Tuesday, August 23, 2011

Baju raya

Tahun 2008 pertama kali  beraya bersama suami tercinta

warna biru muda.... tengah pregnantkan embun 3 bulan....

Tahun  2009 pertama  kali beraya bersama Embun, dan raya di perantauan..

Raya tahun 2009 , takde tema colour, baju pun tak tempah sebab tak sempat, takde tailor pandai jahit baju kurung..
first time Embun beraya, and first time us as parent.. :)
Tahun  2010 lepas kami beraya di perantauan juga..tengah pregnantkan Kekwa 6 bulan...sekeluarga berbaju kelabu hitam...

Sungguh kebetulan yang tak disangka... berbaju hitam ... dan gambar "kuda" di belakang.....
dan gambar ini sentiasa menjadi gambar favourite saya dan dia..
Dan tahun ini..dah plan nak beraya kat Malaysia.. dah 2 tahun tak balik raya, jadi nafastari sempat membelikan kain untuk dibuat baju raya untuk kami berempat.. kami beli material di Faisalabad, Pakistan januari lepas.. saya yang memilih warna tema keluarga kami tahun ini... dan warnanya.."blue black"... asalnya saya mahukan kelainan, kononnya mahu nampak elegant and simple dengan warna blue black.. rupanya ianya warna kami berkabung tahun ini... huwaaaaa.....

Raya dah tak best.... huhuhuhu... tahun ni pertama kali embun menyambut raya di malaysia... dan pertama kali juga bagi kekwa... tapi pertama kali juga untuk kita menyambut tanpa ayah... nanti kita jumpa ayah kat kubur ya... ummi harap ummi dapat control emosi ummi bila ziarah kubur ayah nanti... ya Allah.. rindunya......

Monday, August 22, 2011

“rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ”

Membaca artikel ini dan inibenar2 menginsafkan dan menyuntik semangatku untuk terus hidup di dunia yang sementara ini...

apalah sangat dugaan dan ujian hidupku ini jika dibandingkan dengan kehilangan yang pernah Rasulullah alami.. Beliau harus menghadapi kematian demi kematian orang yang disayanginya...namun beliau tetap hidup dengan hati yang penuh juang.. berjuang demi kita! umatnya...

Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!  

kisah-kisah rasul yang ada bukanlah cerita dongeng tapi cerita benar yang penuh dengan hikmah. Setiap kejadian masa lalu dijadikan iktibar buat kita hadapi hidup kini.

“rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ” Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah… untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di daerah tinggi!

"Kamulah isteri saya yang TERBAIK dalam 13 orang isteri saya"

Sudah menjadi kebiasaan si isteri akan mencium tangan suami bila suami hendak pergi kerja dan pulang kerja.. namun ianya tidak biasa bagi pasangan Mawar Nafastari.. hahaha.. pelik ke? ianya benar.....

sebab apa saya berkata macam tu?
setiap kali nafastari hendak ke pejabat, pasti saya akan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan dia, 
namun sebaliknya akan berlaku!

bila saya menghulurkan tangan nak salam cium tangan dia,dia akan kata, "alah, tak payah nak jadi typical malay, salam cium tangan suami.." dan dia  terus sambut tangan saya dan cium tangan saya dahulu.. hehe..

Saya juga jarang masak sarapan untuknya.. kadang rajin buat, kadang malas juga.. teruk betul saya ni.. hihi. kadang sarapan dah terhidang atas meja, dia akan kata. "eh, i dah lambat...tak sempat nak makan.. bye.." hm... selalunya begitula.. dan saya akan jadi hampa.. sediakan sarapan dan akhirnya dia tak makan pun...tapi kadang-kadang juga saya sengaja bekalkan sarapan buat dia untuk dibawa ke pejabat. Sebab saya tahu dia selalunya tidak sempat untuk makan di rumah. Dia akan menyambut bekal makanan itu dengan penuh gembira. Dia sememangnya suka bawa bekal, katanya seperti dulu2 masa zaman sekolahnya, ayahnya selalu bawakan bekal makanan buatnya. 

"Nur, kamulah isteri saya yang terbaik dalam 13 orang isteri saya ada".. itulah perkataan yang selalu diucapkannya bila mahu berterima kasih atau memuji saya.. ;)


*click link itu untuk baca memori nafastari membawa bekal


Saturday, August 20, 2011

Ramadhan bersamanya

Syukur dapat berpuasa kembali bersama keluarga yang telah membesarkan aku...namun jauh di sudut hati rindu yang amat menebal kepada suamiku Wan Ahmad Fadzil bin W.Mohd.....

Rasanya tidak lengkap hidup ini tanpanya di sisi.. terasa hambar, kosong dan sarat dengan kerinduan...
Tapi aku harus terus berdiri dan berjalan di bumi ini dan meletakkan dia di dalam hati.. sentiasa di dalam hati aku... Kadang rasa nak rebah, dan tidur lama-lama untuk melupakan perasaan yang sarat dengan rindu ini. Aku tidaklah seperti dulu, mungkin luarannya ceria depan ibu bapaku, saudara mara, anak-anak... hatiku menangis rindukan kehadiran dia, gelak tawa nya, lawak bodohnya, nasihatnya, bebelannya...

