sentiasa tunduk dan tidak bongkak dalam kehidupan seharian..

Terakhir sekali membasuh kaki.. Niatkan ke dalam hati,
Untuk melangkah ke dalam syurga satu hari nanti
Mengawal diri dari melakukan perkara2 yang terlarang
Menginsafi segala yang telah dilakukan oleh kaki .. Moga di alam barzakh kaki itu menjawab yg baik2 utk kita..

Wallahua'lam....

Feel free to share your thoughts!!
We love Islam!
:)

Selamat Hari Raya 2023