Semalam saya mencuba satu resepi baru.. "burger Malaysia"...
saya ambil resepi dari fotopages kawan yang pernah tinggal di Islamabad, dan kini dia di Dublin.
Terasa sangat terliur melihat gambar yang dipamerkan di fotopages dia tu.. dan saya pun mahu mencubanya!
Setelah menyalin resepi, saya menyuruh encik suami membeli beberapa bahan untuk saya membuat kuih itu. Dan dengan terujanya saya mahu mencuba menguli doh roti burger. Sambal bilis telah saya buat semasa memasak nasi lemak. Makin mudahlah kerja saya. Cuma membuat roti burger dan letakkan inti sambal bilis serta sedikit hirisan timun di dalamnya.
Semasa saya mahu menguli doh roti burger, encik suami cuma melihat dengan reaksi yang pelik. Lalu dia pun berkata, "macam tu ke you uli?"
dan saya membalas dengan bangganya, "yup, this is my first time in my whole life i menguli tepung dengan tangan"
Dia pun pergi meninggal dapur dan membiarkan saya menguli..
Setengah jam selepas saya membiarkan adunan yang diuli itu naik, saya menyuruh encik suami melihat adunan saya. Sudah kembang dua kali ganda ke?...
Dan setelah dia melihat adunan itu, dia terperanjat lalu berkata,
"You ni uli ke tak? kenapa nampak tepung2 kasar lagi ni?"..
Saya dengan selamba menjawab, " er, macam tu je la saya uli.. saya kan kata tak pernah menguli"... Lalu encik suami duduk bersila di karpet dapur dan menguli semula adunan roti burger itu..
Saya amat terkejut dan kagum sekali melihat cara dia menguli roti itu lalu saya bertanya samada dia pernah ke menguli sebelum ini, dan dia cuma berkata, "saya slalu tengok che dan kakak2 saya menguli sebelum ini"..
Terdapat sedikit kekesalan di hati saya kerana selama ini saya tidak pernah ambil peduli apa yang mama saya buat di dapur, bila sekarang baru terhegeh2 nak belajar cara2nya.. huhu... mujur dapat encik suami yang serba boleh.. alhamdulillah...
Dan akhirnya encik suamilah yang menguli tepung itu, dan saya menggoreng dan menyiapkan hingga menjadi "burger Malaysia"
wowwiee..nampak sedap! cik embun pon join menguli sama ye?
ReplyDeletecute nye cutie embun tunggu daddy dia uli kuih....haha...terbaik la baya..:)
ReplyDeletebaguih ler hubby baya...pndi msk..hubby sy mmg xleh memasak langsung.msk air ngan megi die reti laa..so keje die di dapur utk meringankan keje2 sy hnylah membasuh pinggan setelah sy siap memasak..
ReplyDeleteWah Baya..nampak sgt sedap..nk resipi jugak boleh x...hehehe..
ReplyDelete-Azma-
areej, mmg sedap! lembut je roti dia..hehe.. (tak malu puji diri sendiri..)
ReplyDeletecik embun mmg suka tolong kat dapur.. hihi
waheeda, cik embun tak nak jadi cam ummi dia, dia nak tgk camana org uli, nnt bila besar dia tahu lah cara2nya.. heheee
shila, alhamdulillah dapat suami yang menolong.. basuh pinggan pun kira tolong jugak lah.. :)
azma, sila tgk laman web ni - http://arinaathirah.fotopages.com/
byk sgt resepi best2 dalam fotopages dia.. boleh cuba macam2, resepi burger malaysia tu pun ada dlm tu la..
:)
power siot J!
ReplyDeletekelakar la korang ckap i u i u...
nanti embun pun ngikut ber i u i u
haha