Dua tahun kami berpuasa dan beraya di perantauan.. jauh dari keluarga, namun itulah nikmat yang Allah berikan padaku dan dia.. "nikmat privacy" untuk kami habiskan masa sebagai suami isteri di dunia ini. Teringat ramadhan yang kami sambut bersama-sama dengan solat jemaah bersama-sama, masak bersama-sama...membuat keropok lekor, menguli doh membuat roti burger malaysia, membuat cendol yang tak jadi, memasak bubur lambuk dan macam2 lagi.. semuanya di bulan ramadhan yang mulia... rindu.. sangat rindu!

Rindu juga dengan telatahnya inginkan makan itu dan ini.. maklumlah duduk di perantauan, tak semua kita boleh dapat dengan senangnya. Semua harus buat sendiri. Tiada bazaar ramadhan segala. Hampir setiap hari kami akan solat terawikh di Rumah Malaysia dan tangan kami tak pernah kosong dengan juadah untuk moreh. Si Embun kami bawa sekali walaupun kadang2 kenakalannya buat saya risau. Sampaikan pernah sekali saya tidak mahu ikut ke terawikh, dan dia memaksaku ikut juga. "cik nurrr, jom la pegi, tak bestla you tak ikut, bawak budak kecik ni sekali, kalau dia nakal sgt, you berhenti la solat kejap, lepas tu dia dah ok, you sambung balik"... :)

Ramadhan ini aku hanya masak nasi dan buat air.. lauk pauk semuanya mama aku yang buat. Bukan aku tidak mahu memasak, cuma bila memasak aku akan mula teringatkan dia yang sentiasa di sebelahku bertanyakan itu dan ini, bercerita segala hal yang difikirkannya. masih terngiang-ngiang.. walaupun sudah hampir 6 bulan dia pergi... aku masih tetap teringat dan rindukan dia....dan anak-anaklah pengubat segala duka dan rindu aku padanya..

"jika benar cinta itu setia, anak-anak adalah titiannya"  kata-kata di sebuah artikel yang pernah aku baca

Friday, August 19, 2011

Nuffnang di blog

Ada beberapa readers tanya kenapa saya tak letak iklan nuffnang or google adsense kat blog saya ni kan?
hihihi...

sebenarnya saya PERNAH letak dulu-dulu.. zaman blog saya takde siapa pun baca, atau mungkin ada pembaca, tapi silent reader je.. jadi masa tu jugak saya tak berapa faham macam mana nak letak nuffnang dan kegunaan dia.. lama-lama saya faham dan saya rasa tak sesuai pula blog saya letak nuffnang kerana 

  • saya tak ramai readers
  • tajuk2 yang dikongsi kebanyakan hal biasa2,
  • untuk kongsi ilmu dan pengalaman tak mahu la ambil apa2 keuntungan
lepas pada saya dah fikir dulu tu, saya pun buang iklan tu dari blog saya..

kemudian sekarang ni saya tengok ramai pula yang letak kat blog mereka, tak salah pun sebenarnya, tak rugi apa pun malah menguntungkan mereka. :)

cuma, pendapat saya berlainan sedikit dari orang lain.. biarla kamu mahu kata saya ni pelik atau apa, haha...saya rasa mawarnafastari tak sesuai diletakkan iklan2 segala,atas sebab2 yang saya masih pegang di atas.. cuma mungkin follower bertambah banyak daripada dulu, terharu! blog mawarnafastari lebih kepada cerita kehidupan dan pengalaman saya, perlukah saya ambil keuntungan atas cerita kehidupan saya? oh, saya rasa tak perlulah...(ini hanya pendapat peribadi saya sahaja, hak individu untuk menilai)

namun, saya ada satu blog lain... MAWAR RECIPE.. di blog itu saya letak segala resipi turun temurun daripada keluarga, resepi yang dicipta sendiri, resepi yang diambil dan diolah daripada kawan-kawan.. dan saya rasa blog itu sesuai untuk saya letak iklan nuffnang itu.. macam chef wan sendiri buat buku resepi kena bayar kan, mawar pun ada resepi jugak lah! ;p so nanti i rajin2 lah sikit update blog recipe tu.. 

p/s: to hambaAllah, yang rekemen suruh letak nuffnang tu, i consider letak dekat blog resipi tu je la ye.. ;)


Rela, Redha dan Harapan

Rela

Dirimu diambil dan dipulangkan padaNya yang berhak ke atas dirimu... kepadaNya yang menciptakanmu, kepadanNya yang memberi hati, ruh dan jasad kepadamu, KepadaNya yang telah menyatukan hati mu dan hati aku, KepadaNya yang menulis segala perjalanan hidup manusia.

Redha

Pemergianmu ke tempat menunggu, tempat disoal segala amalan, tempat terhentinya dosa namun masih ada pahala yang mengalir untukmu bagi yang mendoakanmu, amalan baik semasa hidupmu, sedekahmu yang kamu berikan pada yang memerlukan kerana Allah Taala. Redha pengakhiranmu di dunia ini sebagai suami dan ayah yang terbaik untuk diriku dan anak-anakmu.

Harapan

Disatukan kembali di alam itu, disambut dengan pelukan erat olehmu. Diberi kehidupan syurga yang abadi, bersama-sama menjaga amanah yang diberi.

*tidak salah mengharapkan syurga, namun takutlah jika diberi neraka...

Thursday, August 18, 2011

Kerongsang Marwa



*Tolong promote
SIAPA BERMINAT, BOLEHLAH MSG ATAU HUBUNGI ROMIZI.. (abang sulung saya)

Selamat Hari Raya 2023